Percutian ke SEEngapore Lebih Berbaloi dan Jimat Dengan Promosi Traveloka - Prettily Rare

Saturday, 1 September 2018

Percutian ke SEEngapore Lebih Berbaloi dan Jimat Dengan Promosi Traveloka

Hai semua,

Kebelakangan ni banyak pula idea untuk berceloteh. Dalam tiga hari ni je dah 2 tips kita kongsikan. Jangan lupa rujuk entri kita sebelum ni ya. Cukup-cukuplah dengan entri yang serius, kali ni nak berkongsi tentang percutian ke SEEngapore pulak!



Siapa kat sini yang dah pergi SEEngapore? Angkat tangan? Kita dah pernah pergi  dua kali but it was like 8 years and 10 years ago. Rindu juga nak pergi negara singa yang berpura-pura ni. Macam nak melawat balik je Singapura. Hmm...  Maybe it's time for me to revisit Singapore this year. insyallah kalau ada rezeki dan kelapangan, nak pergi lagi sekali hujung tahun ni... Doakan kita ya?

Apa yang best kat Seengapore /Singapura ni? Hah... Kalau 8 dan 10 tahun yang lalu, antara tempat-tempat yang kita dah pernah lawati ialah:

1. Bugis Street (2008)
-Salah satu district tertua di Singapura. Tempat ni kira syurga membeli-belah jalanan. Street shopping gitu. Ala-ala uptown, downtown gitu...
Gambar oleh pak Google

2.Singapore Flyer (2008)
Singapore Flyer ni ala-ala Eye of Malaysia satu ketika dahulu.  Ceritanya Singapore Flyer ni roda Ferris atau digelar Ferris Wheel oleh mat-mat Salleh. Yang ni bolehlah tinjau view satu Singapura. Singapura ni kan keciks je. Tak pastilah buka tak waktu malam. Tapi yang pastinya kalau buka waktu malam, memang bestlah dating sambil tengok pemandangan malam dari tempat tinggi. Gitu...

3. Koi Garden (2008)
Bila belek balik gambar lama, serius kita tak tahu kenap kita nak p Koi Garden ni. Tarikannya ikan Koilah. Heehehehe.... Zaman muda remaja dulu kan... Kita pun tak faham sangat apa yang kita fikir waktu tu.

4. Causeway Point (2008)
Causeway point ni suburban mall yang terbesar kat Singapura ni. Ni kalau banyak duit nak shopping memang best pergi. Nak-nak time Sales... Perghh... Confirm rambang mata menyopping.



5. Esplanade (2008)
Esplanade ni pulak teater berbentu durian kat Singapore. Struktur bangunannya memang tak dinafikan cantik. Sesuai untuk tangkap gambar.



6. Universal Studio (2010)
Ha, yang ni pergi waktu 2010 rasanya baru siap bina. Memang terbaik. Dalam banyak-banyak taman tema yang kita pernah pergi, rasanya Universal Studio ni paling best. Tapi kalau nak p sini memang kena peruntukkan seharian suntuk kat sini. Macam-macam boleh explore.



Kedua-dua trip ke Singapura pada tahun 2008 dan 2010 tu kita pergi dengan abang kesayangan dan kedua-duanya adalah day trip. Almaklumlah abang ada kat JB, tak payah nak stay kat Singapura pun. Balik hari sudah. Lagipun waktu tu student and baru kahwin. So budget agak tight la untuk tinggal di hotel di Singapura.

Jadinya kalau jadilah nak pergi Singapore hujung tahun ni, kita nk merasa bermalam pulalah kat Singapura tu. Lagipun pada trip-trip lepas, banyak juga tempat yang tak sempat cover. Kalau bermalam mesti dapat cover lagi banyak destinasi pelancongan dan tarikan di Singapura ni.

Eh... bila cakap camni, tergoda pula. Apa lagi? Terus buka Traveloka untuk congak bajet untuk ke Singapura.  Trip dalam 3 hari 2 malam pun jadilah. Kenapa kita pilih Traveloka? Sebab Traveloka adalah pakar dalam percutian. Kalau nak bercuti ke Singapore, kenalah tempah dengan Traveloka. Lagipun, traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan/percutian ke Singapore.

Laju-laju kita search kriteria ni kat Traveloka. Tapi apa sekalipun, dalam hati kena ada peruntukan berapa kos yang kita sanggup habiskan untuk percutian tu. Kalau kita, peruntukan total 3 hari 2 mlam kita ni dalam RM1,500 all in.  Sebelum buat booking jangan lupa check out promosi Traveloka yang ada dulu di bahagian promosi. Ha! Rupa-rupanya ada promosilah! Ada diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG.


Kalau ada diskaun camni, tak perlulah susah-payah drive balik Johor. Naik flight jelah senang. Booking je kat Traveloka. Lagipun setakat ni tak pernah lagi naik kapal terbang pergi Singapore. Biasanya beratur naik bas je kat kastam tu. Tu pun agak sesak jugalah. Biasalah, zaman study dulu kan. Semuanya berkira.

Atas suggestion kawan-kawan, better pergi visit Seengapore ni waktu Krismas. Walaupun pack, tapi dijamin best pengalaman ke sana sebab memang banyak promosi, diskaun serta program-program menarik waktu Krismas. Oleh itu, kita pun telah meninjau-ninjau date 24/12 - 26/12. Kira tarikh panas lah ni.

Hasil tangkapan di Traveloka. Harga tiket RM412.31 termasuk cukai dan surcaj

Setelah ditolak dengan RM50 promosi, kos penerbangan ke Singapura hanya RM362.31 je... Okaylah tu, kalau nak drive pun lebih kurang harga ni juga campur tol, minyak bagai.

Okay, flight dah setel. Apa lagi? Mestilah cari penginapan pulak! Macam mana nak feel Krismas kalau setakat day trip kan? Kenalah cari hotel menginap kat Singapura sehari dua. Barulah feeeeeel.

Okay, buka balik home page Traveloka, kat bahagian promosi tu. Eh!! Ada tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% untuk penginapan di Singapuralah. Kali ni, tiada kupon diperlukan.

Kalau bab travel, at my age ni, kita memang tak lalu nak duduk hostel. Kalau baca post-post sebelum ni, pattern orang dah tua macam kita ni memang tak sesuai dah untuk travel backpack. Sebab rehat yang kualiti tu penting. Privasi pun penting jugak! Hahahaha... Jadi, makanya marilah kita cari hotel yang bersesuaian ya....

Makanya, silalah tick hotel dengan dua bintang, serta set tetapan hotel menjadi all price (jumlah harga) untuk menyenangkan pencarian. Kalau settingnya hanya harga per malam, nak kena darab lagi dengan hari kita bermalam. Lecehlah!

Baiklah... Setelah dicari-cari berkali-kali, kita rasa inilah tawaran yang paling menawan di hati, jeng jeng jeng! Arianna Hotel. Total price untuk 3 hari 2 malam RM374.17.


Lepas dah siap pilih flight ngan hotel, jom kita tengok berapa je lagi bajet yang tinggal untuk bersuka ria kat Singapura selama 3 hari 2 malam:

Peruntukan : RM1,500.00
Flight          : RM   362.31
Hotel           : RM   374.70
Balance       : RM   762.99 (Boleh digunakan untuk bersuka ria)


Lepas tu tukar pulak RM762.99 ni jadi Singapore dollar untuk tahu berapa SGD yang boleh dibelanjakan dalam tempoh 3 hari 2 malam tu:

Dapatlah SGD 250 dollar... Okaylah tu

Kalau ikutkan, sekadar nak cuci mata ngan makan-makan. SGD 250 ni lebih daripada mencukupi. Kalau tak, kenalh cari hotel yang lebih murah. Tapi kalau kita, boleh je survive di Singapore dengan SGD250. Muahahahahha! Nampaknya high possibility onlah percutian kita ke Singapore kalini.

Antara tempat yang kita teringin nak pergi sebab last 2 times tak sempat nak pergi ialah:

1. Pulau Sentosa (Sentosa Island)


2. Singapore Zoo for the Lumina Forest Night Walk


3. Gardens By The Bay

Photo Credit: Sumfinity
4. Chinatown

5. Marina Bay

Photo Credit: Run Society

Macam mana pulak dengan korang? Kalau tengah terfikir-fikir lagi year end ni nak ke mana? Apa kata tempah percutian ke Singapore dengan Traveloka? Apa? Tak tahu cemana nak tempah untuk dapatkan promosi SEEngapore tu dengan Traveloka Promotion? Ha... Meh klik SINI

Yang penting, kalau korang ada bajet ekstra, penting untuk korang pergi Universal Studio Singapore. Sebab setakat ni, inilah satu-satunya taman tema yang kita rasa paling berbaloi nak pergi. Memang something different and definitely you should SEEngapore for a roaring good time!

Nanti kita sambung sembang-sembang travel lagi eh?

Da~~~
Prettily Rare

Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka

No comments:

Post a Comment