Monday 1 April 2019

Losyen Clindamycin Ubati Jerawat Degil dan Bernanah


Hai semua,

Harini nak cerita fasal jerawat aka akne. Kalau korang baca posting-posting kita yang terdahulu, tentu korang akan perasan kita banyak dibelenggu masalah kulit sejak bulan November 2018. Sampaikan nak tengok cermin atau nak swafoto pun meluatlah.

Prettily Rare
Kalau muka licin dan bebas cela camni, muahahhaha! Bercermin jelah keje. Gitu!

Kali terakhir kita berdepan dengan masalah-masalah jerawat ni lebih kurang 12 tahun yang lalu jugaklah. Kulit kita ni dari remaja sebenarnya tak ada masalah sangat. Cantik je. Licin je. Kalau orang lain datang bulan banyak berjerawat, kita relaks je. Malah masa datang bulan tu lah kulit kita berseri-seri semacam. Kalah perempuan hamil atau wanita dilamun bercinta gitu.

Tapi lebih kurang dalam umur 18-19 tahun, masalah jerawat mulalah menghantui kita. Nak-nak bila dah mula melanjutkan pelajaran di Petaling Jaya. Pergghhhh.... Kulit memang buruk. Jerawat besar-besar dan bernanah terutamanya dekat bahagian dahi. Benci gilalah! Lepas tu jumpalah pakar kulit dan dipendekkan cerita, kulit kembali jelita setelah menempuh pelbagai kesengsaraan. Rasanya ada citer lebih detail dalam posting sebelum ni. Apa yang kita nak sampaikan, lepas kulit dah cantik, dari umur 21 tahun sampailah umur 33 tahun memang susahlah jerawat nak melekat kat muka lagi.

Pastu hujung tahun lepas, tetiba jerawat ni macam pungguk rindukan bulan lak, menyemak je kat muka kita. Grrrr.... Benci tau. Main jauh-jauh boleh tak? Yang geramnya, bukan jerawat biasa-biasa. Tapi jerawat besar dan bernanah. Lepas tu jenis tumbuh kat kawasan pusat muka (centre point). Sis ni kalau jerawat jenis tumbuh tepi telinga ke, bahagian dahi kat rambut ke, boleh tahan lagi. Ni dekat hidunglah, kat pipilah, eeeiiiiiiii, stress! Yang lebih geram, jerawat ni asyik tumbuh kat tempat yang samaaaaaaa je memanjang. Baru baik, tumbuh lagi. Baru baik, tumbuh lagi. Menguji kesabaran betul!

Masa ni tiba-tiba tah macam mana tah, mulalah teringat kekasih lama iaitu Dalacin T. Kalau korang nak tahu, salah satu preskripsi yang pakar kulit berikan waktu remaja dulu ialah Dalacin T nilah. Ada banyak lagi preskripsi lain mengikut peringkat rawatan, tapi Dalacin T ni memang kita tak dapat lupakan sebab bau dia bukan main menusuk hidung lagi. Mat Salleh kata pungent smell. Pastu Dalacin-T ni juga pedihkan mata dan keringkan kulit. Sebab tulah kita kata rawatan jerawat masa muda-muda dulu tu sengsara. Uwaaaa! Sampai sekarang kita tak pernah keji orang kulit berjerawat sebab kita pernah melaluinya.
PrettilyRare
Ni keluaran Pfizer packaging baru kalau tak silap

PrettilyRare
Masa doktor prescribe kat kita dulu packaging dia macam ni

Jadi kita pun laju-laju ke farmasi untuk dapatkan Dalacin T ni. Malangnya ahli farmasi memberitahu bahawa Dalacin T oleh Pfizer ni dah lama dah dihentikan pengeluaran atau dalam mat sallehnya discontinued. Terus rasa ada awan mendung di atas kepala kita. Pastu ahli farmasi kata pulak, tapi kalau awak tak kisah jenama lain, kami ada. Oh!!! Mengapa tak bilang awal-awal sih!! Sebab tulah tajuk kita tulis Clindamycin. Dalacin T tu sebenarnya nama glemer yang didaftarkan oleh Pfizer. Nama medikal dia Clindamycin. 

Oh ya, jangan tertipu dengan penerangan yang mengatakan clindamycin ni sejenis losyen yaaaaa. Kalau korang terbayang-bayangkan clindamycin topical lotion ni bagaikan losyen muka yang korang pakai tu, memang silap besar. Clindamycin topical lotion ni lebih kepada solution aka cecair. Memang mudah mengalir. Cecair bak air pulak tu. Tak tepu langsung. Jadi cara pakai hanyalah dab dab (tekap perlahan) pada bahagian bermasalah dua kali sehari iaitu pagi lepas cuci muka dan malam lepas cuci muka nak tidur. Takyah berangan nak tekap kuat-kuat. Nanti dia mengalir habis meleleh kat merata tempat.

Alhamdulillah, lepas pakai 2-3 minggu, muka kita dah mula menampakkan penambahbaikan yang mana jerawat yang tumbuh takdelah sebesar alam lagi. Malah takdelah bernanah sangat. Rasa bahagia sangat.

Yang paling membahagiakan lagi, lepas sapu ubat ni, still boleh bersolek. Ada sesetengah ubat jerawat memang tak digalakkan bersolek lepas menggunakannya sebab boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan sebagainya.

Sekarang, kita dah ceria semula lepas muka tiada masalah jerawat gedabak. Weeeee!! Bak kata orang, tak baik lokek ilmu dan mat salleh pulak kata, Sharing is Caring. Lagipun, sebelum artikel ni ditulis, kita dah buat carian di Google dan mendapati ramai yang ada ulasan bagus tentang produk ni. Malangnya, ramai tak jumpa Clindamycin disebabkan Pfizer dah tak keluarkan Dalacin T. Walhal, Clindamycin nilah Dalacin T. Tapi ramai orang tak tahu je.

PrettilyRare
Ni yang first kita beli baru-baru ni

PrettilyRare
Kali kedua pharmacist bagi jenama T3 pulak


Berikut sedikit penerangan fasal Dalacin T atau dikenali sebagai Clindamycin Lotion ni.

Apakah itu Clindamycin Topical Lotion (Dalacin T)?
Ubat ini adalah jenis Topikal Antibitiok dan anda hanya boleh dapatkannya secara sah daripada Ahli Farmasi. Dalacin T ni mengandungi antibiotik jenis Clindamycin Phosphate yang diuji secara klinikal dapat menghalang pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang banyak menyebabkan jerawat.


Berapa lamakah saya dapat nampak kesannya?
Biasanya ubat ini berkesan selepas 6 - 8 minggu menggunakannya. Jika selepas 8 minggu jerawat anda masih belum baik, anda perlu berjumpa doktor semual.

Oleh kerana Clindamycin ni sejenis antibiotik, maka sama seperti antibiotik lain, ia tidak boleh digunakan dalam jangka masa yang lama (lebih daripada 12 minggu). Penggunaan berterusan secara jangka masa panjang dikhuatiri akan menyebabkan bakteria jerawat anda bermutasi dan menjadi kebal kepada antibiotik (Antibiotic Resistance). Jadi, jangan lupa, gunakannya secara on off saja ya?

Ada apa-apa kesan sampingan?
Antara kesan sampingan yang sering dilaporkan selepas menggunakan ubat ini termasuklah kulit jadi kering/gatal, cirit-birit dan sakit perut atau perut rasa tidak selesa.

Bolehkah saya pakai ubat ini?
Ubat ini tidak boleh diambil oleh pesakit yang mempunyai masalah usus (inflammatory bowel disease, enteritis, ulcerative colitis) dan pesakit yang mempunyai sejarah penyakit usus berkaitan antibiotik.

Peringatan:
Larutan Dalacin-T ni MUDAH TERBAKAR. Jadi pastikan tiada api berdekatan anda semasa menggunakannya

Okey, sekian sahaja perkongsian tanpa jerawat dan tips kulit cantik kita buat kali ini.
Kalau rasa artikel ni bermanfaat, jangan lupa kongsikannya dan klik follow kita ya?

20 comments:

  1. yes!sis setuju dgn any product yang contain of Clindamycin! seriously sangat berkesan!!

    ReplyDelete
  2. First time dengar mengenai produk ni. Bagus juga keberkesanannya. Tapi boleh tahu berapa hargs nya? 😁

    ReplyDelete
  3. Kite pernah pakai dalacin t tu dulu sebab muka dulu teruk. hahaha. Jerawat naik sgt. Memang bagus walaupun agak mahai sikit. Yang lain tu tk pernah try. Smp skang kite dh bebas jerawat. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau TB masih ada jerawat boleh la try ni nanti.. sekarang ni muka TB bukan masalah jerawat dah.. tapi masalah jeragat.. huhu.. cuma kadang jerawat mai jugakkk.. haha

    ReplyDelete
  5. ada jugak kawan suggest guna T3 tapi tak berani pulak nak guna. Lepas baca ni rasa confident sikit nak try. Thank you!

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  6. geram juga tggk jerawat yg bernanah tu.. terus takde mood nak keluar rumah. ni dah tahu ubat terbaik boleh la try nanti

    ReplyDelete
  7. Selalu nampak orang share pasal Dalacin T ni tapi tak pernah berani nak cuba. Kena ada prescription doktor ke?

    ReplyDelete
  8. Losyen ni sesuai utk yg ada masalah kulit berjerawat teruk atau yg jerawat satu dua tumbuh pun boleh pakai.. Sbb tgk losyen dian mcm losyen dr farmasi je..

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi dgr pasal produk ni. Nampak cam bagus je. Kulit sis tak ada masalah jerawat tapi muka anak penuh pulak jerwat. Bolehlah suh dia cuba pakai produk ni..risau byk sgt tgok jerawat dia tu

    ReplyDelete
  10. Kita jarang la kena jerawat naik sampai teruk muka. Kalau kena pun, mau menangis. 24jam tak kira waktu, dok la google cari jalan penyelesaian kan..
    Yela, siapa suka kalau muka terganggu dek jerawat. Mula la geram je tengok.

    ReplyDelete
  11. Ohh ni ke ubat jerawat. Selalu tau yang T3 je. Muka jarang naik jerawat masa sekolah dulu. Kalau ada pun masa datang bulan. Sekarang makin banyak sebab stress kot. Boleh la tanya kat farmasi ubat ni. Nak kena cuba dulu. Harap berkesanlah kat kulit kita ni

    ReplyDelete
  12. Hah nak try lah nanti ubat jerawat ni. Muka sekarang menjadi jadi naik jerawat tau lepas guna satu produk ni. Orang lain pakai ok tapi saya tak sesuai kot .Tq share pasal produk ni.

    ReplyDelete
  13. Takut kan bila ada jerawat yang jenis bernanah tu? Lagi-lagi kalau banyak. Nightmare betul. Alhamdulillah jarang emi dapat jerawat macam tu. Risau kalau tiba-tiba ada, hahah. Dekat nak raya dah ni

    ReplyDelete
  14. jerawat degil yang bernanah nie memang sangatlah nightmare. minta dijauhkan lah. belum pernah lagi ada dekat muka nie. ya Allah tolong jauhkan. tapi bagus utk tahu ada produk yg boleh atasi masalah jerawat bernanah nie

    ReplyDelete
  15. First time dengar pasal ubat ni. Sejenis antibiotik eh..maksudnya better dpt kan nasihat pharmacist atau doktor dulu laa kan sebelum guna.

    ReplyDelete
  16. Dulu kita masa zaman sekolah memang muka teruk sangat banyak jerawat dan juga bernanah tapi tu lah time kita sekolah dulu tak ada produk bagus macam ni hehehe sekarang jerawat macam segan nak keluar wakakaka...

    ReplyDelete
  17. Thanks sharing ilmu skincare ni. So far mmg tak pernah jmpa pharmacist bila hadapi masalah acne. First time tahu pasal lotion ni..

    ReplyDelete
  18. bab jerawat nanah ni BBL paling fobia sebab tak suka ada benda yang boleh buat diri rasa tak tenang tengok jerawat tu. tips menarik untuk sesiapa ada masalah kulit muka terutama budak remaja kan.

    ReplyDelete
  19. This is my first time get to know about this skincare brand, will check it out later. Because my anak buah might needs it.

    ReplyDelete
  20. didnt know of this brand before but if it really works to clear pimples like you have mentioned then I will definitely give it a try.

    ReplyDelete