Nadia Beauty Cartel Tawar Rawatan Muka Rumah Ke Rumah - Prettily Rare

Saturday, 1 September 2018

Nadia Beauty Cartel Tawar Rawatan Muka Rumah Ke Rumah

Assalamualaikum semua,

Harini nak cerita pengalaman berfacial dengan Nadia Beauty Cartel. Kita ni jenis yang jarang-jarang berfacial, bukan sebab tak suka. Tapi susah nak berkelapangan untuk berfacial. Almaklumlah, nak kena fikir budak-budak siapa nak jaga ditambah pula dengan jadual kerja yang terlampau-lampau padat. Manalah ada masa nak buat appointment, nak bersiap, nak drive nak duduk diam-diam berfacial sejam dua.

Nak berfacial tu memang best, tak bestnya part nak bersiap and ke sana


Tapi bila kerja dah start padat ni, kita perasan satu jelah. Mekap mulalah tak lekat pada muka. Kulit muka pun dah mula kasar and banyak whitehead. Aduh... Boleh bikin stress ni. Kalau korang baca blog kita dari awal, tentu korang tahu, kita ni jenis kekadang balik rumah je macam sotong tak cukup tangan setel macam-macam. Pastu biasalah mak-mak, bila anak-anak tidur baru senang hati sikit nak mandi merawat diri dan buat kerja rumah sikit-sikit. Masalahnya, masa waktu tidurkan anak-anak tulah maknya sering tewas sekali. Sudahnya muka tak basuh lagi dah tertidur. Nanti mulalah whitehead tumbuh bagaikan cendawan kat hidung tu. Muka pun mula kusam.

Mujurlah dah ada appointment ngan Nadia dari Nadia Beauty Cartel. Bolehlah rawat sikit kulit muka yang mula tak terjaga ni. Biasalah, walaupun rawatan muka ni boleh buat sendiri je, tapi manakan sama dengan rawatan muka atau facial yang menggunakan mesin dan produk khusus untuk facial? Lagi satu, mana sama weh buat sendiri dengan orang yang buatkan? Tak feel lah buat sendiri. Tak enjoylah!


Lagipun, rawatan muka yang ditawarkan Nadia Beauty Cartel ni adalah rawatan muka spa bergerak. Juga dikenali sebagai mobile spa. Jadi maknanya bolehlah korang nikmati rawatan muka dengan keselesaan di rumah. Ada yang kata, alah, lagi best p spa buat facial. Memang. Tapi apakah yang lebih heaven berbanding tak payah bersiap, tak payah drive, tak payah parking then terus boleh buat facial? Nak-nak bagi orang macam saya nih, kalau keluar mesti nak mekap sikit, pastu bazir je mekap tu sebab orang spa akan bersihkan untuk buat facial. Lepas tu, dah siap facial, nak kena mekap balik. Eh, lecehlah!

Makanya, konsep spa bergerak atau mobile spa ni sangat sesuai untuk mak-mak orang yang nak cantik tapi pemalas serba serbi macam saya nih. Pakai kaftan je kat rumah pun peduli apa. Jimat minyak dan masa pula tu!

Joms kita tengok apakah step-step rawatan muka oleh Nadia Beauty Cartel ni:

1. Deep Cleansing
Memula sekali, deep cleansing. Deep cleasing ni kira bersihkan muka dengan lebih mendalam. Bukan macam normal cleansing tu. Samalah macam rambut kan... kalau kat rumah syampu biasa manakan sama dengan basuh kat salun. Syampu yang digunakan pun berbeza. Gitulah....

2.Exfoliating
Lepas deep cleanse, Nadia akan sapukan exfoliating liquid pada muka supaya sel-sel kulit mati semua dapat dibuang. Barulah muka tak nampak kusam dan barulah seri pada wajah terserlah.

3.Extraction
Lepas sel-sel kulit mati dah dinyahkan daripada muka, langkah seterusnya ialah extraction iaitu mengekstrak keluar bendasing pada kulit seperti blackhead, whitehead dan jerawat. Sesetengah salun akan melakukan extraction dengan memicit, ada yang pakai suction, tapi Nadia pakai cecair khas dan kemudiannya melekatkan kertas pada bahagian-bahagian bermasalah. Kira macam pakai pore-pack la ni.


4.Massage cream
Lepas dah extraction Nadia akan sapukan massage cream. Biasanya bahagian-bahagian yang diekstrak tu akan rasa gatal-gatal sedikit bila disapu massage cream. Tapi jangan risau, takkan berlarutan lama.


5.EB treatment
Aha, yang ni my favorite part. EB treatment atau juga dikenali sebagai Eternal Beauty Machine Treatment.  Bila diurut EB machine ni rasa suam-suam dan lembut je kulit. Memang best. Bila tanya Nadia katanya EB treatment machine ni harganya beribu. Kalau rajin, boleh je beli untuk buat sendiri kat rumah. Tapi biasalah... Bila takde, mesti rasa nak beli. Dah beli, mana rajin nak tonyoh-tonyoh pakai pada muka, betul tak? Lagipun, kalau facial ni, mestilah orang yang buatkan lagi seronok. Muahahaha....Barulah rasa relaks. So, kalau nak rasa kehebatan EB treatment ni, mailah telefon Cik Nadia kita.

6.Massage & mask.
Last but not least, anda akan diurut dan dibelai sekali lagi pada muka dengan menggunakan urutan tangan. Lepas tu pakai mask lagi dan tamatlah sesi facial anda.



Ha, jom tengok apakah produk yang digunakan oleh Nadia untuk facial ni:

Nadia menggunakan produk Elsyle dan Eternal Beauty Machine juga dari Elsyle

Produk Elsyle UP II ni memang diyakini dari dulu

Sebenarnya kita dah lama tahu fasal produk Elsyle ni sebab kawan baik dulu memang ejen Elken. Selalu betul dia promote produk Elsyle dengan EB Machine ni. Tapi faham-fahamlah kan. Harganya pun boleh tahan. So memang tak dan lah nak membelinya. Senang kata memang tak perlu ragu-ragu tentang produk yang Nadia Beauty Cartel gunakan sebab memang produknya bagus dan diyakini.

Hai EB Machine yang amazing.

Overall memang puas hati dengan servis Nadia Beauty Cartel sebab orangnya memang peramah dan facialnya pula tip top. Memang tak cayalah begitu hebat sekali hasil lepas buat facial dengan Nadia ni. Kalau tak caya, tengoklah sendiri:

Nampak tak? Nampak tak?

Gambar pertama ni, Nadia buat sebelah je untuk menunjukka perbezaan ketara kiri dan kanan lepas menggunakan EB Machine. Sebelum start EB machine, sempat lagi Nadia berseloroh kata nak kecilkan pipi pau kita yang terlebih. Tengoklah tu, jelas sekali belah kiri pipi tu terlebih-lebih manakala elah kanak pula pipi nampak lebih terbentuk.


Daripada gambar kedua ni pula nampak gambar seelum lebih sembap and lebar muka tu... Gambar selepas memang lebih terbentuk. Aish... Kenapalah mukaku begitu lebar?


Ni lepas facial dengan Nadia.... Glowing gitu kulit.


Nak p keluar ngan kengkawan. Pakai foundation ngan lip tint je. Malas nak mekap lebih.

Lepas facial dengan Nadia, ternyata mukaku lebih runcing dan mekap pun lebih mudah melekat pada muka + tahan lama.  Kalau tidak, memang geram je bila mekap ada je yang tak kena. Satu lagi, muka takde pun jadi sensitif atau merah-merah atau bengkak-bengkak macam pergi buat sesetengah facial. Especially yang jenis buat extraction picit-picit. Buat extraction pakai suction tu pun kita pernah cuba. Sakit jugalah disedutnya semua black head white head tu... Ingatkan lembut je, skalinya tidak. Merah idung I.

Yang paling best skali, petang lepas facial ngan Nadia tu pergi keluar ngan kengkawan.  Kebetulan my friend bawa kawan dia yang kita baru first time jumpa. Yang tak sangkanya mamat tu tanya lak kita, " Eh, muka you buat V-shape eh?"  Blur kejap kita bila dia tanya camtu. V-shape tu apa? Kita tanya... Suntik ke? Mamat tu jawab, ha yerlah. Macam artis buat tu... Oh no no no... Kakak tak pernah suntik-suntik V-shape ni. Kih kih kih.. Mungkin ni penangan facial daripada Nadia. Weeee!!! Kembang idung I dipuji V-shape...Gitu!!

Mamat baju putih aka Ekmal ni la tanya kita ada buat V-shape ke tak. Choy! Kakak ori tau!

Okay, dah-dah angkat bakul. Sesiapa yang berminat nak buat facial dengan Nadia aka Nadia Beauty Cartel, boleh follow Nadia kat Instagram Nadia Beauty Cartel or terus deal buat appointment dengan Nadia dengan whatsapp or call 012-3782317.

Oh ya, normal price for this special facial by Nadia Beauty Cartel is RM100. Tapi ada diskaun khas untuk pembaca Prettily Rare. Korang hanya perlu sebutkan diskaun kod NANA88 dan boleh nikmati facial by Nadia dengan harga RM88 sahaja! Wow!! Best tak?

Gunakan kod untuk dapat diskaun, hanya di Prettily Rare!



Mobile Spa by Nadia: Nadia Beauty Cartel
Instagram: Nadia Beauty Cartel
Telefon/Whatsapp: 012-3782317


Da~~~

Baca juga tentang:

Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

1 comment: