Friday 8 December 2017

Terapi Signature Warm Oil Rangkaian Amante Segarkan Badan Lesu


Hai semua,

Harini kita nak share pengalaman kita mendapatkan rawatan Signature Warm Oil Theraphy di Amante Nail Spa and Body Care. Kalau diikutkan, tawaran untuk mendapatkan rawatan ni memang sangat kena dantepat pada masanya sebab dah berbulan-bulan badan kita rasa lesu dek dikejar deadline, uruskan anak-anak, tekanan tempat kerja, kewangan, kurang rehat dan macam-macam lagilah.

Spa
Bestkan sekali-sekala manjakan diri
Biasalah, bila dah letih-letih camni, badan, minda dan mata kita akan auto shut down tidur awal tiap-tiap malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Ni memang mekanisma asas badan untuk melindungi fizikal kita. Tapi yang peliknya, bila bangun keesokan paginya, asyik rasa tak bersemangat je. Badan pulak rasa macam patah-patah dilenyek bulldozer. Sakit je manjang. Makin tidur makin penatlah kata orang.

So, bila dapat jemputan ni, kita macam orang mengantuk disorong bantal je rasa. Bahagianya tak terkata. Kebetulan tarikh tu memang ngam dengan cuti kita. Inilah yang dikatakan takdir! Kih kih kih....

Untuk Signature Warm Oil Theraphy selama sejam ni. Kita telah memilih untuk ke Amante Nail Spa and Body Care cawangan PJ Jaya One sebab kebetulan kita ada urusan di tempat berdekatan.

Nail Spa and Body Care
Ni actually gambar segar selepas mendapatkan rawatan


Jaya One
Cantik and luas juga cawangan ni

Mula-mula sampai ke outlet ni, kita tergoda dengan pelbagai pewarna kuku yang disusun dengan rapi di dalam almari. Aha... kita kan memang #mudahtergoda dan #mudahterpengaruh dengan berwarna-warni. Pastu baru teringat, sini bukan saja ada perkhidmatan berurut, tapi juga ada perkhidmatan penjagaan kuku. Sampai-sampai je, kita disapa mesra oleh receptionistnya kemudian dibawa ke bilik untuk berurut.
Reception
Bahagian Reception

Product Counter
Pelbagai produk oleh Amante

Bilik mengurut tu ringkas je tapi teratur, alunan muzik yang dimainkan pulacukup mendamaikan. Terus rasa lebih relaks. Mula-mula sekali tukang urut tu lap dulu badan kita dengan air suam kemudian urutan di mulakan dari kaki, badan, tangan dan akhir sekali tengkuk bahu dan kepala. Kalau korang selalu berurut, memang standard diorang akan mulakan urutan daripada kaki sebab kaki merupakan anggota badan yang paling jauh daripada jantung. Jadi kenalah urut kaki dulu supaya aliran darah lebih lancar. Bagi kaum perempuan terutamanya yang dah bersalin, mesti korang perasan, kaki selalu sejuk-sejuk kan? Ha... Urutlah bahagian kaki tu bagi darah mengalir sikit.

Apa yang uniknya Signature Warm Oil Theraply di Amante ni, tukang urut akan menggunakan sejenis batu sungai yang leper untuk mengurut. Warm oil atau minyak suam yang digunakan ini pulak, suhunya yang suam, bukannya minyaknya yang buat kita rasa panas. So, baguslah untuk keluarkan angin. Lepas tu yang bestnya, tukang urut akan berikan tumpuan yang lebih kepada bahagian-bahagian yang bermasalah. Masa mengurut maybe akan rasa sakit terutamanya pada tempat yang bermasalah, tapi serius lepas habis je berurut, terus badan rasa ringan dan sedap.

Lepas habis berurut pula, air halia akan diberikan kepada pelanggan bagi memudahkan lagi angin-angin dalam badan untuk keluar. Memang rasa relaks je, bagaikan semua masalah hilang dalam sekelip mata gitu.
Amante
With my masses,  Zigzag.  Thanks Zizah

Kita actually memang suka pegi berurut sebab banyak manfaat berurut ni. Berurut ni bukan sahaja untuk orang yang baru bersalin je yer... Kalau ikutkan, orang lama-lama dulu memang pentingkan urutan untuk legakan keletihan badan, untuk lancarkan peredaran darah, untuk buang angin dan toksik, betulkan urat dan macam-macam lagilah. Mana kita tau? Eh, kita tahulah. Mak tok kita dulu tukang urut. Even kalau kitorang kecik-kecik sakit perut or demam and tak sihat dulu pun, Mak tok kita akan urut kita.

Cumanya orang sekarang tak macam orang dulu-dulu. Satu, tak ramai yang ada kepakaran mengurut. Keduanya, ramai yang tak percayakan kepentingan urut untuk kesejahteraan badan atau pandang remeh amalah berurut. Ketiganya, biasalah, nak berurut ni bukannya murah weh! Nak cari tukang urut yang kena ngan kita pun bukannya senang. Even kita pun selalu bertukar-tukar tukang urut or tempat urut sebab belum jumpa yang betul-betul serasi.

Tapi lepas dah cuba Signature Warm Oil Theraphy di mana ia ditawarkan di 7 cawangan rangkaian Amante Nail Spa and Body Care ni, kita rasa kita dah tahu dah mana kita nak pergi lepas ni kalau badan rasa sakit, lesu dan stress.
Amante Wellness
Cawangan-cawangan Amante

Apa? Mahal? Tahu, kita faham. Sebab itulah kita nak beritahu korang semua yang sekarang ni Amante ada promosi RM1.20 untuk  Rawatan Signature Warm Oil Theraphy selama sejam ni. Yep, korang tak salah tengok. Memang RM1.20 je. Bukan RM120. Macam mana nak dapatkannya? Stay tuned dekat FB Amante Wellness pada 12/12 dan jadilah 300 orang pertama yang sign up untuk promosi gempak ni!! Senang je kan? Kita sendiri pun dah mark kat calendar untuk grab promosi hebat ni. Huhuhu!
12.12 for RM1.20
Amante 12/12 Promotion

Sekian review Signature Warm Oil Theraphy di Amante Nail Spa and Body Care, Jaya One.
Prettily Rare

Rawatan PCC La Biosthetique Kuatkan Rambut
Rawatan Kolagen Beaute Library
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?




15 comments:

  1. Rawlins sebenarnya penggeli dan tak suka kena sentuh di badan oleh orang lain. Lagi satu segan nak buka pakaian depan orang lain. Tapi sejak merasa urut di Thailand, now dah suka berurut. Memang urut nie bagus untuk kesihatan dan kelancaran fungsi badan kan.

    ReplyDelete
  2. I have heard of Amante. They seem pretty good

    ReplyDelete
  3. Love the service at Amante Kepong... I was there not too long ago too...

    ReplyDelete
  4. Amante Nail Spa and Body care looks like an interesting and amazing place. I need nail spa, and would love to go to Amante.

    ReplyDelete
  5. Looks so luxurious and refreshing. Glad that you enjoyed your pampering session. I need one soon as well.

    ReplyDelete
  6. Having a relaxing spa is one of my ultimate pleasure especially after a very stressful day. Glad you enjoyed their services!

    ReplyDelete
  7. I have not try their massage spa service before but I heard few good review about their services! This is so worth it with the affordable price!

    ReplyDelete
  8. Aww so enjoy! I love their environment there too.

    ReplyDelete
  9. Looks like you had a great time enjoying the treatment. Their massage is so good i tell you! I need to go for another one :)

    ReplyDelete
  10. wow seem like u hv a nice relaxing massage time!!! i love their massages!!

    ReplyDelete
  11. Bestnya! ME Time ni! Saya nak plan untuk massage dan rehatkan badan jugak. Nanti saya pergi try jugak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Getting a spa massage, going to a spa vacation or getting spa treatment is no longer considered a luxury. 토닥이

    ReplyDelete
  13. always massage a baby, a grandmother, a stranger and many more. It never hurts to touch someone and giving the gift of touch. It is the essence of love itself. massage therapists

    ReplyDelete