Tips Pilih Kerja : Pertimbangkan 13 Faktor Ini Kalau Nak Tukar Kerja - Prettily Rare

Saturday, 16 December 2017

Tips Pilih Kerja : Pertimbangkan 13 Faktor Ini Kalau Nak Tukar Kerja

Hai semua,
pilih kerja
Susahnya nak cari kerja sesuai
Harini nak share tips pilih kerja since ramai yang minta pandangan kita tentang hal ni. Almaklumlah kita dah 10 tahun bekerja dan mempunyai 4 tahun pengalaman dalam bidang sumber manusia. So, ramai juga yang minta pandangan walaupun hakikatnya,  kita juga insan biasa. Cewah!!

Okay, biasa orang yang minta tips memilih kerja ni sama ada mereka yang baru menamatkan pelajaran dan ingin menimba pengalaman kerja ataupun mereka yang dah ada pekerjaan, tapi mereka telah ditawarkan pekerjaan baru. Tak kurang juga mereka yang dilema apabila ditawarkan lebih daripada 1 pekerjaan. Jadi, apakah yang perlu dipertimbangkan dalam buat pilihan ni ya? Jom tinjau!

1. Gaji
Ni standard. Biasa kalau dah kerja, dah ada pengalaman tertentu, make sure tawaran gaji daripada majikan baru tu sekurang-kurangnya 15% higher. Kalau dia tawarkan 20-30% memang terbaikkkkk! Bagi yang baru graduate, kalau ditawarkan gaji lebih tinggi daripada RM2,500, memang dah kira bagus. Tapi sekarang fresh graduate pun ada yang ditawarkan gaji sehingga RM3,500, tapi ikut company juga. Besar companynya, besarlah gajinya. Jangan tak percaya, ramai degree graduate yang masih lagi ditawarkan gaji kurang daripada RM2,000. Contohnya RM1,800. Tapi kalau dah tu je dapat, better grab and timba pengalaman sebelum demand gaji yang lebih tinggi

2. KWSP dan Socso (EPF dan Socso)
Mesti korang rasa, eh, bukan memang semua company wajib carum KWSP dan Socso ke? Ya, memang betul. Tapi dari pengalaman kita, ramai juga majikan yang gagal dalam menunaikan caruman wajib ni. Kasihan pekerja dan kakitangan mereka. Selain itu, korang juga boleh semak berapa caruman majikan yang ditawarkan oleh syarikat terbabit. Kadar caruman KWSP majikan statutori bagi mereka yang bergaji kurang daripada RM20,000 adalah 12%. Tapi ada juga majikan yang mencarum lebih daripada 12%. Lagi tinggi kadar caruman majikan, maka lagi untunglah pekerja.

3. Bonus
Ni kena semak juga dengan majikan. Adakah syarikat tersebut menawarkan bonus kepada pekerja mereka? Tak semua syarikat ada pemberian bonus. Biasanya bonus syarikat biasa adalah dalam 1-3 bulan gaji. Manakala company yang besar boleh mencecah sampai 6 bulan. Malah ada juga company yang memberikan bonus sebanyak 12-18 bulan kepada pekerja-pekerja mereka. Kalau dapat yang banyak-banyak tu memang rezeki. Ada juga syarikat yang memberikan bonus 2 kali setahun.

faktor kerja idaman
Contoh manfaat pekerja yang menarik

4. Perlindungan perubatan
Salah satu manfaat menjadi pekerja adalah di mana pekerja juga dilindungi dengan insurans perubatan. Jadi kalau sakit, bolehlah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital secara percuma kerana semuanya ditanggung oleh pihak syarikat. Yang ni setiap syarikat berlainan. Kena tengok dari dua perkara.

a. Adakah ia melindungi pekerja sahaja atau pekerja dan juga tanggungannya.
Ha, kalau korang single, okaylah kalau company cuma tanggung pekerja sahaja. Tapi kalau dah kahwin, lagi-lagi kalau dah beranak-pinak, mestilah kena pertimbangkan juga perlindungan perubatan suami/isteri dan anak-anak. Yerlah, bukannya murah kos perubatan. Memanglah hospital kerajaan ada, tapi mungkin kena tunggu lama atau kurang selesa kerana ramai pesakit.

b. Sebanyak mana perlindungan perubatan tersebut ditanggung?
Adakah korang diberikan kad perubatan (medical card) seperti AIA,  PMCare, Prudential etc? Atau adakah ia berdasarkan pay and claim kepada syarikat? Adakah ia cover pesakit luar atau dalam (in and out patient?) atau adakah cuma cover salah satu sahaja? Berapa banyak yang ditanggung? Berapa had tahunan? Semua ni kena ambil kira juga ya.

c. Adakah maternity juga ditanggung
Yang ni optional lah. Tertakluk kepada mereka yang telah berkeluarga sahaja. Jimat woo kalau company ada cover maternity. Nak beranak bukannya murah. Betul tak?

Pertimbangkan fakor perlindungan perubatan
Perlindungan perubatan penting bagi menjamin kesejahteraan kakitangan

5. Elaun Minyak/Mileage/Makanan/Outstation
Yang ni kena semak balik nature of work korang. Adakah kerja korang ni melibatkan kerja-kerja dan urusan di luar ataupun cuma duduk je dalam ofis, cukup masa then boleh balik? Kalau banyak kerja luar dan outstation, pastikan syarikat menanggung semua perbelanjaan ini ya? Kalau semua kena pakai duit sendiri, gaji tinggi pun jadi ciput juga.

6. Latihan
Ha, ni pun penting juga walaupun ramai yang tak titikberatkan. Bak kata Richard Branson "Train people well enough so they can leave, treat them well enough so they don't want to" Makanya, carilah syarikat yang bermotokan seperti ini di mana mereka akan melatih pekerja sebaik mungkin sampai pekerja boleh cari makan di mana-mana sahaja  tapi layanlah pekerja tersebut sebaik-baik mungkin sampai diorang tak nak tinggalkan syarikat tersebut. Kalau dapat company camni, kerja sampai bila-bila pun insyallah seronok je walaupun gaji tak tinggi mana.

7. Kemajuan Kerjaya (Career Advancement)
Satu lagi faktor yang kita pentingkan adalah sama ada syarikat tersebut pentingkan kemajuan kerjaya kakitangan mereka atau tidak. Ni pun penting supaya pekerja ada kepuasan dalam kerjaya kerana kerja dan usaha mereka diiktiraf. Yelah kan, takkanlah kerja bertahun-tahun still nak jadi kerani atau eksekutif je. Mestilah kita harap kita dinaikkan pangkat. Kalau dah lama sangat kerja tapi takde kemajuan kerjaya, lebih baik move on kerana ia tak baik untuk portfolio kita. Rata-rata orang akan berpendapat kita tak boleh perform ataupun terlalu selesa dengan kerja sedia ada.

Kemajuan kerjaya
Cari kerja yang mewarkan kemajuan kerjaya

8.Waktu bekerja
Zaman dah berubah, persekitaran pekerjaan pun dah berbeza. Kalau ikut konvensional, memang banyak syarikat yang masih mempunyai waktu bekerja yang tetapi iaitu 9-6, 8-5, 8.30-5.30 dan sebagainya. Namun, ada juga syarikat yang menawarkan flexibility dari segi waktu bekerja. Ada yang asalkan clock in cukup jam, then dah boleh balik. Ada yang boleh bekerja dari rumah (work from home), ada yang memang kerja dari rumah, tak perlu masuk ofis, so basically macam takde waktu bekerja tetap. Ini pun faktor pertimbangan yang menarik. Sebab kalau takde fixed hours, bolehlah settlekan urusan peribadi sebelum masuk ofis dan tak perlu bazirkan cuti. Ye dok?

9. Lokasi bekerja
Ha, ni mesti korang tahu. Takyah cerita banyak. Ada yang suka kerja KL sebab banyak pengangkutan awam, ada yang suka dekat dengan shopping mall, ada juga yang suka dekat dengan rumah sebab tak perlu rushing. Ni matter of personal preference. Tapi, dah sah-sahlah kena dipertimbangkan juga.

10. Budaya syarikat (Corporate Culture)
Ramai yang pandang enteng faktor ni, walhal antara yang paling penting untuk dipertimbangkan. Ada sesetengah company yang terlalu rigid sampaikan waktu bekerja, kena kerja je. Cakap tak boleh, kencing tak boleh 5 minit dah sebagainya. Tapi ada juga syarikat yang sangat fun dan santai. Gelak tampar ketawa golek-golek semuanya bolehlah. Janji siap kerja ehhh! Tak siap, siaplah korang. Maybe korang akan kata, selagi tak kerja mana nak tahu? Eh, boleh. Rajin-rajinlah risik. Tanyalah sesiapa yang berkenaan. Nak seribu daya kan???

banyak faktor yang perlu dipertimbangkan
Bukan senang nak cari kerja yang sesuai

11. Kemudahan
Bagi kita kemudahan juga satu fakor yang boleh dipertimbangkan, tapi kurang penting. Melainkan korang memang cari company yang tawarkan kemudahan tertentu. Antara kemudahan tambahan yang sesetengah company tawarkan adalah nurseri, gym, perpustakaan (strategic resource centre) dan kafe. Macam yang kita katakn tadi, lain orang, lain kesukaannya.

12. Cuti Tahunan
Ha, ni pun penting juga. Nak-nak kepada mereka yang kerja merantau. Yerlah, kalau cuti sikit, nanti raya nak balik kampung susahlah pulak. Pendek sangat tak seronoklah kan. Biasanya cuti yang standard adalah sebanyak 14 hari untuk executive dan 12 hari untuk non executive. Tapi ada je yang dapat banyak, contohnya, 18 hingga 21 hari untuk eksekutif. Best woooo!
Peruntukan bercuti pun penting, kena pertimbangkan juga

13. Lain-lain
Faktor lain-lain ni pulak bagi kita, kalau ada alhamdulillah, kalau takde pun tak mengapa. Contohnya, dental dan optical, annual dinner, company trip dan sebagainya.

Mungkin ada banyak lagi faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan, tapi bagi kita secara dasarnya ini adalah perkara yang asas yang perlu diambil kira. Semoga panduan ni berguna untuk korang semua.

Da~~~

Baca juga:
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

18 comments:

  1. Satu sebab kenapa saya rasa sukar nak kembali bekerja selepas berhenti 5 tahun lelas ialah kerana waktu bekerja... kerja swasta sbg jurutera selalu kena kerja full 6 hari seminggu, dan tak semua cuti umum digazetkan sbg cuti umum... adoi... nak cuti pun susah kalau tiada yg mengganti....

    ReplyDelete
  2. So many things to consider for job change. The most important is whether we will be happy with our job.

    ReplyDelete
  3. this is a very good tips sharing.. can share with friends... I have not been working more than 10 years..lolz.. so i almost forget all this..

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete
  4. Excellent tips for those who are planning to change jobs. Really, there are so many aspects to think about, it is awesome to have a checklist like this.

    ReplyDelete
  5. Banyak juga yg perlu ditimbang tara kalau nak memilih tukar kerja ni. Tips ni boleh membantu....

    ReplyDelete
  6. Menarik Info nie...

    Tak pernah terlintas nak tukar kerja sebelum ini.. Selalunya, just berhenti bila rasa company ada masalah etc. Then tunggu ada orang offer kerja untuk dorang.

    Kalau tidak, just buat freelance je

    ReplyDelete
  7. pernah bekerja dengan orang tapi sekarang lebih suka bekerja sendiri tak sakit kepala.

    ReplyDelete
  8. Tengah fikir juga pasal ni. Terima kasih atas tips nya :)

    ReplyDelete
  9. i think career advancement paling penting. no point to join a new company if you dont see your path there.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  10. sy sekarang dalam dilema ini...nak trs keje dan ikut syrkt berpindah atau berhenti dan beri tumpuan kepada keluarga

    ReplyDelete
  11. Bagus tip2 nana ni...
    Tpi kitaaaa dah tak kejeeee...
    Huahuahu

    ReplyDelete
  12. Terima kasih bagi peringatan begini. Rawlins tak sanggup nak bertukar kerja - bukan sebab selesa tapi kerana security. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Thanks for the write up dear!! There's so many factors to consider when we come to change jobs and looking for new jobs!

    ReplyDelete
  14. The important part also need to consider is economic as bad opportunity the work opportunity is less and is not a good time to change job. And keep up skill yourself with different knowledge.

    ReplyDelete
  15. Bagus tips awak. Ika tengah fikir change job.boleh Ika follow tips ni.

    ReplyDelete
  16. Interesting topic, I enjoy reading the story, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  17. No matter how many times we switch career, if there is no passion to what you do, you will continue to switch career. Better to find that passion first.

    ReplyDelete