Saturday 10 April 2021

Pizza Boleh Menjadi Makanan Negara Malaysia, Ketahui Mengapa!


Sekiranya ada satu makanan 'kewarganegaraan asing' yang harus diwartakan sebagai makanan kebangsaan Malaysia, saya pasti ramai akan memilih pizza untuk menjadi sebagai salah satu makanan negara kita. Kenapa? Baca sebab di bawah ini.

1. Pizza mungkin berasal dari Itali tetapi sejak Pizza muncul di Malaysia, resipi telah berubah untuk memenuhi selera Malaysia. Di Malaysia kini sudah ada pizza dengan topping sambal ikan bilis, nasi lemak dan juga durian!

Pizza di Malaysia sememangnya unik dan pelbagai. Fikir semula secara logik akal, adakah pizza sambal ikan bilis dan durian di tempat yang lain? Mungkin tidak.




2. Ramai dikalangan rakyat Malaysia ini yang amat sukakan pizza. Tanya kepada sesiapa sahaja di mana-mana isi rumah, baik kecil atau sudah dewasa rata-rata tahu apa itu pizza.

3. Pizza biasanya dipesan ketika ibu sibuk dan penat hingga tak larat lagi untuk memasak di dapur. Pizza adalah menu yang sangat mudah, pantas dan mengenyangkan. Dengan adanya pula servis pizza delivery,ramai ibu-ibu di Malaysia berasa lebih tenang dan dapa lebih banyak rehat berbanding sebelumnya.

4. Pizza menyatukan keluarga dan rakan. Beli pizza kemudian makan beramai-ramai satu famili, ianya merupakan salah satu aktiviti yang sihat.

5. Anak-anak di Malaysia sangat menggemari pizza. Tanyakan kepada mana-mana kanak-kanak Malaysia jika mereka suka pizza atau tidak, pasti ramai akan cakap suka. Bukan setakat anak-anak malah dikalangan dewasa juga.




Pizza Delivery Sangat Bagus Untuk Membantu


Walau bagaimanapun, cadangan untuk menjadikan pizza sebagai makanan nasional kita ini hanyalah sekadar satu pendapat saja. Paling penting, hendaklah bijak menjaga diri dalam suasana negara dilanda Covid-19 yang masih belum hilang sepenuhnya ini.

Kita semua harus melakukan peranan kita sebagai warga negara yang bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Untuk keselamatan bersama, patuhilah segala SOP yang kerajaan tetapkan.

Jika ingin makan pizza sekalipun, tak bermakna perlu terus ke premis. Di Malaysia sudah ada pelbagai aplikasi menarik termasuklah servis pesanan dan penghantaran secara atas talian (online).



Foodpanda Malaysia Delivery, inilah jenama yang sering dipilih oleh pengemar makanan di luar sana. Nak terus ke premis jualan pizza, mungkin sibuk dan dalam masa yang sama elakkan dari berada di tempat awam.

Cara paling mudah, buat pesanan secara atas talian dan kemudian biarkan rider Foodpanda membantu, hantar makanan sehingga ke depan pintu rumah.

Elok Download Foodpanda ke Handphone Sempena Ramadhan


Bulan puasa tahun 2021 sudah hampir tiba. Bagi sesiapa yang tak ada masa untuk memasak dan sibuk dengan urusan kerja yang menimbun, bolehlah guna servis Foodpanda ini.



Terasa penat untuk masak ataupun letih selepas penat berkerja seharian, bolehlah guna servis delivery dari Foodpanda. Jika rasa nak makan FoodPanda contohnya, ada pelbagai pilihan melalui aplikasi Foodpanda. Buat pilihan yang mana satu dan penghantaran pizza akan segera bergerak selepas usai pemeriksaan berkaitan bidang yang berkaitan.

Jangan lupa untuk daftarkan akaun dan buat pesanan. Soal bayaran, boleh bayar semasa makanan dihantar tetapi tak dinafikan, disarankan untuk membayar secara dalam talian dan meminta penghantaran tanpa sentuhan sepanjang tempoh ini.

OXOXO

No comments:

Post a Comment