Wednesday 7 April 2021

Pengalaman Buruk Shopping di Mizzue Malaysia


Hai semua,

Harini nak cerita sedikit pengalaman buruk sis shopping di Mizzue Malaysia. Kisahnya, sis bukannya jenis yang suka shopping atau membeli-belah dalam talian pon. Hahahaha... Shopping kat sini maksud sis shopping barang-barang bukan keperluan lah. (ecececeh)


Apa guna promo hebat, barang cantik tapi hampeh? Gituuu....


Biasa kalau shopping dalam talian pon kat Shoepe atau Lazada je. Tu pun barang keperluan (wakakaka). Macam tepung ke, barang masakan ke, lampu ke. Kira takdenyalah nak shopping handbag kat Christy Ng ke, mekap kat Zalora ke kat platform dalam talian. Tidak... Untuk barang-barang macam ni, sis lagi suka pergi ke kedai fizikal. Mesti nak belek, raba, pegang dulu. Barulah puas hati gitu.

Pada lebih kurang sebulan yang lalu, sis telah mengadakan peraduan kat platform Instagram sis secara suka-suka. Sis tau lepas start kerja kat KL, blog dan sosial media sis banyak terabai atas sebab-sebab tertentu. Makanya, kekadang sis akan adakan peraduan mini sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang mengikuti sis walaupun sis tak rajin nak kemas kini apa-apa. Hadiah ikut kemampuan sis jelah, asalkan penerima gembira, sis pun gembira.

Oleh kerana pemenangnya seorang perempuan dan ada iklan Mizzue ni asyik muncul je kat FB sis, maka sis pun fikir, apa kata sekali-sekala kita support peniaga dalam talian? Sebelum buat pesanan siap google juga kata kunci 'Mizzue penipu' (kah kah kah!) tapi tak jumpa apa-apa. Husnuzon, okey kot. Boleh dipercayai ni.

Terus sis pergi ke laman web Mizzue dan pilih hadiah untuk pemenang. Selepas tu, dengan gembiranya sis pun maklumkan pada pemenang dah buat pesanan, ucap tahniah, pesan kat dia supaya maklumkan apabila barang dah sampai dah sambung kesibukan hidup dalam senyuman. Masa tu 2 Mac 2021. Pada 4 Mac, sis dapat makluman daripada Mizzue yang barang sis telahpun dihantar.

Berani kau janji 3-5 hari sampai eh! Dasar Mizzue penipu tak tau malu


Atas dasar husnuzon yang semua platfrom dalam talian elok-elok belaka macam Shopee dan Lazada (walaupun tu pon ada yang kena tipu), sis memang tak fikir langsung fasal hadiah tu. Sampailah satu harini iaitu pada 13 Mac 2021, pemenang pm kita kat Instagram yang mengatakan hadiah masih tak sampai-sampai lagi. Naniiiiiiiii ?????(Nani=Apa dalam bahasa Jepun) Benganglah sis.

Makanya sis pun hantar tangkapan skrin fasal barang telah dihantar serta nombor pengesanan (tracking number) dari Ninjavan. Yerlah, mestilah dia pun aneh kenapa barang tak sampai. Pada masa yang sama, kita pun check status penghantaran kat Ninjavan. Oleh kerana sis pun pernah ada pengalaman buruk dengan Ninjavan, maka sis pun macam fikir, patutlah lembep, pakai pon Ninjavan. Gituuu....

Pulak sis nampak makluman daripada Ninjavan yang katanya banyak nau bungkusan, ditambah pula musim Covid-19, maka ada kelewatan. So memang sis tak hairan punlah.




Tapi bila sis tengok, eh...kenapa satu tanda tick pon takdak ni? Takkanlah dah lebih sepuluh hari pon tak ambil-ambil bungkusannya daripada Mizzue? Ni sibuk benar ni Ninjavan.






Lepas dah bagi nombor pengesanan tu, sis sambung lagi kehidupan sis yang sibuk sokmo tu. Hampir dah terlupa dah lagi fasal benda ni. Sampailah pada 30 Mac 2021, sis terdetik nak semak status penghantaran. Bila dah semak tengok, eh, apasal tak berubah-ubah ni? Masih lagi satu tanda tick pon ilek. Geram mak, terus kita pm balik pemenang, tanya dapat tak hadiah. Katanya masih tidak. Masa ni kita dah geram sangat dah. Apa hal tak sampai-sampai lagi? dah nak sebulan dah kot! Makanya kita pun buat aduan bertulis kat Mizzue, boleh pulak dia kata nanti saya semak dengan Ninjavan ya? Rest assured kami akan pastikan bungkusan anda tiba, gitu!
 

Amboi, acah-acah nak semak ngan Ninjavan pulak ye kau!



Sis tak puas hati. Sis buat pertanyaan kat Ninjavan pulak. Ninjavan pon jawab, oh ya puan, memang dia cipta pesanan tu pada 4 Mac 2021, tapi dia tak sediakan bungkusan fizikal untuk kami ambil. Ha gituuu bunyi jawapan daripada Ninjavan. Eh ngamuklah sis. Mandai je kau konon nak semak dengan Ninjavan! Kalau kau yang tak sediakan barangnya, Ninjavan tu nak collect apa pulak? Pandai plak shift the blame and redirect the attention to someone else eh? Ha kau...dah tercakap mat salleh dah sis. Marah ni! Pattern manusia play victim camnilah yang paling sis menyampah. Kalau depan mata sis dah tarik rambut dengan lumur cili dah.




Makanya sis pun hantar lagi satu e-mel yang memaklumkan bahawa jangan memain eh, sis dah semak dengan Ninjavan, Ninjavan kata kau yang tak sediakan barang. Sis nak duit sis balik. Pastu Mizzue ni diam menyepi selama beberapa hari.

Harini sis dah hantar sekali lagi e-mel yang menegaskan sis nak balik duit sis. Tak kira! Tak kira! Dasar penipu, beri janji palsu dan berlakon mangsa. Eeeii... semua ciri-ciri yang sis nyampah ada kat kau! Kalau pompuan, sis dah tampo dah.

Selepas tu, sis dengan tak puas hatinya Google lagi, takkanlah aku sorang Tipah tertipu kot? Kemudiannya barulah sis nampak rakan blogger yang sis kenali juga pernah kena. Kat komen pula, ada je yang lain yang terkono. Boleh semak posting rakan blogger Cindyrina di SINI. Waduh, waduh! Kenapa sekarang baru sis jumpa?

Makanya, bagi mengelakkan pengalaman yang tak menyeronokkan ni daripada berlaku kepada yang lain, sis pun tuliskan posting tersebut. Kalau mereka yang jenis penyabar, bolehlah teruskan pesanan anda. Tapi kalau jenis yang tak mahu terkena dengan adegan-adegan drama mereka, maka fikirlah 88 kali dulu ya?

Ni pon sis tak tau Mizzue Malaysia ni nak bertafakur berapa hari berapa malam sebelum proses pengembalian wang sis. Entah-entah dia tak nak kembalikan duit sis, dia nak gak seksa mental fizikal sis dengan menghantarnya 2 tahun 38 bulan kemudian? Siapa tahu?

Sekian perkongsian sis kali ini.

OXOXO

6 comments:

  1. Tu kat Malaysia. Yg I beli tu direct from HK. Banyak betul komplen pasal mizzue ni. I wonder how they survive this long. The people who are working there must be very thick face and deaf to listen to angry customer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada stok ke tak diorang ni? Aneh-aneh ajer kan? Gerammmm

      Delete
  2. Dah dapat tak refund duit sis? Risau juga ni sbb baru order..jk tahu..mmg x order😔

    ReplyDelete
  3. Sis dah dapat refund ke? Saya baru je order huhhuhu apa la nasib. Nyesal saya

    ReplyDelete
  4. I dah email depa 2 Kali...tak respond....ade tak cara lain untuk contact?

    ReplyDelete
  5. Teruknya. Saya emel pun xde respond. Mcm mana nak buat?

    ReplyDelete