Wednesday 24 February 2021

Diet Apa Paling Berkesan? Kompilasi Diet Yang Pernah Saya Cuba


Hai semua,

Harini ni nak cerita sikit fasal topik diet hasil maklum balas daripada tinjauan yang sis buat di Instagram Story. Terima kasih kepada yang bagi cadangan.

Menyentuh tentang diet ni, kenalah mukadimah sedikit sebanyak fasal diri sis. Oleh kerana sis seorang yang sentiasa perasan kurus and bajet comel (kah kah kah!), dari kecik sampai besau tak pernah pon terfikir nak diet, nak kawal makan, nak senam dan sebagainya. Punyalah tahap keyakinan tu tinggi sampai memuncak, bila bercermin tak pernah rasa sendiri gemuk. Ditambah pula memang seorang yang pemakan, setiap kali dengar orang nak diet je mesti sis cebiklah. Sebab biasanya orang yang cakap nak diet tu, bukannya gemuk pun. Gila kau! Suruh orang yang suka makan macam sis ni diet? Mendustakan nikmat dunia betul!!

 

Sampailah sis dah anak dua kot, barulah timbul kesedaran fasal nak kuruskan berat badan. Tu pun sebab kat ofis dulu ada HR dan CEO yang sangat menggalakkan staf menjaga kesihatan. Masa kat ofis lama dulu, ex-boss sis pernah jadi jurulatih kat gim. Pastu untuk pastikan semua staf sihat dan bebas daripada penyakit, petang-petang adalah sesi senaman, HIIT, jogging, brisk walk dan sebagainya. Puncanya kalau tak silap, ada staf yang risiko untuk dia sakit jantung tinggi, so sebagai syarikat yang mementingkan kebajikan staf, bos pun amik inisiatif adakan sesi macam ni.

Pastu oleh kerana kat ofis lama, hampir hari-hari ada makan percuma, maka makin tembun dan bulatlah orang-orang di ofis berikutan aktiviti senaman mulut yang kerap. Jadi, HR pun anjurkanlah pertandingan 'The Biggest Loser'. Siapa yang menang leh dapat hadiah wang tunai. Daripada situ, peserta akan diambil ukuran yang lengkap termasuklah peratusan jisim otot, kandungan lemak dalam badan, lemak visceral, air dan sebagainya. Masa tulah sis tau, jisim otot dalam badan sis kira below average. Pastu kandungan lemak plak sangat tinggi. Barulah timbul kesedaran nak cakna fasal kesihatan diri. Bukan sekadar nak nampak jelita dan cantik je.

Satu lagi punca yang membuatkan sis lebih terdorong untuk mengurangkan lemak berlebihan ni, ialah sewaktu sis mula melancong ke sana sini, tu pun masa dengan ofis lama yang sama. Bila kita melancong ke sana sini, tentulah kena amik gambar. Masa tu perasan, eh apasal semua gambar nampak hodoh? Lol, dah lemak sana sini, mau tak hodoh? Yang kedua, bila melancong ke sana sini, sis sedar memang betullah statistik yang mengatakan rakyat Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tertinggi di Asia Tenggara. Mana taknya? Kat semua negara yang sis pergi, susah nak nampak orang gemuk. Satu sebab diorang lagi banyak jalan, kat Malaysia, kebanyakannya naik LRT, kereta dan sebagainya. Kedua, makanan diorang rata-rata lagi mahal daripada baju. Kat Malaysia ni, baju lagi mahal daripada makanan.

Maka bermula dari situ, sis pun banyaklah membaca fasal tips-tips diet, senaman dan kesihatan. Pada masa yang sama, sis pun cuba jugalah sebahagian daripada diet-diet dan tips-tips kesihatan yang banyak tular di media sosial. Kekadang nyampah juga baca tips kurus tipikal dan boring yang berbunyi 'jangan minum air manis'. Mana taknya? Sis ni tak memang tak minum air manis pon, tapi montel je! Makanya, harini sis nak kongsikan diet-diet yang pernah sis cuba, dan mungkin berkesan untuk korang. Tapi perlu diingat ya, setiap individu lain kondisi badannya, maka kesannya juga berbeza. Apa yang berkesan untuk sis, tak semestinya berkesan untuk anda. Trial and error itu penting. Gituuuuu! Zasss....

1. Diet Tanpa Nasi (No Rice Diet)

Ni rasanya diet yang paling femes kat seantero Malaysia kot. Hahahaa... Puncanya? Selain daripada suruh orang cut minuman bergula, banyak 'otai' juga akan mencadangkan orang yang nak berdiet untuk tak makan nasi. Makan lauk jeeee katanya.

Ni juga antara diet terawal yang sis cuba. Kah kah kah! Kalau kau memang kaki melantak nasi, memang payah weh nak gigihkan hati untuk tak sentuh nasi.

Keberkesanan: Rendah
Kesukaran: Rendah

Pendapat sis: Kalau kau tak makan nasi, tapi kau melantak karbo-karbo lain macam mi, mihun, spageti, roti. Sama jek wehhh!


2. Diet Tanpa Karbo Ringkas (Simple Carbo)

Ha, ni advance sikitlah daripada diet tanpa nasi. Sebab selain nasi, korang juga tak dibenarkan sentuh roti, mi, mihun, kueyteow, gula dan sebagainya. Biasanya orang faham karbo maknan utama yang ketara ni jelah kena pantang. Yang lain takpe.

Keberkesanan: Sederhana
Kesukaran: Sederhana

Pendapat sis: Yang ni okaylah. Nampaklah penurunan berat badan. Tapi ambil masa juga untuk turun. Disarankan untuk dibuat secara konsisten dan digandingkan dengan senaman. Kalau korang jenis yang dah terbiasa makan nasi, roti dan karbo, memang akan menggigillah. Lama sikit baru biasa.


3. Berpuasa/Intermittent Fasting (IF)

Intermittent fasting pun salah satu kaedah diet yang terkenal Sumber: fashioniser dot com

Ni pula takyah cerita panjanglah. Sis yakin ramai yang dah tahu dan ramai yang aplikasikan kaedah berpuasa untuk turunkan berat badan. Untuk intermittent fasting pula, ada beberapa jenis. Antaranya ialah 16:8. Iaitu 16 jam puasa, 8 jam makan. Ala-ala puasa jugalah. Ramai yang cakap alang-alang nak IF, baik puasa sunat je. Ada betulnya juga.

Keberkesanannya tak payah nak ceritalah. Setiap kali puasa ramai je yang turun sampai berapa kilogram. Tapi sis yakin, ramai juga yang jenis macam sis, lemak liat. Berpuasa sebulan satu kg pon tak turun. Pernah beberapa kali tu pula, naik lagi adalah. Ish ish ish.

Keberkesanan: Sederhana
Kesukaran: Sederhana

Pendapat sis: Sesuai untuk jangka masa pendek. Jangka masa panjang tak dan. Takkanlah hari-hari nak berpuasa pula kan? Nanges gak. Kaedah ni juga tak sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik macam sis ya? Nanti masuk spital kang, payah pula

4. Eat Clean

Antara bebanyak jenis diet yang sis pernah cuba, rasanya nilah yang paling susah kot. Teras eat clean ni ialah makan makanan dalam bentuk yang paling asal (eat food in its most original form). Kedua, langsung tak boleh ada makanan yang diproses dalam pemakanan korang. Maksudnya korang hanya boleh makan makanan segar tanpa bahan aditif/pengawet/perasa langsung. Nak makan ikan sardin, kena beli ikan sardin. Takleh makan sardin dalam tin. Bahan perasa cuma garam, lada sulah. Sos bagai semua tak boleh.

Eat clean ni disarankan korang sediakan jelah makanan korang sendiri. Sebab makan kat luar, mestilah dia letak ajinomoto bagaikan.

Keberkesanan: Sederhana
Kesukaran: Tinggi

Pendapat sis: Baguslah untuk kulit dan penghadaman, memang cantik kulit korang. Perut pun jenjarang akan sakit. Bak kata pepatah 'we are what we eat'. Makanya kalau korang makan makanan segar saja, kulit korang pon licin, cantik, segar gituuu.

5. Atkin/Keto

Keto
Boontoom Sae-Kor/ Shutterstock

Yang ni lagi spesifik daripada diet tanpa karbo yang sis sebutkan di atas. Kalau pemahaman orang biasa, diet kat atas tu sayur lobak, kentang etc masih boleh lagi diambil. Namun dalam diet atkin/keto ni, karbohidrat daripada sayur-sayuran dan makanan semulajadi (kentang, keladi, keledekP pon perlu disukat. Kalau tak silap, sehari pengambilan karbo tak melebihi 40 gram supaya mencapai ketosis dalam badan yang mana ia akan menggalakkan pembakaran lemak. Gituuu....

Di sini sis saja groupkan atkin dan keto bersama kerana diet atkin fasa 1 lebih kurang saja dengan diet keto. Perbezaan atkin ngan keto ni, atkin dia ada beberapa fasa yang mana lama-kelamaan, makanan berkarbohidrat akan diperkenalkan semula dalam diet. Tapi, keto tak berfasa. Keto is the way of life katanyaaaaa....

Keberkesanan: Tinggi
Kesukaran: Tinggi

Pendapat sis: Ni sis lagi amateur gituu... Tak pernahnya capai ketosis sebab sis tak kuat. Kalau korang banyak membaca, leh lah tau banyak lagi tips untuk mendapatkan ketosis untuk mencapai berat badan yang korang inginkan.

6. General Motor Diet (GM Diet)

sumber: savedelete dot com

General Motor diet ni asal daripada satu usaha General Motor yang mana kononnya sesiapa yang mengamalkan diet ni, boleh detoks badan dan jadi lebih fokus terhadap kerjanya. Gitu.

Berbeza dengan diet di atas yang boleh diaplikasikan dengan lebih lama, diet General Motor ni hanya berdurasi selama 7 hari. Ia sejenis diet ketat yang yang mensasarkan pengurangan berat badan dalam tempoh yang pendek. Diet ni pernah tular japlah kat FB, ramai giler orang kongsi pengalaman buat GM diet ni. Ada yang leh turun sampai 6-8 kg.

Tapi, lepas tempoh pendek diet ni, korang disarankan untuk kekalkan pengurangan berat badan dengan mengamalkan diet-diet lain seperti eat clean, atkin, keto dan sebagainya. Kiranya ia sesuai untuk mereka yang dah sampai tahap plateau (berat badan statik) dalam diet. Namun perlu diingatkan, diet ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja dalam tempoh sebulan.Keberkesanan: Tinggi
Kesukaran: Sederhana

Pendapat sis: Setakat ni dah dua kali sis lakukan diet GM, biasanya sis buat bila berat naik mendadak atau berat statik terlalu lama. Tapi dua-dua kali takdelah penurunan sampai 6 kg. Sekali 4kg, sekali lagi 3kg je kalau tak silap. Lepas tu diikuti dengan diet keto (tapi banyak cheat la). Biasanya berat dapat berjaya dikekalkan.

Okay ni jelah antara diet-diet yang pernah sis cuba selama ni. Ada satu lagi diet yang sis tak pernah cuba, tapi teori bagi diet ni, bagus untuk korang tahu bagi mencapai diet yang berkesan.

Ramai juga yang mengatakan bahawa tak kira diet apa sekalipun yang korang lakukan, kalau teori ni korang tak faham, maka penurunan berat badan takkan berlaku. Maka apakah diet ini?


7. Calorie Deficit Diet

Berbeza dengan diet-diet sebelum ni yang lebih pentingkan apa yang korang makan dan minum, diet ni kunci utama dia satu je. Berapa pengambilan kalori (calorie intake) yang korang ambil? Dalam diet ni, korang boleh melantak apa sahaja, tapi kena kira pengambilan kalori.

Satu lagi kunci ialah korang kena tahu apa base metabolic rate badan korang. Asas diet ni mudah sahaja. Macam matematik tambah tolak je. Mia Hariz pun pandai. Asas dia, untuk dapatkan penurunan berat badan, pengambilan kalori mestilah kurang daripada apa yang badan korang perlukan.


Pengurangan berat badan = Defisit KaloriWeight Loss = Calorie Deficit

Penambahan berat badan = Lebihan Kalori
Weight Gain =Calorie Surplus

Oleh itu, kalau badan korang bakar 1800 kcal sehari, nak turun berat badan, kenalah ambil kalori kurang daripada 1800 sehari.

Biasanya pengamal diet ni akan gunakan aplikasi atau peralatan tambahan untuk ukur kalori yang badan dia bakar dan pengambilan kalori harian dia.

Oleh kerana sis pemalas nak masukkan dan kira apa yang sis telan dan ia amat menguji kesabaran, sampai sudeh tak pernah cuba diet ni. Tapi kalau korang rajin, bolehlah cuba.

Perlu diingatkan, setiap jenis diet ni, ada je sokongan dan kritikan pelbagai pihak. Nak tahu kena banyak membaca dan kena cuba sendiri. Gituu...Tak cuba tak tahu!

Sekian perkongsian sis kali ini.

Da~~~~

3 comments:

  1. Pening juga nak cari kesesuaian diet mana yang sesuai. Nak diet nasi? Memang susah la dah tekak Melayu memang cari nasi juga.

    ReplyDelete
  2. Dulu2 rajin diet. Sekarang ni makan dalam kuantiti yang sederhana.

    ReplyDelete