Sunday 22 October 2017

Rawatan Kolagen di Beaute Library DesaPark City Segarkan Kulit Wajah


Hai semua,

Harini jom sembang-sembang topik kecantikan. Dah lama kita tak cerita fasal kecantikan dalam blog. Tapi, sebelum kita buka cerita hari ni, saja je nak tanya dulu. Adakah korang kerap buat facial? Biasanya berapa kerap korang buat facial atau rawatan muka? Perlu ke buat facial ni sebenarnya? Apakah fungsi buat facial sebenarnya?



Sebenarnya  mereka yang tidak mempunyai masalah kulit yang serius disarankan untuk menjalani facial atau rawatan kulit lebih kurang sebulan sekali. Ngamlah tu dengan kitaran hidup sel kulit kita yang biasanya selama 30 hari. Setiap 30 hari, sel kulit hidup akan mati dan diganti dengan lapisan kulit yang baru. Jadi, memang elok kalau kita buat rawatan muka di mana ia akan bermula dengan analisis kesihatan kulit dan seterusnya deep cleansing.

Deep cleansing ni berupaya untuk membersih kulit dengan lebih menyeluruh sehingga ke pori-pori. Gitu!! Biasalah. Dengan persekitaran hidup kita yang penuh dengan pencemaran, penggunaan barangan solekan, debu, sinar UVA, UVB, dan ditambah lagi dengan gaya hidup yang sibuk, kadang-kadang kita cuci muka pun ala kadar je. Kalau korang baca post kita yang sebelum ni pun korang tahu, betapa penatnya kita ni kadang-kadang sampai tertidur tanpa sempat membersihkan solekan di muka.

Kalau korang tanya, okay tak kalau buat facial di rumah? Boleh. Tiada masalah, tapi apa salahnya kadangkala manjakan diri dengan buat rawatan muka dengan mereka yang pakar? Lagipun, kalau kat rumah, paling koman pun korang pakai facial mask je. Tu pun kalau bagi orang yang ada anak kecil macam kita ni, bercinta nak tunggu budak-budak tidur dulu baru pakai mask.

Lagipun, mana boleh samakan rawatan di rumah dengan yang pakar? Pakar kecantikan biasanya ada mesin analisis, steamer dan mesin kecantikan canggih yang kita takkan mampu beli di rumah. Sebab tulah, nak tak nak, kena peruntukkan 'me time' untuk manjakan diri. Bila kita manjakan diri sendiri, sayang diri sendiri, barulah kita mampu untuk menyayangi orang lain dan keluarga sendiri. Cewah!!

Okay, takyah bebel banyak lagi. Isnin ritu kita telah memanjakan diri dengan Beauté Floral Essential Collagen Facial Treatment di Beaute Library DesaPark City. DesaPark City ni sebuah bandar baru yang terletak hanya 15 minit sahaja dari ofis kita di Damansara Perdana (berdekatan IKEA dan The Curve) Kawasannya cukup elegan dan cantik sekali. Memang bandar terancang dengan suasana yang tenang dan aman sekali.

Sebelum ni kita tak pernah tahu pun kewujudan tempat ni dan apabila dijemput untuk buat media review di Beaute Library ni, kita memang teruja memandangkan dah 3-4 minggu kita terlalu tertekan dan tak cukup rehat dek kerana bebanan kerja yang terlampau. Memang orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatanglah kiranya jemputan ni.

Sebaik saja habis ofis hour, kita pun waze ke lokasi berkenaan dan wah! Memang betul, 15 minit je dah sampai.  Dari kereta kita jenguk-jenguk. Ohmaigad! Cantiknya beauty centre ni. Elegan dan nampak mewah!! Memang terpesonalah senang kata.

Dari tepi dah terserlah betapa 'elegannya' tempat ni.

Uish... Cantik gilerlah dekorasi Beaute Library Desa ParkCity ni. Elegan!!

Oleh kerana Plaza Arkadia, Desa ParkCity ni masih lagi baru, jadi parking memang tak jadi masalah. Malah slot Lady's Parking di sini pun berlambak-lambak. Kita suka. Lepas je park, terus kita naik atas tak sabar nak dimanja-manja.





Mula-mula pihak Beaute Library minta kita isi form dulu. Prosidur untuk pastikan pelanggan tiada masalah iritasi ataupun alergi terhadap sebarang bahan-bahan yang digunakan. Langkah ni penting untuk memastikan pelanggan diberikan rawatan yang bersesuaian dengan kondisi masing-masing. 

Lepas siap isi form, kita dijemput untuk masuk ke bilik konsultasi di mana kita dihidangkan dengan teh bunga. Pada sesi konsultasi tersebut, kakitangan Beaute Library pun jelaskan apakah rawatan yang akan dijalankan hari ni. Katanya kita akan menerima rawatan Beauté Floral Essential Collagen Facial Treatment. Rawatan ini berfungsi untuk anjalkan kulit, melembap dan menyegarkan kulit.




Selfie sat kat bilik konsultasi
Bilik bersiap

Bilik facial

Lepas jalani konsultasi, kakitangan tersebut pun bawak kita tukar pakaian dan seterusnya kita dilayani oleh kakitangan mereka yang bernama Stella bagi sesi rawatan ini. Antara yang langkah-langkah rawatan yang Stella lakukan pada kita hari itu adalah:

1. Double Cleansing - Mencuci wajah sehingga ke pori-pori gitu
2. Serum, Mask dan Steamer - Aplikasi Serum dan Mask dan Steam Muka Supaya Kulit Jadi Lembut
3. Extraction -Ektrak keluar bendasing di wajah seperti blackhead dan jerawat
(Kita skip step ni sebab kita tak suka muka jadi merah-merah)
4. Treatment machine + Collagen Essential  -Aplikasi kolagen dan penggunaan mesin untuk pastikan penyerapan kolagen dengan lebih baik.
5. Facial dan shoulder massage - Urutan wajah dan bahu
(Yang ni heaven, sampai tertidur-tidurlah kita. Dahlah memang tak cukup tidur)
6. Double Masks -Aplikasi dua pupur wajah untuk rawatan manjakan kulit

Secara keseluruhan, pengalaman facial kat Beaute Library DesaPark City ni memang menyegarkan dan sangat relaxing sekali terutamanya masa Stellah berikan urutan wajah dan bahu. Uish... Memang tertidurlah kita. Bangun-bangun dah siap tu je rasa segar-bugar je muka dan badan.

Oh ya, apa yang korang benci sekali lepas buat facial biasanya? Hahah... Kalau kita, kita paling benci muka jadi merah-merah sebab kena picit/extraction. Tapi memandangkan kita dah skip step ni, memang muka tak merah-merah. Yeay! Keduanya, kita benci lepas buat facial sebab nanti kena solek balik, yelah, kan bare faced. Malu (tutup muka).

Tapi lepas buat rawatan muka ni, kita dengan yakinnya pergi je destinasi seterusnya tanpa gunakan mekap. Muka rasa licin dan yakin je walaupun mata panda teruk. Haha!

Lepas je bangun dan siap facial, terus snap. Uyoo, wajah segar-bugar.

Okay, malas nak mekap. Terus ke destinasi seterusnya.
Senang kata, pengalaman rawatan kolagen kat Beaute Library DesaPark City ni memang terbaik!! Kita suka. Walaupun bagi orang yang cerewet dan fobia nak pergi facial ni pun memuaskan.

Terima kasih kepada Beaute Library atas jemputan review ini. 

Sekian laporan ikhlas dan tulus dari Maya,  Prettily Rare.


34 comments:

  1. wow macam best ja brp rm treatment ni? tempat dia menarik dan cantik

    ReplyDelete
  2. Best dapat buat facial treatment kan. rasa nak buat hari hari..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best... Kalau free memang nak buat hari-hari

      Delete
  3. Wahhh bestnyaaa..tempat pun cantik😘

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa, teringin nak buat facial. Tak pernah buat lagi :')

    ReplyDelete
  5. best tempat dia. nampak classy dan cantik.

    ReplyDelete
  6. fuhhh bestnya. dah lama tak buat facial ni..

    ReplyDelete
  7. wah bestnya manjakan diri. dah lama rasanya x buat face treatment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang memang kena manjakan diri

      Delete
  8. Bestnya sesekali buat facial treatment mcm ni. Kesibukan harian, kadang tak sempat nak jaga kulit muka ni.

    ReplyDelete
  9. Alaa...kenapa cantik sgt tempat ni...tgok gambar tu dh rasa confirm selesa kan..

    ReplyDelete
  10. Spanya pun dah nampak tenang jer ok lah tu...

    ReplyDelete
  11. Wah, baru perasan Desa Park City ada spa. Rindu nak jalan2 sana selepas setahun dua berlalu masa keje area sana dulu (damansara perdana always in mind)

    ReplyDelete
  12. Comel nama dia library, decorations dia cantek and rasa tenang jer hati. Tengah fikir, last time sy buat facial, mungkin 3 months ago?!?

    ReplyDelete
  13. These days we are seeing more and more use of collagen in all skin products. About time we realised its usefulness!

    ReplyDelete
  14. Glad you enjoyed your treatment. Yes collagen is good for our skin and even hair :)

    ReplyDelete
  15. Hai sis ..masih buat facial di beaute library?masa sis buat facial ni, kakitangan beaute library ada x promote suruh pakai produk dia ke?@ buat facial treatment sekali lg?

    ReplyDelete