Thursday 22 November 2018

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Keriting Rambut (Hair Perming)


Hai semua,

Harini nak cerita fasal perm rambut atau keriting rambut. Nak dijadikan cerita, kita sebenarnya perempuan yang agak pemalas. Tapi pada masa yang sama, kuat jeles. Bukan kuat jeles apa, cuma jeles bila tengok perempuan yang rajin mendandan diri. Especially kalau perempuan yang sentiasa nampak cun setiap masa. Jenis yang rambut sentiasa diblow, mekap sentiasa cantik, rambut sentiasa rapi, pakai baju cantik-cantik siap matching dengan beg tangan dan kasut. Serius jeles!


Cantik kan?


Tapi akan daya? Genetik kepemalasan yang menebal membuatkan kita tak dapat mencontohi wanita-wanita macam  tu yang sentiasa mampu tampil sempurna setiap masa. Kalau kita, time-time tertentu jelah nampak dan feeling-feeling syantik. Hari-hari lain pulak, nampak macam ikan bilis bak kata rakan sekerja kita.

Apa pun, faktor kepemalasan nilah yang menjadi salah satu penghalang kita membuat perm kerana daripada pengalaman kawan yang pernah perm rambut, rambut perm/keriting ni memang tak sesuai dengan golongan pemalas macam sis ni. Huhuhu...

Oleh itu, walaupun sentiasa tergoda dengan Korean Wave Perm, Japanese Perm dan macam-macam teknik yang mampu membuatkan wanita tampil mempesona, kita tak pernah tergoda sebab memikirkan, rajin keeee nak urus rambut tu nanti? Lagipun masih trauma dengan cubaan perm rambut yang fail kira-kira 8 tahun yang lalu. Rambut kembang semangkuk dan sangat ugly. Urghhh...

Sampailah beberapa minggu lalu, bila rambut dah panjang sangat dan dah bosan dengan pattern rambut yang straight je, sis ambil keputusan untuk perm rambut setelah mempertimbangkan pelbagai perkara.

Jadi bagi mereka yang berminat untuk keritingkan rambut, mari kita lihat apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum ambil keputusan untuk keritingkan rambut:


Rambut keriting atau rambut lurus. Mana satu idaman anda?

Perm Vs Rebonding

1. Rambut Keriting Tak Sesuai Untuk Si Malas
Okay, berbeza dengan tanggapan bahawa rambut perm senang diurus kerana tak perlu disikat, nyata sekali rambut perm lebih sukar diurus daripada rambut lurus. Mana taknya? Sebaik-baiknya rambut perm ni kena blow cantik-cantik. Kalau rambut lurus dibiar kering sendiri, bentuknya tetap akan lurus terletak. Tapi kalau rambut perm ni, kalau tak blow betul-betul, memang hilang curl atau keritingnya. Makanya, memang kena extra effort untuk blow dry rambut. Jangan berangan rambut perm ni bangun tidur boleh terus pergi kerja. No, no, no....

2. Rambut Perm Lebih Mudah Rapuh dan Kering
Hair perming atau proses keriting rambut lebih merosakkan rambut berbanding rebonding. Jadi rambut akan menjadi lebih kering dan rapuh terutama pada hujung rambut. Jadi, sekali lagi, tak boleh malas. Kena rajin-rajin aplikasi minyak rambut di hujung rambut bagi tujuan melembap.

Kalau rambut dikeritingkan, rajin-rajinlah sapu minyak di hujung rambut ya?

3. Rambut Yang Pernah Diluntur (Bleach) Tak Sesuai Untuk Hair Perming
Ni satu fakta yang kita dapat tahu buat pertama kalinya daripada penggaya rambut kita baru-baru ni. Rupa-rupanya, rambut yang pernah dilunturkan warnanya (bleaching) tidak sesuai untuk menjalani proses hair perming kerana sudah terlalu rosak. Makanya, rambut tak dapat dikeritingkan. Menurut penggaya rambut tersebut juga, bleaching merosakkan struktur rambut dan membuatkan proses perming gagal membentuk ombak atau keriting pada rambut. Wow! Saya pun baru pertama kali tahu. Kesimpulannya, sesiapa yang pernah lunturkan warna rambut tu, kenalah tunggu rambut baru tumbuh sebelum rambut dikeritingkan.

4. Rambut Keriting Lebih Volume Berbanding Rambut Lurus
Aha, ini sudah semestinya. Untuk mereka yang tidak sukakan rambut leper jika rambut diluruskan, makanya rambut keriting lebih sesuai untuk anda kerana ombak pada rambut akan membuatkan rambut anda nampak lebih volume berbanding rambut lurus. Wohoo! Lagilah sekarang ni memang zaman rambut yang ada volume. Rambut leper memang nampak kurang menarik.

5. Rambut Keriting Lebih Tampak Feminin
Yang ni cuma dari sudut pandangan peribadi. Bertahun-tahun saya mengekalkan gaya rambut lurus kerana malas mahu mengurus, namun jauh di sudut hati, saya sebenarnya memang cemburu dengan mereka yang mempunyai rambut keriting yang beralun lembut pada bahagian bawah. Memang ternyata nampak ayu dan feminin. Malah, gaya rambut seperti ini juga nampak cantik jika dilepaskan begitu saja mahupun diikat rendah atau tinggi.

Kesimpulannya, pertimbangkan dan fikir masak-masak sebelum keritingkan rambut. Senang kata semua ada harganya dan pengorbanannya. Kalau nak nampak cantik pun, rajin memang harga dan pengorbanan yang anda perlu bayar. Bak kata orang Cina,世界上没有丑女人,只有懒女人yang bermakna: Dalam dunia ni tak ada perempuan yang tak cantik, cuma ada perempuan yang malas .......dan tak ada duit. (Okay, yang tak ada duit tu, saya tambah sendiri).

Feminin tak? Feminin tak?


Sekian perkongsian saya kali ini.

Da~~

Baca juga:


Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik

1 comment: