Review: Pak John Steamboat and BBQ Sedap, Pelbagai dan Berbaloi - Prettily Rare

Sunday, 31 December 2017

Review: Pak John Steamboat and BBQ Sedap, Pelbagai dan Berbaloi

Hai semua,

Grand Opening
Memperkenalkan cawangn baru Pak John Steamboat and BBQ

Harini nak kongsikan sedikit fasal destinasi steamboat dan BBQ kegemaran saya iaitu Pak John Steamboat and BBQ . Memang fevret gilalah! Setiap kali pergi je mesti dok berjam-jam kat situ, mana taknya? Bayar sekali, makan unlimited, makanya memang bahagia jelah dok situ. Kadang-kadang sampai kedai nak tutup pun takmo blah lagi.

Kalau nak ikutkan memang dah lama gian makan Pak John Steamboat and BBQ ni  Lagipun dekat je dengan ofis, iatiu kat e-Curve. Rasanya sejak tahun 2016 lagi kita dah memang terpikat dengan kepelbagaian makanannya dengan harga berpatutan yang ditawarkan. Yang paling penting, tak ramai orang pun, so tak perlulah bersesak-sesak setiap kali nak makan. Berkali-kalilah juga rasa nak tulis review fasal restoran steamboat dan BBQ fevret kita ni, tapi setiap kali datang rasa malas pulak nak amik gambar... Kalau ambil pun, sekeping dua je then post kat Instagram je. Secondly, nanti kalau dah ramai tahu best spot untuk steamboat and bbq best ni, susahlah kita kalau ramai sangat orang datang. Dah tak privasi. Huhuhuhu....

Jadi, bila kita tahu Pak John Steamboat and BBQ nak buka cawangan kedua kat IOI City Mall, Putrajaya, teruslah kita teruja untuk datang ke majlis pelancarannya untuk buat review. Laju je cakap nak datang. Muahahahahah!!

Kami di Pelancaran Pak John Steamboat and BBQ Cawangan IO City Mall

Mesti korang rasa, ala banyak je kot kedai steamboat and BBQ kat Malaysia nih... Apa yang istimewa sangat Pak John ni? Ha, yang tu kita tahu. Kita sendiri pun dah pergi ke macam-macam restoran steamboat and BBQ kat serata Malaysia nih. Kesimpulan yang kita boleh buat:

Pak John Steamboat and BBQ sangat istimewa kerana:

1. Pilihan Sup yang Pelbagai Untuk Steamboat
Pak John Steamboat menawarkan 5 jenis sup steamboat untuk pilihan anda iaitu Sup Udang, Sup Tomyam, Sup Ayam, Sup Miso dan Sup Kari. Setiap sup ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Wow!!
Pergh.... Memang sedap. Fevret kita? Prawn Soup aka Sup Udang. Kenapa? Sesuai untuk diet. Kah kah kah!

2. Pilihan Sos yang Pelbagai 

Kat Pak John ni, ada lebih 20 jenis sos dan sambal yang enak untuk bagi pilihan pengunjung. Memang puas hatilah. Pilihan kita? Sos hijau Thailand yang masam manis pedas, cicah sos tu je, semua makanan pun jadi sedap. Ni antara sebab utama kita pilih Pak John Steamboat and BBQ, sebab takde kedai lain pun yang menawarkan sos kegemaran kita tu. Yums!!!

Pak John BBQ
Pelbagai sos dan perasa untuk mengenakkan lagi makanan

3. Pilihan Daging Premium Istimewa 

Ni satu lagi sebab kenapa kena pergi Pak John Steamboat and BBQ. Premium meat aka daging premium!! Yums.... Biasanya kalau kita datang, kita memang tak pandang dah processed food macam fishball, fishcake etc, kita terus ke kaunter daging premium untuk dapatkan premium meat kegemaran kita iaitu hirisan kambing, hirisan abalone dan hirisan daging itik. Tapi kena ingat, ni hanya ada pada sesi malam sahaja. Tengah hari takde premium meat ni.

Pak John Steamboat and BBQ
Premium Meat Pilihan Saya

4.  Jaminan Kesegaran dan Kualiti Makanan

Aha! Ni satu sebab kenapa kita kekadang fobia nak pergi ke kedai steamboat and bbq. Kekadang ada je makanan yang dah tak segar. Kadang-kadang ada processed food yang dah masam. Uwa!!! Potong selera betul. Tapi selama beberapa tahun kita berkunjung ke Pak John, memang tak pernah berlaku kejadian tak diingini macam tu... Weee! Kita bagi 5 bintang.

Yummy
Semuanya sedap-sedap belaka

5. Tawarkan Pelbagai Pilihan Makanan, Sayuran dan Manisan 
Yezza.... Ada 160 jenis pilihan makanan iaitu goreng-goreng, nasi, mi dan mihun goreng, daging, makanan laut, ayam perap, daging perap, pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, cendawan, dim sum, waffle,cendol, aiskrim dan macam-macam lagi. Pilihan kita? Sudah semestinya waffle Pak John. Tak kiralah seteruja macam mana pun kita setiap kali makan kat Pak John, mesti kita akan tinggalkan ruangan perut untuk waffle istimewa Pak John. Berbeza dengan waffle di luar, waffle Pak John rangupnya lain macam!

Pak John
Semuanya fresh!!

Pak John BBQ
Antara pilihan makanan

Pak John Steamboat
Pilihan Karbo

Pak John
Pencuci mulut yang membahagiakan

Pak John
Ais Kacang Pak John. Boleh tahan.

Pak John
Waffle Idaman ku. Perisa kegemaran? Strawberry and butter. Pastu on top letak aiskrim Vanila

6. Persekitaran Selesa dan Berhawa Dingin
Biasalah kan, bila fikir fasal steamboat and bbq semua rasa, ala panaslah. Tak perlu risau. Pak John memang berhawa dingin, so tak perlulah risau mekap korang cair makan kat sini.
Pak John
Amboi Zai, bahagianya di samping Afik... Kah kah kah

Rosyam Nor
Rosyam Nor pun ada jugakkk

7. Jaminan Halal Diiktiraf JAKIM
Yep, bagi korang yang ragu-ragu. Eh, best benar restoran ni? Tapi halal ke? Kita boleh jawab dengan senang hatinya. Semestinya halal dan thoyibban. Pihak pengurusan Pak John yang prihatin telahpun mendapatkan sijil halal supaya pengguna Islam dapat makan dengan tenang hatinya.

Halal Certified
Pak John Prihatin Untuk Mendapatkan Sijil Halal JAKIM

Ni juga berita baik bagi semua yang tinggal di kawasan berhampiran dengan IOI CityMall, sekarang korang tak perlu susah-payah pergi ke e-Curve untuk menikmati Pak John Steamboat and BBQ sebab dah ada yang lagi dekat.

Sekarang ni, korang dah tahu kan kenapa kita suka and cinta sangat kat Pak John Steamboat and BBQ ni kan? Memang highly recommended bagi #meatlover macam kita ni!! Weeee!


Harga:
Isnin-Jumaat 
Lunch: RM32.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)
Dinner: RM42.90++ (Dewasa), RM17.95++ (Kanak-kanak)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM42.90++ (Dewasa), RM22.95++ (Kanak-kanak)
Percuma: Kanak-kanak bawah 5 tahun.
*Harga tak termasuk 6% GST dan 10% caj perkhidmatan

Pak John Steamboat and BBQ
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya, Selangor.
Contact untuk tempahan: 012-7050684
Facebook: www.facebook.com/pakjohn.ytf
Instagram: www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq

13 comments:

  1. nampak sedap.presentation makannan bagus n harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  2. Suka pak john Steamboat sebab varity makanan yg banyak sampai x tau naknpilih yg mana satu..yg best boleh lepak lama...

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan lagi kat pak john steamboat ni.. nampak sedap je semuanyaa.. adoi.. lapar pulak petang2 ni.. sekali ternampak ais kacang pulakkk dah.. kui3.. slurrppp

    ReplyDelete
  4. nampak kemas dan berpenutup... lg pun harga nya lebih murah berbanding sesetengah tempat..

    ReplyDelete
  5. Harga murah memang puas hatilah nak makan ape pon. Tlalu banyak pilihan. Best mcmni xterikat pada menu die sediakan..kita yg pilih sndiri..

    ReplyDelete
  6. Alamakkk menyelerakan betul !! Dah lah mmg feveret Steamboat2 nie. Harga pon boleh tahan. Dekat je pulak tu. So anyway, soup tomyam dia sedap x ? Sbbnya selalu turn off gila kalau pergi steamboat rasa kuah tom yam dia xsedap.

    ReplyDelete
  7. adoi !! tetiba kite lapar balik.. hee~ nanti boleh try steamboat kat sini plak.. selalu makan kat brand SG tu jek..

    ReplyDelete
  8. Pak John Steamboat mmg salah satu tempat yang sis suka makan kalau teringin nak makan steamboat, kira sedap jugaklah makanan kat sini

    ReplyDelete
  9. Memang rambang mata tengok hidangan. Btw i loveee steamboat! ^^

    ReplyDelete
  10. fuhhh sedapnya. banyak pilihan pula tu. harga pun boleh tahan. bolehlah cuba nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. steamboattttt! i love it! please open one in Penang too.. cause halal one in Penang only got Seoul Garden...

    ReplyDelete
  12. yes, i miss their smoked duck slice and tomyam sup!
    jom let's go back again!

    ReplyDelete
  13. Oh I have heard a lot of good things about this place. Should certainly pay them a visit soon.

    ReplyDelete