Saturday 6 January 2018

Jelajah Jom Ke Sekolah MBI Serah Bantuan 25 Sekolah


Hai semua,

Sebelum ni saya pernah kongsikan inisiatif tanggungjawab korporat (Corporate Responsibility-CR) oleh MBI menerusi paparan kita tentang MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor.

MBI Selangor
Siri Jelajah Jom Ke Sekolah oleh MBI Selangor

Pada 30 Disember yang lalu, saya pula telah berpeluang untuk menghadiri dan menyaksikan majlis penyerahan atau Gimik Penyerahan Pakaian Sekolah Rendah oleh Menteri Besar Diperbadankan (Menteri Besar Incorporated -MBI) bertempat di Tempat Parkir Terbuka, SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

Sejak November lagi, MBI Selangor telah melancarkan Siri Jelajah Jom Ke Sekolah di beberapa lokasi di seluruh Selangor antaranya Pulau Indah, TTDI Jaya, Yayasan Selangor, Gombak dan banyak lagi.

Menerusi siri Jelajah Jom Ke Sekolah Edisi SACC ini, MBI Selangor telah menyerahkan sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah dan peralatan sekolah berupa alat tulis ini kepada 25 sekolah dan sumbangan tersebut akan diagihkan kepada seramai 3,679 orang pelajar sekolah rendah.

Majlis penyerahan atau gimik tersebut telah diserikan dengan kehadiran Encik Soffan Affendi bin Aminudin,Ketua pegawai Operasi MBI, Ustaz Jaafaruddin Md Ali Ketua Pegawai CSR MBI serta Fairuz Ramdan, pereka fesyen dan usahawan tempatan.

Jelajah Jom Ke Sekolah 1
Gembiranya cikgu...anak pun nak ikut bergambar

Jelajah Jom Ke Sekolah 2
Semua gembira dapat memberikan sumbangan


Jelajah Jom Ke Sekolah
Cikgu, jasa mu tiada taranya

Jom Jelajah ke Sekolah
Terima kasih MBI Selangor dan Fairuz Ramdan

Semua yang hadir pada Jelajah Jom Ke Sekolah Edisi SACC

Tahniah MBI!

Inisiatif MBI bagi pakaian seragam sekolah ini adalah dengan kerjasama pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan dengan clothing line untuk kanak-kanaknya iaitu FR Junior. Kerjasama ini dikatakan sebagai pendekatan menang-menang (win-win situation) kerana bukan sahaja dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan malah juga dapat mempromosi produk tempatan dan jenama pereka fesyen tempatan.

Sebenarnya, selain terharu dengan keprihatinan MBI dan pengasas itsfr dan FR Junior, saya turut tersentuh dengan komitmen dan guru-guru sekolah yang hadir dari jauh hanya untuk memastikan para pelajarnya menerima bantuan persekolahan yang ada. Bayangkan, mereka sanggup bangun awal dan hadir ke majlis tersebut walaupun pada hari Sabtu iaitu pada hari cuti mereka. 

Benarlah kata orang, selain ibu bapa, gurulah orang yang paling patut disanjungi kerana komitmen dan jasa mereka dalam mendidik warisan anak bangsa sememangnya tiada taranya. 

Menerusi kesempatan ini, saya turut mengambil kesempatan untuk bersembang dan berkongsi buah fikiran dengan Saudara Fairuz Ramdan tentang inisiatif dan usahasama beliau dengan MBI Selangor.

Antara rahsia kejayaan yang dikongsikan oleh saudara Fairuz Ramdan yang telah menceburi dunia keusahawanan sejak beliau berusia 6 tahun lagi ialah kenali dan ketahui pasaran sasaran anda, dan jangan mudah berputus asa, kerana kita tidak tahu betapa hampirnya kita dengan kejayaan. Insyallah, kalau ada kesempatan, saya akan ceritakan pula kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh saudara Fairuz Ramdan.
Fairuz Ramdan dan Maya
Selfie sikit dengan Fairuz Ramdan

Majlis pada hari Sabtu yang saya fikirkn hanyalah satu gimik ringkas dan biasa, menjadi satu pengalaman yang luar biasa  bagi saya apabila memikirkan masih ada yang prihatin dan komited dengan watak dan peranan masing-masing.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti dan inisiatif tanggungjawab korporat terkini MBI, bolehlah ikuti MBI di Instagram rasmi mereka iaitu CSRMBISELANGOR.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat rekaan fesyen oleh Fairuz Ramdan pula, boleh ikutinya di:

Instagram FR Junior: FR Junior
Instagram itsfr: ITSFR



16 comments:

  1. sekarangbyk bantuan untuk budak2 sekolah kan?

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak dieorang buat macam ni. Mempermudahkan lagi budak-budak yang kurang berkemampuan untuk sediakan barang-barang sebelum masuk sekolah.

    ReplyDelete
  3. Ramai juga yg dpt bantuan ni ye. Meringankan beban bg yg tak berkemampuan. Bagusnya lagi program ni dpt promote jenama tempatan lagi.

    ReplyDelete
  4. Suka tengok ramai pihak2 tertentu memberi sumbangan kepada- anak- anak yang kurang berkemampuan..harap diteruskan program ini sampai bila2

    ReplyDelete
  5. bagus sumbagan sebegini... smoga membantu meringan kan beban mereka yang memrlukan..

    ReplyDelete
  6. looks like a good event to give back to the society!

    ReplyDelete
  7. Bagus betul kan program mcm nie. Membantu org kurang berkemampun untuk kelangsungan hidup.

    ReplyDelete
  8. Inisiatif yang baik untuk bantu pelajar sekolah.

    ReplyDelete
  9. Bagus MBI adakan program macam ni sangat membantu mereka yg tidak berkemampuan. Tahniah MBI

    ReplyDelete
  10. wow bagusnya program ni dapat membantu mereka yang memerlukan tahniah juga pada MBI and sis sebab sharing this info love love love

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada MBI kerana usaha membantu orang-orang yang tidak berkemampuan.. moga usaha murni ini mendapat balasan kebaikan ..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah MBI atas usaha murni ini.

    ReplyDelete
  13. i totally agree that know and know your target market, and do not give up easily! looked like a great time sharing a wealth of knowledge. Hope I can go next time! www.ccfoodtravel.com

    ReplyDelete
  14. Memang bagus program macam ni secara tak langsung boleh memupuk nilai murni dalam diri gitu hee

    ReplyDelete
  15. This programme is just lovely and I love how it assists the people who need it. Well done.

    ReplyDelete