Wednesday 29 August 2018

Kelayakan Tambahan Bekerja Yang Perlu Korang Tahu!


Assalamualaikum semua,

Hari ni kita nak cerita sikit tentang topik kelayakan tambahan bekerja yang korang kena tahu dalam sesetengah industri pekerjaan.

Selain kelayakan biasa dan lumrah seperti segulung sijil, ijazah, pengalaman bekerja, kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai lesen memandu, ada juga kelayakan tambahan untuk sesetengah industri yang korang kena tahu.  Apa antara kelayakan tersebut ya? Meh la kita tinjau:




1. Rupa Paras Yang Baik

Ha, yang ni pulak biasanya agak lumrah bagi kerja yang banyak perlu berjumpa dengan prospek dan klien ataupun mereka yang bekerja sebagai frontliner. Malah kecenderungan ni semakin meluas dalam bidang seperti kosmetik, perhotelan dan investment banking. Sesetengah majikan malah meletakkannya secara terang-terangan 'berperwatakan menarik' sebagai salah satu kriteria. Ya, ya... korang akan kata tu maksudnya berbudi bahasa, sopan dan bla bla bla. Tapi percayalah, wajah dan paras rupa sangat menjadi ukuran di sini.

Kekadang tak perlu wajah persis model. Cukuplah sejuk mata memandang


2. Bujang trang trang trang...

Ha... Sesetengah kerja memang nakkan orang yang bujang-bujang sahaja. Takmo yang dah berkahwin dan diambil orang mahupun ibu dan bapa tunggal. Tetapi biasanya bapa tunggal tak menjadi masalah sangat. Ibu tunggal la biasanya didiskriminasi sebab kebiasaannya bila bercerai-berai ni, anak-anak akan ikut maknya. Bukannya semua, tapi biasanya, gitulah....

Ni banyak industri macam ni. Contohnya retis, pramugari, model, malah certai-certain kerja korporat pun camtu gak. Bujang ni senang sikit nak suruh buat itu ini... Sebab takde komitment katanya.

Bujang seringkali dicop tiada komitmen, jadi lebih mudah fokus pada kerjaya. Benarkah?


3. Berat Yang 'Ideal'

Ye btul. Berat yang ideal juga antara satu kriteria yang diukur sebagai kelayakan bagi sesetengah pekerjaan. Selain daripada pekerjaan yang memang dah sah-sah benda ni penting macam pramugari dan model, jururawat juga dikehendaki mempunyai berat yang ideal. Mesti korang fikir "Eh, yeke? Ada je jururawat yang gemuk kita nampak." Kita pun tahu lepas kawan direject untuk diterima masuk ke kolej kejururawatan kerana BMInya melebihi indeks yang ditetapkan. Gitu... Selain itu, pelumba kereta, pelumba kuda pun begitu juga... Kena sentiasa kawal berat badan supaya tidak terlalu berat. Yerlah...mana taknya? ruang kereta tu sempit... Mana muat kalau gemuk sangat. And then tak ke pengsan kuda kalau pelumbanya berat sangat tapi kena lari laju? Lainlah ahli sumo. Ha, yang tu nak yang gemuks gemuks je. Kalau tak cukup gemuk, tak layak eh!

Tak semua kerja nak yang selim melim.... 


4. Ketinggian Tertentu

Menyentuh tentang ketinggian, mungkin ada yang terfikir kena tinggi je, betul tak? Model kena tinggi, pramugari kena cukup tinggi... Semua nak tinggi-tinggi jelah. Eh, tidak. Kita berbalik kepada pelumba kuda tadi. Selain kena  kawal berat supaya tak terlalu mok mok, mereka ni sebenarnya ditrain daripada muda remaja untuk tak terlalu tinggi. Dengan erti kata lain ketinggian mereka dikawal untuk tidak terlalu tinggi. Kenapa? Kakak tak kaji lagi, mungkin sebab kalau tinggi sangat susah nak duduk stabil kat atas kuda. Mungkin juga rintangan angin juga lagi tinggi kalau orang tu tinggi. Gitu....

Marilah monitor ketinggian dari muda, kelak nak keja tak dapat sebab tak cukup ketinggian


5. Tidak Disenarai Hitam Imigresen

Ha, jangan tak tahu, bagi mereka yang ingin kerja di syarikat penerbangan. Adalah wajib bagi pekerja tersebut untuk tidak disenarai hitam imigresen. Jangan ingat kelayakan ni tertakluk kepada pramugari dan juruterbang sahaja ya? Malah, kakitangan biasa juga tertakluk kepada peraturan ini.

Siapa yang disenarai hitam imigresen ni ya? Kalau dulu PTPTN, tak tahulah sekarang ada tak. Selain itu, mereka yang mempunyai rekod jenayah dan muflis juga akan dimasukkan ke dalam senarai hitam imigresen.

Jeng jeng jeng. Jangan tak tahu!

Kalau tak lepas imigresen, macam mana nak terbang ke awan??

6. Rekod Baik CTOS/CCRIS

Kalau tadi kita bercakap fasal industri penerbangan, sekarang ni kita nak menyentuh tentang industri perbankan pula. Orang kata, sesiapa yang bekerja di bank ni, sama seperti melangkah satu kaki ke dalam penjara. Mana taknya? Banyak betul compliance yang kena dipatuhi.

Lagipun kerja ngan bank ni biasanya melibatkan wang ringgit. Oleh itu, kakitangan mereka dikehendaki mempunyai rekod CTOS dan CCRIS yang baik. Sebab pertama ialah kerana sebagai kakitangan bank, mereka perlulah mampu melambangkan imej baik bank dengan keupayaan menguruskan kewangan yang baik. Yang keduanya, pekerja bank yang tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik biasanya mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menyeleweng duit. Uish... gila kalau ambil orang yang hutang keliling pinggang then tak pandai manage wang? Bagaikan menjemput pencuri masuk ke rumah gitu.



7. Lulus Saringan Kesihatan

Syarikat-syarikat besar biasanya menetapkan lulus saringan kesihatan sebagai salah satu kelayakan dan kriteria untuk diterima bekerja. Antara saringan kesihatan yang diperiksa ialah ujian kecing (ketone/blood/dadah/pregnancy), X-Ray, ujian darah dan sebagainya.

8. Lulus Pemeriksaan Latar Belakang 

Semakin lama semakin banyak syarikat yang meletkkan pemeriksaan latarbelakang sebagai salah satu kriteria untuk diterima bekerja. Antara latar belakang yang diperiksa ialah reference daripada majikan sebelumnya, rekod jenayah dan rekod disiplin.

Ada banyak lagi kot kriteria dan kelayakan tambahan yang ada sebelum diterima bekerja. Korang tahu tak apa-apa kelayakan dan kriteria tambahan untuk sesuatu pekerjaan? Lagi pelik lagi bagus. Cuba kongsikan!



Baca juga:

Tips Tukar Kerja
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Patut Ke Gunakan Kabel Untuk Dapat Kerja?
Pilih Bos Baik Atau Syarikat Yang Baik
Batalkan Niat Dekati Ibu Tunggal Jikalau Kamu....
Pesanan Bagi Bakal Ibu Tunggal
Senarai 7 Hadiah Yang Paling Mengecewakan
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga


1 comment:

  1. 1,2,3,4,6 mcm x adil jer.. kalau nama sangkut ctos sebab orang guna nama kita memang naya la.. hehe

    ReplyDelete