Thursday 25 February 2016

Pengalaman Mendaki Gunung Nuang - Via Hulu Langat


Daki Gunung Nuang ni sebenarnya perkara paling 'ridiculous' yang kita rasa kita pernah buat. Rasa macam  camner ek? Tak ukur baju di badan sendiri. Hahahahha... Tak ukur kemampuan diri sendiri.

Okey, citernya lepas group daki-mendaki kitorang berjaya menawan puncak Broga, group kitorang pun dengan excitednya plan next trip. Masa tu kakak suggest pergi bukit light-light je... Cam Bukit Gasing keee.... Bukit Saga keee... Apa2 lah bukit yang light2 and yang lebih kurang sama tinggi (or pendek) macam Broga.

Tapi ntah macam mana, ada orang dalam group suggest daki Gunung Nuang. Jadi hakak pun cuaklah. Sebab masa daki Broga pun dah cungap2. Bila akak check info Gunung Nuang ni puncak tertinggi Selangor. Oh mak kau! Lepas panjat Broga terus nak daki Gunung Nuang? Sungguh bercita-cita besar kami semua ni kan? Hep! Bukan hakak tak nasihat. Pnat gak advise diorang2 yang berkeyakinan tinggi ni untuk coba yang light2 dulu, tapi semua dah gelap mata (kah kah kah) dek kerana kejayaan mendaki Broga. Lagipun kat Gunung Nuang ni view cantik katanya. Best lak tu sebab ada air terjun. Hakak pun pasrah. Baiklah, kakak join.

Sebagai persiapan, kakak pun rajin-rajinlah mencari info pasal Gunung Nuang ni. Mak ai! 6 jam naik 6 jam turun katanya. Dengan pantas kakak mesej kawan kaki gunung Cik Azah untuk tanya pengalaman dia naik Nuang. Hakak tanya dia, sesuai keee untuk daypack. Dia kata Gunung Nuang ni kalau naik dari Pangsoon memang kena jaga masa. Better elakkan daripada keluar dari Nuang malam-malam. Sebab katanya Gunung Nuang ni agak kerassssss. (Yerrr.... bukan keras sebab banyak batu. tapi... sebab.....)

Sekali lagi hakak msj group cakap kalau nak daypack di Nuang, kena bertolak awal2. Kena jaga masa.  Maka mereka semua pun bersetujulah.... Masa tu Azah lak pesan sroh contact ex-colleague kita moin. Sebab katanya Moin berminat nak join panjat Nuang. Jadi kakak pun ajaklah si Moin and Moin pun excited nak join kitorang.

Difastforwardkan ke hari kejadian, kitorang berkumpul seawal 3.30 pagi.  Berikut adalah itinerary acah-acah kitorang:



Oleh kerana hakak rajin terlebih, sediakan makan tengah hari berupa mi goreng, kol 12 pun tak tido lagi sebab gigih goreng mi sambil tangan terketar2 sebab kuantiti mi yang banyak sangat. Ok, ni je satu kesilapan besar mendaki. Iaitu, tak cukup tido!

Dalam kol 6.45 kitorang sampai lah kat point mendaki kat Langat tu. Dengan mata yang mengantuk, kitorang pun acah-acah panaskan badan dan start mendaki.... Excited lah tu masa mendaki. Sebab pukul 7 kan nak sampai kat Kem Lolo dan breakfast. Breakfast di Kem Lolo ini adalah ditaja oleh Rina. Dia buat sandwich. Thanks cik Rina.





Dipendekkan cerita, pengalaman mendaki Gunung Nuang kitorang ni sangat dramatik sekali. Sebab ada macam-macam adegan yang tak disangka-sangka. Ada detik cemas, duka, gembira dan pelbagai lagi. Kalahlah filem hollywood. Tapi sebab adegan-adegan nilah pengalaman ni jadi pengalaman yang memang sampai matilah takkan boleh kulupakan.

Cabaran kitorang bermula bila kaki cramp. Dua kali jugalah kaki dia kejang. Mujur masa tu budak sport science yang baik ati yang gemar membantu ada  (korang akan kenal watak ni kalau korang baca pengalaman Bukit Broga). So dialah yang melakukan kerja-kerja me'rescue'...

Lepas tu kejadian cramp, satu lagi cobaan di mana tapak kasut Gajai tercabut plak and dia hanya boleh bertahan sehingga ke Kem Pacat. Masa tu plak Faiz pun dah tak boleh bertahan. Tak ingat dia lutut sakit ke kenapa. Kitorang pulak masa tu memang dah behind schedule kaw2.  Untuk mengelakkan keluar dari hutan malam, kitorang pun bincang sama ada nak teruskan atau nak terus balik.



Masa nilah group kitorang berpecah dua. Faiz ngan Gajai tak leh teruskan. Hakak, Rina, Moin, Taufiq, Fazri, Ela plak sepakat nak teruskan sebab alang-alang dah sampai, biar sampai ke puncak.
Kalau tak, next time entah bila.

Dengan kegigihan memanjat selama 8 jam. Dalam kol 3 akhirnya kitorang sampai juga ke puncak. Puncak Gunung Nuang ni takde apa view sangat. Ada Ben ngan Benjamin je dua ekor tupai tunggu kat sign puncak Gunung Nuang tu.... Hesh! 




Bila turun, hakak pula diuji sebab kasut tak sesuai. Kalau nak g hiking, make sure kasut tu besar skit dari saiz yang biasa korang pakai. Kalau tak, masa turun nanti, kuku kaki akan himpit ke dalam kasut, n then boleh jadi sakit wooooo! Kita pergi Nuang dalam bulan September 2015, sampai sekarang kuku kaki darah tak surut lagi. Sob sob..

Satu lagi kelemahan kita yang tak gemar dengan ketinggian ni, kita senang gayat. So, bila turun dari Gunung Nuang tu, kaki terketar-ketar. Memang slow giler. Bagaikan kucing yang gatal panjat pokok. Bila panjat mudah, bila turun tak berani. Heh!!! Masa tu Ela, Fazri, Rina ngan Moin dah jauh tinggalkan kita ngan Taufiq. Sebab diorang pantas. Taufiq lak baik ati teman kita.

Bila turun satu lagi cabaran yang kitorang hadapi ialah semua orang kekurangan bekalan air. Semua haus tapi air masing-masing dah habis. Kesian moin, semua orang pau air dia. Bila air memang dah habis, penting untuk kitorang turun kat Air Terjun Berembun. Lau tak memang parahlah.

Bila kitorang semua sampai kat Air Terjun tu memang dah malam. Dalam pukul 8 gaklah. Ela, Fazri Rina Moin memang dah lama sampai. Tunggu iol yang lembep ni je. Kat situ plak, dek kerana malam, kaki iol terseliuh dua kali sebab tak nampak jalan.

Kitorang relax kat air terjun sekejap sblum sambung balik turun. Sebab semua tak prepare nak bermalam kat situ, so nak tak nak kena turun juga walaupun dah lebih 12 jam kitorang hiking.

Masa nilah lagi satu cabaran menerpa sebab kat air terjun tu kitorang berenam sesat pusing-pusing tak jumpa jalan keluar. Lama gak berpusing-pusing kat tempat yang sama, barulah jumpa jalan keluar. 

Sepanjang perjalanan turun tu plak, macam2 lagi kitorang rasa beb! Ada yang nampak pocong, ada yang nampak ponti, ada yang nampak rimau. Bunyi memang macam2lah. Seram weeh!!

Jalan lebih kurang sejam dua jam, tiba-tiba Rina cakap Alhamdulillah dah nak sampai. Masa tu hakak cuak giler. Sebab selagi tak sampai jalan simen, maknanya lamalah lagi nak sampai starting point...
Dia kata nampak lampu ngan perumahan. Gulp!

Jalan punya jalan lagi, tiba-tiba Moin plak lemah semangant and hampir pengsan. Moin tak cukup gula. Mana taknya? Bekalan air yang kitorang ada cuma air sungai masa kitorang rehat tadi. Kaki hakak pula dah sakit nak mampos. 

Faiz ngan Gajai plak risau sebab kitorang tak sampai lagi bawah. Diorang msj suruh kabo status,tapi manalah ada line sangat atas tu....

Dalam pukul 11 lebih malam baru kitorang sampai kat kereta. Semua basuh2 badan baca doa sebelum naik kereta. Pastu semua naik kereta and singgah kedai mamak sambil cerita macam-macam yang diorang nampak.

Haritu dalam kol 1-2 gak baru hakak sampai rumah..  Memang pengalaman mendaki Gunung Nuang ni unforgettable giler.

Sebulan hakak jalan kengkang macam robot lepas balik dari Nuang dek kerana hiking lebih daripada 15 jam non-stop. Pesanan hakak untuk adik-adik di luar sana. Kalau newbie, janganlah gatal nak day pack je kat Nuang ni especially kalau lalu track Langat.

Secara ringkasnya:

Gunung Nuang
Masa Mendaki : 6 jam naik 6 jam turun bagi yang pro. 8 jam naik 7 jam turun bagi yang tak pro
Tinggi: 1493 meter / 4898 kaki
Tahap kesukaran :9/10

Jom baca pengalaman mendaki saya yang lain:
1. Gunung Kinabalu -Part 1
2. Gunung Kinabalu -Part 2
3. Gunung Datuk
4. Gunung Irau
5. Bukit Kutu

Baca juga:

5 comments:

  1. Best..memang best..dah lama saya tak naik nuang..geng pun semua tak nak naik dah,mase turun pun seronok dan mencabar..saya pun pernah jatuh guling2..nasib sangkut kat celah banir pokok kalau tak..tak tahu la..keras!! biasa tu..

    ReplyDelete
  2. Syok baca pengalaman korang..Ahad ni 10.4.16 baru nk pi..harap2 dapat la..risau x larat huhu

    ReplyDelete
  3. Cari Tempat Rental Tenda Dome / Sewa Peralatan Camping / Hiking / Pendakian Maupun Kegiatan Outdor, Kami ada untuk anda yang mencari rental / sewa / persewaan Tenda Dome Maupun Peralatan Lainnya.

    penyewaan tenda, Sewa tenda, dan peralatan lainnya, Tenda dome kapasitas 2 - 3 dan 4 - 5 orang, Tenda dome double layer, Tenda waterproof, Tenda Windproof, Tenda dome sewa perhari, maupun sewa Tenda harga diskon silakan hubungi kami, Puncak Petualang No.1 di Sidoarjo.

    Perlengkapan kami :
    1 Carrier 80lt/60lt (cover) > Rp 13.000 /hari
    2 Carrier CONSINA 85lt (cover) > Rp 30.000 /3hari
    3 Tenda dome doble layer ( 4-5 Orang ) > Rp 15.000 /hari
    4 Sleping Bag ( dacron / Polar ) > Rp 5.000 /hari
    5 Kompor ( Gasmate ) > Rp 5000 /hari
    6 Nesting > Rp 5.000 /hari
    7 Matras > Rp 3.000 /hari
    8 Headlamp > Rp 5.000 /hari
    9 Lentera Tenda > Rp 5.000 /hari
    10 Tenda Pramuka > Rp 35.000 /hari
    11 Egg Holder (isi 12) > Rp 5.000 /hari
    12 Flysheet (3x3m) > Rp 5.000 /hari
    13 Tongkat (Trekking Pole) > Rp 5.000 /hari
    14 Tenda dome ( consina magnum 4 ) > Rp 25.000 /hari
    15. Carrier Rei 60lt/80lt > Rp.25.000 /hari

    = DAPATKAN POTONGAN UNTUK KEGIATAN OUTDOOR INSTANSI / SEKOLAH / TRANING OUTBOUND =

    Alamat Petualang :
    Lokasi : P. Sidokare Asri QQ.2, Sidoarjo ( Dekat Gading Fajar & Taman Pinang ) - Jawa Timur
    SMS / WA : 08563430171
    PIN : 28DC0A3D
    www.puncakpetualang.com

    ReplyDelete
  4. Wow, day trip. Power!

    Pisyek dulu naik 2 hari satu malam, berkhemah di camp lolo.

    Baca sini: Misi Menawan Gunung Nuang

    ReplyDelete
  5. MADNESS ADVENTURE(FB)
    MOUNT GUIDE SERVICE
    All mount
    Will arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -mount guide
    -1st aid kit

    Anas - 01110327474
    WASAP/SMS/CALL

    ReplyDelete