Tuesday 1 March 2016

Skytrex Adventure Taman Botani Shah Alam


Bulan 9 Broga, bulan 10 Gunung Nuang, bulan 11 Bukit Kutu.... Oleh kerana dah trauma kena tipu ngan Moin, hakak dan seisi group Hiking Buddies kitorang serik dah nak mendaki sana-sini. Tapi oleh kerana gian dengan outdoor activity, kitorang telah memilih untuk coba Skytrex Adventure Shah Alam yang terletak di Taman Botani Shah Alam.

Idea ini adalah idea sumbangan Encik Faiz, penaung group kita. So, untuk mengelakkan kitorang backout, awal-awal lagi dia dah book untuk semua orang. Untuk mengelakkan kehampaan dan kekecewaan, make sure korang book siap-siap kat website Skytrex Shah Alam. Sebab biasanya dia ada slot-slot tertentu. And setiap slot tu maksimum 25 orang saja. So, kalau dah penuh, tak dapat lah korang join lagi. Korang boleh check dan book slot kat sini:


Pastu make sure orang-orang nak join tu ketinggiannya minimum 140 cm dan beratnya tidak melebihi 100 kg. Kenapa? Hm... mungkin sebab kalau berat sangat leh runtuh kot fasiliti kat situ. Al-maklumlah ada macam-macam rintangan, antaranya bergayut, panjat-memanjat dan paling hakak rasa best, musang terbang aka flying fox.

Oh ya, ada level-level bagi Skytrex Adventure ni. Lain level lain tahap kesulitan dan cabarannya dan lainlah harganya.



Kitorang haritu pilih yang Intermediate level je. Oh, harga ni tak termasuk sarung tangan dan tali botol air. Kalau korang takde kedua-dua ni, boleh je sewa masa kat sana. Locker juga disediakan kalau korang nak letak beg duit ke segala mak nenek bagai. So takyah risau k?

Slot kitorang haritu pukul 12. Hakak dah pening-pening sebab memikirkan panas weh! Tapi fikir-fikir balik, mungkin tak panas mana kot. Sebab hutan kan... Nama pun taman botani. Dikelilingi pokok-pokok, flora dan fauna.

Oh ya, kalau slot korang kol 12, janganlah datang kol 12. Mohon datang awal-awal dan beli tiket bas untuk pergi ke Skytrex. Diorag ada sediakan bas khas untuk skytrex. Tak campur ngan bas biasa.

Wefie dalam bas sementara tunggu geng lain sampai. 
So sesampainya di Skytrex tu, pekerja kat sana akan explain tentang safety harness (alatan keselamatan) serta peraturan dan cara-cara untuk enjoy Skytrex Adventure ni. Dia juga akan demonstrasi macam mana nak gunakan safety harness supaya keselamatan sepanjang adventure tu terjamin.

Wefie sebelum penerangan bermula
Bagusnya Skytrex ni biasanya diorang allocate staf pompuan untuk bantu pengunjung perempuan dan staf lelaki untuk handle pengunjung yang lelaki untuk pakai safety harness. Sangat bagus.

Ni Aida, first time join kitorang. Gambo menunjukkan staf Skytrex pakaikan safety harness

Bergambo je keje

Memula hakak yang kuat gayut ni punyalah pengecut. Nak-nak masa first time nak meluncur guna flying fox tu. Memang berdebar. Tapi bila dah try sekali, tros dengan happynya swing sana sini pakai flying fox. Dah macam monkey dah hakak rasa.










Senang kata memang seronok dan menyeronokkan aktiviti Skytrex Adventure ni. Memang sesuai untuk aktiviti santai hujung-hujung minggu. Nak jadikan aktiviti teambuilding company pun helok juga.  Memang terhibur dan menghiburkan. Sangat-sangat recommended.





Kesimpulannya,
Skytrex Adventure Shah Alam
Jenis: Intermediate
Masa diperlukan : 2- 3 jam
Tahap kesukaran :4/10




No comments:

Post a Comment