Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu -Part 2 - Prettily Rare

Tuesday, 29 August 2017

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu -Part 2


Hai semua,

Kisahnya mula-mula mendaki Gunung Kinabalu, kitorang bertujuh masih lagi bersama. Tapi lama-kelamaan makin lama makin renggang. Biasalah, waktu hiking ni sebaik-baiknya ikut pace sendiri. Yang cepat jalanlah cepat, yang lambat, kayuh perlahan-lahan. Sebab adalah sangat penting untuk kita jangan terlalu memperlahankan atau mempercepatkan langkah semata-mata nak tunggu orang atau nak kejar orang. Takut-takut tak terkejar or tertunggu pula nanti.

Gunung Kinabalu ni memandangkan ia adalah gunung tertinggi Malaysia, altitudnya agak tinggi berbanding tempat-tempat lain dan udaranya pula lebih nipis daripada tempat biasa. So kalau yang tak biasa tu, memang kena slow-slow. 

Walaupun sebelum panjat Kinabalu kitorang dah buat persiapan untuk mengelakkan Altitude Sickness dengan mengambil ubat-ubatan, tetapi masa awal-awal pendakian, saya tetap juga mengalami masalah kesukaran bernafas.

Pendakian dibahagikan kepada dua fasa dan dua hari.

Hari Pertama:
1. Fasa pertama dari Timpohon Gate sehingga ke Laban Rata (6KM)

Hari Kedua
1. Fasa kedua dari Laban Rata sehingga Low's Peak. (3KM)

2. Low's Peak turun ke Laban Rata (3KM)

3. Laban Rata turun terus ke Timpohon Gate (6KM)

Jadi kalau diikutkan, pendakian dan penurunan gunung pada hari kedua adalah jauh lebih mencabar bagi saya. Nak tau kenapa? Mari teruskan baca:


Day 1: 

Sambung balik citer atas. Awal pendakian saya mempunyai kesukaran untuk bernafas sebab badan jenis yang lambat panas. Lagipun memang jenis yang alah sejuk. Bila sejuk lagilah badan susah nak panas... Tapi Alhamdulillah selepas sampai ke KM2, badan mula panas, nafas pun lebih lancar

Mujurlah sepanjang perjalanan ada Eizs yang menemani sebab Eizs ni pun masa mula-mula pun sesak nafas juga. Ditambah pula dengan bebanan beg yang berat, lagilah susah nak bernafas.

Eizs yang kacak tapi kurang kacak setelah wajahnya cedera sebab eksiden


Jalan sepanjang 6 kilometer dari Timpohon Gate ni sampai ke Laban Rata adalah agak berbatu dan banyak tangga. So memang akan tangkap kat peha lah jawabnya.

Kilometer yang pertama

Kilometer yang kedua

Start dari kilometer keempat, jalan menuju ke Laban Rata tu pun dah start togel. Tinggal tanah kuning. Tapi view pun makin cantiklah sebab dah tinggi kan...


Kilometer ke-4
                                       
                                       
Kilometer yang kelima
Kilometer yang ke-6
Cantik tak view?

Jangan tengok muka macam bermaya dan bertenaga je dalam sumer pic tu... itu semua lakonan semata-mata hokey? Bila dari KM yang ke-5 tu sampai Laban Rata tu kita rasa paling mencabar sebab macam nightmare kat Pine Tree dulu. Tulisnya lagi 100 meter ...tapi berjam-jam naik tak sampai-sampai gak.. macam ada sumpahan lak rasanya. Rasa nak ngamuk pun ya..Grrr....

Lepas sumpahan KM yang kelima tu akhirnya berjaya juga kita sampai kat Laban Rata pada jam 3.30 petang... Dan kita juga merupakan peserta yang keempat dari tujuh orang yang dah sampai ke Laban Rata.
Yeay...sampai gak Laban Rata. Leh rehat dah.

Sesampainya kat Laban Rata, memang cari air panas dululah. Sebab dah sejuk tak tahan. Pastu terus dinner dah seawal pukul 7-8 lagi dah tido sebab esoknya nak kena bangun kol 1 pagi.

Kita juga bertuah sebab dapat jumpa Soo Wincci ngan Baki Zainal masa kat Laban Rata. Kebetulan masa tu diorang ada shooting. Sempatlah berborak ngan Baki Zainal. Tak sangka pula dia tu sebenarnya senior kita masa Foon Yew High School dulu.

Both of them are very down to earth. Seronok berbual dengan Senior Baki Zainal sebab dia merupakan salah seorang pengacara yang sangat memberi inspirasi dalam hidup saya.


Selfie jangan tak selifie

Beauty with talent
Day 2

Seawal pukul 1 lagi dah Mek Aida ni kejut bangun pagi. Cis... Terpaksalah kita dengan mamai2nya masuk bilik air dan bersiap-siap.

Sempat lagi si Eizs ni amik gambo kita dalam dorm. 

Lepas semua dah siap-siap kitorang pun pergi breakfast dan pendakian ke puncak dimulakan pada jam 2.30 pagi.

Gelap gelita wehh...memang kena pakai headlamp.
Mula-mula pendakian je banyak tangga. Macam biasa, kita mulalah susah nak bernafas sebab badan tak panas dan udara pun sangat-sangat nipis. Sejuknya masa tu memang susah nak dikata.

Lepas 2 jam pendakian barulah badan start panas dan mulalah senang nak bergerak. Akhirnya lepas 2 jam mendaki, kitorang pun sampai kat Sayat-sayat. Masa tu, semua pendaki akan melalui kaunter pendaftaran sebab diorang nak check siapa yang sampai sini. Kalau dah lepas Sayat-sayat je, tak kiralah sampai ke tak puncak Gunung, pendaki tersebut tetap akan diberikan sijil pendakian yang berwarna. Kalau tak sampai sayat-sayat, pendaki cuma akan dibeirkan sijil pendakian berwarna hitam putih sahaja.


Memang gelap gelita woo... tak nampak apa-apa. Ingat nak capture bintang, tapi tak nampak

Untuk makluman semua, pendaki ditetapkan untuk sampai ke sayat-sayat sebelum 5 pagi. Kalau lepas tu je memang diorang takkan bagi lepas dah. 

Dan sebenarnya sepanjang perjalanan tu, pemandangan di langit memang cantik yang amat. Cumanya sebab nak rush ke Sayat-sayat sebelum pukul 5 punya fasal, memang tak de masa nak mengamati pemandangan betul-betul. Sesekali je sempat mendongak ke atas mengamati kebesaranNya.

Kita kononnya nak rush naik atas puncak untuk tengok sunrise pada pukul 5.30 am...tapi tak sempat pulak...

Lepas Sayat-sayat tu memang jalannya batuuuuuu je manjang. Kitorang agak bernasib baik sebab cuaca baik dah tak hujan. Kalau hujan, tentu jalan batu tu licin. Silap ari bulan, tak dibenarkan panjat ke atas. 

Jalan batu ni pun agak mencabar sebab membosankan. Jalan dua tiga tapak dah penat. So, kekadang terpaksalah jalan secara zig-zag untuk menghiburkan hati... (Eh, yeke?)
Dah nak sunrise tapi mampu sampai Donkey's Ear je
Setelah sejam setengah mendaki dari Sayat-sayat, pada jam 6 pagi, akhirnya kita sampai juga kat puncak Gunung Kinabalu aka Low's Peak.

Eizs orang kedua sampai Low's Peak, kita yang ketiga tapi juga peserta wanita yang pertama sampai Low's Peak
Pelarian Mongolia mana ntah terlepas... Tengah tunggu giliran nak amik gambo
Yeay! Sampai gak giliran bergamar kat Low's Peak ni. Sampai giliran tau-tau dah terang jek
Okay...kalau korang ingat dah sampai je puncak kira dah boleh tepuk tangan dah happy ever after, korang memang silap besarlah.

Cabaran mendaki Gunung Kinabalu ni bukannya pada pendakian, tapi cemana korang turus lepas dah panjat tu.

And, unfortunately, kita ni macam anak kucing. Panjat pokok pandai, turun pokok tak pandai. Sebab kita gayat!!! Ohmai... Jadinya bila turun, kitalah orang yang paling lambat turun disebabkan kita gayat semacam.

Tapi best gak layan perasaan turun slow-slow sambil ditemani abang-abang malim gunung. Cet!!! Konon pujuk hati. Dengan adanya abang-abang malim gunung, lagilah kita seronok amik gambo sebab bagaikan upah personal photographer you!






Ngaahahhaha... itulah kot untung jadi kucing lembep yang turun perlahan. Tapi lepas tu abang malim gunung pon meluat tengok kita posing sana sini. Lepas sedar yang progress kita mengalahkan baby yang baru nak bertatih, dia suruh kita pegang je la tali dan dia tarik je kita meluncur ke bawah.

Adoi, hampeh tol abang malim gunung ni. Baik-baik kita punya tahap gayat 3 dah terus jadi 9. Terus kaki kita jadi jeli dek kerana terlalu gayat. 

Dalam pukul 9 kita sampai ke Laban Rata dan breakfast kemudian check out dan terus turun ke Timpohon.

Tapi sesungguhnya kerana kaki dah terlalu jeli, kita tak dapat turun dengan cepat walaupun jalan dah tak cerun masa kat bahagian batu-batu tu.

Setiapkali nak melangkah je kaki menggigil dengan teruk. Last-last skali abang malim gunung pun terpaksalah teman kita sorang-sorang kat blakang tu. Dalam perjalanan, banyak gak yang dikongsi oleh si malim gunung. Rupa-rupanya, malim yang tarik saya masa kat batu tu, salah seorang malim yang terlibat dalam Rescue Team sewaktu gempa bumi di Kinabalu 2 tahun lepas. 

Sepanjang perjalanan 6km tu banyak yang dapat saya amati antaranya:

-Betapa ikhlas dan sucinya hati orang kampung di Kundasang ni. Semua bekerja penuh ikhlas walaupun kerja mereka sukar. Sepanjang perjalanan naik dan turun, ramai porter yang ditugaskan angkut barang keperluan untuk Inn kat atas tu. Ada yang bawak gas, tiang, makanan etc setiap hari tapi tak pernah mengeluh. Bukan saja lelaki tapi juga perempuan.

-Tak dapat lupa dengan lirik kata yang sering dinyanyikan oleh Malim yang berbunyi,"Setia-setia kawan, setia lagi malim gunung" Memang sangat mencuit hati. Ya betul, mungkin ada yang akan kata diorang dibayar, sebab itu diorang buat kerja. Tapi kalau sekadar soal duit, takkanlah ada malim gunung yang sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan mangsa gempa bumi. Ini soal keikhlasan. Hati mereka memang tulus. Jangan samakan dengan orang bandar yang hatinya semua berkira.(akulah tu)

-Keinginan dan kemahuan kita kadangkala yang akan push kita untuk berjaya. Pengajaran dan kesimpulan yang dapat daripada seornag kenalan di Kinabalu di mana beliau berjaya juga naik ke puncak dan turun bersama-sama saya. Selalu terserempak di sepanjang perjalanan turun dan naik. Pendaki ni mengalami cramp sepanjang perjalanan dan cirit-birit kerana keracunan makanan. Ubat-ubatan pula ada pada kawan yang jauh di hadapan dan di belakang. Tetapi tetap kuat semangat untuk mengharungi segala cubaan. Pernah ternampak dia menangis kerana cramp terlalu teruk dan kesal kerana mungkin dia takkan sampai ke kemuncak, tetapi berjaya juga menawan puncak. Sama-sama turun ke bawah walaupun kaki sama-sama jeli.

Terlalu banyak lagi kisah dan pengamatan yang dapat saya timba sepanjang pendakian Gunung Kinabalu ni. Tetapi kebanyakannya biarlah saya simpan sendiri. Memang ternyata ini pendakian yang penuh pengajaran sekali.

Betullah orang kata, kita takkan benar-benar mengenali seseorang sehinggalah kita pernah susah bersamanya.

Oleh kerana kaki saya terlalu lembik untuk berjalan, saya perlukan tongkat untuk turun sehingga ke Timpohon Gate dan perjalanan turut dibantu oleh malim gunung yang sentiasa setia di sepanjang jalan.

Akhirnya saya tiba juga di Timpohon Gate sebagai peserta terakhir yang menuruni Gunung Kinabalu pada 2 Ogos 2017, pukul 5 petang.


Tertinggal Part 1?
Baca di sini:

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu -Part 1


Jom baca juga pengalaman saya mendaki yang lain:
1. Gunung Nuang

2. Gunung Datuk

3. Gunung Irau

4. Pine Tree Hill & Twin Peak

5. Bukit Kutu

7 comments:

  1. Brp hantaran per pax (7 org) dan laban rata ke low's peak lalu blkg kan ikut ranau

    ReplyDelete
  2. Tak silap memang salah tulis tu 100m kat KM5 ke Laban Rata. Kawan-kawan yang dah selamat sampai ke puncak pun banyak komen camtu. Suppose to be dekat tapi jauh yang amat.

    Dan kes cirit-birit semasa pendakian pun sangat common. Even my hub-to-be pun diarrhoea semasa-selepas mendaki. Tak tahu kenapa. Makanan/minuman mudah tercemar.

    ReplyDelete
  3. Teringat daki gunung ni masa form 4 dulu. Rasa nak daki lagi jika ada rezeki. 😊

    ReplyDelete
  4. Hi, seronoknya dapat daki Gunung Kinabalu. Ada kesana cuti sekolah awal tahun tapi tak dan nak daki.

    Visit blog saya ya: www.bandarbarubangi2u.blogspot.com.

    ReplyDelete
  5. Cheers to the share and its good to know first hand about the experience. Plus it looks like a whole lot of fun too.

    ReplyDelete
  6. wao!! this'aint easy for me but for sure I wanna to give it a try as well.. Great job, Girl!

    Racheal

    ReplyDelete