Pengalaman Pertama Kali Hiking (Bukit Broga) - Part Bagaimana Nak Mulakan Hobi Hiking? - Prettily Rare

Tuesday, 23 February 2016

Pengalaman Pertama Kali Hiking (Bukit Broga) - Part Bagaimana Nak Mulakan Hobi Hiking?

Hey uol,

Baru-baru ni, kakak ada satu hobi baru. Namanya hiking. Hahahha.... Dulu memang minat gak laaaa (yelah tu) aktiviti-aktiviti outdoor ni. Tapi tak berpeluang nak menceburinya.... Kenapa? Ahahahahah... Biasalah, tak ada masa, tak ada geng. Alasan universal semua manusia. Buat apa-apa pun nak kena ada masa. Buat apa-apa pun sibukkkkk je nak berteman nak bergeng. Well, for hiking acitivity, it IS advisable to do it in a group. Solo bukan takleh. Cuma malang kan tak berbau. Kalau hilang kat bukit memana sorang-sorang, pastu pergi pulak tak siapa pun tahu. Then camana orang nak detect? Betul tak?

Baiklah, kalini kakak nak ceritakan bagaimana kakak boleh start berhiking ni. Sejujurnya, akak bukan ada plan pun nak buat benda ni, cuma dulu masa preggie memang geng opis selalu panjat sana sini. Tapi dah preggie tu buatlah cara preggie. Tak payah nak ngidam nak panjat gunung ganang bukit bukau. So, masa tu memang tak kesampaian walaupun teringin sangat.

Dalam bulan September 2015 aka tahun lepas, ada kawan ni tiba-tiba text tanya, nak naik broga tak? Kebetulan kita tak keje masa tu, kita pon hokey je. So, dia pun beritahu pukul berapa nak pick up kita and bla bla bla.... Hajatnya hike broga tu kitorang nak tengok sunrise. Tapi tak kesampaian kerana dalam group yang join hiking masa tu, ada seorang budak sport science yang sangat ramah-tamah.

Tengah jalan ada eksiden, dia bantu. Tgh hike ada orang kaki cramp pun dia tolong. Ada orang pening-pening berenti separuh jalan pun dia tegur and sapa. Memang giler peramahlah senang kata. Masa tu lak baru first time hiking. Kakak tak kenal sesiapa pun yang join trip kalitu, kecuali orang yang direct ajak tu. So, tak beranilah nak komen apa-apa. Lagipun mamat tu baik ati, dapat gak pahala kannn....

Senang kata, hiking first time ni dia ajak dia, dia ajak dia, dia ajak dia, then tak semena-mena jadi sat group hiking. Gitu........ Lepas dah pengalaman kali pertama hike tu, terus buka satu group FB dan satu group Whatsapp. Then dalam tulah kitorang share gambar, share itinerary, kongsi tips dan buat perancangan untuk hiking-hiking tempat lain.

Bagi mereka-mereka yang memang kawan-kawan tak minat hiking, tapi nak hiking pula, korang disarankan untuk join satu public group kat dalam Facebook. Namanya Hiking and Camping Around Malaysia. Group tu best giler. And kebiasaannya ada je orang yang ajak-mengajak orang lain untuk join aktiviti mereka. So, korang tebalkan jelah muka tu cakap nak join. Pandai-pandailah pm diorang ke haper. Bila lagi nak berkawan kan????

Secara keseluruhannya, hiking ni banyak kebaikannya, antaranya:

1. Menambah kenalan baru
2. Bersenam dan menguatkan tubuh badan
3. Riadah yang mampu milik dan kurang ongkos (daripada gi shopping complex abis duit jeee)
4. Mengurangkan tekanan kerja
5. Mendekatkan diri dengan ciptaanNya sambil menghirup udara segar
6. Menambah pengetahuan dan survival skills
7. Pk lah sendiri.....



Bukit Broga sebenarnya memang sesuai untuk mereka-mereka yang baru nak mencuba. Tahap kesukaran kakak rasa 3/10 je kot...  Tapi masa first time pergi tu memang rasa cungap-cungap juga... Mana taknya? Tak kumpul dulu ilmu di dada. Ada a few tips sebenarnya yang korang yang kena tahu kalau baru nak berjinak dalam hiking-menghiking ni... Kakak share nanti nehhh....

Secara ringkasnya:
Bukit Broga
Masa mendaki: 45 minit
Tinggi: 1150 kaki
Tahap Kesukaran :3/10






No comments:

Post a Comment