Friday 27 October 2017

Dewan Perdana Zafran Lokasi Sesuai Untuk Majlis dan Kenduri Kahwin


Hai semua,

Kalau dalam entry lepas kita dah cerita fasal kecantikan rambut dan muka, hari ini nak cerita fasal isu perkahwinan pula. Kisahnya, minggu lepas kita telah dijemput ke Wedding Perdana Expo yang telah dianjurkan oleh Dewan Perdana Zafran dan Wedding.Com.My.

Dewan Perdana Zafran
Wedding Perdana Expo by Dewan Perdana Zafran dan Wedding.Com.My
Dewan Perdana Zafran ni terletak di Tingkat 5, Kompleks Desa Kepong, Kepong, Kuala Lumpur. Memandangkan kita ni orang Shah Alam (ecececeh), memang tak biasa dengan kawasan Kepong. So ke sana ikut Waze/Google Map jelah. Taip Desa Complex. Alhamdulillah, selamat sampai dengan jayanya walaupun biasanya Hari Sabtu selalu jem...

Mula-mula musykil juga, eh, betul ke tempat yang kita sampai ni? Ke salah tempat? Tapi bila dari parking kita terus ke Tingkat 5, kita dah nampak apa kelebihan yang ada pada Dewan Perdana Zafran ni.

outer look
Dewan ni baru direfurbish... cantik lagi

Hall package
Cepat-cepat... Kalau minat nak book leh whatsapp 019-306 6155

Stage
Stage untuk letak pelamin...

Wide view
Dewan yang luas dan selesa

Table setting
Cantik kan table settingnya

First of all, tempat parkir kereta memang banyak dan luas. Tak perlu risau kalau saudara-mara semua datang tapi takde tempat parkir, kena park tepi-tepi jalan sampai berlakunya adegan kena langgar, kena sontot, kena maki sebab main parking mahupun saman. Yerlah, kita bila jemput orang ke majlis kahwin kan sebenarnya nakkan keberkatan dan doa daripada tetamu yang hadir, tapi kalau orang sumpah sebab kita kahwin punya fasal jalan jadi jem, sesak dan menyusahkan orang, dah kurang keberkatan.

Keduanya, lokasi Dewan Perdana Zafran ni dekat dengan pengangkutan awam. So kalau mak bedah ke mak Senah malas nak drive or takde transport sekalipun, bolehlah datang naik KTM.

Ketiganya, dari lif di parking, ada lif terus direct ke Tingkat 5, Dewan Perdana Zafran. Senang gitu Sampai-sampai parking, tekan lif terus sampai depan pintu.. Bahagia je rasa.

Keempat pulak, memandangkan Dewan Perdana Zafran ni diubahsuai daripada Pusat Bowling lama di Desa Complex dan Desa Complex ni pula shopping complex lama yang tak banyak tenant, korang takyah risau kalau nak karaoke ataupun pasang lagu kuat-kuat sekalipun. Confirm takkan ada jiran bengang or marah-marah sebab korang nak kahwin punya fasal, baby dia tak leh tidur. Ha! Tambah keberkatan kahwin gitu. Lagi anda menyenangkan orang lain, lagi perkahwinan anda akan diberkati. Hehehee....

Kelimanya, Dewan Perdana Zafran ni tak macam dewan-dewan biasa. Kalau dewan biasa, diorang cuma bagi sewa kelangkapan dewan jelah. Katering kena ambil sendiri. Tapi kalau buat majlis or kenduri dengan Dewan Perdana Zafran ni, diorang provide siap sekali dengan pakej catering. Takyah pening-pening nak cari caterer lain. Semuanya dia dah tapau. Kat belakang dewan tu sendiri adalah dapurnya. Jadi tak perlu risau masalah caterer lari, lambat ataupun tipu. Korang pun tahulah kan, dah berapa banyak kali pengantin menangis di hari bahagia sebab katerer tak sampai. Malu wooo!! Yelah, tetamu dah sampai tapi makanan tak kunjung tiba walaupun duit deposit dah bayar separuh. Uish... memang sampai tualah takkan lupa memori tu...

Yang keenamnya, katering kat Dewan Perdana Zafran ni enak ya amat. Yerlah. Masa kita datang ke Wedding Perdana Expo ni, kita telah dijemput untuk sesi food tasting oleh katerer Dewan Pedana Zafran. First thing yang kita notice, nasi yang digunakan bagi menu nasi minyak ni, amboi, gemok dan gebu yang amat. Biasa orang masak nasi minyak pakai basmathi. Basmathi plak ciri-cirinya slim dan runcing di dua-dua penghujung. Tapi ni beza sangat. Gemok gebu rasa nak picit-picit je. Ingatkan dia tak pakai Basmathi, tapi apabila owner Dewan Perdana Zafran / Sha Jam Caterer, Encik Mohd Ariff atau lebih mesra dikenali sebagai Bob dah terangkan, baru kita tahu rupa-rupanya beras basmathi yang Sha Jam Caterer gunakan ni original dan direct dari India dan tidak mempunyai kandungan beras hancur pun. Fuyoo... Patutlah gebu dan enak semacam rasanya. Nyam nyam....

Fruits and Cakes
Ada buah-buahan dan kuih-muih untuk disantap tetamu

Buffet Line
Buffet line

Nasi Minyak Gebu Gemuk
Nasi minyak basmathi gebu gemuk

Menu 1
Papadom

Yums
Acar...
Ayam goreng berempah
Ayam goreng berempah yang yummy

Dalca sayur

Daging rendang
Kambing

Rendang daging
Daging rendang

Sha Jam Caterer... Simply delicious!!

Yang ketujuhnya, kalau korang buat majlis atau kenduri kat sini, diorang juga boleh rekemenkan pakej pelamin, juruacara, goodies dan macam-macam servis dengan berpatutan. Kira macam one-stop centre. Antara pilihan yang ada adalah dari Wedding.Com.My. di mana korang boleh ambil pakej full A-Z yang tak payah fikir apa-apa ataupun korang boleh ambil pakej-pakej atau servis-servis tertentu sahaja mengikut keperluan korang. Pergh!!! Padu! Kiranya pakej dari Wedding.Com.My. ni memang mudah dicustomise. Cakap je apa yang korang nak dan korang tak nak, tentu Chief Wedding Consultantnya iaitu Cik Rina akan terus laju-laju hantarkan proposal yang paling bersesuaian dengan kehendak uol. Ngehehehee!

Wedding.com.my, portal perkahwinan terbesar di Malaysia

Perlukan khdimat nasihat dan rundingan pakej perkahwinan, contact Cik Rina and the team segera

Apa yang kita nampak, Dewan Perdana Zafran bukan sahaja sesuai untuk wedding, tapi juga untuk majlis hari jadi, get together, family day, meeting atau apa-apa sahaja yang bersesuaian especially kalau korang nak orang concentrate je kat majlis uol tanpa menyimpang ke tempat lain....

Oh ya, bagi sesiapa yang dah book dewan tapi tak tahu mana nak cari caterer yang sedap, dipercayai dan diyakini, korang juga boleh contact  Sha Jam Caterer oleh Abang Bob untuk catering sahaja. Gerenti korang akan tergoda dengan masakannya yang vavavoom!

SHA - JAM ENTERPRISE
(Rujukan Kem. Kewangan: 357-000 12693)
NO.12, JALAN DAMAI JASA 17, ALAM DAMAI, CHERAS 56000 KUALA LUMPUR
TEL/ FAX : 03-9105 3066
HP:  019-306 6155 (Bob) / 013-387 1785 (Wati)

Sekian, laporan kita bagi review Dewan Perdana Zafran hari ini.

Da~~~~


27 comments:

  1. This place is suitable for functions and party. Food looks delicious.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep exactly... the food especially the rice is tasty

      Delete
  2. Wow the hall is very luas and the setting looks good too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep...the hall is quite big and the equipment is quite comprehensive as well

      Delete
  3. The hall was so simple yet so elegant. and the food looks so delicious and really tempting. Such a beautiful set up.

    ReplyDelete
  4. This is a really spacious hall and great to host a large wedding. Thanks for sharing. When I have friends who need a wedding venue, I know where to recommend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep.. It is spacious with a lot of parking space

      Delete
  5. The food looks delicious. It's so spacious to hold a wedding or big event.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The food is delicious.. Thniking of getting them to cater for events

      Delete
  6. The place just look elegant and spacious to have a wedding event here. Really should recommend to my friends about this place since their food looks delicious too xD

    ReplyDelete
  7. boleh pasang pelamin ikut tema kita tak? bestnya tengok lauk dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah boleh. Ayam goreng berempahnya sedap

      Delete
  8. The space and venue looks great! The food spread looks even better. Omg those papadoms and rendang!

    ReplyDelete
  9. Thanks for the share, the food looks quite good for a catering. Good food, beautiful setting, superb!

    ReplyDelete
  10. wow... good recomendation on the function hall. wanna let my friend know as she is looking for a space

    ReplyDelete
  11. wow... good recomendation on the function hall. wanna let my friend know as she is looking for a space

    ReplyDelete
  12. Semuanya lengkap. Paling lemah kalau nk pergi majlis apa2 tapi parking xda..kat sini semua ada.makanan nampak sedap.

    ReplyDelete
  13. Definitely will share this place to my Malay's friend that plan for wedding! The hall is quite spacious and serve with good food too =)

    ReplyDelete
  14. Sekarang dah makin banyak lokasi perkahwinan sebegini. Memudahkan untuk kesemua - keluarga pengantin dan juga tetamu sebab tak banyak tempat kena kemas kan. Yang penting parking! Hehe

    ReplyDelete
  15. always interesting to see a wedding venue.. it all depends on the person how creative they are to make the pelamin as gorgeous as they can

    ReplyDelete