Pilih Yang Kaya atau Yang Ada Masa? - Prettily Rare

Tuesday, 12 February 2019

Pilih Yang Kaya atau Yang Ada Masa?


Hai semua,

Harini feeling-feeling mood nak membebel. Makanya sis bebel sajalah dalam ni. Sebenarnya ni perkongsian daripada sebuah artikel yang sis pernah baca sebelum ni. Tapi dah tak ingat kat mana. Tiba-tiba terdetik hati nak berkongsi.

Kisahnya begini, ada seorang gadis yang mempunyai 2 jejaka yang meminatinya. Seorang memang banyak duit. Kira kaya giler la ni. Dia memang mewahkan gadis ni dengan macam-macam. Duitlah, handbag lah, makanlah. Macam-macamlah. Tapi dia tak ada masa untuk menemani gadis tersebut. Jarang-jarang je dia muncul. Kira Chipsmore la ni, sekejap ada sekejap takde.

Jadi pada masa yang sama, seorang lelaki jejaka ni memang tak hader duit. Yang dia ada hanyalah masa, dialah selalu teman gadis ni ke sana sini. Teman shopping, teman jalan, teman makan etc. Tapi duit, ileklah.  Okey, baca sampai sini. Sis dalam hati fikir. Tungler.... Macam citer Korea pulak.

Sambung citer balik. Jadi satu hari ni, gadis ni buntu. Nak pilih yang kaya atau yang ada masa untuk dia. Dia pun tanyalah mak dia. Mak, oh mak. Ada dua jejaka muka helok ni. Dua-dua minat kat Eton. Eton nak kena pilih yang mana ek? Maka Eton pun ceritalah, sorang ni banyak duit. Sorang ni pulak banyak masa. Nak pilih mana ni makkk....

Makanya Mak Eton pun kata. Eton, cengginilah. Cuba ko minta ngan Jejaka Kaya A temankan ko sekian-sekian. Luangkan masa sekian-sekian untuk ko. Ngan Jejaka Masa B plak ko minta dia duit sekian-sekian. Dari situ, nescaya Eton tahu mana yang berbaloi untuk dipilih.

Eton sebagai anak yang mendengar kata pun pergilah kat Jejaka Kaya A. Minta dia temankan sekian-sekian. Jejaka Kaya A pun cakap kat Eton. Eh, Eton, melampaulah ko ni. Orang dah mewahkan ngan wang ringgit, nak apa beli apa, lebih-lebih pulak nak minta masa aku. Ko tau tak aku takde masa. Boleh tak jangan minta apa yang aku tak boleh beri? Dah bagi macam-macam, melampau pulak. Maka Eton pun berlalu dengan sedih.

Eton cari Jejaka Masa (Miskin) B pulak. Laju je Jejaka Masa (Miskin) B. Dia pun buka mulut. Wak, asyik kita je lanjer awak makan. Apa kata kalini awak pula lanjer kita makan Secret Recepi? Teruslah masam muka Jejaka Masa (Miskin) B ni. Eh, takylah wak. Kita lepak mamak sudehhh! Kata dia. Eton diam je, Eton pun pergi ke mamak. Pastu Eton tengok Jejaka Masa (Miskin) B ni order roti kosong 2 ngan air suam 2 je. Eton pun buka mulut. Wak, kita sengkek sikit lah bulan ni, boleh tak pinjam RM300? Terus Jejaka Masa (Miskin) ni menempelak. Eh, awak bukannya tak tau saya tak ada duit. Lagi nak pinjam RM300. Ni pun keluar saya dah belanja awak. Kenapa ek perempuan semuanya realistik. Dah luangkan banyak masa untuk dia pun still nak makan mewahlah, nak pinjam duitlah.

Malam tu Eton balik rumah habaq kat Mak Eton tentang apa yang berlaku. Maka maknya yang penuh dengan kebijaksanaan pun berkata:

Anakku, kalau nak tahu sejauh mana seriusnya orang tu dan sedalam mananya sayang orang tu kat kita, ia bukanlah diukur pada kesudian dia memberikan dan mengorbankan apa yang dia sedia ada. Tapi pada kesudian pada dia meluangkan dan mengorbankan apa yang dia tak ada pada kita.

Gitu!!! Maksudnya, minta duit kat laki kaya, tak luak pun kekayaan dia tu. So kalau dia bagi pun, apa nak heran? Dan bila minta masa kat lelaki yang miskin takde life tak reti nak berusaha, masa jelah yang dia ada. Tentulah tak luak dan dia tak heran. Dalam kedua-dua kes ni, dua-dua jejaka ni memang bagi apa yang dia sedia ada je. Tapi apa yang dia takde, dia kedekut, berkira, dan tak sudi berusaha. Itu yang ada duit sudi bagi duit, ada masa sudi bagi masa. Apatah lagi lelaki yang dah lah takde duit, takde masa, hapak pun takde, lagi nak makan luar. Kiranya gitulah perumpamaannya.




Mak Eton sambung lagi, carilah lelaki yang tak ada masa tetapi dia sudi luangkan masa. Lelaki yang tak ada duit, tapi dia sanggup berusaha lebih untuk mencari duit untuk kita. Itulah kriteria lelaki/jejaka yang kita mahukan.

Sob sob...  Cerita sampai sini, kita teringat satu lagi perumpamaan.


我给你十块,他给你二十,你会觉得他比我更好。但是你不知道他有100,而我,只有10块。 "我给你一颗糖,你看到我给他两颗,你就对我有看法了,但你不知道他也曾给我两颗糖,而你什么都没给过我!"

Maksudnya, Saya beri awak RM10, dia beri awak RM20. Awak terus rasa dia lagi baik. Walhal awak tak tahu dia ada RM100, tapi saya cuma ada RM10 je.

Saya berikan awak sebiji gula-gula, awak nampak saya berikan dia 2 biji gula-gula, terus awak rasa saya lebihkan dia. Walhal awak tak tahu, dia pun pernah berikan saya 2 biji gula-gula, tapi awak? Langsung tak pernah berikan saya apa-apa.

Kesimpulannya, nak tahu sejauh mana ikhlas atau sayang orang tu, lihatlah pada sejauh mana kesudiannya untuk memberikan pengorbanan.

Kebanyakan masanya, orang pilih bukan pada dasar kaya atau masa. Tapi keikhlasan.

Okay, dah tah apa-apa kita merapu and feeling-feeling ni. 

Till we meet again.

No comments:

Post a Comment