Monday 21 May 2018

Percutian Pendek Keluarga di Hotel de Art USJ 21 Subang

May 21, 2018 1
Percutian Pendek Keluarga di Hotel de Art USJ 21 Subang

Hotel de Art USJ 21 Subang

Harini nak cerita fasal staycation saya bersama keluarga tersayang. Bila sebut tentang staycation, mesti orang fikir nak kena pergi jauh. Tapi sebenarnya tidak. Contohnya saya sendiri baru sahaja pulang dari staycation atau percutian pendek di hotel berdekatan. Eh! Siapa kata bercuti kena duduk jauh-jauh? Kita tinggal di Shah Alam, tapi staycation di Hotel de Art, USJ 21 Subang.

Kalau ada orang kata alah, setakat pergi dekat-dekat, apa yang bestnya? Tapi bagi saya dan anak-anak, percutian pendek ni memang menyeronokkan sekali. Mana taknya? Kalau cuti tetapi tinggal di rumah, tentu kita takkan dapat boleh benar-benar berehat kerana sentiasa ada kerja rumah yang difikirkan. Ha, itulah saya. Kalau dah duduk rumah tu, ada je yang tak kena. Pinggan mangkuk nak kena susun, sinki nak kena lap, lantai nak kena mop, baju nak kena basuh, sidai, lipat dan gosok.... Hei! Macam-macam lagilah.

Jadi, inilah fungsi staycation dekat-dekat. Satu, tak perlu bazir tenaga banyak-banyak untuk merantau jauh. Biasalah, kalau dah merantau jauh-jauh, sudahnya percutian tu bukannya makin buat kita relaks, penat jadinya adalah. Keduanya, bila lagi nak explore tempat-tempat yang biasanya tak pernah kita terfikir nak explore, betul tak? Inilah yang orang kata, jadi pelancong di tempat sendiri.

Pada mulanya, saya berniat untuk membawa anak-anak bergembira di Icity dan tinggal di Hotel de Art, Icity Shah Alam. Namun, apabila mengetahui tempahan di Hotel de Art Icity agak penuh sewaktu hujung minggu, saya terima sahaja aturan untuk bermalam di Hotel de Art Subang dengan hati terbuka dengan niat mahu meneroka mana sahaja tempat yang kami tinggal.
Hotel de Art USJ 21 Subang
Kalau dapat bilik ni, mesti budak-budak suka

Langsung tak ada susunan aktiviti yang saya rancang, malah, saya pun tak buat research pun tentang apa kawasan menarik di sekitar Hotel de Art, USJ 21 Subang. Makanya pada hari Sabtu di mana tempahan bilik telah dibuat, saya pun ambil anak-anak dari rumah pengasuh dan terus ke Subang. Mia dan Hariz mengadu lapar. Al-maklumlah saya ambil lebih awal dari biasa, jadi, mereka tak sempat makan lagi.

Jadi saya pun pujuk anak-anak untuk daftar masuk ke hotel dahulu sebab tak sabar nak tahu apakah rupa bilik kami. Dengan berpandukan Google Maps, kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi dengan mudah.

Kalau korang nak tahu, Hotel de Art ni merupakan sebuah hotel butik pertama yang bertemakan seni di Malaysia. Berbeza dengan hotel-hotel lain yang hanya berbeza dari segi keluasan dan katil berbeza, Hotel de Art ini sangat menarik kerana setiap biliknya berbeza dengan tema-tema yang ditetapkan. Hotel de Art bermula dengan cawangan pertamanya di Seksyen 7. Hari ini, sudah ada 4 buah cawangan Hotel de Art yang mempunyai tema-tema berbeza di lokasi yang berbeza. Antara cawangan-cawangan Hotel de Art dan temanya adalah:

1. Hotel de Art, Seksyen 7: Classic Wallpaper
2. Hotel de Art, Seksyen 19: 3D Arts
3. Hotel de Art, iCity: Wonderland Theme
4. Hotel de Art, USJ 21: English Garden


"Ibarat berada di taman yang penuh kehijauan, Hotel De Art Usj pastinya membuat inapan anda lebih istimewa dari biasa..Tidak hanya ruang yang cantik dan unik ditambah pula dengan buaian yang comel, serta beberapa sudut yang sesuai bagi anda merakamkan memori indah sebagai kenangan..



Bermula dari RM88 hingga RM228 untuk bilik Art Suite, setiap bilik dilukis dengan tema flora dan fauna.. Kesemua 27 buah bilik dilengkapi kemudahan asas serta perabot yang moden."
Inilah rupa Hotel de Art, USJ 21 ni. Kita teruja sangat bila tahu ada pusat beli-belah Main Place dengan jarak yang sangat dekat dari Hotel de Art, USJ 21. Hati rasa riang gembira, bolehlah bawa anak-anak makan, membeli-belah dan bergembiran di Main Place ni.

Hotel de Art USJ 21 Subang
Dari luar bangunan


Hotel de Art USJ 21 Subang
Menuju ke hotel
Hotel de Art USJ 21 Subang
Hotel de Art USJ 21

Hotel de Art USJ 21 Subang
Ruang lobi yang selesa

Hotel de Art USJ 21 Subang
Seronok ya mummy bawa jalan-jalan?
Hotel de Art USJ 21 Subang
Nampak tak muka nakal si Hariz ni?

Hotel de Art USJ 21 Subang
Kitorang dapat Queen Bed Room

Hotel de Art USJ 21 Subang
Ruang tandas yang bersih dan kemas


Terserlah sungguh tema English Gardennya dengan lain-lain hiasan dan ini adalah antara bilik yang terdapat di Hotel de Art USJ 21 Subang:

Hotel de Art USJ 21 Subang
Lukisan ala-ala gaya English

Hotel de Art USJ 21 Subang
Kalau bilik twin begini pula rupanya.

Hotel de Art USJ 21 Subang
Ni luas ni, ada dua katil Queen
Hotel de Art USJ 21 Subang
Kreatif guanakan ruang ni sebagai ruang bergambar


Hotel de Art USJ 21 Subang
Ruang yang sangat luas

Hotel de Art USJ 21 Subang
Cantik betul lukisan dia. Nampak hidup

Lepas dah daftar masuk, terus bawa budak-budak pergi makan. Budak-budak minta belanja makan ayam goreng di Texas Chicken. Ni muka bahagialah ni. Akhirnya maknya tak sibuk, bolehlah mengadap muka diorang.

Hotel de Art USJ 21 Subang
Hariz memang dari kecil lagi suka makan burger

Hotel de Art USJ 21 Subang
Mia pulak makan ayam goreng Texas Chicken dengan kentang

Bila perut dah kenyang, kami sekeluarga sambung jalan-jalan dan teroka apa yang ada di Main Place ni. Walaupun kecil tapi lengkap dengan kedai-kedai yang patut ada. Contohnya Watson, restoran, kedai buku Popular, kedai baju, kedai telko, salun dan macam-macam. Niat di hati konon-konon nak makan kemudian lepak di dalam hotel je. Sudahnya, pukul 10 jugalah baru balik hotel.
Hotel de Art USJ 21 Subang
Come je dua-dua posing cenggini

Hotel de Art USJ 21 Subang
Nak suruh mummy bayarlah tu.

Hotel de Art USJ 21 Subang
Membaca jambatan ilmu

Hotel de Art USJ 21 Subang
Posing dengan teddy bear pulak. jangan harap mak ko nak belikan

Hotel de Art USJ 21 Subang
Dua beradi busuk-busuk masam

Oleh kerana Wi-fi di Hotel de Art USJ 21, saya bagi peluanglah untuk anak-anak main iPad malam tu. Saya pula? Sibuk menonton filem di dalam bilik. Seronok juga sebab ada pelbagai saluran TV yang menarik.

Keesokan harinya, kami bersiap-siap ke Main Place untuk sarapan dan sambung untuk membeli-belah untuk arang dapur pula.

Tepat pukul 12.00, kami sekeluarga daftar keluar selepas selesai berkemas. Percutian di Hotel de Art USJ 21 Subang ni memang pendek, tapi kami sekeluarga gembira dan puas hati kerana dapat beristirehat dan meluangkan masa dengan yang tersayang.

Jadi, bagi mereka yang rasa nak bercuti tapi tak boleh cuti, apa kata cari sahaja hotel yang berdekatan untuk beristirehat sehari dua. Saya dah cuba. Memang berkesan. Siapa kata kena pergi jauh-jauh dan lama-lama hanya untuk cas balik tenaga?

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hotel de Art, USJ 21:

Hotel de Art
21, Jalan USJ 21/6
USJ 21, 47360 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
No Telefon: 03-5888 9099


Baca juga:

Review: Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands
Review: Percutian Pendek di Sunway Pyramid Hotel, Sunway Lagoon Theme Park
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka






Sunday 20 May 2018

Warung Makcik Kiah Promosi Set Berbuka Puasa

May 20, 2018 3
Warung Makcik Kiah Promosi Set Berbuka Puasa

Hai semua,

Maaf kerana dah lama tak bersiaran memandangkan kita sibuk dalam urusan kerja. Harini kita nak cerita tentang Warung Makcik Kiah, sebuah restoran yang menyediakan masakan-masakan kampung dan juga Thailand.

Warung Makcik Kiah


Menariknya tentang restoran ini ialah nama Makcik Kiah tersebut diilhamkan daripada nama ibu pemilik restoran tersebut juga iaitu Y.Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi selaku Pengarah Urusan Premia International Sdn. Bhd. Menurut YBhg Dato', ibunya Cik Kiah memang terkenal dengan masakannya di Kuantan sejak 4 dekad yang lalu lagi.

Warung Makcik Kiah
Kak Murni bersama Y.Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi

Warung Makcik Kiah
Boleh buat pesanan air di sini

Warung Makcik Kiah
Bahagian dalam kedai

Bagi tujuan mempromosi menu set khas sepanjang Ramadan ini, Warung Makcik Kiah telahpun mengadakan majlis berbuka puasa bersama media dan blogger pada 18 Mei 2018 iaitu bersamaan dengan 2 Ramadan 1439. Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk turut menyertai majlis ini.

Lokasi Warung Makcik Kiah ni di Sri Petaling. Setibanya saya, memang saya teruja melihatkan ikan masak tiga rasa yang bersaiz besar. Tergugat sungguh keimanan saya.

Warung Makcik Kiah
Aha! Besar ke tidak? Menggoda ke tidak?
Jom kita tengok apa lagi masakan yang dihidangkan pada majlis tersebut:

Warung Makcik Kiah
Ayam goreng kunyit

Warung Makcik Kiah
Ayam masak paprik

Warung Makcik Kiah
Sayur kangkung tumis sotong 
Warung Makcik Kiah
Sayur campur dan cendawan



Warung Makcik Kiah
Sayur sawi tumis

Warung Makcik Kiah
Daging masak kicap

Warung Makcik Kiah
Patin masak tempoyak

Warung Makcik Kiah
Ni ikan tiga rasa tadi
Warung Makcik Kiah
Sambal hijau

Warung Makcik Kiah
Sambal merah
Antara lauk kegemaran saya di Warung Makcik Kiah ni ialah Ikan Tiga Rasa dan Sup Tulang. Seperkara lagi yang membuatkan saya rasa bahagia berbuka di sini ialah banyak pilihan sayur-sayuran yang ditawarkan oleh restoran ini.

Ini adalah kerana saya rasa aenting bagi kita untuk mementingkan sayur-sayuran dalam diet dan pemakanan supaya dapat menjamin penghadaman yang sihat. Selalu juga saya dapati banyak restoran banyak menawarkan lauk-pauk sedap seperti ikan, ayam, daging, makanan laut dan sebagainya, tapi sayangnya, tiada sayur-sayuran untuk membantu penghadaman. Tak seimbang gitu.

Sempena bulan Ramdan ini, Warung Makcik Kiah menawarkan dua set menu iaitu Menu A dan Menu B bagi mereka yang ingin berbuka puasa di sini. Set tersebut bagi saya sangat berbaloi. Jom tinjau:

Warung Makcik Kiah
Set Menu Sempena Ramadan

Bagi yang berminat untuk mencuba masakan di Warung Makcik Kiah, butirannya seperti berikut:

Warung Makcik Kiah
No 15, Jalan Radin Bagus 9,
Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur

Waze/Google Maps: Warung Makcik Kiah

Baca juga: