Sunday 11 March 2018

grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Perkhidmatan Futuristik dan Automatik


Hai semua,

Harini kita nak cerita fasal Restoran grEAT, sebuah restoran makanan segera yang menawarkan menu vegetarian yang serba sihat. Apa yang lebih menariknya ialah restoran ini direka khas dengan konsep futuristik iaitu tanpa pelayan dan tanpa tunai. Semuanya serba automatik. Perghh.. Memang canggih tiada tandingannyalah.

healthier fast food
grEAT, makanan segera yang lebih sihat
Menurut pengasasnya iaitu Tan Yong Jen. Restoran grEAT juga merupakan nama yang tidak asing dalam industri makanan dan minuman kerana telah mempunyai beberapa cawangan antaranya di Pulau Pinang, tetapi cawangan grEAT di One Utama ini merupakan cawangan pertama yang futuristik dan serba automatik. Restoran sebegini sudah banyak didapati di luar negara, tetapi di Malaysia, grEAT merupakan restoran serba automatik yang pertama di negara kita.

Jadinya, kalau tak ada pelayan dan tiada tunai, cemana agak-agak mekanisma untuk membuat pesanan agak-agaknya ek? Dalam dunia serba canggih ni, teknologi memungkinkan segala-galaya. Dunia di hujung jarilah katakn. Makanya, anda cuma perlu membuat pesanan dan membuat bayaran menggunakan aplikasi Wechat sahaja. Malah, aplikasi ni juga akan memaklumkan bila makanan anda akan siap disediakan. Jadi, sambil-sambil menunggu tu, bolehlah pergi membeli-belah atau setelkan apa-apa urusan dulu. Dekat-dekat dah nak siap nanti, baru pergi ambil pesanan dan makan. Tak perlu risau pun orang lain akan terambil makanan kita. Kotak hidangan automatik tu cuma boleh dibuka kalau kita scan QRcode kita. Hebat tak?

how to order
Langkah-langkah untuk memesan,buat bayaran dan menikmati hidangan grEAT
Interior of restaurant
Lepas pick up order, leh dok diam-diam makan kat sini tanpa diganggu sesiapa
Bercakap mengenai menu vegetarian, rasanya ia lebih terkenal dan lazim di kalangan kaum Cina dan India berikutan tuntutan kepercayaan mereka. Di kalangan kaum Melayu, rasanya tak begitu lazim. Kalau makan pun rasanya waktu melancong sahaja, terutamanya kalau susah nak dapat makanan yang halal. Tapi sebenarnya, saya sendiri memang kadangkala mengamalkan diet pemakanan vegetarian kerana faktor kesihatan. Yalah, dari segi saintifiknya, sayur-sayuran lebih mudah dicerna berbanding daging. Jadinya, kalau musim-musim perayaan, gathering atau rasa terlebih makan sangat beberapa hari, terus saya akan makan makanan vegetarian untuk berikan masa berehat kepada perut dan usus. Almaklumlah, faktor usia. Proses penghadaman dah jadi lambat, perut senang gastrik dan berangin. Sekali-sekala, tak mahulah perut terlalu dibeban makanan-makanan berat seperti makanan proses dan berdaging. Ala-ala detoks gitu.

Salah satu faktor tercetusnya konsep makanan segera yang lebih sihat ini adalah kerana statistik yang mengatakan bahawa jika kita makan kurang 15% daging secara global, kebaikannya adalah sama dengan kita mengurangkan 240 juta penggunaan kereta di seluruh dunia. Karbon dan methane yang dihasilkan juga akan dapat dikurangkan secara drastik. Dengan itu, grEAT juga telah melancarkan kempen untuk makan makanan vegetarian pada setiap hari Isnin dalam usaha mengurangkan penghasilan karbon dan methane di dunia. Menarik kan?

Cukup-cukuplah dengan fakta yang serba panjang sampai lima perenggan kat atas tu, jom kita jengah apakah antara menu-menu menarik yang ditawarkan oleh grEAT, the healthier fast food atau dalam Bahasa Melayunya, grEAT, makanan segera yang lebih sihat:

great
Semua menu nampak menarik

Pada pelancaran rasmi grEAT di One Utama yang diserikan oleh Datuk Dr Cef Wan ni, kami bukan sahaja dapat merasai sebahagian daripada menu-menu yang tertera, malah juga berpeluang untuk menyaksikan demo oleh Datuk Dr Cef Wan untuk salah satu menu yang paling digemari di Restoran grEAT ini iaitu kari hijau. Memang tergodalah bila Datuk Dr Cef Wan tumis bahan-bahan kari hijau tu, telan air liur je rasanya:

grEAT
Majlis pelancaran grEAT, the healthier fast food

grEAT
Demo masakan oleh Datuk Dr Cef Wan


grEAT
Green Curry Bowl - RM15.90
burger
Burger dia pun vegetarian patty. Boleh tahan juga

RM18.90
Passion Mango Bowl, RM18.90

Set Meal
Set Meal 

grEAT
Flavourful Satay Bowl, RM17.90

grEAT
Tempura Mushroom, RM10.90
Antara semua makanan ni, kegemaran saya ialah tempura mushroom dan kari hijau. Tengah taip blog ni pun meleleh air liur rasanya. Kih kih kih.

Jadi kalau rasa nak mencuba pengalaman makan di restoran futuristik serba canggih dan automatik yang hanya boleh didapati di luar negara atau cawangan One Utama grEAT ni, haruslah singgah. Sambil-sambil tu, bagi cuci itu perut. Gitu...

Maklumat lanjut boleh check it out FB mereka iaitu
grEAT - The Healthier Fast Food
Lot LG 328, Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre
47800 Petaling Jaya, Malaysia

Sekian ulasan ikhlas
Prettily Rare....


25 comments:

  1. Aduhhh...bikin hancur diet akak. Sedapnya menu. Sesi ternak lemak. Nampaknya akak Kena hidu saja setiap hidangan

    ReplyDelete
  2. Wah. Order online gitu. Memang new to us Malaysian kan. Mcm bagus dan efficient. Siap oder, dtg utk makan. Save time pon ye jugak ekk.

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya servis terbaru dia.. Order secara online je... Menu pon nmpk smua best2 dan sihat... Senang xyh susah payah tggu lamaw.. Dh smpi boleh makan kt tmpt tersembunyi.. Hihi..

    ReplyDelete
  4. wahhh tak pernah lagi masuk restoran yang serba cangih. Menu pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. best kan bila ada restoran yang menawarkan hidangan healthy berasaskan vege..jom la serbu One Utama dan kalau malas nak pi OU bleh order online..lagi senang...

    ReplyDelete
  6. I memang peminat makanan vegetarian . Menu range dia nampak menarik and sedap. Kat One U je.Nanti weekend boleh la pergi try. Harga pun ok je.

    ReplyDelete
  7. Eh kat penang ada ke...kenapa x pernah tau pun...
    Btw all the foods look nyummmy.
    Berkeroncong perut ku

    ReplyDelete
  8. wahh menarik betul! ada juga pilihan fast food untuk vegetarian. lagi best, untuk yang omnivor macam saya ni pun boleh cuba juga ni. banyak juga pilihan nampaknya. hihi

    ReplyDelete
  9. I want to try this! That burgers all look so yummy..and to know it's vegetarian..i can have cheat day without cheating..hahahha

    ReplyDelete
  10. Owhhh ini ke restoran tu. Okay2 boleh try nie. Mmg jarang dgr org melayu vegetarian. Org kita jd vegetarian kalau melancong luar ngara je. Hahaha. Tp sy ad sorg kawan melayu vegan. Walaupon rasa “terbeban” dgn pemakanan dia, tp knelah hormat keputusan dia

    ReplyDelete
  11. Menu vegetarian one of my favorite juga. Makanan kat sini sedap-sedap lah. Ramai yang update tempat ni. Kena cuba lah.

    ReplyDelete
  12. Green curry must eat again. Tak puas makan hari tu.. serius tak payah tunggu lama just order dr hp kan

    ReplyDelete
  13. wah, menarik yer, futuristik dan canggih. wajib cuba ni, baru la tak ketinggalan dengan teknologi yang dah sampai ke malaysia ni.

    ReplyDelete
  14. Ruby sedang berjinak-jinak nak ke vegetarian. Kalau menu macam ni best. Baru lah semangat nak vegan kan. Nanti nak cuba makan di grEAT. Hehe. Lokasi jauh sangat. Hopefully ada cawangan di KL.

    ReplyDelete
  15. Wah canggih sangat ni. Makanan tu pun takde la nampak kesayuran sangat. Yang penting, makanan yang lebih sihat kan. Nak kena singgah kat 1U la nanti..

    ReplyDelete
  16. Oh I pass by this place just few days ago. Was thinking of trying it out some day. Guess I know what to order next time.

    ReplyDelete
  17. liat foto fotonya jadi nak cuba, huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. Tempura Mushroom dia mesti sedap sangat kan? TB tak pernah pergi sini lagi.. nanti ada masa boleh lah ajak famili singgah sini

    ReplyDelete
  19. i really love vegetarian food and the burger seems so tempting... drooling to the max now at this hour.. lolzzzzz

    Racheal

    ReplyDelete
  20. vegetarian pun boleh makan makanan sedap sedap..
    So tempting and yummy!

    ReplyDelete
  21. I passby that restaurant on monday and was tempted to try, thanks for the information. Now I know what I would like to order when i visit that restaurant.

    ReplyDelete
  22. Tak pernah cuba order menu vegetarian. Nampak menarik semua menu2 tu. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  23. vege mmg menyelerakan :D
    follow here #106

    ReplyDelete
  24. hai..lawa sgt blog..sedap sgt nampak..kalau dekat confirm pi dah ni...huhu apakan daya...nnti sudi2 la lawat blog saya..baru aktif berblog..tqvm
    https://rosapegitravel.blogspot.my

    ReplyDelete