Tuesday 14 October 2014

Cara Saya Cuci Mekap/ Cuci muka : Tips Kulit Sihat, Licin Gebu


Salam semua,

Oleh kerana hari ini mood saya baik, saya nak cerita tentang cara saya cuci mekap. Dalam blog terdahulu, pernah saya ceritakan macam mana kulit muka saya yang halus bersih jadi bermasalah disebabkan cara mencuci muka/mekap yang tidak bersih dan menyeluruh. Akibatnya, habis kulit muka saya penuh berjerawat, pori-pori jadi besar. Uwa!!!

Lepas dah jadi masalah, barulah terhegeh-hegeh cari punca. Yelah, kalau sibuk nak ilangkan jerawat tanpa mengenal pasti punca jerawat pon tak guna gak. Pucuk pangkalnya tak ubat, sudah tentulah masalah jerawat tu takkan stop gitu je. Ha... Betul tak?

Jadi, memandangkan saya terlebih rajin hari ini, saya akan share cara saya cuci mekap/cuci muka sebersih-bersihnya (yolah tu) sebelum saya masuk tidur.

Sesetengah org amik remeh perkara ni sebab diorg tak mekap, Walhal, tak mekap kadang2 muka kita lagi terdedah kepada sinaran UV, habuk, debu n macam2. Sudahnya, sama je. Kulit muka jadi bermasalah juga. Pokoknya, mekap ke tak mekap, cuci muka bersih2 sebelum tidur n sapu krim malam. Lau tak, sia-sia je.

Langkah 1:   Hadalabo Olive Cleansing Oil.

Memula sekali, saya akan picit 2-3 pam Hadalabo Olive Cleansing Oil ni and sapukan pada seluruh wajah n leher. Lepas dan sapu dengan rata, basahkan tapak tangan anda and sapu sekali lagi pada wajah n leher. Gosok2 skit muka, korang akan perasan dengan ajaibnya mekap korang akan 'cair' begitu saja. Pastu lap pakai span sampai muka bersih.

Langkah 2: Bio Essence Cleansing Milk


Dah lap pakai span muka, saya akan sapu Bio Essence Cleansing Milk ni pada seluruh wajah n leher pula. Pastu biarkan seketika.

Langkah 3: Simple Cleansing Sheet

Kemudian, saya akan keluarkan Simple Cleansing Sheet ni dan lap muka n leher saya. Jangan terkejut bila nampak walaupun dah bersihkan muka pakai cleansing oil, still akan ada sisa mekap yang melekat pada cleansing sheet ni. Ish.... Nampak sangat kan susah nak betul-betul bersihkan muka kita ni.

Langkah 4: Bio Essence Exfoliating Gel

Lepas tu saya akan lumur skit exfoliating gel ni pada wajah saya untuk buang sisa kulit mati pada wajah n leher saya. Barulah btol2 bersih gitu. Lepas dah exfoliate, cuci dengan air.

Langkah 5: Simple Facial Wash


Cuci muka pula dengan Simple facial wash ni. Pastu dab-dab dengan tuala.

Tada! Dah bersih dah muka. Barulah boleh sapu apa-apa yang patut. Lau muka tak bersih sapu haper pun tak guna. Bagai mencurah air ke daun keladi je. Malah, leh worsen your skin condition. Omaigad! Speaking.

Okay, sekian perkongsian tentang cara saya cuci mekap/cuci muka.

Nak rehat dah.

Da~~

Baca juga:

Nikmati facial di rumah dengan Nadia Beauty Cartel
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

6 comments:

  1. wah.. boleh cuba lah macam ni.. saya selalu lepas mekap just guna mekap remover je.. then cuci muka. tapi tak yakin muka da bersih ke belum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kalau nak lagi bersih boleh beli pembersih muka yang elektronik tu.. Dalam 100 lebih... saya tak pernah beli lagi. Lau dah try saya wat review

      Delete
  2. banyak sekali ya jenis sabun untuk mencuci wajah...
    oya kalau sabun untuk mencuci kaos kaki wanita dewasa tang bagus seperti apa ya..

    ReplyDelete
  3. dengan mencuci muka memakai sabun yang benar akan membuat wajah lebih cantik...
    dan kalau untuk cara mencuci kaos kaki muslimah yang bagus itu seperti apa ya...
    mohon infonya ya...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ye betul tu..mekap ke tak mekap, yang penting kena make sure muka bersih sebelum tidur..lagi2 sekarang udara tak berapa bersih, kotoran senang melekat & menyumbat pori muka...

    Mengapa MAKEUP REMOVER Penting Walaupun Tidak Memakai Makeup?

    ReplyDelete