Monday 6 April 2015

Review: Mixing White Injection


Hai semua,

Harini kita nak cerita pasal produk suntikan yang memang banyak kat online market. Tak kiralah Facebook, Blog, Instagram mahupun ntah apa-apa sosial media lagi.

Sebenarnya story ni dah lama. Dari bulan 12. Tapi skarang baru nak tulis, Hehehehe... Ampun. Nak dijadikn cerita, saya ni memang orang yang sangat sensitif dengan produk kecantikan. Ada je produk kecantikan yang baru dan menarik, mesti saya nak buat kajian. Kalau banyak good review and setelah disiasat semuanya cun, memang gatal je nak mencuba. Tapi saya juga setia orangnya (Ahaks!) Kalau yang sy dah try terbukti elok, memang I will stick to it.

Okeh...dipendekkan cerita, Saya memang banyak subscribe group-group kat fb, so banyaklah produk2 baru yang orang akan promote dan akan keluar kat notification saya. Salah satunya produk injection. Katanya  artis sekian-sekian pun kononnya cucuk this produk, sebab tulah putih melepak, kulit bersih gebu halus bagai. Yang saya ni plak sebagai perempuan yang sentiasa nak kelihatan cantik, mestilah termakan pujuk rayu untuk kekal cantik. Mestilah nak mencuba. Hehehehe....

Namun yang demikian (skema skit yer) saya ni memang takut sakit. Hahahahah! So haruslah lagi saya berwaspada n berhati-hati kalau produk tu nak kena cucuk sana sini. Takut sakit ma.... Lagipun saya jenis urat halussss bangat. Doktor ngan nurse selalu tak jumpa urat, Kalau nak amik darah je mau 4-5 kali baru jumpa urat, Pastu pernah sekali tu doktor salah cucuk jarum, habis satu lengan saya lebam n pucat macam tangan mayat. T_T Mau tak nangis?? Dah lah nak pulih makan bertahun....

Okeh... Kita masuk ke cerita yang saya nak citer aka Produk Suntikan Mixing White.

Inilah rupa mixing white ni ya adik-adik

Berikut adalah kebaikannya seperti yang diuar-uarkan oleh online-online seller sekalian:

ACTIVE INGREDIENT:
L-GLUTATHIONE 1500 MG
NIACIN 300 MG ( VITAMIN B3 )
L-ASCORBIC ACID 500 MG
N-ACETYLCYSTEINE (NAC) 300 MG
M-TRANEXAMIC ACID 250 MG
HIGH ALPHA LIPOIC ACID 200 MG

Function of NIACIN
1) Niacin juga dikenali sebagai Vitamin B3.
2) Semua vitamin B membantu badan untuk menukar makanan (karbohidrat) menjadi bahan bakar (glukosa), yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.
3) Vitamin B, sering dirujuk sebagai vitamin B kompleks, juga membantu badan menggunakan lemak dan protein. Vitamin B kompleks diperlukan untuk kesihatan kulit, rambut, mata, dan hati. Mereka juga membantu fungsi sistem saraf dengan betul.
4) Niacin juga membantu tubuh membuat pelbagai seks dan yang berkaitan dengan tekanan hormon dalam kelenjar adrenal dan bahagian-bahagian badan yang lain.
5) Niacin membantu melancarkan pengedaran darah.


So, memula wat kajian memang elok. Saya siap consult doktor lagi. Doktor kata ok. Tapi kena hati-hati sebab banyak produk injection online yang tiruan. Cara nak kenal cuma goncang botol tu, kalau berbuih2 lepas goncang, tiruanlah tu namanya. Kalau tak berbuih-buih ori. Pastu dr kata lagi satu kena tengok masa injection. First injection kena cucuk ke punggung. Kalau produk tu tak sesuai ngan kita  sekalipun, badan akan terus reject and kumuh keluar produk tu. Kalau sesuai aka tak ada allergy reaction, baru boleh start cucuk pakai IV or cucuk kat lengan. Menurut doktor tu lagi, kalau produk tu ori, cucuk tak rasa sakit or kalau sakit sekalipun, cepat je baik. Kalau produk tu tak ori, rasanya semacam perit and sakitnya. Ha! Gitu.....

Okeh...saya yang tak sabar ni pun belilah mixing white injection tu. Hehehehe... Tapi apakan daya sebab saya asyik sakit je, tu asyik delay nak cucuk-cucuk. Sebab doktor tak bagi cucuk kalau sakit. Saya lak masa tu asyik majang resdung. Huk! Huk! Bila nak putih cantik kalau camni?

Disebabkan frust tak dapat nak cucuk, saya pun teruskan berangan sambil melakukan aktiviti fevret saya aka surf internet tentang produk kecantikan. Saya pun check it out sorang doktor ni punya instagram. Doktor ni katanya pakar kulit/kecantikan kat Kelantan. Dia banyak buat rawatan secara amal untuk pelanggan-pelanggan dia. 

Agaknya Allah swt nak bagi petunjuk, saya ternampak post ni kat instagram dia. And saya terus tanya tentang statement dia tu: (P/S: Dreamfantasia is me)

  

Nakkan kepastian, saya terus whatsapp dia, banyak juga dia citer tapi maaf tak dapat nak tunjuk conversation whatsapp antara saya dengan Dato Drk sebab henpon rosak, so conversation pun ilang. Saya tanya dia btol ke produk ni tak berdaftar and btol ke produk suntikan cam ni takyah berdaftar kat KKM. Dia kata apa-apa produk makan, suntik n sapu semuanya kene daftar KKM. Biar KKM pastikan ia selamat.. Dia kata kerajaan Malaysia sayangkan kita, so semua perlu dipastikan berdaftar. Pastu saya tanya ada efek ke kalau gunakan... Dia ckp efek lain org lain efek. Kalau tak skrg, nanti. Last skali dia nasihatkan saya untuk buat pertanyaan kat KKM.  Pas insiden ni, saya memang bz... So lama tak buat apa-apa sampailah saya satu hari tu.... Saya terbaca ni plak:


 


   Kalau nak baca the whole article boleh tekan ni...


Untuk pengetahuan, Selain mixing white, online seller pun banyak jual produk glutax ni. Katanya yang ni lagi cepat kesannya...Ha gitu!


So, kalini sebab tak berapa bz sangat,saya terus buat pertanyaan kat KKM.


Lama jugalah nak tunggu KKM ni reply... Sampai dah terlupa dah pasal ni dek kebizian hidup.
Pastu satu hari tu, tetiba dapat emel ckp maklumbalas dah ada...

Inilah hasilnya:



So, kesimpulannya, saya dah kumpul whatever maklumat yang ada. Keputusan tetap di tangan anda. Anda berani anda cuba. Ada risiko sendiri tanggung.

Stakat ni tak berani lagi nak cuba produk2 suntik online bagai. Tapi dato dr k kosmetik tu pun ada wat suntik2. Yang tu...Hehehehe... Wat kajian dululah baru cuba. Kah kah kah! (Dasar pompuan tak reti serik!!!)

13 comments:

  1. sy xfaham masih ramai yg membeli..
    sebenarnya produk ni datang dari china.
    alamat yg sy dapati di kotak glutax dan swissmed tu ,mereka curi alamat sekolah dan kelab golf di spain dan switzerland..
    jgn mudah tertipu..sy harap,ramai org akn jumpa blog awak ni,,

    sy ni memang nak sesangat jadi putih,nak cantik,tp bila puashati dgn carian di google,sy fikir,kalau nk putih,biarla yg mahal dan selamat digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try nexentury29 .. ade kelulusan KKM whatsapp sy 0166172436

      Delete
  2. sy penah guna mixing white selama setahun lebih utk treat eczema. sy dah penat suntik steroid sbb eczema sy mmg teruk sgt dan cara nak control tu mmg kena guna steroid. then sy terpikir why not suntik vit c kan?
    so sy try mixing white lps consult dgn doktor yg rawat sy tu. dia ckp ok jer so every week sy gi suntik mixing white.
    kesannya mmg sgt baik. eczema sy kering dah takde gatal2 dan hampir hilang tinggal parut jer. tp part putihkan kulit tu sy tak sure sgt sbb sy mmg berkulit cerah. yg pastinya it works for me in treating my eczema

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ratu nang pelangi. may i know where did you get the product? saya ade supplier sebelum ni tapi dia dah tak jual lagi. saya pakai mixing white dulu and results dia memang ok. lepas tu malas nak continue. so now nak start balik and nak carik reliable supplier. boleh share kat mana you beli?

      thanks :)

      Delete
    2. Hii sis.. Sy supplier utk produk injection n ade jual mixing white.. Boleh email sy di sini, farahayeesya@gmail.com

      Delete
    3. Hii sis.. Sy supplier utk produk injection n ade jual mixing white.. Boleh email sy di sini, farahayeesya@gmail.com

      Delete
  3. i pakai mw dah botol ketiga ni jerawat makin naikk.. makin teruk 😔 i xde masalah berat badan.. metabolism alhamdulillah ok. myb xssuai kot.. dah siap avoid minum coffee n byk minum air putih lg.. pun xjalan jgk.

    ReplyDelete
  4. Batu pahat dripper..
    Wassap 0143337307

    ReplyDelete
  5. sape blh tlg drip dikawasan bukit mertajam penang

    ReplyDelete
  6. nak produk suntikan yg selamat dan ade KKM?? whatsapp shie 0166172436

    ReplyDelete
  7. These issues remember a diminishing for fuel economy, grimy emanations and more regrettable execution.what is the best fuel injector cleaner

    ReplyDelete