Thursday 1 August 2019

Review: Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands


Hai semua,

Harini nak cerita fasal  Nova Highlands Hotel and Resort. Baru saja beberapa hari lepas, saya telah menginap 3 hari 2 malam di Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands atas urusan rasmi kerja.

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands


Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Hig
Cantik pula tengok gambar tempat ni di Booking.com

Rasanya dah berzaman saya tak jejakkan kaki di Cameron Highlands ni. Pertama kali pergi waktu kecil dulu dengan keluarga. Masa tu tak ada jalan baru menuju ke Cameron Highlands, memang wajib lalu Tapah. Saya ingat lagi masa tu berhimpit 4-5 orang di belakang, dengan jalan simpang-siur, memang rasa nak pitam saja sepanjang perjalanan. Saya masih ingat lagi saya dan adik memang dah berazam takkan jejakkan kaki lagi ke Cameron Highlands kalau kena lalu Tapah.

Lepas tu pernah lah juga kot jalan-jalan sekali kat Cameron. Lamaaaa lepas tu naik jugalah Cameron Highlands sebab nak mendaki Hutan Mossy. Itu pun lalu Simpang Pulai, tak kuasa nak lalu Tapah. Lepas tu haram dah tak jejak kaki ke Cameron Highlands. Ni kalau bukan ada kerja pun, memang taklah nak singgah di Cameron ni. Tak sangka, lepas 15 tahun berazam tak nak naik Cameron lalu Tapah, tetap perlu ku redah juga sebab rakan sekerja suka lalu jalan tu. Pfft....

Kalau diikutkan, kita tak tahu pun outstation kali ni tinggal kat mana. Tak ambil kisah. Semuanya dah siap diatur, kita datang bawak diri jelah. Huhuhu... Tetapi bila dah dekat sampai, terus rasa familiar. Eh, rasanya dah pernah datang sini dulu. Bila nampak depan tu ada jalan ke Mossy Forest, barulah teringat, oh dulu pernah tumpang letak kereta kat situ sebab nak panjat gunung. Patutlah nampak macam tak asing je. Kih kih kih. Tak sangka beberapa tahun kemudian, berpeluang juga kita menginap di Nova Highlands Hotel and Resort ni.

Nova Highlands Hotel and Resort ni secara kasarnya kita bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pusat beli-belah, hotel dan apartment. Lobi untuk hotel adalah di tingkat 3. Tempat letak kereta agak luas tetapi kami dikenakan caj parkir RM5 setiap kali keluar masuk. Waktu masuk kali kedua, adalah penjaga parkir tu tanya, pakej hotel kita sekali dengan parkir tak, jadi, mungkin ada pakej penginapan hotel yang disekalikan dengan parkir. Wallahualam, tak tanya pula.

Memandangkan lobi di tingkat 3, makanya kenalah daftar masuk dan ambil kunci dulu di lobi, kemudian terus ke tingkat 5 iaitu bilik penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam ni. Sebelum masuk lagi dah pesan kat rakan sebilik, nak ambil gambar buat review. Hehehhee...

Masuk-masuk saja, memang terasa keluasan bilik kat Nova Highlands Hotel ni. Keseluruhan ruangan dibahagikan kepada ruang barangan, ruang tamu, bilik tidur, bilik air, pantry dan balkoni

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Masuk-masuk je, nilah pemandangannya.


Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Pastu ada pantri
Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Ni pulak bilik tidur

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Kitorang pilih dua single bed

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Ni ruang tamu

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Bagi close up sikit ruang tamunya

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Ada TV, biasalah tu kan

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Termiss lak jamban kat tepi pintu tadi
Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Ni pemandangan dari balkoni. Sejuk terus sis tutup pintu balkoni
Apa yang kita puas hati dengan bilik di Nova Highlands Hotel ni ialah dari segi keluasan bilik dia. Memang seronoklah dapat bilik besar. Tak adalah rasa sempit cramp semacam je. Best juga sebab siap ada cerek, microwave, pinggan mangkuk dan sebagainya. Malah, ada juga tanda kiblat.

Korang juga boleh minta pengering rambut dan sejadah untuk kegunaan di hotel. Kalau nak seterika, boleh pergi ke hujung bilik. Jangan harap boleh seterika diam-diam dalam bilik ya? Kena keluar.

Sebab hotel ni kat Tanah Tinggi Cameron Highlands, jadi korang boleh nampak ada kipas yang dipasang pada bilik dan bukannya pendingin hawa. Yalah, cuaca dah sejuk, nak buat apa membazir pasang pendingin hawa pula kan? Itu pun sis dah menggigil.

Apa yang tak best? Tak ada peti besi. Ingatkan peti besi ni keperluan wajib mana-mana hotel. Rasanya selama ni hotel cikai pun ada gak peti besi. Tapi hotel ni takde la pulak. Cis!!

Seperkara lagi yang buat kita sarankan hotel ni adalah sebab kemudahan pusat beli-belah di sekitarnya. Sesuailah buat mak-mak yang ikut laki pergi kerja outstation. Bolehlah sambil menunggu laki balik tu, makan, jalan-jalan, beli-belah dan bawa anak-anak beriadah dekat pusat beli belah di Nova Highlands Hotel and Resort ni.

Apa kedai yang ada? Adalah pusat mainan kanak-kanak, karaoke, kedai baju, Watson, Mr DIY dan beberapa kedai makan seperti Teh Tarik Palace, Old Town White Coffee Jadilah. Kita suka sebab ada Watson. Dapatlah beli barangan keperluan harian yang asyik dok tertingal kat rumah je manjang tu.

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Ada tempat jual pakaian

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Perhiasan pon ada juga

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Mr DIY pon ada

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Bolehlah, ada tempat hiburan untuk kanak-kanak

Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Higlands
Boleh gak beli buah tangan sedikit

Sebelah Nova Highlands Hotel and Resort ni pula ada mini fun fair dan beberapa warung kecil. Adalah juga jagung bakar, makanan goreng-goreng dan sebagainya.

Walaupun kemudahan di sekitar Nova Highlands Hotel and Resort ni taklah semengah mana-mana hotel berpusat beli-belah yang ada kat KL, tapi bagi kita cukup memadai untuk mengisi masa lapang. Bak kata orang, bolehlah daripada tak ada apa-apa. Gitu!!

Secara kesimpulannya, memang kita rasa convenient duduk di sini. Sekurang-kurangnya bolehlah merayau kalau bosan tapi tak ada pengangkutan. Dah lah kat Cameron Highlands ni tak ada Grab. Kalau tak ada kemudahan di sekeliling Nova Highlands Hotel and Resort ni, boleh mati kutu juga jadinya.

Sekian ulasan sis kali ni.

Muah!

Baca juga:

5 comments:

  1. Haaa nampak menarik ni..next boleh la pi sini plak..Nova Highland resort eh..nak skodeng kat Agoda jap

    ReplyDelete
  2. luas bilik tuu...mmg teringin nak overnite kat hotel sini tapi tak tahu bila nak la waktunya sebab selalunya singgah untuk membeli jer otw balik ke KL

    ReplyDelete
  3. Mmg cantik hotelnya..tq for info

    ReplyDelete
  4. Luas jugak bilik dia. Lama tak pergi ke Cameron. Akan masuk checklist next time nak mai ke sana.

    ReplyDelete
  5. best juga hotel ni, dekat dgn mall pula tu.

    ReplyDelete