Monday 25 September 2017

Prettily Rare Kini Tampil Dengan Domain dan Wajah Baru


Hai semua,



Apa khabar? Bagaimana bulan September kamu semua? Membahagiakan? Bulan September kita tahun 2017 ni banyak sangat ujian, dugaan dan juga kejutan.

First sekali pada 30 Ogos 2017 yang lalu, prettilyrare.blogspot.my telah secara rasminya bertukar kepada www.prettilyrare.com. Yeay!! Akhirnya setelah 4 tahun menulis blog. Blog telahpun berdomain dot.com. Kisahnya setelah berzaman kita menulis blog,  dapat juga invitation sebagai blogger daripada Involve Asia. Sangat terharu. Dan atas galakan seorang blogger yang sangat 'encouraging' serta bantuan Sis Hawa dari Sis Hawa.Com, maka bermulalah perjalanan blog Prettily Rare di atas domain dot.com. Thanks both of you.

Kemudiannya pada semalam iaitu 25 September 2017, Prettily Rare akhirnya juga berbaju baru. Juga atas bantuan Sis Hawa dari www.sishawa.com di mana beliau juga telah mereka rekaan dan susunan template terbaru Prettily Rare. Layout terbaru Prettily Rare ni bersifat responsive. Apa tu responsive template Korang Google jelah.. Keh keh keh...

Macam mana kita kenal Sis Hawa? Sebenarnya semuanya secara kebetulan. Mungkin itulah dikatakan takdir. Masa sibuk membelek group-group blogger yang ada, Sis Hawa telahpun menambah kita sebagai rakan di Facebook. Kita pun secara tak langsung meluluskan permintaan menjadi rakan dan dapati bahawa Sis Hawa ada menawarkan perkhidmatan set up domain dan rekaan baru blog. Lama juga baca entry-entry lama Sis Hawa sambil-sambil membelek rekaan-rekaan blog yang pernah dibuatnya. Kemudian barulah kita bertegur dengan Sis Hawa menerusi Facebook Messenger.

Sis Hawa memang seorang yang peramah sekali. Orangnya mudah disenangi. Mula-mula ingatkan nak tukar domain je. Tapi bila Sis Hawa tawarkan design baru blog dengan harga tak masuk akal. Uish... Teruslah kita grab. Kita nak servis tambahan buat button menu pun Sis Hawa boleh buatkan. Maka berhip-hip hooray lah kita. Weeee!!

Walaupun Sis Hawa merupakan seorang surirumah  dan blogger sepenuh masa, tapi bagi saya memang salute sebab dia mampu uruskan suami, anak-anak, keluarga, blog, client dan macam-macam lagilah dalam satu masa. Nilah contoh-contoh ibu-ibu bertaraf Supermom. Sebagai seorang mak, kita tahu betapa penat dan mencabarnya nak buat semua ni dalam masa 24 jam. Tapi dari gaya Sis Hawa, boleh nampaklah dia uruskan semua dengan baik sekali.

Sebenarnya kita agak cerewet juga kot... Tapi Alhamdulillah Sis Hawa saboooo je melayan pertanyaan dan kerenah kita yang tak berapa pandai terma-terma design dan teknikal ni. Main sebat je, main belasah je. Sudahnya jadi miscommunication. Haish... Mesti terpinga-pinga Sis Hawa berkomunikasi dengan kita.

Jadi pada rakan-rakan blog lain yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan tukar domain or blog design daripada Sis Hawa, bolehlah jenguk beliau di blog beliau ataupun Facebook beliau ya... Sis Hawa juga ada beberapa perkhidmatan lain. Leh check it out juga!

Jadi mari kita jenguk2 gambar sebelum website kita direvamp:

Okay kita tau...tak cantik... Nampak meh sangat...
Oleh kerana kawan yang bagi komen pun buat kita sedih je. Jadi kita upload sekeping sudehlah. Perkara yang sudah jangan dikenang kannnn....

Jadi bagaimana pula dengan sekarang?

Eh... tengoklah sendiri... Keh keh keh...


Nampak lebih kemas dan tersusun... 
Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang banyak membantu, memberikan galakan serta sokongan pada kita selama ni. Thanks juga semua readers Prettily Rare. Muah!

Oh, siapa belum join blog give away Prettily Rare, mohon rajin-rajinkan diri ya?

Ni linknya:

Blog Giveaway Prettily Rare

8 comments:

  1. Terima kasih Maya atas entry ni... :D

    ReplyDelete
  2. Well...you are surely lucky to have met with her..there aren't that many who are that supportive (without any hidden motives)... and your blog header is really pretty! kudos to all your milestones for your blog.. ^^V

    ReplyDelete
  3. Look cool & fresh.. Congrats.. 😄👏👍

    ReplyDelete
  4. I really like your new template. It looks very fresh, so you, too!

    ReplyDelete
  5. Getting a dot com for your blog always feels like a huge upgrade kan! I also like the new layout! Really sets it apart from the default blogspot layout~

    ReplyDelete