Blog Giveaway Sempena Ulangtahun Yang Ke-4 Prettilyrare - Prettily Rare

Monday, 11 September 2017

Blog Giveaway Sempena Ulangtahun Yang Ke-4 Prettilyrare

Hai semua,

Sempena ulangtahun penubuhan blog Prettilyrare yang ke-4 dan birthday kita yang ke-32, kita nak buat satu giveaway, khas untuk para pembaca blog Prettilyrare.



Untuk makluman, kita selalu juga melancong dan kongsikan pengalaman di dalam blog dengan harapan dapat membantu pembaca-pembaca lain untuk merancang perjalanan mereka ke tempat tu dengan lebih baik.

Tapi, terdetik juga dalam hati kita, ada segelintir pembaca yang hanya baca kerana mereka sukakan tulisan kita. Ataupun mereka nak rasai pengalaman melancong dengan membaca kerana masih belum ada rezeki untuk ke sana.

Jadi, kali ni kita nak sharekan kegembiraan melancong kita dengan mengadakan satu giveaway special kepada para pembaca blog Prettily Rare sebagai tanda terima kasih atas sokongan korang selama ini.

Untuk giveaway yang pertama ini, kita akan berikan hadiah istimewa kepada 3 pembaca yang bertuah.

Satu pembaca istimewa akan diberikan satu buah tangan yang kita pilih khas dari destinasi pelancongan kita yang seterusnya. (Cuba teka di mana?)  Manakala dua lagi pembaca akan diberikan baucar AEON Jusco bernilai RM50 setiap seorang.




HADIAH


1 X PEMBACA ISTIMEWA :  BUAH TANGAN MISTERI DARI XXX
2 X PEMBACA ISTIMEWA :  BAUCAR AEON BERNILAI RM50

Syarat Penyertaan:

#1- Follow Blog Prettilyrare (Wajib)

#2- Like Page Prettily Rare dan Follow/Add Friend Facebook Nana Ma (*Jika ada Facebook)

#3- Follow Instagram Dreamfantasia dan Prettilyrareblog (*Jika ada Instagram)

#4- Buat satu entry bertajuk "Saya suka baca blog Prettilyrare kerana..."dan backlink ke sini semula. serta tinggalkan link entry anda di bahagian komen post Giveaway ini....(*Optional)

#5- Baca dan tinggalkan komen anda pada 3 posts terkini blog Prettilyrare (Wajib)

#6-Jawab 3 soalan mudah (Wajib):

i.  Ke manakah destinasi pelancongan prettilyrare kali ini?
ii. Apakah aktiviti ekstrem yang dilakukan oleh blogger prettilyrare pada pelancongannya kali ini?
iii. Apakah post/posts prettilyrare kegemaran anda dan kenapa?

Jawapan boleh diperolehi menerusi Akaun Instagram Prettilyrareblog atau Dreamfantasia sepanjang tarikh kita melancong ke destinasi rahsia iaitu pada 20-22 September 2017:

Emelkan jawapan dan penyertaan anda ke han.marzuki@gmail.com sebelum 30 September 2017 dengan tajuk : Penyertaan Give Away Blog Prettilyrare: Destinasi Misteri

Serta berikan  butiran seperti berikut:

Nama Penuh:
Alamat Penuh:
Nombor Telefon:
Nama FB/Insta: (jika ada)
Nama/nama samaran/id untuk komen/follow di blog:
Link Entry: (jika ada)

Keputusan akan diumumkan pada 7 Oktober 2017.

Last but not least.... jangan main ngelat tau! Kita akan check sama ada korang menepati syarat ke idak. Sesiapa tak ikut syarat penyertaan, maka kelayakannya akan terbatal secara automatik. Dan seperti biasa, keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, sogok-menyogok, ampu mengampu adalah tidak dilayan. Ngehehehhehehe....

P/S: Tiket dan penginapan kita di sana telahpun dibeli. Doakan tiada aral melintang. Kalau atas takdir Allah saya tak dapat ke sana, giveaway akan terbatal serta-merta.

9 comments:

  1. wish me luck :)

    http://aztieyshana.blogspot.my/2017/09/blog-giveaway-sempena-ulangtahun-yang.html

    ReplyDelete
  2. Wow! All the best to the participants! Congrats on the anniversary!

    ReplyDelete
  3. happy anniversary...menarik GA ni..

    ReplyDelete
  4. Happy belated b'day & happy anniversary Prettilyrare.. Suka baca blog kerana gaya penulisan yg menarik, tertarik kebaboom..

    ReplyDelete
  5. Qiss join http://qisstiera.blogspot.my/2017/09/saya-suka-baca-blog-prettilyrare-kerana.html?m=1

    ReplyDelete