Tuesday 6 June 2017

Review: Chriszen Roller Moist Cream


Assalamualaikum,

Harini kita nak review foundation fevret kita di mana ia sangat sesuai untuk kaum-kaum hawa yang sibuk dan pemalas  on-the-go macam kita ni.

Yelah, sebagai seorang ibu tinggal yang bekerjaya dan perlu mengurus anak-anak yang nakal ya ampun, semua benda nak kena cepat, semua nak kena pantas lagi efisien,

Justeru itu, kekadangkala kita pas mandi terus je pecut hantar anak-anak. Dalam kereta barulah sibuk nak mekap sana sini.

Jadi jika anda rasa anda tergolong dalam golongan hawa yang suka mekap dalam kereta dek kerana kesuntukan masa,.. .Ya! Chriszen Roller Moist Cream yang kita review ini memang sangat sesuai untuk anda!

Roller
Tada!! Inilah dia foundation kesukaan orang yang pemalas cam kita


Secara rumusannya, kita sukakan Chrizen Roller Moist Cream kerana

  • Mudah digunakan dan mudah nak ratakan ke seluruh muka (Convenient)
  • Tak perlu lagi kotorkan tangan/kereta dan cuci kereta sebab nak ratakan mekap kat muka
  • Roller tu bila digelek-gelek kat muka rasa macam diurut-urut, sungguh selesa
  • Memberikan kesan glowing dan dewy di wajah.
Lol, dalam kereta lagi dah tak sabar nak buka

Bersinar-sinar and berkilat lagi, mentang-mentanglah baru beli



Ha tengok tu, macam-macam benefitnya dik oiiii

Kita memang suka baca benda-benda camni.... rasa macam wow gitu

Lagi satu kita suka pasal roller ni sebab nak touch up mekap pon snang. Picit then ratakan je pakai roller. Ala-ala mengecat gitu. And...finishing and hasilnya memang memuaskan sekali.

Kalau rasa-rasa malas nak pakai sponge or jari sebab basuh,  bolehlah pakai Chriszhen Roller ni. Zas zas tros siap. Celah-celah hidung bagai semua pun snang je nak ratakan.

Kakak suka!


Tada...gelek2 dah siap... senang!
Baca juga tentang:

Baca juga:

Nikmati facial di rumah dengan Nadia Beauty Cartel
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

1 comment:

  1. I have not heard of this roller moist cream even from other brands. This looks like so convenient. You sure I would end up looking like a clown after rolling?

    ReplyDelete