Sunday 9 February 2020

Review: Percutian Pendek Keluarga Di Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat, Hulu Langat


Hai semua,

Harini nak cerita fasal percutian pendek saya bersama kakak dan adik saya selama 2 hari 1 malam di Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat yang terletak di Hulu Langat. Kisahnya pada cuti sekolah hujung tahun lepas, kami 4 adik-beradik telah berkumpul untuk satu percutian keluarga pendek.

Percutian bersama kambing. korang ada?
Biasalah bila masing-masing dah berkeluarga, mak ayah pula dah tak ada, adik-beradik ni biasanya akan sibuk dengan kehidupan masing-masing kerana tiada lagi ibu bapa sebagai pengikat keluarga. Kalau orang yang ada mak bapak, sekurang-kurangnya setiap kali raya, mesti sekeluarga akan bekrumpul. Tapi memandangkan kami sudah yatim piatu, kenalah ambil inisiatif sendiri untuk rapatkan sillaturahim sesama sendiri. Makanya kakak kita pun telah merancang satu percutian keluarga di Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat, Hulu Langat.

Tempat ni kakak kita yang buat pilihan dan kajian. Kitorang ikutkan ajer. Lagipun, waktu hujung tahun cuti sekolah, kebanyakan tempat dah pun ditempah penuh. Kami yang merancang di minit terakhir ni, ikutkan sajalah kalau dah ada orang buatkan perancangan. Semua sebulat suara malas nak bawa kereta jauh-jauh dan menempuhi kesesakan lalulintas. Jadi, Hulu Langat yang lokasinya di Lembah Klang ni memang sesuailah dijadikan destinasi perkumpulan dan percutian keluarga kali ini.

Beberapa hari sebelum bertolak, kakak dah hantar maklumat dan informasi berkaitan seperti laman Facebook Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat, peraturan, peta, senarai apa yang boleh dibuat dan dilarang (dos and don'ts) kepada kami 3 lagi adik-beradik. Kalau diikutkan gambar, memang menariklah konsep Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat ni.

Daripada pengamatan, Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat, Hulu Langat ni kawasan persendirian yang boleh disewa untuk aktiviti keluarga yang mana ia berkonsepkan dusun dan juga ladang. Pemiliknya telah membina beberapa buah rumah dan banglo di dalam dusun buah-buahan serta ladang ternakan kambingnya dan pada masa yang sama ia dibuka untuk diinap bagi mereka yang berminat. Apa yang lebih menarik lagi, ladang ternakan kambingnya juga menghasilkan susu kambing dan hasil tenusu yang boleh didapati di beberapa buah farmasi dan hospital sekitar Lembah Klang.

Hei, memang terujalah sis kalau dengar percutian yang ada unsur-unsur pembelajaran macam ni. Sesuai sangat untuk pendedahan anak-anak sis yang tak ada kampung ni. Meh sini, alami sikit suasana kampung. Kenal sikit haiwan, tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok kat kampung ni. Jangan asyik tau main game je...

Lepas brunch hari Sabtu tu terus kitorang memandu ke Glamgoat Aman Dusun FarmRetreat. Semua datang berasingan, kecuali sis dan anak-beranak, kitorang tumpangkan adik yang lagi sorang. Dari Subang kitorang memandu ke Hulu Langat dalam sejam jugalah. Pastu sampai satu mercu tanda, kena ikut peta yang diberi. Okay, bila start jalan peta tu, dah mulalah ikut jalan kampung yang agak sempit dan menakutkan. Almaklumlah kitorang semuanya perempuan. Jalan teruk sikit je dah takot dah. Keh keh keh. Selepas 15 minit perjalanan lagi, sampailah kitorang ke destinasi.
Ni dah nak masuk... gambar tengah drive. agak blur
Secara keseluruhannya, memang cantiklah tempatnya. Mula-mula nampak kandang-kandang haiwan peliharaan, nampak mini dusun pastu sampai hujung sekali, banglo yang kitorang sewa. Yang paling best, dari banglo, ke bawah sikit, ada sungai. Cantik dan bersih sungai tu. Lepas-lepas tu baru kitorang tahu pemilik Glamgoat ni memang buat kerja-kerja pembersihan sungai secara berkala. Patutlah jernih je sungainya. Sampai je sini, terus rasa udara pun lebih segar daripada biasa.


Yang paling kitorang suka ialah landskap Aman Dusun ni dan juga reka bentuk banglo yang kitorang duduk tu. Memang nice-nice. Lepas-lepas tu barulah kitorang tau, rupa-rupanya pemilik Glamgoat ni dulu arkitek JKR. Rumah dan banglo kat Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat ni, semuanya dia yang reka sendiri.  Memang idaman betul rekaan dia. Ala-ala rumah idaman kita kalau poket kita tebal dan bebas hutang.
Cantik kan... tapi kitorang tak tido sini

Poolnya menawan...
Kitorang tido kat Riverview Bungalow ni


Add caption
Add caption





Petang tu, seronok kitorang main daun terup, mengumpat, berseloroh dan bersiar-siar di sekitar Aman Dusun dan mandi-manda di kolam renang. Malam tu sambung lagi aktiviti yang sama serta makan malam. Oleh kerana esok pagi ada mini guided tour di Glamgoat, maka semuanya tido awal supaya boleh bangun awal esok hari. Gituuu...






Keesokan paginya, seawal pukul 7.30 pagi, kitorang semua berkumpul luar perkarangan rumah. Dari situ, kami dah sebuah lagi keluarga yang menetap berdekatan pun mengikuti lawatan ke sekitar Glamgoat Aman Dusun.





Banyak yang dikongsikan oleh pemiliknya antaranya sejarah dia mengusahakan Glamgoat Aman Dusn Farm Retreat. Walaupun pemiliknya sudah berusia 50-60-an, namun beliau masih tegap dan ceria mengusahakan ladang ternakan dan buah-buahannya. Kami dibawa melawat kandang kambingnya yang dijaga dengan cukup teliti dan rapi. Tak seperti kandang haiwan lain, kandang di sini tidaklah berbau mana.




Beliau juga berkongsi tentang susu kambing. Menurutnya, ramai yang mengadu tentang bau dan susu kambing yang hamis. Namun menurutnya, susu kambing sebenarnya tidak berbau dan enak sekiranya susu yang diperah dikenadalikan dengan baik. Bagi memastikan suusnya bebas daripada bau-bauan, dia akan melakukan proses pemerahan susu kambing di tempat khususnya sendiri. Malah, setiap kambing juga diperiksa tahap kesihatan sebelum susu diperah. Sekiranya kurang memuaskan, susunya takkan diperah. Malah dia juga menerangkan bahawa kebanyakan susu kambing di perah di kandang kambing itu sendiri, oleh kerana partikel susu kambing halus, ia mudah menyerap bau-bauan seperti najis kambing dan hal ini membuatkan susu mempunyai rasa dan bau yang tak disenangi. Menurutnya lagi, dia sangat mementingkan kebersihan kambingnya dan kawanan kambing tersebut dimandikan seminggu sekali dan bulu ekornya juga dipotong pendek. Banyak lagi perkongsiannya yang menarik dan ternyata sangat ilmiah.
Susu diperah ditempat berasingan.

Selepas selesai diberikan pendedahan tentang ternakan kambing, kami juga dibawa melawat dusun buah-buahannya yang mana kami diuji dan diterangkan tentang pelbagai jenis baka pokok buah-buahan yang berbeza. Sememangnya ia pendedahan yang bagus untuk baik ibu bapa mahupun anak-anak. Oh ya, kami juga diberitahu kalau pada musim buah, kami boleh nikmati hasil tanaman yang ada secara percuma. Erm... menarik. Terus kakak kita yang merupakan peminat tegar buah durian teruja untuk ulangi percutian keluarga kami di sini.

Lawatan berakhir dengan sarapan yang disediakan oleh tuan rumah di pondok yang didirikan di tepi sungai. Dengan suasana tepi sungai, kitorang mengisi perut dengan penuh riang dan puas. Mana taknya? Walaupun sarapan yang disediakan sangat ringkas, tetapi memang sangat enak dan memuaskan. Kami juga turut disajikan dengan susu kambing segar yang diperah sewaktu lawatan tadi. Ternyata, rasanya memang enak. Tak sama seperti susu kambing yang pernah kami rasa sebelum ini.

Selepas sarapan, kami sambung semula dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan dan sebelum pukul 12 tengah hari, kami bersiap dan berkemas untuk pulang.

Secara keseluruhannya, percutian pendek kami di Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat memang sangat memuaskan. Bukan sahaja bersifat kekeluargaan, malah juga ilmiah dan menyeronokkan! Weeee....

Lepas ni katanya tradisi percutian keluarga macam ni akan diteruskan lagi. Tapi penganjurnya kenalah gilir-gilir pulaks. Gulp.... Kakak kata kita pulak kena plan next family retreat. Ama apa! Tolong bagi cadangan sikit weh... mati sis.

Okay sekian perkongsian kali ini.

Da.~~


Glamgoat Aman Dusun Retreat, Hulu Langat
FB: Glamgoat Aman Dusun Farm Retreat
*Sesetengah gambar diambil dari FB Glamgoat Aman Dusun
*Kredit gambar FB Glamgoat Aman Dusun


3 comments:

  1. Cantiknye tempat ni. Rumah dan pool dia pun nampak best.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Han Marzuki, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  3. Gebu-gebas dan cantik-cantik goat tu

    ReplyDelete