Wednesday 31 July 2019

Pengalaman Menggunakan Khidmat Bateriku.com


Salam semua,

Harini nak cerita fasal pengalaman menggunakan khidmat Bateriku.com pulakkks. Pengalaman ni berlaku pada Hari Raya Aidilfitri lepas. Memandangkan sis merupakan anak yatim piatu, hari raya biasanya memang tak balik kampung sebab mak ngan dad dah tak ada. Kalau rajin, akan bertenggek di rumah kakak. Jika tidak, raya jelah kat rumah. Tak raya pon. Cuma duduk rumah macam cuti-cuti umum biasanya.

Biasalah kalau dah berstatus yatim piatu ni, memang tak adalah sangat aktiviti ziarah-menziarah. Ziarah-menziarah pusat beli-belah je ada. Kalau tak silap, 3 hari raya tahun ni je, dah 5 buah pusat beli-belah kita kunjungi. Kerlas!

Kejadian berlaku sewaktu tengok filem lewat malam kat IOI City Mall pada Hari Raya kedua iaitu pada 6 Jun 2019. Selesai bermovie marathon dengan keluarga kakak, bila nak balik je, kereta tak boleh pula dihidupkan. Aduh! Berkali-kali jugalah cuba. Tapi kalau dia dah tak nak hidup tu, tak hidup juga enjinnya. Ya tak?

Rasa nak tolak je kereta tu bila enjin takleh hidup
Mujurlah waktu tu bawa dua kereta. Makanya bila balik tu, kami berenam terpaksalah berhimpit dalam kereta satu lagi untuk pulang ke rumah. Abang ipar nasihatkan untuk tinggalkan saja dulu kereta di tempat parkir IOI City Mall memandangkan hari dah lewat malam. Tak ada bengkel dan pomen pun masih beroperasi. Lagipun, hari raya. Memang tak lah orang nak layan.

Malam tu balik rumah kakak je, kita dah rasa sedih. Yerlah, tak pernah berjauhan dengan kereta. Dah la dia sakit, kena tinggal pulak tu. Sob sob sob. Tekanan juga sebab geram kenapalah enjin tak boleh dihidupkan hari Khamis tu jugak? Padahal hari Sabtu tu dah buat jadual dan temujanji untuk servis kereta. Apalah nasib?

Pada masa yang sama, hati tu berdebar-debar sebab kalau diikutkan abang ipar, kemungkinan cuma bater kereta lemah je. Tapi kita dah fikir bukan-bukan. Macam mana kalau ada kerosakan lain? Spark plug ke, starter ke? Aiyak! Terbanglah duit sis. Malam tu dah mula google sana sini tengok mana ada bengkel atau perkhidmatan tukar bateri.

Rupa-rupanya banyak juga khidmat tukar bateri yang tersenarai dalam internet. Setelah membaca fine print serta terma dan syarat yang tertulis, dua perkhidmatan telah disenarai pendek iaitu Bateriku.com dan Carput.my.

Antara yang menawarkan perkhidmatan tukar bateri yang dah kong

Boleh buat carian lokasi di mana kereta anda rosak

Pilih mana bateri yang anda mahu

Yang membuatkan perkhidmatan sebegini tampak begitu menarik sekali adalah kerana:

1. Perkhidmatan tukar bateri datang terus kepada lokasi anda yang mana pihak perkhidmatan akan mempertugaskan pomen yang paling berhampiran dengan kawasan anda.
2. Anda boleh pilih jenis bateri yang anda mahukan
3. Buat bayaran hanya untuk bateri sahaja, tiada caj tambahan pengangkutan atau servis tukar bateri.
4. Jika kerosakan yang berlaku bukan kerana bateri atau bateri tidak ditukar, tiada caj yang dikenakan.
5. Boleh pilih cara bayaran sama ada untuk bank in atau bayar secara tunai
6. Khidmat tukar bateri sekiranya ia tidak berfungsi sewaktu dalam tempoh warranty

Makanya keesokan paginya, kita pun tanyalah abang ipar pukul berapa nak bertolak ke IOI City Mall memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat. Tentulah dia nak solat Jumaat juga kan? Katanya, bertolak dalam pukul 12.

Makanya sis pun telah membuat tempahan secara serentak kepada kedua-dua perkhidmatan iaitu Bateriku.com dan juga Carput.my. Tempahan Bateriku.com dibuat menerusi laman webnya manakala tempahan Carput.my pula dibuat menerusi aplikasi telefon bimbit. Sebenarnya sengaja buat dua tempahan serentak sebab sis nak buat perbandingan, syarikat mana yang lebih cepat memberi maklum balas.

Tak sampai sepuluh minit buat tempahan, terus sis dapat panggilan daripada Bateriku.com dan diikuti dengan Whatsapp daripada pomen berdekatan.

Pantas je whatsapp, malangnya resit sampai sudehhh tak dapat

Setengah jam selepas tu, barulah sis dapat panggilan daripada Carput.my bertanyakan tentang tempahan sis untuk penggantian bateri. Makanya, terpaksalah kita tolak sebab dah berjanji dengan Bateriku.com.

Pada mulanya, encik pomen tu kata dia akan sampai dalam pukul 1.30 petang. Tapi kakak kita kata, apa kata minta dia datang je lepas solat Jumaat. Bolehlah shopping dulu. Makanya sis pun habaq jelah kat pomen tu untuk datang sajalah lepas solat Jumaat.

Seperti yang dijanjikan, juruteknik Bateriku.com datang tepat pada masanya. Perkhidmatannya cepat dan cekap. Alhamdulillah, tak sampai 20 minit, proses penukaran bateri selesai dan enjin kereta pun boleh dihidupkan seperti biasa sehinggalah entri ini ditulis.

Senang kata, memang mudah dan pantas proses tempahan bateri Bateriku.com ni. Cuma yang sis tak puas hati, katanya resit pembelian akan dihantar selepas dia kembali ke ofis. Tapi sampai entri ini dibuat, masih tak dapat-dapat lagi resitnya. Choy!

Sewaktu entri ni dibuat, sis dah mesej skali lagi minta resit, tapi tak dapat lagi. Kalau dapat nanti sis update.

Da~~~


2 comments:

  1. Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Download Deskgram for free. Deskgram helps you to upload photos and videos to Instagram from your PC.

    ReplyDelete
  2. ouhh thank you utk info yang berguna ni! kiranya dh dpt ke belum resitnya? hahaha

    ReplyDelete