Saturday, 30 January 2021

Hidup Ialah Pilihan


Secebis nukilan,

Harini Hariz mengamuk lagi sebab kalah main game. Perkara yang sama dah berulang banyak kali.
Jadi kalini, saya pun pesan kat dia, "Kalau game tu tak menggembirkan sampai buat awak marah dan sakit hati, sampai mengamuk-ngamuk tak payahlah main. Banyak lagi game yang boleh buat awak gembira."

"Kalau nak main juga, pastikan awak boleh kawal emosi dan jangan mudah putus asa apabila kalah. Upgradelah skill sampai boleh menang. Kalau kalah, cuba lagi. Tak perlu pun mengamuk." pesan saya lagi.

Tapi biasalah budak. Mana faham apa yang mak dia nak sampaikan? Jangankan budak, kita yang dewasa ni pun sama. Kadang-kadang tahu situasi atau benda tu menyakitkan, membuatkan emosi kita terganggu atau buat kita tak gembira, tapi kita tetap pilih untuk terus-menerus berada dalam situasi yang sama.
 
Kita enggan berubah. Walhal hidup ni ialah pilihan. Selagi kita hidup, selagi tu kita boleh pilih.
Kalau dah banyak yang kita usaha, tapi tak dapat ubah situasi tu. Mungkin kita perlu pilih alternatif yang lebih drastik.

Setiap hari kita disajikan dengan pelbagai pilihan

Kawan toksik? Boleh pilih untuk jauhkan diri.

Tertekan dengan kerja? Boleh pilih untuk cari atau cipta peluang yang lain.

Dalam hubungan yang 'abusive'? Boleh pilih untuk tamatkan atau ubah hubungan tu.

Banyak hutang? Boleh pilih untuk kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan sumber pendapatan.

Ya, memanglah cakap senang. Nak buat tu susah. Tapi susah lagi kalau keengganan kita untuk berubah, buat kita terus-menerus tersepit di takuk yang lama.

Hidup ni, memang ada pilihan. Nak atau tak nak je.

1 comment:


  1. In Hamburg führte der Angriff auf die Colonial Pipeline im Jahr 2021 zu einem Bewusstseinswandel in der Branche. Firmen setzen inzwischen vermehrt auf eine Cybersecurity weiterbildung, um ihre Verteidigung zu stärken. Während große Unternehmen oft einen festen ISB haben, entscheiden sich kleinere Betriebe manchmal für einen vCISO, weil er flexibler ist und Kosten spart. Laut BSI TR-03116 empfiehlt die Behörde, bei kritischen Infrastrukturen regelmäßig Weiterbildungen durchzuführen. Eine gute cybersecurity weiterbildung ist daher kein Luxus, sondern Pflicht, um Bedrohungen wie Ransomware oder Phishing besser abwehren zu können; das gilt besonders in Zeiten steigender Angriffe auf Energie- und Gesundheitssektor. Für die Wahl zwischen einem fest angestellten ISB und einem vCISO sollte man den Umfang des Schutzbedarfs genau prüfen; bei komplexen Strukturen kann eine Kombination aus beiden Modellen sinnvoll sein. Mit Blick auf aktuelle Standards wie ISO 27001 ist es ratsam, kontinuierliche Fortbildungen zu absolvieren, um Sicherheitslücken rechtzeitig zu erkennen und zu schließen; weitere Informationen dazu finden Sie unter csvisor.de.

    ReplyDelete