Thursday 7 August 2014

Saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ko pehal?


Salam semua,

Harini saja nak membebel skit. Tengah geram dengan kebanyakan kaum lelaki sekarang ni. Yang tak ada kejantanan langsung. Yang nak mudah saja. Yang nak senang saja. Yang nak menyusahkan saja. Pffttt....

Ok, bagi adik2, kakak, acik2, makcik2 di luar sana. Awas ya dengan perangkap lelaki yang xde kejantanan macam ni. Yang selalu cakap 'saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya'. Kalau org yang korang suka pernah ckp camni ngan awk, sila cabut lari. Ya! Diulangi sekali lagi, cabut lari!!!!!

Ni nak bagi tips ciri-ciri suami yang perlu korang cari. Diulangi sekali lagi. Ciri-ciri suami. Kalau agak2 orang yang nak dibuat laki ckp cmtu, sila terus tolak 80 markah. Kenapa? Baca smpai abis la!!

Ok, first of all, mesti ramai nak condemn saya. Ni mesti tak boleh hidup susah ni. Ni mesti demand ni. Ni mesti nak senang je. Ni mesti tu mesti mesti bla bla bla..... Lantak korang lah nak condemn apa. Tapi ni tips penting, kenapa nak bagi tips kt orang? Sebab saya tak nak korang pas dah terkena, pastu cakap, apsal lah xde orang beritahu aku dulu.

Skrang saya nak rungkai. Ok, lelaki yang sepatutnya atau sememangnya lelaki. Dia bertanggungjawab, berkemimpinan, berkarisma, beriman, beramal....bla bla bla...The list goes on.  Cuba korang kaji balik bila seseorang tu ckp, 'saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya'. Apa yang korang nampak? Apa? Tak nampak? Haish!! Yang saya nmpak, orang yang sanggup cakap ayat sengal cmni, adalah seorang lelaki yang TAK BERTANGGUNGJAWAB. Diulangi sekali lagi, TAK BERTANGGUNGJAWAB.

Sorilah, saya bukannya orang yang tak bleh hidup susah and bla bla bla apa yang korang nakcondemn. Tapi saya tak boleh terima kalau lelaki tak bertanggungjawab. Lelaki yang bertanggungjawab takkan sesekali cakap, saya nk perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ni maksudnya awal2 lagi dia expect dia akan hidup susah (n tu sebab pilihan dia, bukan sebab takdir pon) n dia nak susahkan korang, tapi korang kena sabar, terima, pasrah, redha, xleh merungut. End up, korang lah yang akan bertungkus lumus menyenangkan hidup, walhal tu kan tanggungjawab dia... Pffftttt!!!

Seorang lelaki yang bertanggungjawab, takkan pernah biar isterinya hidup susah. Susah macam mana pun, dia akan biar dia sendiri yang tanggung, dia yang galas. Bini dia? Dia biar hidup senang, tak rasa susah. Kt sini bukanlah senang tu bermakna mewah. Tapi apa tanggungjawab dia, dia akan pikul, takkan biar bni dia yang pening2 pk kan masalah untuk dia.

Saya pernah nampak seorang pasangan India yang merupakan jiran lama saya. Husbandnya hidup sebagai pekerja am je. Wife dia plak tak surirumah sepenuh masa. Pendapatan sebulan ciput je. Tapi saya rasa wife dia lah orang yang paling bahagia dengan kehidupan dia. Walaupun pendapatan xbyk, hidup tak mewah, tapi kelengkapan semua cukup. Suami sentiasa teman, tak pernah miss celebrate birthday anak2, siap buat jamuan kecil2lan untuk keluarga, kawan ngan jiran2. Cuti sekolah n perayaan mesti bawak anak jalan2. Saya pun pernah interview sendiri wife dia. Dia kata, masa awal2 nak kahwin, dia baru belasan tahun. Suami pula 20-an. Mak bapak dia tak bagi kahwin, takut dia hidup susah. Tapi dengan yakin dia cakap suami dia takkan biar dia hidup susah. N dia kata tak pernah menyesal kahwin dengan suami dia. Sebab walaupun tak mewah, tak kaya raya, kehidupan mereka cukup sempurna.

See!! Itulah ciri kebertanggungjawaban seorang lelaki yang perlu dicari. Takkan biar perempuan hidup susah dengan dia, walaupun dia sesusah mana. Bukannya awl2 lagi dah ngaku kalah, nak perempuan hidup susah ngan dia. Perempuan berakal mana2 pun tahu, hidup ni ada pasang surutnya. Ada susah senang. Tapi tak bermakna perempuan tak leh hidup susah. N yang paling penting, kalau ko lelaki. Ko takkan biar perempuan ko hidup susah!!

Nah! Ni sesuatu yang perlu difikir2kan....sebab lelaki wat perempuan hidup susah n susahkan pompuan lah, pompuan jadi camni.



Peace.




4 comments:

  1. Assalamualaikum maffkan sya..sya bercakap sikit (Saya nak perempuan boleh hidup susah dengan saya) jadi apa masalahnye memang patut pun sebab kesenangan dan kesusahan tidak bersifat kekal dan kita tak tahu ape berlaku akan datang..,dalam dunia ade orang umur 26 tahun hidup senang tup tup umur 40 tahun bankrup nak wat macam mana? Ade pompuan mintak cerai bagai lepas suami xda ape2 sbb tak boleh hidup susah dia perempuan tak tahu suami dia dah nak mental sebab backrup tu ade orang kerja tetap kahwin tup tup 2 tahun kahwin kena benti kerja kalau tak pun company tutup..kita tak tahu masa depan so lelaki ckp mcm tu sbb nak make sure yang perempuan tu boleh susah senang dengan dia..ini berdasar pengalaman hidup..hidup adalah resiko...tiada ape yg pasti dalam dunia ini kecuali mati kerja pun tak pasti esok pon tak pasti yang pasti esok boleh mati lusa boleh mati tulat boleh mati..sekarang lagi orang muda2 belum kahwin lagi dah banyak hutang sana sini bankrup pun ade baru umur 24 tahun kadang kalau pasangan kita pk kita banyak hutang tak kira laki, pompuan diorng pun pk juga nak kahwin ni hutang banyak mcm nak kahwin.. budak sekarang lagi muda2 belia hutang dah banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek eh.. Bankrupt dan company lingkup je terus tak boleh bangkit dan ikhtiar cara lain ke wakkk? Kalau anak jantan, bangkitlah... Bina balik hidup. Atas dasar tanggungjawab pada anak bini. Kalau jenis lingkup je terus menyusahkan bini tanpa ikhtiar, janganlah salahkan bini minta cerai. Sepatutnya tanamkan niat bukan saja tak nak susahkan bini tapi tak nak susahkan sesiapa pun. As simple as that. Banyak hutang tu, kebanyakannya tak pandai urus duit... Nanti singgah baca tips kewangan ya...

      Delete
  2. Suami yg memburukkan pasangan iaitu ISTERI bukan lelaki iaitu SUAMI yg baik. CURANG itu Pilihan bukan TAKDIR.Mana mungkin kau bahagia pada saat membina hubungan atas Air Mata dan Keruntuhan Orang lain. Jangan sesekali terjebak laki orang.jangan percaya mulut manis suami orang. Mereka itu akan memburukkan isteri nya demi meraih sempati dan perhatian mu . Ingat Suami orang memburukkan pasangannya bukan lelaki yg baik.CURANG itu pilihan nya, BUKAN TAKDIR.Mana mungkin kau bahagia pada saat mambina hubungan atas AIR MATA dan KERUNTUHAN ORANG LAIN.
    Sekali dipukul suami... tinggal terus . Jangan pernah percaya pada jantan kaki pukul. Lelaki budiman tak pukul perempuan atau Isteri
    Berdoa lah tanpa putus mohon jodoh yang baik kerana DOA itu senjata ampuh orang MUKMIN

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Nampak sangat itu kisah saya. Saya kenal N tu kerja kilang di KW dan kilang sebelah Kilang saya p.Kilang saya tak Ot saya pi kilang KW part Time 4 jam je . Saya di perkenalkan saya dgn N dia Line leaders. Masa balik N naik je , Saya tak kisah tak ada kenderaan seperti Motor atau adaKereta. Saya tak kisah asalkan dia sembahyang tak tinggal. Kerana Ayah saya Tok bilal di tempat saya tinggal. Ibu saya tak suka sebab dia orang Sabahtapi saya nak juga, tanya ayah saya bagi tahu dia seorang lelaki yang suka sembahyang di masjid, sebut saja dia rajin ayah saya suka. Alhamdulillah kami berkahwin. Biar kami susah asal kan dia seorang yang bertanggungjawab. Tapi bab ulangtahun kelahiran anak 2 tak pernah saya buat majlis makan2 dan panggil orang itu semua penipu. Saya isteri taat
    kepada suami. Sejak suami saya tukar kerja di kilang lain itu rezeki anak2. Umur dia dah 40 tahun dia berkata dia akan tukar jadi seorang lelaki yang berubah untuk menjadi seorang lelaki yang suka berpoya-poya. Jika wanita itu tahu bahawa lelaki yang didampingi adalah suami orang dan masih meneruskan hubungan itu, ia membuktikan bahawa wanita terbabit miliki iman yang lemah dan hati yang keras."

    ReplyDelete