Review: KHM Strawberries & Farm, Cameron Highlands - Prettily Rare

Thursday, 19 September 2019

Review: KHM Strawberries & Farm, Cameron Highlands

Hai semua,

Harini nak tulis fasal review KHM Strawberries & Farm, Cameron Highlands pula. Susulan review Highlands Steamboat Grill & Cheese tempoh hari, kita nak cerita kat mana pula kita jalan-jalan cari pemanis mulut di Cameron Highlands.
Menarikss kannn... ni gambar di sini
Selain teh, strawberi juga satu lagi tarikan di Cameron Highlands. Oleh kerana Cameron Highlands memang terkenal dengan tanamannya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan sedap dek kerana lokasinya yang terletak di tanah tinggi, maka tentulah banyak juga makanan-makanan yang diperbuat daripada hasil tanamannya.

Antara pemanis mulut yang wajib dinikmati di Cameron Highlands ialah tak lain dan tak bukan, sejenis makanan British yang bergelar skon aka scone. Skon ni memang biasanya dimakan dengan jem, mentega ataupun krim. Memang nikmat dunia kalau korang dapat menjamah skon dengan jem strawberi ala home made sambil menghirup secawan teh yang mana semuanya dihasilkan di Cameron Highlands. Dengan cuaca yang nyaman serta pemandangan indah, semuanya jadi sempurna gitu. Lagilah kalau ditemani orang yang tersayang. Perfecto bak kata Mexican.

Makanya selepas breakfast dan setelah penat membeli-belah di pasar pagi, kami pon telah singgah ke KHM Strawberris & Farm ni. Sebenarnya, banyak je restoran atau kafe yang menawarkan pemanis mulut bernama skon ni. Namun sesetengahnya disaring kerana dah pernah mencuba di tempat tu. Lagipun, setelah disemak dan dibandingkan ulasan di kafe atau restoran yang lain, saya dapati jem strawberi yang mereka gunakan lebih kepada bentuk jeli atau jem yang cair. Tiada pun ketulan strawberi. Makanya dilabelkan kurang uhmmm bagi orang yang cerewet dalam memilih makan seperti saya ni.

Dari luar, beginilah rupanya.

Sesampainya di KHM Strawberries & Farm, memang tak dinafikan ramai orang yang berkunjung ke sini. Oleh kerana tempat ni jenis layan diri yang mana pengunjung perlu membuat pesanan dan bayaran di kaunter sambil menunggu giliran untuk mengambil makanan yang dipesan, maka barisannya agak panjang.

Pintu utama
Ramai wo beratur

Setelah menelaah, kami telah memilih beberapa jenis pemanis mulut untuk dijamah dan dikongsi bersama selain skon, antaranya pavlova strawberi serta strawberry and chocolate dip.

Ni sorang makan memang tak abis. Bolehlah kongsi berdua.

Pavlova dia memang menggoda


Dip coklat dia sedap. Tak semua dip coklat sedap tauu...

Kalau korang jangkakan ada pemandangan ala-ala lembah teh di sini, korang akan hampa. Malah kalau korang tersilap pilih tempat, mungkin korang juga akan kepanasan dipancar matahari di sini kerana ia berkonsep terbuka atau open air.

Ramai juga yang datang sekeluarga di sini

Pendek kata, makanan di sini sememangnya sedap dan betullah penilaian saya bahawa jem strawberi di sini memang lazat. Sebelum balik pun saya sempat lagi membeli jem strawberi untuk dimakan di rumah. Bila sampai rumah pula, tak sampai seminggu dah licin jem strawberi tu dimakan anak. Menyesal pula tak beli lebih.

Bab harga pula, saya rasa harganya sangat berpatutan. Dengan hanya RM15, korang boleh dapat set skon iaitu 4 ketul skon, jem strawberi, krim dan seteko teh berperisa (boleh pilih). Kalau makan skon kat Lembah Klang, jangan haraplah korang boleh dapat harga macam tu. Skon sebijik pun dah berapa ringgit. Tu pun takde krim, mentega dan jem. Kena beli asing pula tu.


Oh ya, ada nurseri strawberi mini di sini. Rasanya kalau nak masuk kena bayar kot. Entah, tak pasti. Tapi tak boleh petik strawberinya kalau tak sikap. Ada racun serangga katanya.

Okay, sekian saja ulasan saya di sini. Babai!

KHM Strawberries & Farm
No 9, Kampung Taman Sedia,
Tanah Rata, 39000, Pahang

2 comments:

  1. Terus rasa nak pi CH lagi...hahahaha...takkan setiap tahun nak pi CH kan...

    ReplyDelete
  2. Pernah pergi sini sangat best suasananya. Pavlova tu alahaiii.. :D

    ReplyDelete