Showing posts with label Food & Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Food & Lifestyle. Show all posts

Thursday, 21 October 2021

Pengalaman Mendaki Bukit Sapu Tangan Dari Taman Botani Shah Alam

October 21, 2021 4
Pengalaman Mendaki Bukit Sapu Tangan Dari Taman Botani Shah Alam

Hai semua,

Setelah beberapa tahun menyepi dalam menulis hantaran mengenai pengalaman mendaki (hiking), hari ni nak cerita fasal pengalaman mendaki Bukit Sapu Tangan, Shah Alam melalui Taman Botani Shah Alam.

Pemandangan Ikonik


Sebenarnya dalam 2-3 tahun ni bukannya tak pergi beraktiviti, cumanya tak diolah di dalam penulisan untuk diabadikan dalam blog ni. Lagipun, kekadang ada je pendakian yang berulang, jadi rasanya tak usahlah ia ditulis semula, buat benci aje. Hehhee...

Okay, setelah hampir 2 tahun pandemik dan dikurung serta disekat dan disekat semula kebebasan untuk merentas negeri dan daerah, saya pun dah teruja sangat untuk menerpa semula ke dalam dakapan alam sekitar.

Memandangkan saya malas nak memandu jauh tetapi tetap nak pergi mendaki, saya pun cari bukit-bukit sekitar Shah Alam memandangkan ia dekat saja dengan rumah. Kalau terbangun lewat pun, masih lagi sempat menerpa ke lokasi untuk mendaki. Hasil carian di Google, saya dapati terdapat sebuah destinasi pendakian yang berdekatan iaitu Bukit Sapu Tangan. Pemandangan pula boleh tahan sebab ada menara tinjauan yang agak tinggi. Okay ons!

Hasil carian Google juga mendapati banyak juga laluan untuk ke puncak Bukit Sapu Tangan ini. Kebanyakannya memerlukan pendaki untuk meletakkan kereta di sekitar kawasan perumahan atau kawasan pembinaan contohnya: 1) Trail A/B (via Setia AlamCommunity Trail Head)
2) Gate E (Alam Budiman)
3) Via Bandar NusaRhu


Oleh kerana ia telah menjadi tular, maka aduan daripada penduduk sekitar tentang pendaki yang meletakkan kereta sewenang-wenangnya juga agak memuncak pada waktu itu. Saya sebagai perempuan yang malas nak mencari fasal, cari juga jalan alternatif dan didapati, Bukit Sapu Tangan juga boleh didaki menerusi Taman Botani Shah Alam.

Taman Botanis Shah Alam ni kira port kegemaran juga. Sebelum ni pon sis pernah berkongsikan pengalaman Skytrex Adventure di Taman Botani Shah Alam. Oleh kerana tahu parkir di sini luas terbentang, tak akan ada isu kereta ditimpa tanah runtuh, disaman atau dicalarkan, sis lebih selesa untuk mendaki Bukit Sapu Tangan dari Taman Botani Shah Alam sahaja.

Untuk ke puncak Bukit Sapu Tangan dari Taman Botani Shah Alam, korang perlu Google sahaja lokasinya, bayar duit masuk sebanyak RM3 dan kemudian, ambil jalan kiri yang mana anda akan nampak tempat menyewa basikal.
Mak cik
Walaupun dah kali ketiga daki, tapi lupa pulak jalan. Nasib baik mak cik ni beritahu

Dari tempat sewaan basikal itu pula, jalan terus sahaja sampai nampak buah manggis. Hehehe... Buah manggis tau. Gambar dia macam ni. Jangan bendul pula cari pokok manggis yang dah berbuah. Dari pokok manggis tu ikut sahaja tanda arah sehingga ke puncak Sapu Tangan. Senang sahaja, hanya perlu ikut tunjuk arah dan anda akan sampailah ke puncak Bukit Sapu Tangan. 

Buah Manggis
Ha... nampak tak manggis tu... Nampak?

Close Up Manggis
Rupa-rupanya selain manggis, ada jambu air juga tepi tu... Hahahaha...

Tanda arah
Walaupun banyak tanda arah, tapi jalan terus tu tutup. So memang kena belok kanan.

Selepas belok kanan, jalan juga sahaja ke terus berdasarkan tanda arah ya. Sepanjang jalan tu, adalah beberapa view contohnya teater batu dan sebagainya. Boleh lah ambil-ambil gambar sambil-sambil tu ya. Kalau keliru ada kat mana, boleh tengok peta.

Antara peta yang ada

Jalan lagi terus, nanti ada penipuan yang paling besar dalam sejarah pendakian. Katanya 1.8 kilometer je. Tapi bila jalan sampai separuh, mesti kamu semua akan rasa, rasanya dah lebih 1.8 kilometer ni. Penat lain macam sebab jalan dia memang curam semacam!

Bukit Sapu Tangan mari kita tawan!

Selepas panjat lebih kurang tiga jalan yang curam nak mati sampai badan pun senget, maka akhirnya bolehlah menarik nafas lega apabila sampai ke puncak Bukit Sapu Tangan. Yahoo... Sesi fotografi tentulah satu yang menarik sebab pemandangannya indah ya amat.

Sampai sudah. Inilah kejayaan. Gitu!

Bagi sis, bukit ini sangat sesuai bagi mereka yang buta arah macam saya mahupun mereka yang mahu pergi mendaki tapi tak jumpa kawan untuk teman. Nah! Datang saja ke Taman Botani Shah Alam, parkir mudah, route senang, tunjuk arah pun jelas. Pemandangan pun jelita pula tu.

Malah boleh santai-santai sahaja. Tak perlu beriya bawa apa-apa hiking gear. Cuma perlu bawa satu botol air mineral kecil sahaja. Sesuai untuk mereka yang baru mahu berjinak untuk mendaki bukit mahupun gunung.

Oh ya, walaupun keseluruhan jalan pendakian Bukit Sapu Tangan di Taman Botani Shah Alam ini adalah jalan tar, namun terdapat beberapa jalan cerun yang agak mencabar. Jadi bila panjat tu memang mampu buat anda semua meragui masa depan dan tertanya-tanya kenapa nak pergi mendaki? Kenapa tak dok rumah tengok TV?

Kesimpulannya,
Bukit Sapu Tangan
Masa Mendaki : 1 jam naik 45 minit turun
Tinggi: 204 meter / 699 kaki
Tahap kesukaran :3/10


Thursday, 30 September 2021

Kata Al-Quran Tentang Usia

September 30, 2021 0
Kata Al-Quran Tentang Usia

1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.( Qs. Hud : 15-16 )

2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )

3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )

4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )

5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )

6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )

7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An'am : 32 )



Monday, 12 July 2021

Idea Dekorasi Untuk Menceriakan Balkoni Anda

July 12, 2021 0
Idea Dekorasi Untuk Menceriakan Balkoni Anda

Hai semua,

Rentetan perkongsian tentang pengalaman ubah rupa balkoni DIY sendiri haritu, harini nak cerita fasal beberapa idea dekorasi untuk balkoni anda.

Gabungan satu atau dua atau beberapa daripada idea ini sahaja sudah cukup untuk menghias dan mencantikkan lagi balkoni anda.

Cosy Balcony
Sumber Loveproperty dot com

1. Bersihkan dan Cat Semula Untuk Segarkan Ruang Balkoni

Untuk balkoni yang dah lama terbengkalai macam balkoni sis, perkara pertama yang wajib haruslah bersihkan dan cat semula untuk segarkan ruang balkoni. Lepas korang kemas, buang habuk dan cat semula dinding yang dah berkulat, grill yang dah berkarat, percayalah, ruang tersebut terus nampak terang dan macam-macam idea dekorasi akan datang mencurah-curah.

Oh ya, siapa kata balkoni mesti nak kena warna putih? Boleh je warna memacam asalkan kena dengan suasana yang korang nak wujudkan. 

Gambar-gambar berikut dari loveproperty dot com.

Gothic and dramatic balcony
Suka ala-ala gothic dan dramatic? Boleh pilih balkoni begini

Sunset balcony
Warna sunset yang menarik

White balcony
Putih warna yang malar segar dan tidak ketinggalan zaman

2. Letakkan Decking Untuk Ubah Rupa Lantai Balkoni

Ha, bagi sesiapa yang mempunyai tile balkoni dengan warna-warna pudar dan kelam, memang sangat sesuai untuk pasang decking untuk menyemarakkan suasana balkoni anda.

Decking pula terdiri daripada decking kayu pelbagai warna dan juga decking rumput. Untuk balkoni rumah sis tempoh hari, sis telahpun memilih kombinasi decking rumput dan decking kayu supaya ia tidak nampak bosan.

Sis memilih decking dan bukannya karpet rumput sebab suka mix and match. Lepas tu, tile kat rumah ni memang saiz 30x30, jadi senanglah sebab saiz decking pon sama 30x30. Kira jelah ada berapa tile, beli berapa decking. Yang lain letak je batu. Nanti kat bawah kita citer fasal karpet rumput dengan batu plak yer.

Floor Decing
Floor decking kayu ataupun rumput

Decking Hitam
Decking hitam juga nampak anggun

Decking Kayu
Penuhkan dengan satu jenis decking saja pon okey

3. Pasang Karpet Rumput Untuk Ciptta Suasana

Bagi mereka yang tak berminat sangat dengan decking kayu, boleh juga pertimbangkan karpet rumput. Kalau nak senang, boleh je contact seller yang boleh custom made. So diorang akan potong karpert rumput tu mengikut ukuran yang diberi.

Kalau malas nak tunggu, boleh je beli dari Mr. DIY ataupun bahagian gardening di AEON Jusco. Pasaraya Giant dengan Tesco pun mungkin ada juga. Ha, bentang je. Jangan lupa ukur dulu, barulah tak yah ulang-alik banyak kali kalau tak cukup.

Oh ya, karpet rumput ni pon ada banyak gred dan jenis dia tau. Ada jenis yang kasar, yang lembut, yang PVC dan memacam lagilah. Kalau nak tahan lama, nak nampak jelita, haruslah kena keluar belanja lebih sikit. Kat Mr. DIY tu pun, dah banyak jenis dan gred karpet rumput yang ditawarkan.

Katanya ada dari jenis rumput Mutiara, Rumput Jepun, Filipin dan sebagainya.

Baik uol tanya seller bebaik, mana satu yang sedap dipijak dan tak bertakung air serta cepat kering terutamanya kalau balkoni korang jenis yang tempias tu.

Grass Carpet
Terus naik suasana dan terang mata

Artificial Glass Carpet
Balkoni tampak mendamaikan dengan warna hijau rumput

4. Batu-batu Kecil Isi/Hiasi Ruang Balkoni

Kalau jenis yang pakai decking macam sis, mestilah ada tempat yang tak muat nak pasang satu decking. Maka penyelesaian paling mudah adalah untuk mengisi ruang tersebut dengan batu-batu sungai.

Batu sungai pon pelbagai warna. Boleh je nak guna warna-warna yang korang rasa sesuai bagi mewujudkan suasana yang dimahukan.

Nak beli batu-batu sungai ni kat mana? Alah, takyah risau. Sekali lagi, Mr DIY banyak! Macam-macam warna, macam-macam saiz. Apa? PKPD? Kalau gitu cari jelah kat Shopee sis. Shopee memungkinkan segala-galanya.

Pebbles for Balcony
Pelbagai saiz ada, nak yang mana?

Grey Pebbles
Batu sungai berwarna kelabu juga jelita

5. Pasang Lampu Solar Untuk Keceriaan dan Suasana Damai Waktu Malam

Balkoni tidak sepatutnya jadi tempat escape pada waktu siang sahaja, kalau pandai hias, ia juga boleh menjadi ruangan yang sangat menenangkan walaupun pada waktu malam.

Ya, memang banyak balkoni yang tidak mempunyai plug point. Lagipun, kalau pasang lampu elektrik, dikhuatiri meningkat pula bil elektrik nanti. 

Makanya, lampu solar sememangnya jawapan bagi permasalahan ini terutamanya kalau balkoni korang sentiasa disinari cahaya matahari. Memang cukuplah tenaga solar untuk menceriakan balkoni anda sepanjang malam nanti.

Yang ni payah sikit nak cari kat kedai, better buka Lazada atau Shopee jelah senang.

Balcony at night
Ceriakan Suasana Balkoni Pada Waktu Malam

Lantern Solar Lamp
Lampu solar jenis lantern, letak boleh gantung pon boleh

Solar Lamp
Ada yang sukakan mentol berwarna-warni begini?

Water Drop
Lampu solar berbentuk titisan air

6. Pokok dan Tumbuh-tumbuhan Pelengkap Balkoni

Dah siap dekorasi asas dan penaik suasana seperti decking, karpet rumput, cat yang cantik serta lampu solar, sudah masanya kita serikan pula dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sebagai pelengkap balkoni.

Kalau malas, memang lah boleh letakkan pokok palsu sahaja, tetapi kenapa tidak pilih pokok dan tumbuh-tumbuhan asli supaya ia juga boleh memberikan udara segar dan membekalkan oksigen.

Jika anda sukakan bau-bauan yang segar dan wangi, mungkin juga boleh pilih untuk menanam herba dan pokok bunga yang mendamaikan.

Oh ya, anda jenis yang praktikal? Tanamlah herba yang sering digunakan di dapur. Dapat jimatkan duit lagi. 

Kalau jenis tak suka balkoni yang sarat, cukuplah satu hingga tiga pokok pasu besar. Itu saja sudah cukup untuk menyegarkan udara anda.

Pokok ni plak, boleh pilih untuk disusun begitu sahaja di balkoni, atau disusun pada rak yang ditemptakan di balkoni, digantung pada tembok atau rail balcony, diletakkan ataupun digantung dari atas. Ikut citarasa andalah.

Balkoni damai
Gambar dari House Beautiful Dot Com
Hanging rack
Rak begini pon boleh dipertimbangkan


Wooden Hanging Rack
Rak Gantung Kayu

Plant Rack
Cantik juga yang begini kan?

7. Kerusi Atau Meja Untuk Bersantai

Akhir sekali, kalau cukup ruang balkoni anda, maka bolehlah pertimbangkan untuk letakkan kerus atau meja untuk anda bersantai dan menikmati pemandangan waktu pagi mahupun luar.

Bolehlah menghirup udara segar sambil minum secawan kopi atau teh, makan kek ataupun membaca majalah di luar.

Tapi semuanya bergantung kepada keutamaan anda.

Hanging Chair
Gambar dari homedit dot com

Chair and Table for Balcony
Kerusi dan Meja begini pun sesuai untuk bersantai sambil minum teh

Hanging Table
Kalau nak pakai kerusi panjang, boleh pertimbangkan meja lipat begini

Nordic Style
Suka gaya Nordic, boleh letak yang begini

Baiklah, sekian perkongsian idea dekorasi untuk menceriakan balkoni anda buat kali ini.

Kalau nak tengok ubah rupa balkoni saya beberapa bulan lepas, boleh klik SINI.

Semoga semua idea-idea ni dapat memberi ilham bagi anda mewujudkan suasana balkoni yang menceriakan serta mendamaikan tatkala PKPD yang sangat menyesakkan ini.

Sekian...

Da~~~


Friday, 11 June 2021

Pengalaman Ubah Rupa Balkoni Sendiri Sewaktu PKP

June 11, 2021 0
Pengalaman Ubah Rupa Balkoni Sendiri Sewaktu PKP

Hai semua,

Harini nak cerita fasal usaha ubah rupa (make-over) balkoni sendiri sewaktu PKP 3.0. Biasalah, kalau dah duduk rumah je, mulalah semua benda kita rasa tak kena. Sana sepah, sini tak tersusun, situ tak selesa. Kalau tak dengan rentak kehidupan yang pantas dulu tu, memang langsung tak ada masa nak fikir semua tulah. Semua benda tergesa-gesa, ada je yang kita terkejar-kejarkan.

Balkoni sis pun sis rasa nyampah je sebab buruk. Mulalah berazam dan mengidam untuk wujudkan suasana balkoni idaman macam dalam imej Google dan siaran yang lalu-lintas kat Facebook dan Instagram.

gambar balkoni contoh
Gambar balkoni hasil Google search

Gambar balkoni contoh
Gambar balkoni hasil Google search


Gambar balkoni contoh
Sumber gambar: Google dan Youtube


Kisahnya, masa PKP 1.0, sis sibuk mengejar minat untuk baking. Makanya sis pun belajarlah buat kek, buat biskut. Macam-macam resipilah sis cuba. Seronok sebab itulah impian sis selama ni. Akhirnya berjaya jugalah memahiri beberapa resipi sampai tahap boleh jual dan menjana pendapatan gitu.Cuma tulah, tak rajin je.

Masa PKP 2.0 pula, sis dah mula berjinak-jinak dalam mendalami ilmu meroti pula. Muahaha... Macam-macam rotilah sis buat. Roti buku, roti ban, roti sosej, roti manis, roti savouri. Seronok. Lama juga tak beli roti di kedai. Almaklumlah tengah seronok meroti. Roti pula alhamudillah menjadi je.

Semua aktiviti membaking dan mengunyah PKP 1.0 dan 2.0 ni telah mendatangkan bahana kepada tahap kesihatan sis sebab bila kau baking, mestilah kena makan, pastu makanya kau pun gemuk. Then kolestrol kau pun naik. Jadi sekarang bila tiba PKP 3.0, sis telah memilih aktiviti yang lebih sihat dan tak melibatkan kemasukan kalori dalam badan.

Jadi bila kau stress kolestrol kau naik, tentulah kita kena kurangkan stress dan kurangkan makanan. Maka aktiviti PKP 3.0 ni melibatkan dua perkara iaitu mewujudkan ruangan yang selesa dan indah bagi tujuan melegakan tekanan dan juga aktiviti beriadah untuk mengurangkan kalori.

Maka balkoni lah yang menjadi sasaran sis kali ini memandangkan balkoni sis merupakan ruangan yang paling tidak digunakan dengan baik sekali atas faktor keselamatan anak-anak. Hakikatnya, dah 10 tahun dah balkoni ni tak dibuka sejak sis berpindah ke rumah ni sebab takut anak-anak yang masih kecil dan tak mengerti akan terjun bangunan.

Sekarang anak dah pon 10 tahun, dah pandai, dah takut sakit takut bahaya takut mati, maka bolehlah kita usahakan ruangan kecil ini sebaik mungkin.

Gambar asal balkoni
Ni gambar asal balkoni... Halahai... berkulat kotor dan bersepah

1. Menilai kawasan dan persekitaran balkoni

Makanya kerja-kerja bermula dengan membuka, menilai dan membersihkan balkoni sis. Oleh kerana dah lama tak buka, memang kotorlah balkoni ni. Antara perkara yang sis dapat nilai daripada balkoni sis adalah seperti berikut:

-Lantai balkoni kotor, saluran air tersumbat, tembok berkulat dan kotor 
-Longgokan barangan yang tidak digunakan
-Balkoni menghadap matahari petang dan kawasan perkuburan
-Ruangan terhad maka hanya sesuai untuk hiasan yang minimum

2. Lakukan kerja-kerja pembersihan dan nyah-selerak (declutter)

-Jadi pertama sekali kita nyahkan dulu barangan yang tak berguna
-Betulkan saluran air yang tersumbat
-Basuh dan bersihkan lantai balkoni
-Nyah kulat dengan menyembur mould remover dan mengelap permukaan tembok

3. Mula mencari idea kasar (rough idea) untuk konsep hiasan

Lepas dah singkirkan semua barangan yang tak diguna pakai, barulah idea naik satu per satu apa yang perlu dilakukan pada balkoni sekangkang kera ni. Masa ni sis pun banyak ambil rujukan dengan membuat carian tentang idea balkoni dan sebagainya untuk mendapatkan ilham. Sis bercadang nak tanam pokok, bunga dan herba supaya dapat menceriakan hari. Pastu nak hias sikit-sikit.

Waktu ni lagilah korang kena buat banyak bacaan, carian dan rujukan kat media sosial seperti Pinterest, Facebook, Instagram, Youtube dan Google. Masa tu memang banyak lah idea yang melimpah-limpah, tapi memang kena sesuaikan dengan keluasan dan kategori balkoni korang.

4. Membuat pembelian/tempahan barangan yang diperlukan untuk kerja-kerja hiasan/kemasan

Lepas dah ada idea kasar tentang apa yang nak dibuat pada balkoni korang tu, dah bolehah mula shopping barangan dan keperluan. Jangan lupa untuk buat perbandingan harga ya untuk jimat lebih. Macam sis, sesetengah idea muncul secara tetiba contohnya masa tengah tidur, tiba-tiba mimpi kena gantung bunga kat balkoni supaya nampak cantik. Terus sis bangun cari bunga gantung.

Gambar balkoni
Gambar tak sabar, balkoni tak cat lagi dah gantung bunga dengan lampu.

Lepas tu sis nampak plak idea dan perkongsian kawan kat Facebook yang mana dia pasang lampu solar kat balkoni supaya malam balkoni jadi ceria. Selama ni cuma tahu lampu hiasan yang kena guna plug dan jadi punca kenaikan bil elektrik tu je. Bila tahu lampu ni cuma guna kuasa solar, laju-lajulah sis beli. Sebab memang sesuailah dengan balkoni sis yang panas je memanjang. Zasss....

Untuk idea pokok lain, sis yang malas nak fikir panjang ni, serahkan pada kawan yang kebetulan mengusahakan tanaman pokok. IG dia: Nectars.XYZ. Dia akan beri cadangan berdasarkan tahap kemalasan, lokasi dan cuaca balkoni korang dan sebagainya.

Kalau nak cuci mata tengok-tengok tanam-tanaman premium, boleh juga layar https://nectars.xyz/

Contoh gambar decking
Antaranya kawan sis dari Nectar ni cadangkan pasang decking

Japanese Rose
Bunga Japanese Rose yang dicadangkan kawan. Tahan panas katanya.

Banyaklah lagi yang dia cadangkan. Memang seronok berbincang dengan orang yang ada kepakaran berbanding diri sendiri yang kerdil dan amatur ni.

Hehehe...Thanks Sok Pen.

3. Kerja-kerja mengecat semula/kemasan

Bagi balkoni jenis tembok macam sis ni, nampak sangatlah catnya dah pun pudar dan kotor. Jadi sudah tentulah kita perlu cat semula untuk menaikkan semula seri. Sis pilih warna putih sebab lagi senang untuk digayakan. Lagipun nampak lebih 'clean'. Kalau warna-warni nanti susah pulak nak mix and match. Lepas siap je mengecat, memang nampak jelitalah balkoni sis. Putih berseri sejuk mata memandang gitu.

Jangan tengok sis cakap macam ringkas je. Bab cat je dah penat berapa hari sis cari cat, cari berus, cari thinner kelengkapan dan macam-macam. Makan masa seminggu jugalah untuk langkah ni.

Gambar balkoni
Lepas dah cat, putih berseri je. Kena cuci cat yang jatuh kat lantai plak

Oh ya, kalau korang jenis balkoni menghadap matahari petang then bila waktu hujan je air bertempias masuk, maka sis pun cadangkan korang untuk beli lah cat jenis weathershield aka berperlindungan cuaca gitu. Insyallah cat lebih tahan warnanya walaupun berpanas dan berhujan.

5. Mula menghias dan sesuaikan hiasan ikut keadaan semasa/citarasa

Bermula dengan hanya sepasu bunga gantung, sis tambah satu per satu dan sesuaikan ikut suasana, citarasa dan mood kita sendiri. Tak perlu tergesa-gesa. Ikut je pace, naluri dan perasaan sendiri. Tak perlu terlalu terikat dengan satu idea yang tetap. Bajet korang, masa korang, usaha korang, keperluan korang, boleh je nak ubah apa-apa, tak sesiapa pon marah.

Gambar balkoni
Lepas dah cat, acah-acah letak lampu. Testing sekali kuasa solar


Gambar Balkoni
Kasi close up sikit gambar lampu

Gambar balkoni
Gambar balkoni dari sudut teddy bear



Sekarang balkoni sis dah semakin meriah dan jelita. Sis hias perlahan-lahan je. Ikut kekosongan waktu yang ada. Musim PKP ni tak usahlah tambah tekanan sendiri. Ikut je perkembangan dan kemampuan diri sendiri.

Gambar Balkoni
Gambar hampir maghrib, cantik je warna langit. Damai je rasa


Contohnya sebelum ni sis rasa cukup beli hamparan rumput saja untuk letak pada lantai balkoni, tapi lepas beli baru tahu tak berapa sesuai dan selesa dan ukurannya pula agak kecil.

Jadi akhirnya sis beli decking kayu dan rerumput untuk disusun pada lantai. Beli juga sedikit batu sungai untuk diletakkan pada kawasan-kawasan yang decking tak boleh masuk. Maka voila. Jadilah wajah terkini balkoni sis sekarang ni.

gambar decking
Gambar decking baru pasang


gambar adenium
Almaklumlah balkoni menghadap matahari terik, so mesti back light. Gambar tak profesional gitulah

Sebenarnya kalau ada masa dan sudi luangkan tenaga dan usaha, insyallah ubah rupa atau make over rumah atau ruangan rumah ini mudah sahaja. Cuma kekadang kita rasa terlalu penat dan malas nak semak kepala, jadi kita lebih cenderung untuk serahkannya kepada pakar.

Tapi serius, bila kita DIY sendiri, memang kepuasannya lain macam. Yelah, walaupun tak mencapai pon standard expert yang gilang-gemilang macam gambar-gambar balkoni impian tetapi tetap satu 
pencapaian baru dalam hidup gitu. Selama ni tak pernah nak buat, atau tak terfikir nak buat atau boleh buat, alhamdulillah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Maka sekarang sis dah tak tutup lagi balkoni. Ada satu dorongan hidup baru gitu. Hari-hari bangun pagi je tak sabar tengok tanaman sendiri, siram, belek dan bersihkan balkoni. Kira berseman juga. Bakar kalori sikit.

Malam-malam pula tak sabar nak tengok lampur solar menyala pastu relask sambil mengamati pemandangan ilahin nan indah sambil mensyukuri nikmat. Ada ketengangan luar biasa yang tak pernah sis rasa sebelum ini..

Sekian perkongsian sis kali ini.

Da~~





Monday, 7 June 2021

Mudahnya Buat Topping Strawberi Ala McDonald Di Rumah

June 07, 2021 31
Mudahnya Buat Topping Strawberi Ala McDonald Di Rumah

Hai semua,

Korang suka tak makan jem, sirap, compote atau topping strawberi? Saya memang peminat nombor satu strawberi. Sejak dari kecil memang suka makan roti dengan jem strawberi, wafel dengan mentega dan jem strawberi, scone dengan krim dan jem strawberi dan sebagainya. Makan sundae di McDonald pun suka topping Strawberinya.

Strawberry Topping
Gambar kredit Mommy's Home Cooking dot com


Tapi sebenarnya susah sangat nak cari jem atau topping strawberi yang sesuai dan kena dengan citarasa kita kan? Kalau sis, suka macam topping strawberi ala-ala sundae McDonald tu, memang just nice je. Siap ada ketulan buah strawberi yang sebenar lagi. Tapi tulah...dari kecik pencarian topping strawberi ala-ala McDonald ni tak pernah membuahkan hasil.

Pernah beli hampir semua jem bermacam-macam jenama di pasaraya. Tak kisahlah namanya strawberry jem ke strawberry preserve with real fruits la apa lah...Semuanya menghampakan. Tak ala-ala topping strawberi McDonald pon. Sebab biasanya semua letak gelatin nak bagi jem tu keras. Pastu dia kata with real fruits inside, tapi bila buka alahai... biji strawberi je ada, then tak dapat rasakan isi strawberi macam kita makan topping strawberi McDonald.

Lepas tu sis ingat lagi masa Sekolah Menengah dulu pernah lah beriya kumpul duit beli Hershey's strawberry syrup sebab tertipu dengan gambarnya yang membuatkan sis terbayangkan strawberry topping McDonald tu. Waduh. Bila dapat beli je, terus keluarkan aiskrim dengan roti nak uji rasa (taste test) terus. Sekali hampa! Manis gula je, takde rasa strawberi pon. Uwaaaa... maka bersawanglah ia di dalam peti ais sehingga tiba tarikh luput.

Hershey
Dasar gambaran Hershey's yang menipu


Dah tua lagi, bila dah pernah pergi ke Cameron Highland beberapa kali, barulah jumpa jem, compote ke topping strawberi yang kena dengan tekak. Dari segi tekstur, rasa dan isi strawberi sebenar tu memang kenalah dengan cita rasa tapi harga pon boleh tahan. Tu pun dapat satu botol mini je.

Kita fast forward ke hari ini, mengenangkan betapa bahayanya gula dan betapa sukarnya nak dapat topping stawberi yang kena dengan tekak serta kepayahan untuk pergi merentas ke sana sini sempena PKP, maka sis tahu, inilah masanya untuk membuatnya sendiri.

Lai... Meh sini sis cerita betapa mudahnya buat strawberi ala McDonald tu.

Resepi Topping Strawberi Ala McDonald

Bahan-bahan
Strawberi                  2 kotak
Lakanto                    2 sudu besar 
(Tak nak guna Lakanto, nak guna gula pasir pun boleh)
Jus Lemon                setengah cawan
Garam                       secubit
Gelatin (opsyenal)

Cara-cara
1. Basuh buah strawberi dengan garam dengan bersih berseri. Potong 4 atau potong kecil/dadu. Ikutlah korang nak berapa besarnya isi buah strawberi tu dalam topping nanti. Ingat, nanti dia kecut tau. Kalau suka nak besar-besar, buat je separuh hiris kecil dan sebahagiannya lagi biar je sebiji besau. Tapi lagi besar buahnya, lagi lambatlah dia nak cair nanti
2. Masukkan dalam periuk ke saucepan dan panaskan dengan api sederhana. Tunggu sehingga buah strawberi mengeluarkan jusnya dan boleh lah tambah Lakanto (atau gula biasa) dah sambung masak dengan api perlahan. Tambahakan secubit garam (tak nak pon tak apa)
3. Bila dah mula pekat dan didih, tambah pula jus lemon. Didihkan perlahan lagi
4. Rasa dan sesuaikan ikut citarasa sendiri. (Nak manis tambah gula/lakanto, nak masam guna perahan lemon)
5. Kalau jenis suka nak berjeli, bolehlah tambah gelatin. Sis nak makan dengan aiskrim. Tak sukalah teksturnya likat atau berketul macam jeli. Maka sis skip langkah ini.
6.  Masukkan dalam balang kaca dan tunggu sejuk
7. Dah sejuk, bolehlah makan dengan wafel, penkek, aiskrim dan apa-apa jelah mengikut kesukaan, kegemaran dan citarasa korang. Mudah je kan?

Langkah 1
Hai, ni strawberi beli kat MBG je, 2 kotak 20 hengget. Sesuai sangat dijadikan jem dan kengkawannya


Langkah dua
Kalau suka manis leh letak banyak kalau tak suka manis letak sikit. Pepandailah


Langkah ketiga
Nampak tak dia dah memekat. Yummsss

Langkah Empat
Dah pekat perasakan dengan perahan lemon plak. Pastu sesuaikan mengikut citarasa

Langkah Akhir
Strawberry topping is doneeeeee....

Mudah nak mampus kan sistur-sistur sekalian? Tapi itulah... kalau malas memang tak ada ubat. Muahahahaa.

Lagi satu kalau dah ada benda ni, memang kerjanya nak makan jelah. Pergh... Dah tau dah esok nak sarapan apa. Waduh-waduh. Apa-apa mari kita makan dengan aiskrim vanila dulu.

Oh ya, memandangkan kita masak dengan Lakanto, maka sesuailah untuk pesakit diabetes dan ia juga mesra diet keto. Tak delah makan tetau gemok, bacaan darah naik bacaan kolestrol pon naik. Eh! Tiber.

Sekian... da~~


Baca juga:

Resepi Roti Susu Hokkaido Mudah Tesco Breadmaker
Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Two Sons Bistro, KLCC
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row SixCrabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam