Saturday 8 May 2021

Kalkulator Rosak Jangan Dibuang: Cara Tukar Bateri Kalkulator Sendiri

May 08, 2021 0
Kalkulator Rosak Jangan Dibuang: Cara Tukar Bateri Kalkulator Sendiri

Hai semua,

Harini ni nak cerita fasal pengalaman betulkan kalkulator sendiri. Bagi saya, kalkulator atau mesin kira-kira ni memang salah satu barang keperluan kat rumah. Penting untuk saya rancang atau kira perbelanjaan harian, bulanan dan sebagainya.

Kalkulator yang ada kat rumah tu pun, dah digunakan sejak dari zaman Universiti lagi. Cantik molek je kalkulatornya. Yang penting butangnya sedap ditekan. Korang ingatkan senang ke nak cari kalkulator cantik dan sedap ditekan zaman 10 tahun yang lalu? Oh tidak.

Kisahnya, kalkulator kat rumah ni setelah lebih 10 tahun berkhidmat, dia dah macam kerepot sangat. Tulisan kat skrin sekejap nampak sekejap tak. Oleh kerana kalkulator biasanya juga dikuasakan oleh tenaga solar, jadi kekadang saya hanya perlu jemur sebentar. Lepas tu dah terang tulisannya. Namun kebelakangan ni, dia dah tak boleh 'berfotosintesis' seperti biasa. Dah jemur lama pun tetap sekejap terang sekejap samar tulisannya.

Di bawah jemuran je tulisannya terang, dah masuk bilik samar balik. Tsk tsk...


Biasalah, sebagai manusia alaf baharu, tentulah kita akan berpandukan ensiklopedia zaman kini yang lebih mesra pengguna iaitu Google untuk mengetahui masalahnya. Bila disiasat, oh, ada kemungkinan baterinya sudah pun habis. Jadi perlu ditukar baterinya. Kalau ikutkan hati, nak saja campak je kalkulator dah beli yang baharu. Tapi oleh kerana kalkulator tu dah banyak berjasa, tak sampai hati pula. Tapi pada masa yang sama, masih lagi menjenguk-jenguk di luar, kotlah ada kalkulator murah. Beli sajalah.

Malangnya, kalkulator yang dijual di luar sana bukan sahaja tak jelita, malah harganya pun boleh tahan malah. Ingatkan RM10 dah lepas beli satu kalkulator, tapi malangnya tidak. Memandangkan sis tahu betapa sukarnya untuk mencari duit, dan sis pula jenis yang sayang barang, maka sis pun carilah video cara-cara untuk menukar bateri kalkulator. Banyak juga panduannya. Nampak tak berapa sukar. Okay, ini kalilah. Mari kita cuba DIY dan lakukannya sendiri.

Ni paling murah dah. Tapi tulah, dah lah kecik, tak jelita lak tu.


Tapi sebelum berazam untuk menukar, jangan lupa pula untuk sediakan perkakasannya iaitu bateri ganti dan juga screwdriver. 


Bateri lupa nak amik gambar, Google jelah. Tapi memang sis beli Energizer. Dah tu je yang ada.


Macam sis, screwdriver kat rumah haus, p keluar jap pinjam dengan orang. Kah kah kah


Mula-mula sekali, terbalikkan kalkulator korang dan longgar dan keluarkan semua skru-skru yang ada pada kalkulator korang. Pastikan skru tersebut disimpan dengan cermat. Nanti nak pasang balik, hilang skrunya payah pulak.

Terbalikkan dan longgarkan semua skru. Macam saya punya ada 3 je skrunya.


Kemudian cabutkan penutup belakang kalkulator dengan cermat. Macam penutup kalkulator sis ni memang ketat gila, perlu gunakan sedikit kekerasan dan kekuatan untuk mengepakkannya. Takut juga patah tutup kalkulator tu, huhuhu... Tapi alhamdulillah, semuanya selamat.

Ha, nampak tak. Betapa gagahnya sis mengepakk buka kalkulator ni sendiri


Okay, lepas dah tercabut penutupnya, maka terdedahlah organ-organ dalaman kalkulator tersebut di hadapan mata korang. Terpampanglah begitu saja dalamannya yang agak kompleks. Tapi korang tak payahlah acah-acah terpesona, cari je terus tempat letak bateri.

Ha, pastu tempat bateri tu, nampak saja rumit, tapi setelah sis kaji, hek eleh, senang je cara nak keluarkan bateri tu, tolak manja je dah keluar.

Tolak je keluar ke tempat keluar. Jangan main tolak ke hala yang berpenghalang plak


Dah keluarkan bateri lama, apa lagi? Masukkanlah bateri yang baharu ke dalamnya. Pastu pusingkan kalkulator dan cuba tekan butang kalkulator. Adakah dia telah menjadi bermaya? Sudahkah tulisannya terang? Kalau ya, tahniah! Pembedahan anda berjaya. Bolehlah teruskan untuk tutup penutup kalkulator tersebut dan pasangkan skrunya.

Relax je sis tukar bateri sambil pakai baju kelawar. Eh! Gaya technician, pakaian mak jemah


Makanya, dengan proses ini, sis telah menjimatkan sekitar RM20 ringgit daripada beli kalkulator baharu. Kos beli bateri cumalah RM5 lebeh. Perkakasan pun buat muka tak malu pinjam orang sahaja.

Maka tenanglah sis dengan kalkulator yang telah berfungsi semula dengan jayanya. Sis terharu dan sis rasa kalkulator sis pun terharu kerana sewaktu dia sakit, sis tidak meninggalkan dan mencampakkan dia ke dalam tong sampah begitu sahaja. Maka tiadalah kisah sedih karangan darjah dua kita yang bertajuk "Aku Sebuah Kalkulator".

Selamat kembali berkhidmat, darling.


Kesimpulannya, kalau kalkulator rosak, janganlah dibuang ya. Mohlah panjangkan hayatnya dengan menukar bateri kalkulator itu. Biasanya jarang kalkulator ada apa-apa kerosakan yang perlu dibaiki melainkan baterinya yang sudah habis tempoh.

Marilah jadi insan yang sayangkan barang. Barang yang rosak, marilah dibaiki. Begitu juga dengan hubungan, marilah kita baiki,daripada dibuang begitu saja. Eh!

Sekian perkongsian sis kali ini.

Da~~~

Baca juga:

Saringan Pemeriksaan Kesihatan di Beacon Hospital
Review: MSU Medical Centre Shah Alam
Review Wad Hospital KPJ Shah Alam Selangor
Pengalaman Ditahan 2 Kali di Wad KPJ Selangor
Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel
Pengalaman Bersalin Caesar di PPUKM/HUKM/UKM Specialist
Pengalaman Bersalin Normal di PPUM
Review: Toscana Medi Clinic
Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik