1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.( Qs. Hud : 15-16 )
2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )
3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )
4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )
5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )
6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )
7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An'am : 32 )
Thursday 30 September 2021
Kata Al-Quran Tentang Usia
About Maya
Berani mencuba, kuat makan dan tidak mudah mengalah. Kadangkala Maya rasa ingin berputus asa, tapi bila bangun dari tidur ataupun setelah berehat sebentar, perspektifnya berubah dan membuatkan dia lebih kuat dan gigih untuk menempuh cubaan dan dugaan. Maya juga mempunyai minat mendalam dalam bahasa dan terjemahan, bidang kecantikan, kewangan peribadi, hartanah, hiking serta melancong. Impiannya? Bebas hutang, mampu beramal dan membantu golongan memerlukan serta melancong ke seluruh dunia!
Food & Lifestyle
Labels:
Food & Lifestyle
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment