Monday, 12 October 2015

Kenali Jenis- jenis jerawat : Jerawat Matang Vs Jerawat Remaja

October 12, 2015 0
Kenali Jenis- jenis jerawat : Jerawat Matang Vs Jerawat Remaja

Pssst.....

Korang tau tak apa beza jerawat matang ngan jerawat remaja? Hahahahahaha... Korang tak tau ehhhh?

Hari ni kakak nak share pasal jerawat matang (adult acne) ngan jerawat remaja (teen acne)

Kisahnya, kakak perasan jerawat kakak yang tumbuh sebab tersilap pakai produk tuuuu, semuanya tumbuh kt tempat yang sama saja. So, kakak simpulkan bahawa jerawat tersebut juga mungkin tumbuh bagai cendawan lepas hujan bukan saja sebab salah pakai produk. Tapi sebab masalah dalaman juga. Mana taknya? Waktu tu juga kakak stop makan pil perancang. So, mungkin juga sebab fluctuating hormone, jerawat2 tersebut terjadi.

Meh, meh... kita sambung penerangan. Dulu2 pernahlah orang kata kalau tumbuh jerawat tu maknanya masih muda remaja. Keh keh keh. Okay. Sekarang kalau orang kata cmtu, boleh jeling tajam kt dia. Sebab dah terbukti, orang tua/matang pun boleh dapat jerawat k.... Tu bukan hak keistimewaan remaja jeeeee.


1. Jerawat Remaja
Remaja biasa dapat jerawat sebab oil production glands dia tengah aktif. Ciri-ciri jerawat remaja ni.... Dia tumbuh kat T zone. Situlah biasanya tempat mudah menternak minyak. Kat dahi ngan kt hidung.
Standard lah kannnnn....

2. Jerawat matang
Berbeza dengan teen acne, adult acne ni plak biasa sebab stress, perubahan hormon dan lain-lain. Ciri-cirinya, jerawat matan aka adult acne ni, biasa tumbuh di  U zone. Maksudnya tumbu dari pip tepi hinggalah dagu, hingga membentuk seperti huruf U.

Untuk gambaran yang lebih jelas, korang leh rujuk gambar di bawah:


Photo credit: Differin.com
Untuk makluman korang, tak pelik pon kalau dah tua2 pon dapat jerawat.... sebab:




Siapa yang ada masalah adult acne tu, meh sep skit sebab katanya:

Real Women Get Adult Acne
Acne develops when pores become clogged with dead skin cells and an oil in the skin known as sebum. Causes include:
  • Fluctuating hormones
  • Undiagnosed medical condition
  • Medication side effect
  • Family history
  • Hair/skin care products
  • Stress









Hokey, korang dapat jerawat yang macam mana?

Sambung citer kakak balik, jerawat kita memang banyak kt tepi telinga ngan kat dagu n bawah mulut. Senang kata, kakak nyampah sebab bahagian dagu tu kira bahagian tengah muka. So, kalau tumbuh jerawat kat situ, memang orang akan perasan. Nak2 masa tgh bersembang, mesti orang perhati je mulut kita kannnn.....

So, waktu ni juga kakak terus terkenang masa zaman remaja dulu, dapat teen acne n jumpa doktor pakar untuk dapatkan nasihat doktor.

Doktor nasihatkan pakai skincare regime mudah je: Facial cleanser yang non-irritating, sunblock ngan satu produk jerawat ni. Namanya differin gel.



Kakak pun dengan pantas ke farmasi beli differin ni dan amalkan macam kakak remaja2 dulu.

Hep! Kalau korang pun tergoda, kakak sarankan jangan terburu-buru. Better consult doctor untuk tahu adakah korang sesuai atau tak untuk memakai produk tersebut. Kita dulu dah pnah pakai. So, kita tau kesan dia macam mana.

Untuk menakut-nakutkan korang supaya tidak sewenang-wenangnya pakai produk ni n then salahkan kakak, biar kakak citer skit apakah side effect pakai produk ni:

1. Kulit muka mudah terbakar n gelap kalau terkena pancaran sinar UVA dan UVB. Hatta kena lampu pon, kalau korang tak pkai sunblock, mungkin kulit korang akan mudah jadi gelap.

2. Jerawat akan tumbuh dengan suka hatinya dahulu sebelum bertambah baik. Dengan erti kata lain, baik-baik korang ada seketul dua je jerawat, mungkin akan digandakan jadi 10-15... Tapi kalau korang dapat bertahan dengan dugaan ini, insyallah kulit korang akan clean and clear macam akak...eekekeekek... eh, tapi tak semua orang serasi tau. Kakak jenis bernasib baik sebab serasi.

3, Kulit korang akan mudah menggelupas dan terkopek. Elakkan pakai di tepi2 idung n mulut (mucous area) sebab kat situ kulit paling nipis. So, bila sapu benda ni, kulit akan jadi lebih nipis n last2 pedih. Sakit woooo....

So, sesiapa yang nak cuba, sila gunakan dengan pengawasan doktor pakar kulit.

Kakak kan penyabar orangnya, setelah berakhirnya tempoh dua bulan pemulihan alami dan dibantu dengan produk ini, kakak punya kulit pun kembali seperti asal. Alhamdulillah. Walaupun ada parut samar2 skit, kakak yakin dengan izin Allah, nanti ilang ler tuuuu....

Bagi yang stress dengan jerawat, kakak nak nasihatkan supaya jangan stress and anggap semua musibah ni satu peluang untuk dapat something better.

Kenapa?

Yalah, dulu kakak pun teruk masalah kulit ni. Pastu lepas gunakan ubat doktor yang macam2 ni. Doc kata, memang banyak side effect ubat-ubatan ni kalau tak pandai pakai. Tapi, side effect yang best-best pun ada gak. Contohnya, kulit lagi lambat tua n susah nak berkedut. Muahahahhaha! Alhamdulillah, rezeki dalam musibah. Apa2 pon pk positif je. Sentiasa bersyukur k?

Saya doakan semua yang ada masalah kulit, dapat atasi masalah mereka n lebih berkeyakinan dalam hidup. Amin, Insyallah.

Oxoxo

Baca juga tentang:

Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

Bahana Tersilap Pakai Produk Part 2 (Tips jika tersilap pakai produk)

October 12, 2015 0
Bahana Tersilap Pakai Produk Part 2  (Tips jika tersilap pakai produk)

Hi uol,

Rindu tak kat kita? Eh.... gitu... Sebenarnya bukan sengaja nak tinggalkan blog ni lama2. Tapi saya sedang sibuk bermeditasi setelah tersilap pakai produk... Azam kita... sebelum bermeditasi untuk pulihkan kulit, nak tulis satu post tentang bahana tersilap pakai produk. N then, bila kulit dah cantik balik 100% barulahhhhhhh kita nak post pasal kulit kita dah elok. Kih kih kih.... Saja je, so t kita tau lah bila dah tersilap pakai produk, berapa lama kena ambil masa untuk pulihkan balik kulit.

Ok...Meh kita tinjau balik, post Part 1 tu bila.... Okeh... Menurut rekod. Post kita terkena bahana itu adalah lebih kurang dalam bulan Julai. 28 Julai tu kita dah insaf dan mula bermeditasi yer adik-adik.


Post penyesalan sebab salah pakai produk

Ok, Sejak 28 Julai tu, bermacam-macam usahalah kakak buat untuk menyelamatkan kulit yang tidak lagi secantik dahulu... Stress tau. Sebab jerawat ke amender ntah yang keluar kt muka kita tu, biji2 besar n bernanah. Kita plak sakit je ati tgk benda2 tu semua. Tangan gatal jeeeeeee nak picit. N memandangkan kita dah lama xde masalah kulit, kita punya angin pun jadi sangat2 teruk. Pemarah tau! Marah ngan jerawat, marah dengan diri, marahhhhhhhhhhhh... hahahahhahaha! Padan muka ko! Sper sroh tangan gatal?

Ok, ni step by step kakak pulihkan diri sambil memanjatkan doa ke hadrat ilahi minta Allah (Ni serius ye, kita bukan melawak) pulihkan semula kulit wajah and keyakinanku.

1. First thing first, makan balik suplemen fevret ngan teratur.
Ha...kan padan muka. Mentang2 kulit dah cantik. Malas n culas makan suplemen. Sekejap makan sekejap lupa. Sekejap nak jimat punya pasal makan half dose... Haissssssh... Lepas dah terkono, kaka dah tak berani dah. Terus disiplinkan diri makan suplemen, minum air suam banyak2....

Apa? Makan suplemen apa? Hishhh.... Sila refer post terdahulu. Suplemen khas untuk kulit mulus Pynocare White lerr....




2. Kakak mula rajinkan diri berexfoliate. Macam biasa... manusia kan mudah lupa diri. Meluat kan dengan diri sendiri kekadang. Kenapa exfoliate? Kenapa bukan scrub? Haish... jangan tanya bebanyak, rujuk balik post kita sebelum ini....



3. Yang penting tentulah tinggalkan produk yang membuat kulit korang tu bermasalah. Buang je dalam tong sampah. 


4. Stop pakai semua produk yang berpewangi atau yang boleh wat kulit sensitif. Apa2 je skincare yang bau dia wangi semacam. Stop dulu! Stop! Nak kulit cantik tak? Nasib baik regime kecantikan saya memang banyak pakai produk yang alami. Whichi is no perfume, non-comodegenic and non -allergant.


5. Kurangkan mekap. 
Ya, kita tau kalau kulit muka tak cantik, first thing yang kita terpk, nak tepek mekap untuk samarkan cela yang ada pada muka kita. Tapi no dik, no! Jangan begitu. Kalau boleh, naked face jeee. Tapi jangan naked face sampai tak pakai uv protectant plak.


Kisahnya, dari 28 Julai sampailah hari ini iaitu 12 Oktober...... Brulah kulit kita dah sihat. Kalau tak... memang nangis. Tapi nak bertahan 2 bulan dengan buat semua ni, hampir nangis kita jadinya. Tapi nak dapatkan kulit cantik punya pasal. Sabor je lahhhh.... 

Sekarang, alhamdulillah. Dah nice balik... Kah kah kah.

Bolehlah kakak selfie dengan penuh keyakinan diri!


P/S: Kita ada pakai something else untuk mempecepatkan proses pemulihan. Next post k...  Da~~~~

Tuesday, 28 July 2015

Bahana Tersilap Pakai Produk Part 1 (Review Krim Temulawak)

July 28, 2015 0
Bahana Tersilap Pakai Produk Part 1 (Review Krim Temulawak)

Assalmualaikum semua,

Harini saya nak cerita tentang pengalaman tersilap pakai produk. Tulah, padan muka saper suruh suka sangat mencuba. Pantang orang cakap best, terus nak cuba... T_T Yang peliknya, sekarang je ni beberapa tahun kebelakangan ni je camni. Sebelum ni memang setia. Sekali dah melekat memang malas nak tukar-tukar produk penjagaan kulit. Sob sob...

Kisahnya, lebih kurang sebulan yang lalu.... Tengah jalan2 shopping kat kedai runcit bawah opis (Kelas ko! Kat kedai runcit pon boleh kata jalan2 shopping), nampaklah satu produk ni...  Temulawak namanya. Kita tak pernah dengar. Tapi officemate kata dia dulu pakai this product and it works really well on her skin. Leh cerahkan kulit and pudarkan parut bagai. Kita dari dulu sek Cina.... So memang xknal sangat produk2 tempatan ni..... Xtau pun apa tu... Tapi disebabkan harga murah... Kita pon beli. RM 4 je uolllll... Satu bekas tu... So sebab murah I pon gatal beli... Heheheheh...

Sebelum pakai sempat lagi upload kat instagram:



Tapi malangnya, kita ni bukannya penyabar orangnya kalau bab try2 produk. So bila upload persoalan kat kengkawan, kita tak menyempat tunggu diorang punya feedback, dah try dulu dah malam tu... Muahahahaha... Sper suruh?? Haish.... Dah my colleague tu kulitnya memang bukan main cantik lagi. N dia pon dah pakai sejak sek men. So, kita pon yakin dan redah je lah... Mana tau....


Bila pakai memula memang ok. Tapi xdelah cerah ke bagai. Pastu makin lama makin berminyak lak kulit kita wak. Xkisahlah... Ingatkan kita punya hormon berubah ke... nak period ke... amender ke... Tapi last2 kat bahagian dagu kita plak tumbuh biji2... Sob sob... Menggerutu jadinya kulit ku yang halus mulus tu (Cewah)

Bila dah pakai lebih kurang 3 minggu camtu... Kita rasa, dah patut stop. Tapi sebab xnak bazir terus continue.. Tapi kulit tak pulih2. jadi makin teruk. N then menggerutu. N pastu biji2 tu jadi bernanah plak... Sob sob sob... Lagilah kita sedih. So, xnak tunggu dah. Terus stop.

Begitulah kisahnya kita tersilap pakai produk. Kulit dah x flawless uol... Nangis!!!

Terpaksalah kita buat pemulihan kulit secara alami.... Nak tau camner??

Tunggu next blog post k? Kita akan ceritakan camner kita pulihkan kulit kita n Alhamdulillah sekarang dah bertambah elok..... Berkat kesabaran kita buat self-healing process....

Korang kalau terjebak produk yang tak sesuai or salah pakai produk pun boleh cuba cara kita pulihkan kulit secara alami ni... Tapi next post lah... Kita nak bercermin belek2 kulit sat.... Sob sob...

Baca juga tentang:
Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

Wednesday, 8 April 2015

Review: Pynocare White (Rahsia Kulit Sihat dan Berseri)

April 08, 2015 0
Review: Pynocare White (Rahsia Kulit Sihat dan Berseri)

Salam semua,

Harini saya nak kongsikan produk suplemen yang saya telah makan lebih daripada 2 tahun. Kan saya pernah citer saya ni setia orangnya (Ohohohoho...) Biasanya kalau dah sesuai dengan sesuatu produk, I will stick to it. Tapi pada masa yang sama, try2 gak produk lain kotlah ada yang lebih mengancam. Eleh... Jangan cakap korang bukan camtu... Podah! Mesti akan tergatal and terdetik nak beli produk lain kan? Kan? Kan? Kan? And kadang2 memang korang try pon kan? Kan? Kan?

Hokey! Kisah percintaan saya ngan produk ni bermula apabila saya tengah baca majalah-majalah wanita. N then saya terbaca pasal Glow. Perghhhh.... Memang tertariklah dengan info-info pasal Glow nih..... Kalau nak tau, Glow ni produk Mega Wecare. Company ni memang already established dalam bidnag farmaseutikal ni. Banyak gak produk bawah dia, antaranya vitamin C. Kalau tak caya leh google sendiri. Produknya pun banyak available over-the-counter.

Inilah Glow yang kakak maksudkan ya....
Glow ni memang menawan kalbukulah.... Macam2 saya baca positive review. Memang dah hampir2 tergoda and nak terbeli. Banyak kali masuk kuar masuk kuar kat farmasi Watson and Guardian tapi 6th sense ku kata jangan! Nanti dulu! Halahai....

Sampailah satu hari ni. Kakak terbaca pula pasal adik beradik Glow. Iaitu Pynocare. Masa tu terbaca kat satu brochure yang ada kat entah Guardian ke Watson. Dalam brochure tu katanya untuik best efek kena makan pynocare as well. Ni ha pynocare.


Inilah Pynocarenya kak cik.
So katanya kalau makan dua2 lagi elok.... Satu leh combat melasma and protect skin from UV ray satu lagi leh wat kulit kita Glowwww gitu... Kalau rajin nak baca... Ni ha FAQ pasal pynocare dan Glow.

http://www.glowforever.com/index.php/faqs

http://www.megawecare.lk/pynocare/index.php?option=com_content&view=article&id=2&Itemid=3


Memandangkan arwah mak saya dulu memang jenis yang banyak freckles and melasma. Saya sangat2 takut jadi muka bertompok2 macam arwah mak kalau tak buat sesuatu. Anda Glow dan Pynocare memang satu solusi masalah yang terbaik. Skarang ni pun ada dua tompok pigmentasi kat atas kening. Dan yang paling menakutkan, banyak gila pigmentasi kat tanganku. Yelah, orang cina-cina kata, kalau nak tau pompuan tu tua ke tak, satu tengok leher. Satu lagi tengok tangan. Huk! Huk!  Tak rela ku untuk tua sebelum usia. N taknaklah muka macam Lindsay Lohan tu.... (Yep..muka arwah mak memang camtu sebab freckles)

Tapi masalahnya kalau beli dua2 ni aka Pynocare + Glow, poketku pula akan tercedera. Mana taknya? Sebab dua2 ni mau RM360 gak.... Mana nak cekau?? Ni dah macam makan SNE + Beautskin yang kononnya Adira tu makan dah ni!! Yang kebetulannya pulak, kapsul SNE ngan Beautskin ni... Sejibik macam kapsul Pynocare ngan Glow. Ni yang kakka perasan la... Tak caya? Korang tengoklah!! Satu warna itam macam Glow, satu lagi warna merah macam pynocare. Gila tak sama?



Ckp pasal SNE ni, kita memang pernah wat research gak... Tapi tak minatlah... Sebabnya? Lain kali lah citer... heheheheh....

Sedang ku kedukaan sebab tak nak tua awal tapi nak kulit cantik tanpa perlu pakai haper2 mekap... Daku telah menemuinya. Tada!! Pynocarewhite! Penyelamat kulit kusam dan bermasalah dan penyelmat poket bocorku!

Pynocarewhite

Info tentang Pynocare White ada di sini

 http://www.megawecare.com/products/complimentary-medicines/skin-care/pynocare-white

Nilah berita baik di alam semesta bagi saya sebab kat dalam Pynocare White ni, hamik ko! Dua2 ada. So nak perlindungna UV leh, nak combat melasma bleh, nak pemutihan pon boleh! Tak de hal!! Pastu leh galakkan pembentukan kolagen dalam badan. Lebih fungsi dan lebih penjimatan. Sekotak baru RM240 saje. Apa lagi yang korang nak???  Extra ingredient yang tak terdapat dalam Pynocare White ni adalah Lykopen untuk pemutihan ngan Grape Seed extract.

Sasaran Kepada .
Wanita yang mempunyai masalah jeragat atau pigmentasi.
Wanita yang mempunyai masalah warna kulit yang tidak sekata/kulit kusam.
Wanita yang menginginkan kulit yang cerah/putih dan gebu.
Wanita yang mempunyai masalah kulit kering.
Serta kulit yang berjerawat/berparut.
Wanita yang inginkan kulit wajah yg tegang dan kelihatan muda.
Wanita yang ingin kurang kedutan di muka dan mengecilkan liang pori.


Kenapa Pynocare?

Produk ini di syorkan oleh kebanyakan skin specialist doctor dan tidak dijual di farmasi melainkan pynocare kotak biru boleh di beli di farmasi...eg..farmasi Caring.
Dapat meningkatkan pencerahan kulit dalam masa yang singkat...biasanya dlm masa 2/3 bulan dah dapat kesannya.
Melawan 'melasma' dari akar nya
Melegakan 'inflamation'
Melancarkan proses collagen synthesis
Menguatkan capillary darah dan melancarkan peredaran darah.




Bahan-bahan

Each softgel consist : MSCC Complex (520mg)
French Marmite Pine Bark Extract (Piwhite)
Vitamin C and E
D. Salina extract
Lycoskin - tomato extract
lucent-P
Gelatine from Bovine

Pembungkusan :

60 kapsul dalam setiap kotak

Cara Pengambilan :

1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan.

Pengajian Secara Klinikal :

HUKM - 76% kadar pencerahan kulit dan penurunan ketara pigmentasi selama 8 minggu
Spin Control Institute, France - 85% kadar pengecilan pigmentasi dan pencerahan kulit dalam 12 minggu.
Tiada kesan sampingan yang memudaratkan.
Keberkesanan Pynocare White :

dapat dilihat perubahan kulit dalam masa 2 hingga 3 bulan setelah mengambil Pynocare White bergantung kepada warna kulit, size pigmentasi dan tona kulit.
Keberkesanan mungkin berlainan bagi setiap wanita atas sebab perbezaan kulit.


Sori... saya sebenarnya pun xsuka nak copy and paste saje ready information. Tapi ada sesetengah reader nak baca yang skema, ada pula sesetengah reader yang nak baca pengalaman blogger itu sendiri...


Pengalaman dan testimoni saya:

Lepas makan Pynocarewhite, mula-mula saya selalu rasa haus. Sebab saya memang jenis tak suka minum air. So terpaksalah minum juga sebab nak hilangkan dahaga.

Lepas tu saya dalam masa 2 minggu saya dapati kulit lebih lembut dan yang paling best, kalau dulu kaki senang bersisik sebab duduk aircond, sekarang dah tak lagi, Kulit rasa lembap je.. Huhuhu...

Jerawat pun susah nak tumbuh. Kalau tumbuh pun tak macam dulu. Bukan lagi jenis jerawat yang besar2 bernanah tu. Tapi lebih kepada yang macam white head. Tiada nanah. Bila picit, sebum terkeluar and esok je dah heal macam biasa. Sebab Pynocarewhite kan ada anti-inflammatory function. So xdelah jerawat meradang.

Kulit pun tak snang burn. Sebab dia dah ada natural uv protection. Kalau kita rajin pakai spf sblum kuar, lagilah kulit terpelihara.

Kulit glowing dan moist sentiasa. Senang nak apply mekap. Tak apply mekap pun kulit nampak cantik.

Yang best skali tompok pigmentasi kat kening tu dah pudar. Nak cakap ilang langsung tu idaklah. Tapi memang serius pudar. Begitu juga tompok2 pigmentasi kat tangan

Weeeee!!


Ni salah satu testimoni yang terbaik. Kak Mas.


Acaner? Tergoda idak?? Kalau berminat leh whatsapp me at 017-7140400.

Monday, 6 April 2015

Review: Tranexamic Acid (Transcap)

April 06, 2015 0
Review: Tranexamic Acid (Transcap)

Salam,

Harini libido terover. So, lepas dah taip satu entry, taip lagi entry. Masa excited lebeh ni lah kene ambil peluang luahkan semua yang terbuku. Kalau tak, jadinya macam post sebelum nilah... Peram berbulan2 baru nak tulis. Maklumlah orang bz...

Okeh, kali ni saya nak citer pasal tranexamic acid (kapsul) pulak. Nak dijadikan citer lagi (haih? Banyak nau citer kau?) sebab dah tak brani cucuk2 ni, kita telan2 lah pulak kan? Kah kah kah (Ya, saya memang jenis tak serik kot). Sbenarnya memang saya pengguna setia satu produk ni. Tapi biasalah... dalam setia2 tu, mencari2 gak kot ada produk yang lebeh hebat.

So kat group kosmetik ngan insta saya banyak nampak pasal kapsul tranexamic acid ni. Biasa seller akan tulis macam ni untuk tarik pelanggan,"Nak putih melepak tapi takut cucuk2? Ambil Tranexamic acid pon boleh"
Nilah rupa transcaps ni aka tranexamic acid

Okeh, seperti biasa. Saya memang jenis yang suka google mengoogle, siasat menyiasat nak2 kalau bab kecantikan ni. Entah naper... Kalau research bab ni rajin je. Cuba bos bagi keje sroh research, lembik dan tak bersemangat je rasanya. (hehehehehe....)

So, sy tros google and dapati tranexamic acid tu sebenarnya ubat beku darah. Biasa orang guna untuk kawal pendarahan yang teruk. Hasil google menggoogle, saya pun dapati ubat ni tak boleh pakai secara berpanjangan. Maksimum boleh diambil dalam jangka masa 6 bulan SAHAJA. Pastu kena stop!

Saya plak rajin bebenau follow insta org n fb orang pasal bebender mcm ni. So nampaklah sorang seller ni complain kat status dia bila ada orang tegur yang tranexamic acid ni, selamat ke dimakan untuk jadi putih sbb bukan ke ni ubat beku darah? Seller ni pon jawablah: "Ramai doktor yang tak update sbenarnya. Ubat camni bleh juga digunakan untuk tujuan kosmetik untuk jadi putehhh"

Hmmm... Hmmm... 

Jadi, saya pon approach a few sellers untuk tanya harga. Mak ai! Ada jual sampai 300 per botol. Ada yang jual 180 hajer.... Pastu diorg ckplah transcap ni ada ori ngan fake... Kena pandai pilih...Bla bla bla... Ni cara nak bezakan katanya:






Menurut seller tu, kalau period xleh konsume ubat ni. Sebab t period tak kuar. Yerlah kan, benda ni kan ubat beku darah. Pastu mcm2 lah saya tanya lagi. Semua dia jawab dengan berhemahnya. Yang benda pling saya tak leh lupa. Dia kata yang bahaya tu kalau beli yang palsu. Kalau beli ori insyallah berkesan. Pastu dia suruh saya minum air bebanyak. (baiklah!)

Skejap je barang tu smpai. Hehehehe... saya pun bacalah deskripsi kat botol tu sebab saya ni memang ulat buku yang terkenal dengan suka membacanya. Kalau berak pun, habis label syampu,berus gigi ngan sabun saya baca. Hish! Tak senonoh. Hasil bacaan tu, dia kata orang yang ambil pil perancang tak boleh amik ubat ni... Erk!!!! So cepat2 contact seller. Seller kata oopss.. lupa nak gtau.... Erkkkkkk...

So saya pun bagi lah ubat tu pada xxxx..... Sroh dia makan. Dia makan habiskan sebotol tapi kata xde perubahan katanya. So, kitorang pun wat bodo jelah pasal produk ni. Hehehehehehee....

Tapi, semalam, tetiba saya ternampak pula artikel ni....




So, korang rasa? Nak cuba tak? Nak cuba tak?

Skali lagi saya mau katakan, Anda berani anda cuba. Ada risiko sendiri tanggung.

OXOXO
Trauma Bersalin Caesarean di HUKM Specialist

Review: Mixing White Injection

April 06, 2015 14
Review: Mixing White Injection

Hai semua,

Harini kita nak cerita pasal produk suntikan yang memang banyak kat online market. Tak kiralah Facebook, Blog, Instagram mahupun ntah apa-apa sosial media lagi.

Sebenarnya story ni dah lama. Dari bulan 12. Tapi skarang baru nak tulis, Hehehehe... Ampun. Nak dijadikn cerita, saya ni memang orang yang sangat sensitif dengan produk kecantikan. Ada je produk kecantikan yang baru dan menarik, mesti saya nak buat kajian. Kalau banyak good review and setelah disiasat semuanya cun, memang gatal je nak mencuba. Tapi saya juga setia orangnya (Ahaks!) Kalau yang sy dah try terbukti elok, memang I will stick to it.

Okeh...dipendekkan cerita, Saya memang banyak subscribe group-group kat fb, so banyaklah produk2 baru yang orang akan promote dan akan keluar kat notification saya. Salah satunya produk injection. Katanya  artis sekian-sekian pun kononnya cucuk this produk, sebab tulah putih melepak, kulit bersih gebu halus bagai. Yang saya ni plak sebagai perempuan yang sentiasa nak kelihatan cantik, mestilah termakan pujuk rayu untuk kekal cantik. Mestilah nak mencuba. Hehehehe....

Namun yang demikian (skema skit yer) saya ni memang takut sakit. Hahahahah! So haruslah lagi saya berwaspada n berhati-hati kalau produk tu nak kena cucuk sana sini. Takut sakit ma.... Lagipun saya jenis urat halussss bangat. Doktor ngan nurse selalu tak jumpa urat, Kalau nak amik darah je mau 4-5 kali baru jumpa urat, Pastu pernah sekali tu doktor salah cucuk jarum, habis satu lengan saya lebam n pucat macam tangan mayat. T_T Mau tak nangis?? Dah lah nak pulih makan bertahun....

Okeh... Kita masuk ke cerita yang saya nak citer aka Produk Suntikan Mixing White.

Inilah rupa mixing white ni ya adik-adik

Berikut adalah kebaikannya seperti yang diuar-uarkan oleh online-online seller sekalian:

ACTIVE INGREDIENT:
L-GLUTATHIONE 1500 MG
NIACIN 300 MG ( VITAMIN B3 )
L-ASCORBIC ACID 500 MG
N-ACETYLCYSTEINE (NAC) 300 MG
M-TRANEXAMIC ACID 250 MG
HIGH ALPHA LIPOIC ACID 200 MG

Function of NIACIN
1) Niacin juga dikenali sebagai Vitamin B3.
2) Semua vitamin B membantu badan untuk menukar makanan (karbohidrat) menjadi bahan bakar (glukosa), yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.
3) Vitamin B, sering dirujuk sebagai vitamin B kompleks, juga membantu badan menggunakan lemak dan protein. Vitamin B kompleks diperlukan untuk kesihatan kulit, rambut, mata, dan hati. Mereka juga membantu fungsi sistem saraf dengan betul.
4) Niacin juga membantu tubuh membuat pelbagai seks dan yang berkaitan dengan tekanan hormon dalam kelenjar adrenal dan bahagian-bahagian badan yang lain.
5) Niacin membantu melancarkan pengedaran darah.


So, memula wat kajian memang elok. Saya siap consult doktor lagi. Doktor kata ok. Tapi kena hati-hati sebab banyak produk injection online yang tiruan. Cara nak kenal cuma goncang botol tu, kalau berbuih2 lepas goncang, tiruanlah tu namanya. Kalau tak berbuih-buih ori. Pastu dr kata lagi satu kena tengok masa injection. First injection kena cucuk ke punggung. Kalau produk tu tak sesuai ngan kita  sekalipun, badan akan terus reject and kumuh keluar produk tu. Kalau sesuai aka tak ada allergy reaction, baru boleh start cucuk pakai IV or cucuk kat lengan. Menurut doktor tu lagi, kalau produk tu ori, cucuk tak rasa sakit or kalau sakit sekalipun, cepat je baik. Kalau produk tu tak ori, rasanya semacam perit and sakitnya. Ha! Gitu.....

Okeh...saya yang tak sabar ni pun belilah mixing white injection tu. Hehehehe... Tapi apakan daya sebab saya asyik sakit je, tu asyik delay nak cucuk-cucuk. Sebab doktor tak bagi cucuk kalau sakit. Saya lak masa tu asyik majang resdung. Huk! Huk! Bila nak putih cantik kalau camni?

Disebabkan frust tak dapat nak cucuk, saya pun teruskan berangan sambil melakukan aktiviti fevret saya aka surf internet tentang produk kecantikan. Saya pun check it out sorang doktor ni punya instagram. Doktor ni katanya pakar kulit/kecantikan kat Kelantan. Dia banyak buat rawatan secara amal untuk pelanggan-pelanggan dia. 

Agaknya Allah swt nak bagi petunjuk, saya ternampak post ni kat instagram dia. And saya terus tanya tentang statement dia tu: (P/S: Dreamfantasia is me)

  

Nakkan kepastian, saya terus whatsapp dia, banyak juga dia citer tapi maaf tak dapat nak tunjuk conversation whatsapp antara saya dengan Dato Drk sebab henpon rosak, so conversation pun ilang. Saya tanya dia btol ke produk ni tak berdaftar and btol ke produk suntikan cam ni takyah berdaftar kat KKM. Dia kata apa-apa produk makan, suntik n sapu semuanya kene daftar KKM. Biar KKM pastikan ia selamat.. Dia kata kerajaan Malaysia sayangkan kita, so semua perlu dipastikan berdaftar. Pastu saya tanya ada efek ke kalau gunakan... Dia ckp efek lain org lain efek. Kalau tak skrg, nanti. Last skali dia nasihatkan saya untuk buat pertanyaan kat KKM.  Pas insiden ni, saya memang bz... So lama tak buat apa-apa sampailah saya satu hari tu.... Saya terbaca ni plak:


 


   Kalau nak baca the whole article boleh tekan ni...


Untuk pengetahuan, Selain mixing white, online seller pun banyak jual produk glutax ni. Katanya yang ni lagi cepat kesannya...Ha gitu!


So, kalini sebab tak berapa bz sangat,saya terus buat pertanyaan kat KKM.


Lama jugalah nak tunggu KKM ni reply... Sampai dah terlupa dah pasal ni dek kebizian hidup.
Pastu satu hari tu, tetiba dapat emel ckp maklumbalas dah ada...

Inilah hasilnya:



So, kesimpulannya, saya dah kumpul whatever maklumat yang ada. Keputusan tetap di tangan anda. Anda berani anda cuba. Ada risiko sendiri tanggung.

Stakat ni tak berani lagi nak cuba produk2 suntik online bagai. Tapi dato dr k kosmetik tu pun ada wat suntik2. Yang tu...Hehehehe... Wat kajian dululah baru cuba. Kah kah kah! (Dasar pompuan tak reti serik!!!)

Tuesday, 3 March 2015

Tips Picit Jerawat

March 03, 2015 0
Tips Picit Jerawat

Salam semua,

Harini saya nak kongsi tips picit jerawat. Tercetusnya idea nak share pasal jerawat ni sebab mukaku sedang diserang jerawat. Well, biasalah bila baru balik bercuti, mesti jerawat suka berkebun kat wajahku yang mulus ni. Cet!! Mana taknya? Masa bercuti sakan tulah saya sering abaikan penjagaan kulit. Satu, tidur bilik aircond. Dua, tak cuci mekap/tak sempat cuci mekap dah tertido. Tiga, biasalah, asyik berjemur jeeee keje... Empat, kekadang g cuti tertinggal barang2 penjagaan kulit lah amender lah tulah nilah..... Hish... Geram I.

Okey, okey. First of all, kakak nak bgtau adik2 sekalian yang ada 2 golden rules dalam menangani jerawat iaitu...........


1. Jangan picit langsung. Jangan sentuh, jangan pegang, jangan apa-apa pun. Biooooooo je. Wat dunno. Sampailah dia kecut and surut sendiri. Ni cara aman. Kira perang dinginlah ni.

2. Kita declare war!!! Picit je... Geram kita kan! Tapi ingat, golden rules pada nak picit jerawat ni adalah... SILA PICIT HABIS-HABISAN.


Hokey. Oleh kerana tajuk harini ialah tips picit jerawat, dah tentulah akak paham. Korang mesti geram punyalah dengan jerawat tu. Nak kutil2, nak sentuh2m nak picit2. Boleh, bukan tak boleh. Tapi make sure korang wat habis-habisan, Jangan pernah menyerah kalah. Okey?

Biasanya ramai orang akan kata tunggu jerawat tu masaklah, matanglah amenderlah baru picit kan?
Ye, sebaik-baiknya tunggu camtu. Tapi kalau dah tak bleh sabar, nak wat camner?

Petua saya? Kekadang kalau kita yang masuk campur, jerawat tu akan lagi cepat sembuh and hilang daripada nak tunggu dia masak and kecut sendiri. Tapi make sure biji jerawat tu dipicit keluar no matter how hard it is. Pastu tuam dengan ais.  Biasa dalam 2-3 hari dah heal and jadi berkopeng. Pas kopeng tu tanggal, kulit cantik semula.

Ingat! Make sure biji tu keluar. Insyallah, jerawat tu takkan berulang and takkan tinggalkan parut. Biasanya orang jerawat bila picit jadi lagi bermasalah, tumbuh balik semua semuanya sebab dia tak kuarkan biji jerawat tu masa first picit. Just kuar nanah saje.... Tu yang dia lagi teruk meradang. Hish... Tak kuasa kakak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tak nak lagi pas picit, benda tu tak kuar, pastu makin besar je jerawat tu... hish...


Nilah oil sebum or biji jerawat yang saya maksudkan. Make sure keluar dari jerawat tu 

Huhuhuhu... Sekian.

Okey, kita ulang kaji semula. Kalau ada jerawat apa perlu kita buat?

Yep, jgn sentuh. Tapi kalau nak sentuh, make sure picit sampai biji jerawat tu terkeluar. No mercy!!


P/S: Make sure nak picit tu, tangan kita bersih. And pas picit, tuam jerawat dengan ais untuk mengelakkan bengkak.

Baca juga tentang:

Tips Pilih Sunscreen dan Sunblock
Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?