Friday, 18 March 2016

Review: Hapus Bau Badan dengan Deodoran Smelly-No-More

March 18, 2016 5
Review: Hapus Bau Badan dengan Deodoran Smelly-No-More

Assalamualaikum,

Harini nak citer satu kisah menyayat hati yang telah menghantui kakak selama berbulan-bulan. Malu gak nak gtau. Tapi demi membantu orang-orang lain yang mengalami masalah yang sama, kakak kongsikan juga agar jadi pedoman orang ramai. Gitu!!

Kisahnya macam ni, beberapa bulan yang lalu, hakak mendapati bau badan hakak semakin kuat. Bau ketiak!! Tak tahan weh! Dah macam bau ketiak lelaki dah gamaknya. Nak cakap kita tak pakai deodoran, memang kita pakai. Pagi-pagi pakai wangiiiii jek. Lepas sejam dua jam, terus bau hapak. Sendiri pun pening. Maka was-was lah diriku dan runtuhlah keyakinan diriku dek kerana bau hapak masam kelat tu.



Maka mulalah pelbagai persoalan yang timbul di minda. Eh? Deodoran ni tak sesuai kot dengan kita. So tukar deodoran. Mula-mula elok, tapi lama-lama bau tu jadi balik. So puncanya diri sendiri lah kot? Pastu hakak terpikir balik... Hmm.... Kuat makan herba ngan bawang kotttt.... Tapi fikir-fikir balik, kita tak suka makan kari. Bawang and bawang putih pun dah jarangmakan. Dah tu  kenapa?

Pastu kita pk balik, hmmm.... Sebab rajin bersenam kot? Hiking sana sini! Badminton, jogging bagai.
Tu bau badan semakin tepu? Fikir punya fikir malu woooo! Sebab satu group hiking tu campur. Ada lelaki ada pompuan. Malu weh!! Cuba bayangkan, naik satu kereta tapi satu kereta penuh bauuuu kitaaa je. Busuk lak tu. Kalau laki takpe. Ni pompuan! Pompuan! Malu weh!

Terus teringat satu budak kelas dulu, ada orang bagi dia deodoran sebab bau badan dia sangat kuat. Adakah ini balasan hakak? Tapi hakak tak bersubahat dalam kes tu. Dan hakak pakai deodoran!

Lagi satu kita perasan, bau badan ni lagi pekat dan mantap kalau pakai certain-certain fabrik punya baju. Contohnya spandex dan lycra. Perghhhh! Baunya kelas je! Walaupun tak delah sampai tahap baxxla tapi cukup dapat meruntuhkan keyakinan diri hakak! So, dah tak bolehlah kakak nak bercantik-cantik dan melawa pakai macam-macam baju. Nak contain bau tu punya pasal je, kakak banyak pakai baju cotton je.

Lepas tu, oleh kerana dah tukar bermacam-macam deodoran lain pun tetap busuuk semacam je, hakak pun dah malas nak pakai deodoran. Rasanya lagi okey bau badan kalau nak dibandingkan dengan pakai deodoran yang ada tu. Tup-tup, lagi masam dan hapak bau kita.

Bawang salah satu punca bau badan
Sampailah satu hari ni geram punya pasal. Hakak pun meluahkan kisah sedih yang menyebabkan kemurungan kepada budak intern kat depan, nama dia Amira. Kakak panggil dia Mira. Sejak dia datang ni, kitorang memang banyak berkongsi tips-tips kecantikan and macam-macam lagilah. Oleh kerana Mira ni muda lagi, bila citer pasal benda-benda camni, terus kakak rasa berjiwa muda. (Choy!)

Kita: Adik, perasan tak kalau kita pakai deodoran, lama-lama badan kita jadi busuk. Kena asyik tukar deodoran je.

Mira: Pasan.

Aku: Lagi satu kalau sesetengah baju and fabrik-fabrik tertentu tu, bau badan kita lagilah busuk semacam.

Mira: Memang kak. Nak2 kalau deodoran tu tak kena dengan bau badan kita. Bila dan bercampur dengan peluh kita mulalah jadi berbau.

Aku: Ha kan! Tak semua bau sesuai ngan badan kita. Perfume yang sama lain orang pakai, lain baunya. Ada orang pakai wangi je, tapi kalau kita pakai and tak sesuai dengan kita, terus jadi busuk

Mira: Ha tulah. Dulu Mira pun camtu. Sebab tulah Mira sekarang pakai ada satu deodoran tu. Tak ada bau. So bila berpeluh takdelah jadi bau yang pelik-pelik. Cuba hakak pakai Smelly-No-More. Cari kat Guardian ke Watson. Tapi mahal gaklah. Dia macam garam.

*Berikut adalah intipati lebih kurang daripada perbualan aku ngan Dik Mira tu.


Tak lama lepas tu, hakak pun dengan gigihnya pergi product hunting kat Watson. Masa tu pergi ngan Mira gak. Tapi ni Mira lain.  Ni Mira Kak Migha. Kah kah kah... Gigih iol citer dengan Mira lagi sorang ni betapa pentingnya hakak untuk mencari produk yang bernama Smelly-No-More dengan harapan hakak pun jadi Smelly-No-More! Weeeeee....

Wiraku, Abang Smelly-No-More


Smelly-No-More ni ada dua saiz. Satu 16.90 (60gm) satu 24.90 (120gm). Hakak terus grab yang besar je tros tanpa terhagak-hagak sebab frust bau badan kita smelly. Berikut adalah pengalaman dan review produk Smelly-No-More ni:

Day 1.

Pas beli tu esoknya pas mandi terus hakak pakai. Masa beli tak tengok penerangan. Perasan dia tulis Total Image je. Dalam hati terdetikm 'oooo... produk total image rupa-rupanya". Bila nak pakai baru terhegeh-hegeh tengok penerangan penggunaan produk. Rupa-rupanya bila nak pakai kena basahkan pakai air kt kepala garam tu. Pastu sapu kat ketiak.

Bila pakai, hakak rasa hmm... basah. Tapi sekejap je kering. Baguih! Tak melekit. So, hari pertama tu, hakak mendapati ketiak hakak masih berbau jantan. Tapi dah tak strong sangat bau tu. Hakak suka! Hepi! Berbaloi!

Day 2

Pagi sebelum kuar rumah sapu Smelly-No-More cam biasa. Sampai petang ok je bau. Double check bau ketiak. Clear. Tak de bau apa-apa. Tapi takmo rasa terlalu hepi. Baik hakak tunggu malam. Sebab petang tu ada jogging session ngan rakan-rakan lepas abis keje. Malam tu pas balik jogging, hakak double check bau ketiak. Eh! Tak de bau jantan. Bau masam sikit je.

Day 3

Harini ada jogging lagi. Tapi balik malam tu, hakak rasa hepi tahap sujud syukur sebab langsung takde bau hokey! Nada! Ilek! Akhirnya!!!! Tiada lagi bau jantan, tiada lagi bau masam.


Hari-hari seterusnya semua helok-helok saja. Sekarang dah seminggu hakak pakai. Tiada bau sampai ke petang walaupun peluh-peluh hakak jogging sampai basah-basah baju. Esok nak hiking, kalini dapatlah hakaka hiking dengan penuh keyakinan kerana hakak tidak lagi berbau ketiak. Selamat tinggal dan babai bau badan! Nyah kau dari badan ku, forever and ever!



*Kesimpulan yang hakak dapat dari kisah ni dan juga kesimpulan yang dibuat bersama-sama dengan Dik Mira: Deodoran lain tu semua kan pakai pewangi artificial. Dengan erti kata lain, wangian kimia. Bila pakai lama-lama bahan kimia tu akan meresap ke dalam kulit kita dan menjadi toksik. Dan-dan lah kau bau busuk! Sebab dah bertahun-tahun toksik tu terkumpul!! Mana ada toksik yang bau wangi dik oooooii..

Selingan dari kisah ni iaitu baru je 30 minit tadi, citer balik kat Dik Mira pasal sambungan kisah ketiak hakak busuk. Dia pon kata, dulu Smelly-No-More ni kat farmasi je ada. Skrg bau available widely. Eh? Yeke? Entah.... Hakak tak tau...

Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

Tuesday, 1 March 2016

Skytrex Adventure Taman Botani Shah Alam

March 01, 2016 0
Skytrex Adventure Taman Botani Shah Alam

Bulan 9 Broga, bulan 10 Gunung Nuang, bulan 11 Bukit Kutu.... Oleh kerana dah trauma kena tipu ngan Moin, hakak dan seisi group Hiking Buddies kitorang serik dah nak mendaki sana-sini. Tapi oleh kerana gian dengan outdoor activity, kitorang telah memilih untuk coba Skytrex Adventure Shah Alam yang terletak di Taman Botani Shah Alam.

Idea ini adalah idea sumbangan Encik Faiz, penaung group kita. So, untuk mengelakkan kitorang backout, awal-awal lagi dia dah book untuk semua orang. Untuk mengelakkan kehampaan dan kekecewaan, make sure korang book siap-siap kat website Skytrex Shah Alam. Sebab biasanya dia ada slot-slot tertentu. And setiap slot tu maksimum 25 orang saja. So, kalau dah penuh, tak dapat lah korang join lagi. Korang boleh check dan book slot kat sini:


Pastu make sure orang-orang nak join tu ketinggiannya minimum 140 cm dan beratnya tidak melebihi 100 kg. Kenapa? Hm... mungkin sebab kalau berat sangat leh runtuh kot fasiliti kat situ. Al-maklumlah ada macam-macam rintangan, antaranya bergayut, panjat-memanjat dan paling hakak rasa best, musang terbang aka flying fox.

Oh ya, ada level-level bagi Skytrex Adventure ni. Lain level lain tahap kesulitan dan cabarannya dan lainlah harganya.



Kitorang haritu pilih yang Intermediate level je. Oh, harga ni tak termasuk sarung tangan dan tali botol air. Kalau korang takde kedua-dua ni, boleh je sewa masa kat sana. Locker juga disediakan kalau korang nak letak beg duit ke segala mak nenek bagai. So takyah risau k?

Slot kitorang haritu pukul 12. Hakak dah pening-pening sebab memikirkan panas weh! Tapi fikir-fikir balik, mungkin tak panas mana kot. Sebab hutan kan... Nama pun taman botani. Dikelilingi pokok-pokok, flora dan fauna.

Oh ya, kalau slot korang kol 12, janganlah datang kol 12. Mohon datang awal-awal dan beli tiket bas untuk pergi ke Skytrex. Diorag ada sediakan bas khas untuk skytrex. Tak campur ngan bas biasa.

Wefie dalam bas sementara tunggu geng lain sampai. 
So sesampainya di Skytrex tu, pekerja kat sana akan explain tentang safety harness (alatan keselamatan) serta peraturan dan cara-cara untuk enjoy Skytrex Adventure ni. Dia juga akan demonstrasi macam mana nak gunakan safety harness supaya keselamatan sepanjang adventure tu terjamin.

Wefie sebelum penerangan bermula
Bagusnya Skytrex ni biasanya diorang allocate staf pompuan untuk bantu pengunjung perempuan dan staf lelaki untuk handle pengunjung yang lelaki untuk pakai safety harness. Sangat bagus.

Ni Aida, first time join kitorang. Gambo menunjukkan staf Skytrex pakaikan safety harness

Bergambo je keje

Memula hakak yang kuat gayut ni punyalah pengecut. Nak-nak masa first time nak meluncur guna flying fox tu. Memang berdebar. Tapi bila dah try sekali, tros dengan happynya swing sana sini pakai flying fox. Dah macam monkey dah hakak rasa.










Senang kata memang seronok dan menyeronokkan aktiviti Skytrex Adventure ni. Memang sesuai untuk aktiviti santai hujung-hujung minggu. Nak jadikan aktiviti teambuilding company pun helok juga.  Memang terhibur dan menghiburkan. Sangat-sangat recommended.





Kesimpulannya,
Skytrex Adventure Shah Alam
Jenis: Intermediate
Masa diperlukan : 2- 3 jam
Tahap kesukaran :4/10