Monday 29 May 2017

Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya

May 29, 2017 3
Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya


Selamat berpuasa semua,


Harini kita nak cerita fasal my short get-away kat Cyberjaya. Kisah short vacay or short get-away ni sebenarnya berlaku sebab ada blunder. Haish!

Kisahnya, kawan kita ajak bercuti sebab kitorang berdua terlampau stress banyak keje. Dan kebetulan pulak kitorang berdua dua-dua habis event lepas 25/5. So my friend yang bernama Sabrina ni pun excited jom p on the 27/5? Kita pun kata jom2... Dia tanya lagi, puasa bila ekkkk? Kita dengan konpidennya jawab, puasa 29/5 sempat lagi tu... Pfftt...

Dengan itu, tercetuslah satu percutian pendek pada hari pertama puasa.... T_T Memang nangeslah! Baru ingat nak berlasak-lasak sambil menikmati makanan. Biasalah, rakyat Malaysia kan memang kuat makan. Meeting, kenduri, tahlil, birthday sumer tak lari dari makan. Apatah lagi kalau vacation, giler tak makan?

Sebenarnya masa Sabrina whatsapp, kita tengok skali pandang je hotel tu, kita tak kisah pon mana-mana. Janji dapat relax and dapat bawak anak-anak yang sekian kali terabai sebab mummy busy sangat jalan-jalan. Lagipun kan dah start cuti sekolah...

So pada hari pertama puasa tu, gigihlah kita angkut sumer manusia untuk ke Cyber. Bila dah sampai baru tahu, loh... Dash Box Hotel ni kat sebelah MaGIC je keee... Pfft... tulah, jakun sangat tak pernah sampai MaGIC.

Masuk dari sini naaa.....
Check in sini na....






Sampai-sampai je memang rasa Wowlah!!

Ni diambil oleh hakak yang amateur... tiada edit bagai



Ha nilah Sabrinanya... Kawan kita...
Comel kan? Kalau berminat pm tepi. Kakak nak filter dulu sesiap


Jom tengok bilik yang ada.... Kitorang bukan je blunder pasal bulan puasa... Pasal bilik pun kitorang blur sebab terlalu stress... So dapatlah bilik kontena sajewww....







Yang paling sedih. Bilik ni takdek TV pon... Sob sob sob... Bising anak-anak kita komplen kenapa takdek tv? So kalau korang nak bilik yang gempak, kenalah bayo lebih.... Antara bilik yang ada adalah bilik Twin macam kitorang:


1. Dash Twin -

RM165 -RM 220 (Room Only)
RM203- RM 270 (With Breakfast)

Facilities:

Single size bed - Twin
Comfy bed with plush top, duvet and 4 pillows
Open closet
Personal reading light
Digital room safe







2. Dash Studio -

RM270 - RM360 (Room only)
RM308 - RM410 (With breakfast)

Facilities:

Luas 33 meter persegi dengan grafiti ngan lampu
Balkoni
Katil Saiz King + 300 thread count cotton linens
Free Wifi
Smart TV berukuran 40 inci ngan saluran Satelite
Minibar + kemudahan bancuh teh ngan kopi
Bilik mandi dengan shower ala-ala ujan dan shower biasa
Produk mandian ngan syampu, tuala, kimono ngan slipper








3. Dash Deluxe

RM270- RM360 (Room Only)
RM308-RM410 (With breakfast)

Luas 49 meter persegi dengan balkoni,
Tema ala-ala glamer dan grit dengan sentuhan ala-ala kawasan industri
Katil Javanese Joglo + Tilam Saiz King + 300 thread count cotton linens
Free Wifi
Smart TV berukuran 40 inci ngan saluran Satelite
Minibar + kemudahan bancuh teh ngan kopi
Bilik mandi dengan shower ala-ala ujan dan shower biasa
Produk mandian ngan syampu, tuala, kimono ngan slipper





Kalau korang nak keluar-keluar terus pool, memang disarankan amik Deluxe or Studio... Kalau macam kita dok kat kontena... takdak la view pool tu...Pfftt....

Dah la tv takde, pool pun jauh! Sedih.. Tapi dekat la dengan fasiliti-fasiliti lain antaranya:







Ada jugak laundry coin ngan butik kalau tak silap.. .Tapi tu kakak tak berminat. Sebab tema kali ni kan percutian keluarga.

Oh, ada juga mini taman untuk bebudak tapi terlalu mini sampai kakak malu nak post... Hahhaa...

Pool ada untuk dewasa dan bebudak. Yang bestnya, dua-dua ada slide:

Slide kuning untuk dewasa, slide purple untuk bebudak
Kalau korang jenis yang pemalas nak jalan-jalan cari makan, disarankanlah makan je kat kafe tu or amik je breakfast. Kalau rajin, banyak je fastfood around area tu macam Burger King, KFC ngan McDonald (dalam 11 minit naik kereta) serta kedai makan lain yang entah sedap ke idak tu...

Ni apa yang kitorang order kat kafe situ aritu:

Lamb shank with rice and vege katanya: RM48

Fruitylicious RM 8
Komen: Lamb shank agak mahal kot bagi kita. Sebab lamb dia kecik. Tapi rasa okey la. Fruitylicious tu memang sedap. Kena ngan tekak kita. Harga pun tak mahal.

Ada dessert yang macam enak... Aka strawberry creme brulee... tapi kitorang nak order dah abis. Mungkin korang leh try tu kot. And by the way burger dia nampak sedap. Nasi goreng Nusantara tu katanya recommended. Tapi betul ke idak tu entahlah... kami tak tahu...

Oh, by the way,

Ada juga ramadhan buffet kat situ dari 29/5 hingga 23/6 ni. Leh la coba.


Bagi kita, tempat ni memang cantik. Sangat sesuai untuk bujang mahupun bekeluarga.

Sekian laporan penginapan kakak di sini.


Hujung minggu atau cuti umum nak bercuti tapi tak mahu pergi jauh-jauh?
Anda juga mungkin berminat dengan:

Tuesday 23 May 2017

Pengalaman Manis Di Fujisan (Gunung Fuji) ,Tokyo

May 23, 2017 0
Pengalaman Manis Di Fujisan (Gunung Fuji) ,Tokyo

Assalam semua,

Harini nak share cerita kita pergi Gunung Fuji yang dikenali sebagai Fujisan dalam Bahasa Jepun.. Heheheh...

Oleh kerana tadi dah share perkara loya, so kalini hakak share pulekkkk pengalaman maniss. Manis semanis senyuman para pembaca blog hakak sekalian (puji sikit).

Alkisahnya, kita nak pergi Tokyo, Jepun dengan harapan boleh tengok bunga Sakura (sambil nyanyi2 lagu imito issakura ae yo!) tapi malangnya dek kerana hakak tak leh tinggalkan my little munky2 begitu saja masa waktu sekolah, terpaksalah hakak pergi masa musim cuti sekolah.

Dan malangnya lagi, hajat di hati nak tengok sakura... Apakan daya...(Lol, kata pengalaman manis, dah kenapa starting sedih niiii...)

Okay, sambung balik. Memandangkan hakak kita beriya sangat nak pergi Mount Fuji, kita pun dengan baik hatinya tolong arrange and allocate kan satu hari khass untuk hakak kita p Mount Fuji sajewwww... Kalau ikut kita, malas nak p Mount Fuji ni. Yelah, kalau dah wat plan nak p Mount Fuji, jangan haraplah korang sempat nak pegi tempat lain lagi. Pergi je dah baper jam, balik lagi. Heh!!

Tapi demi sayang kuturutkan jugakkkk kehendak hakak kita. Dengan harapan bolehlah tengok Mount Fuji dipenuhi bunga sakura tu.

Tapi...tapi... Malangnya, pagi kitorang nak p Mount Fuji tu, hujan renyai-renyak. Huk huk! Memang malam semalamnya lagi dah start renyai2. So kitorang pun muka monyok jelah berdua. Pergi kat assembly point pun monyok lagi. Sebab ujan. Orang kata Mount Fuji ni pemalu gunungnya. Bukan selalu dia nak munculkan diri untuk orang tangkap gambo dia. So, kalau hujan, lagilah dia tak kuar. Heshhh.. bazir je duit mak!

Sebaik saja kitorang naik bas, pemandu pelancong kitorang pun pot pet pot pet terangkan macam-macam. Tapi sebab kita mood dah tak baik, kita wat dunno jek. Tapi kita terdengar dia cakap, P sana dalam 3-4 jam. Oleh kerana hujan, kalau kitorang bertuah, bolehlah kitorang nampak ada snow kat puncak Gunung Fuji tu... So kita pun dah bayangkan comelnya Fujisan ada snow atas tu. Ala-ala ais kacang letak aiskrim gituuuu....

Ku sangkakan salji atas puncak Fujisan, rupanya salji turun renyai-renyai


Tapi malangnya,dah sampai sana pun hujan-hujan lagi. Heshh.. Geram. So nak ceriakan hati hakak kita, kita sroh la dia amik video amik gambo pemandangan rumah-rumah kampung kat Jepun, hakak kita pon layan kita nak tak nak jek... Tengah-tengah nak tangkap video tu, tingkap jadi makin kabur. Kita pun cakap, takyah lak amik, tak nampak. Hairan betul, tadi elok clear je. Tetiba kabur macam berkabus.

Tetiba kita dengar satu bas bising-bising kecoh-kecoh... Lollll!! Rupa-rupanya tengah turun salji!! Weee! Jingle bell jingle bell! Memang sumpah kitorang tak sangka akan turun salji. Pemandu pelancong tu pun kata tak sangka sebab sepatutnya kat puncak je bersalji.




So sesampainya bas tu kat tempat berhenti, kitorang pun kuarkan payung and terus acah-acah excited p terjah salji. Ya Allah, hepinya kita sebab yelah jakun. Ni first time nampak salji. Rasa macam terharu sangat. Yelah, hajat di hati nak tengok bunga Sakura, tapi Allah tak makbulkan., Tapi dia makbulkan impian kita selama ni nak tengok salji.

Yang paling kelakar sekali, Ingatkan kita je first time jakun tengok salji. Rupa-rupanya hakak kita pun first time tengok salji jugak.. kah kah kah! Lol, ingat dah selalu p UK bagai dah pernah tengok salji. Rupa-rupanya sama je dua2 jakun. kah kah kah....



Ni masa baru turun bas. Acah-acah let it go let it go

Pemandangan memang cantik sangat




Selpie skit

One of the shrine

Acah-acah













Okay, bagi yang berminat nak tau camni nak pergi Fujisan ni, korang bolehlah terjah di KKday.com

Kat sini bukan je uol leh p Fujisan. Nak p memana dengan pakej apa-apa semua boleh cari kat situ. Diorang akan tawarkan sekali dengan pakej. Sungguh mudah sekali! KKday.com, sila berterima kasih dengan hakak sebab hakak dah promote uol.  Sekian!!

Nanti kalau free kita sambung update pasal Jepun lagi naaaa!!

Da~~~

Tips Cari Makanan Halal Di Jepun

May 23, 2017 1
Tips Cari Makanan Halal Di Jepun

Hai kawan-kawan,

Harini kita nak share sikit pengalaman  food hunt kat Tokyo, Jepun Mac lalu. Satu pengalaman yang membuatkan kita ingat sampai sekarang

Nak dijadikan cerita, trip to Japan kalini kita pergi dengan hakak kesayangan kita. Hakak kita ni orangnya muslimah, bertudung lengkap. So bila sampai kat Jepun, kita pun teringinlah nak makan takoyaki original Jepun. Memandangkan takoyaki ni ingredientnya hanya seafood ngan tepung, kita pun rasa no harmlah kan untuk makan. Tapiiiiiiii....tapiiii..... sebaik saja kita nak order, mamat Jepun yang jual tu geleng-geleng kepala tak bagi kita order. Kita pun heranlah...eh kenapa? Dia pun tunjuk minyak yang digunakan untuk grill takoyaki tu sambil ckp...'Cannot, this is pig oil'.

Tak ku sangka kau tak halal oh takoyaki


Ohmaigadddd! Terkejut mak! Seram sejuk lak rasanya and menyesal sebab pandang remeh isu makanan halal. Salah sendiri juga sebab take for granted sangat bila kawan-kawan kata senang nak cari Japanese food yang halal.

Okay fine. Tu cuma insiden pertama.. Insiden kedua ialah waktu kita ngan kakak kita jejalan kat street market kat Jepun. Sebab seram ngan insiden pertama, kitorang tak berani beli apa-apa pun. Pastu jalan punya jalan rasa berminatlah dengan satu gerai yang jual grilled crab. Amboi crab dia, sangatlah gebus-gebas. Tapi sebab terngiang-ngiang pasal pig oil. Akak kita ngan kita sekadar memerhati dari jauh. Sampailah ada sekeluarga Melayu ni datang beli.

Sampai hati hakak grill crab tak letak mirin tak letak lard tapi masak balik tempat yang sama

Apa lagi? Kitorang pun p lah menyibuk dengan penuh harapan. Huhuhu... Kotlah boleh rasa jugak. keh keh keh... So kita tengok this pompuan Melayu ni pon beli dengan konfidennya beli and makan. Kakak kita pun tanyalah, eh dik! Boleh makan ka?

Gadis tu pon explain, oh, kakak ni kata ni mirin (alkohol), ni lard (sambil tunjuk sebuku lemak babi yang bentuknya macam mentega tapi warna dia coklat-coklat skit), So kalau kita nak beli dia tak gunakan lard and mirin ni.

So akak kita pun jawab oh, sambil memerhati acik Jepun tu masak. Yang kitorang prasan, walaupun dia tak letak mirin and gunakan lard tu untuk masak ketam tadi, tapi dia panggang kat tempat yang sama. Maknanaya lard tu dah bercampurlah dengan minyak biasa tu. Erkkk.... 

Rupa-rupanya, bukan je kitorang je perasan pasal hal ni, makcik yang disyaki mak kepada gadis tu pun perasaan tempat masak tu bercampur, tapi gadis tu selamba je jawab, takpe. Darurat...

Insiden ketiga pulak, masa kita ngan kakak kita p food hunting kat Harajuku. Masa tu berangan nak makan crepe. 


Oh crepe, ko nampak cantik menarik memang the bomb. Tapi tak halal

So dengan berpandukan tips daripada Have Halal, Will Travel (satu platform yang banyak kongsikan tempat-tempat makanan halal di destinasi pelancongan), kitorang pun p lah kat satu kedai jual crepe yang Have Halal, Will Travel rekemen... Heheheh... Konon gumbira sebab dapatlah makan crepe original made in Japan. Lol... 

Boleh refer cadangan makanan halal kat sini, tapi awas! Better double-check


Tapi teringat sebelum ni kitorang ada singgah kat sebuah masjid. Masjid tu ada sediakan kertas nota untuk memudahkan semua traveler aka pelancong untuk cari makanan halal. So terdetiklah hati,eh pekata try tunjuk kertas ni kat kedai crepe ni. To our surprise, sebaik saja kitorang tunjuk je kertas nota tu, terus org tu tak bagi kitorang order crepe kat situ! Ohmaigadddd!!

Sampai komot-komot dah kertas ni kitorang dok tunjuk kat orang-orang Jepun

Susahnya lahai nak cari makanan kat Jepun ni.

Bagi memudahkan uols-uols aka pembaca prettilyrare untuk cari makanan yang halal dan jauh dari syubhah, hakak nak kongsikan tips-tips berikut:

i. Cari siap-siap senarai restoran makanan halal atau produk makanan halal yang telah disediakan
    (sebaik-baiknya refer kat Halal Japan -fb page dan Road to Japan -fb group)
ii. Gunakan kertas nota yang hakak share kat korang in case korang rasa was-was or ragu-ragu.
iii. Alert dan jangan ambil mudah isu haram dan halal. Makanan yang nampak no harm macam kopi tu, tak semestinya halal ehhh!! Sebab memang terbukti banyak yang mengandungi ekstrak/gelatin babi
iv. Kalau korang rasa leceh sangat, bawak jelah makanan dari Malaysia nokkkk!! Hesh!Payah nau...

Satu jelah yang hakak rasa terharu. Orang Jepun ni memang jujur. Diorang takkan tipu uol just disebabkan diorang rasa rugi tak dapat wat bisnes. So baik hati. Hakak suka!!! So,  takyah risau kalau diorang tak jujur bila tunjuk kertas tu...

Sebenarnya terkejut juga selepas balik dari Jepun sebab bagi kita produk-produk makanan di Jepun memang lebih banyak yang tak halal berbanding negara-negara yang kita pernah pergi sebelum ini.

Maaf kalau kita kurang arif, tapi dari pemerhatian dan kajian kita (eceh!), produk-produk makanan or even makanan kat Jepun ni lagi susah nak cari yang halal jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Cina, Taiwan, Hong Kong, Thailand dan Korea kerana negara-negara seperti Cina, Taiwan, Hong Kong, Thailand etc ramai penganut Buddha. Jadi vegetarianism adalah sesuatu yang lumrah di negara mereka tapi Jepun tak. Jadi tak hairanlah kalau sup jagung atau kopi yang nampak 'harmless' kat Jepun pun mungkin mengandungi ekstrak babi (ya, jangan terkejut! )

Walaupun sebelum ni dah pernah travel pergi negara-negara Asia lain, tapi di kebanyakan negara yang ktia sebut tadi kurang menggunakan ekstrak babi/ haiwan sebab diorang pun pentingkan pasaran vegetarian, Jadi kalau makanan-makanan vegetarian, kita cuma perlu risau tentang pernggunaan alkohol. Kalau nak betul-betul yang halal, bolehlah cari yang strict vegetarian sebab kalau strict vegetarian, memang diorang tak ambil arak.

Walaupun Jepun sekarang dah mula mensasarkan pasaran Muslim iaitu majoriti dari Malaysia dan Indonesia bagi sektor pelancongan Jepun, tapi diharap orang ramai jadi lebih peka dengan isu-isu yang membuat kita loya ni.. hehehhe...