Thursday, 12 March 2020

Pengalaman Batalkan Pembiayaan ASB (Cara dan Proses Pembatalan ASB Loan)

March 12, 2020 2
Pengalaman Batalkan Pembiayaan ASB (Cara dan Proses Pembatalan ASB Loan)

Hai semua,

Harini saja nak kongsikan pengalaman batalkan pembiayaan ASB atau orang kata, cancel atau terminate ASB Loan. Memandangkan masa sis nak batalkan dulu punyalah Google fasal proses pembatalan pembiayaan ASB atau terminate ASB loan ni tapi tak jumpa, jadi ada baiknya juga sis ceritakan kat sini supaya boleh dijadikan sebagai rujukan sesiapa yang teringin nak tahu proses pembatalan ASB ni.

Sumber gambar: Loanstreet
Kisahnya, sis dah amik pembiayaan ASB ni sejak bujang dulu lagi. Dalam tahun 2010. Sekarang dah tahun 2020. Memandangkan faedah ASB ni semakin lama semakin mehhhh sangat, sis pun malaslah nak berloan-loan ni. Lagipun, objektif kewangan pada tahun 2020 ni adalah untuk bebas daripada pinjaman dan pembiayaan gitu. Jadi, sebagai manusia yang gigih, tak bolehlah sekadar omong kosong je kan? Makanya pada sekitar 23 Januari 2020 yang lalu, sis pun telah dengan gigihnya pergi ke kaunter Maybank yang paling berdekatan untuk menyatakan hasrat sis untuk membuat pembatalan pembiayaan ASB ni.

Untuk urusan pembatalan ni, walaupun masa buat loan tempoh hari, cawangan Maybank KL Jalan amender tah yang luluskan, tapi tak kuasalah sis nak pergi jauh-jauh sana batalkan. Pembatalan ASB ni korang leh pergi je mana-mana cawangan yang berdekatan. Jadi, sis pun pergi je kat Maybank dekat ngan ofis. Sampai je sana, ambil nombor, bagi IC, dia terus suruh isi borang pembatalan.

Dah siap je isi, sis punya tanyalah orang kaunter Maybank tu, so macam mana ek prosesnya? Acik kaunter Maybank tu kata dia akan poskan borang pembatalan tu ke Maybank KL Jalan amender tah tu, nanti orang kat sana akan hubungi cik. Sis pun, okey.

Lepas tu, lama gaklah sis menanti dan menanti. Tapi tak hader berita. Lagipun siapa suruh buat sebelum Tahun Baru Cina kan? Dah sah-sahlah semua mood raya. Tak kuasalah nak layankan pembatalan uol yang tak mendatangkan keuntungan tu. 

Sekitar 2 minggu kemudian iaitu dalam pertengahan Februari, sis dapat panggilan dari Maybank cawangan KL Jalan amender tah tu. Pegawai bank tu dengan nada yang ceria dan riang tanya betul ke cik nak buat pembatalan pembiayaan ASB? Boleh saya tahu kenapa? Sis pun jawab jelah apa-apa janji dia puas hati. Lagipun, mestilah bos dia nak tau kenapa pelanggan nak kenselkan kannnn.... korang bagi jelah apa-apa alasan yang munasabah. Puas hati dengan jawapan sis yang bernas lagi bijak, pegawai bank tu pun cakap, baiklah, kalau gitu, saya akan teruskan dengan pembatalan ya cik. Tapi kalau nanti cik nak ambil lagi pembiayaan ASB, ambiklah balik dengan kami. Gituuuu! Bagus kau ya cik pegawai bank. Kakak bagi 5 bintang.

Pastu pegawai bank macam dah nyampah kat sis, terus dia nak letak telefon, tapi dihalang dengan soalan sis yang bertubi-tubi pulak. Oh, kau tanya aku, boleh? Aku tanya kau, takkan tak boleh pulok? Ye dok? Jadi sis pun tanyalah, jadi berapa lama saya boleh dapat duit saya ehhh.... ngahahahaha... Soalan cepumas. Cik pegawai bank pun jawab, cik hantar Januari aritu. Tengoklah dalam Februari nanti. Pastu kitorang pun babai kat satu sama lain sambil hati sis berdengus. Ko ingat sekarang Januari lagi? Sekarang dah pertengahan Februari dah oii.... Dah la Februari pendek. Jap je dah abis.

Makanya penantian demi penantian yang tak pasti. Sis kekadang jelah check akaun Maybank tu masa nak transfer-trasnfer duit ke sana sini. Pastu pada satu hari yang bosan sewaktu sis dimasukkan ke wad iaitu pada 5 Mac lepas, sis perasan kat bahagian pinjaman Maybank2u tu, ada duit masuk ke dalam akaun pinjaman....Tapi masuk kat Maybank je la namanya. Tak dapat lagi kat sis. Terus sis lebih rasa bersemangat untuk hidup.



Pada Isnin, 9 Mac, sis dapati duit yang sis patut dapat hasil jualan ASB tu diapungkan untuk tempoh sehari (one-day float). Jadi, sis sangat yakin duit akan masuk pada 10 Mac. Lagilah sis bersemangat tido dan bangun awal keesokan harinya untuk tengok duit masuk (keh keh keh).

Pada 10 Mac, memang benarlah duit jualan balik ASB sis dah selamat masuk ke dalam akaun sis. Setakat posting ini ditulis iaitu pada 12 Mac 2020, duit dah habis. Jadi pada sesiapa yang berniat nak pinjam duit dengan sis tu, boleh batalkan dah niat tu ya. Tapi kalau nak derma, sis sentiasa alu-alukan. Takyah segan-segan, takyah malu-malu. Habaq mai je.

Okey, kesimpulannya cara dan proses pembatalan pembiayaan ASB adalah seperti berikut:

1. Isi borang pembatalan pembiayaan ASB di mana-mana cawangan bank yang korang buat pinjaman
2. Dalam tempoh 2-3 minggu, pegawai bank akan buat pengesahan pembatalan
3. Dalam tempoh 4-6 minggu, diorang akan uruskan jualan saham dan duit jualan balik akan masuk ke akaun pinjaman
4. Duit dari akaun pinjaman akan dimasukkan ke akaun dalam tempoh 3-5 hari bekerja
5. Duit akan diapungkan selama 1 hari sebelum masuk ke akaun simpanan uol
6. Dalam beberapa hari lesap korang shopping semua duit (ngahahaha...ni sis buat-buat je)

Sekian perkongsian kali ini, moga ia dapat dijadikan sebagai rujukan pada korang-korang semua. Muah! Kalau korang rasa perkongsian ni berguna, mohon doakan sis tercapai objektif sifar hutang pada tahun ni ya? Makasih. You all the best!

OXOXO


Baca juga:

Pengalaman Penyelesaian Awal Pembiayaan Bank Rakyat
Cara Dapatkan Pengecualian Yuran Tahunan Kad Kredit
Cara Batalkan Kad Kredit
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Expense Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan

Wednesday, 11 March 2020

KFC Malaysia : Introducing All-New White BBQ Crunch

March 11, 2020 0
KFC Malaysia : Introducing All-New White BBQ Crunch

Kentucky Fried Chicken, sebut je nama KFC ni, kecil besar tua muda semua kenal apa itu KFC. Bohong kalau tak kenal. Lagipun KFC ni dah lama. Sejak dulu sampai sekarang ni, sis sendiri asyik makan KFC. Anak-anak lagilah. Bila terbayang je menu KFC dengan ayam gorengnya yang lazat, terus rasa terliur nak makan sekarang ni juga.

Kalau nak tahu, sekarang ni KFC Malaysia dan keluarkan satu lagi menu baru tau. Menu baru ni di beri nama White BBQ Crunch. Menu KFC White BBQ Crunch ni dilancarkan sekitar awal Januari 2020 tempohari. Selepas KFC berjaya mengeluarkan KFC Hot & Cheezy Chicken, kini KFC sekali lagi memberikan pilihan cadangan menu baru untuk semua pelanggannya.



KFC White BBQ Crunch merupakan olahan unik kepada ayam goreng KFC kegemaran ramai dan dicipta khas untuk memberikan sedikit kelainan dengan rasa yang berbeza.

Menu White BBQ Crunch Dari KFC Ini Memang Lain Daripada Yang Lain
Sis sendiri belum rasa lagi tapi dari apa yang sis lihat kat sini, memang nampak sedap sangat. Terliur jugalah jadinya bila lihat gambar menu ayam KFC yang dihidang dengan Smoky White BBQ dan Hot Sauce Glaze ni.

Ayam goreng KFC White BBQ Crunch ini sebenarnya dibalut dengan 2 jenis sos iaitu sos pedas manis dan sos barbeku yang berwarna putih. Pelik pula rasanya bila sos BBQ berwarna putih. Selalunya sos begini dalam warna coklat atau merah. Hasil dari gabungan kedua-dua sos ini, mesti sangat padu. Patutlah ramai yang beri review cakap menu White BBQ Crunch ni memang sedap dan patut di cuba.



Dari pembacaan pada review mereka yang dah mencuba ni, masing-masing mengatakan yang ianya agak berbeza dari rasa ayam biasa dan spicy yang di makan tu. Mungkin kerana ayam ini di masak ala smoky. Apa taknya, dah namapun BBQ jadi mestilah ada rasa ayam yang disalai.

Kat sinilah rasa baru yang ingin diberikan pada para peminat setia ayam goreng berbanding dengan rasa yang biasa sebelum ini. Ianya juga tidak pedas dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga atau bersama teman-teman.

Tawaran Harga Agak Berpatutan

Harga yang ditawarkan bermula dari RM15.90 hingga RM20.30. Untuk set combo 2 ketul ayam harganya adalah RM15.90 dan untuk set combo 3 ketul ayam harganya adalah RM20.30. Set ini turut didatangkan dengan 1 bekas whipped potato (kentang putar), 1 bekas coleslaw dan juga 1 gelas air bergas. Box meal juga ada dan berharga RM 20.30.



Dari segi harga ia sedikit mahal dari Snack Plate dan juga Dinner Plate yang memang ada di KFC. Tapi still okay rasanya sebab hanya berbeza sedikit saja. Cuma kalau ikut dari permerhatian, sis lebih suka jika sosnya lebih banyak hingga menyaluti ayam secara menyeluruh. Kalau gitu barulah benar-benar mengikut tema KFC ‘makan hingga menjilat jari’.



Boleh Order Secara Online Dengan Servis Delivery
Apa yang lebih penting, sis sangat happy bila KFC ni boleh ditempah dengan mudah menggunakan servis food delivery. Antara pihak yang sis suka adalah Foodpanda. Servis mereka ni boleh dikatakan seluruh Malaysia ada. Nak makan apa, pilih dan pesan je kat website utama kemudian tunggu makanan tiba hingga ke depan muka pintu. Senang sangat.

Makin bagus,servis penghantaran seperti Foodpanda ini sangat berguna ketika sedang bercuti. Tak payah nak pening kepala untuk cari tempat makan. Boleh duduk rehatkan diri di bilik hotel sambil menunggu makanan yang dipesan tiba.



Jom dapatkan menu baru White BBQ Crunch di seluruh outlet KFC di seluruh negara. Rasa sos BBQ putih bersama sos merah ni memang nampak sedap sangat! Sis sendiri dah tak sabar nak cuba ni. Jika tak ada masa nak ke mana-mana outlet KFC atau malas nak buang masa untuk drive, cari parking dan beratur.. Hey apa susah… delivery service by Foodpanda kan ada!