Monday, 19 February 2018

Review: Hada Labo Brightening Shiro-jyun Series

February 19, 2018 22
Review: Hada Labo Brightening Shiro-jyun Series

Hai semua,

Lama dah kita tak buat entri tentang kecantikan. Mana taknya? Kita jenis yang jarang-jarang tukar produk. Then kalau nak tulis ulasan produk (product review) pun, kena pastikan dah pakai sekurang-kurangnya 3 bulan. Kalau setakat pakai one-off, cemana nak ulas kebaikan dan keburukan produk tu? Ye dok? Kecuali produk tu sangat teruk. Sekali pakai je dah merengsa kulit, takkanlah masih nak teruskan penggunaan pula? Takut....

Macam biasa, di sebalik setiap produk yang kita gunakan, pasti ada kisah di sebaliknya. Kisah tentang Hada Labo Brightening Shiro-jyun ini bermula pada Januari 2017 di mana pada hujung tahun 2016, kita dah start aktif bersiar-siar di taman rekreasi selepas waktu bekerja. Dalam pukul 5 camtu, kita akan pergi ke TTDI Park untuk berjalan dua-tiga kali pusingan sampailah pukul 7. Efeknya? Berat turun tu memanglah turun, tapi masalah baru pulak timbul. Kulit gelap. Uwaaaaa!! Pada waktu tu pula, kita tak pakai apa-apa produk sebab tengah rehatkan kulit.

Jadi, ni kira gali lubang tutup lubanglah ni ceritanya. Masalah kebulatan dah surut, masalah kekusaman dan kegelapan kulit pula yang timbul. Eh, mana leh! Kita takmo lah dah kurus tapi kusam pulak. Kah kah kah... Nak kurus dan berseri-seri. Makanya pulalah pencarian produk yang mampu mencerahkan kulit, melembapkan kulit dan mencantikkan kulit gitu. Mencerahkan kulit tu untuk aktiviti bersidai kita petang-petang. Kulit pun kena pastikan lembap sebab lepas bersidai, esoknya keja dalam suasana berpendingin hawa yang sejuk nak mampos sampai merekah kulit. Cantik kulit, eh! Siapa tak mo kulit cantik? Ye dak?

Makanya banyak jugalah research yang dilakukan. Pastu memandangkan cleansing oil yang kita gunakan untuk mencuci mekap sebelum ini memang daripada jenama Hada Labo. Kita pun ambil keputusan untuk cuba Hada Labo Brightening Shiro-jyun. Shiro ni dalam bahasa Jepun maksudnya putih. Tu anjing Shin Chan nama dia Shiro. Si putih la tu maknanya. Jyun tu pula atau dalam bahasa Cinanya Run4 tu maksudnya lembap. Aha, cuba jelah. Dah la putih, lembap pulak tu. Kotlah kena dengan kita.

Brightening Series
Tepek sikit iklan dalam bahasa Jepun 
Meh kita lihat apa yang ada dalam rangkaian produk Hada Labo Brightening Shiro-jyun ni.


1. Hada Labo Shiro-jyun Clear Lotion  (5.7 fl oz/170 mL)
Shiro-jyun Clear Lotion
Shiro-jyun Clear Lotion
Memperkenalkan produk langkah pertama dalam rangkaian produk Hada Labo Brightenign Series ni iaitu Hada Labo Shiro-jyun Clear Lotion. Ala, nama je Clear Lotion. Padahal struktur dia macam air dan fungsinya macam toner je you.... Tak pekat pun. Makanya lepas cuci muka, tepeklah clear lotion yang macam toner ni. Walaupun struktur dia macam air atau toner, tetapi fungsinya untuk melembap amatlah vavavoom. Memang rasa lembaplah muka.


2. Hada Labo Shiro-jyun Milk  (4.7 fl oz/140 mL)
Shiro Jyun Milk
Shiro-jyun Milk
Lepas dah tepek toner tadi tu, maka bolehlah korang tepek Shiro-jyum Milk ni pulak. Yang ni memang macam losyenlah. Tak payah letak banyak-banyak. Sikit je. Sebab toner tadi pun dah cukup melembap, kalau ni tepek banyak-banyak nanti rasa macam berat pula tepekan produk pada muka anda. Tapi serius dalam banyak-banyak produk, produk ni paling jimat sekali sebab yang lain semua dah habis pakai, Shiro-jyun Milk ni je tak habis-habis. Jimat duit I.

3. Hada Labo Shiro-jyun Serum  (1.1 oz/30 g)
Shiro-Jyun Serum
Shiro Jyun Serum
Ha, kalau Shiro-jyun Milk tu produk paling menjimatkan, nilah produk yang paling cepat habis dalam rangkaian Hada Labo Brightening ni. Dah la mahal. Kecik je pulak tu. Harganya lebih kurang dalam RM80 sebotol. Kalau Milk tu boleh bertahan dalam tiga bulan. Yang ni dalam sebulan je dah habis. Serum ni fungsinya untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan dan merawat kerosakan yang berlaku akibat pancaran matahari. Tekstur dia lebih ringan daripada Shiro-jyun Milk tetapi lebih pekat daripada Shiro-jyun Clear Lotion. Bila pakai rasa licin dan lembap juga kulit.

4. Hada Labo Shiro-jyun Cream (1.8 fl oz/50 g)
Shiro Jyun Cream
Cream
Ni pulak langkah terakhir bagi rangkaian ini. Dimana ia dimulakan dengan toner dan diakhiri dengan krim. Krim ni lebih kurang macam jel aqua dan bersifat lembap jugak. Memang 4 kali sapu, 4 kali lembap betullah. Sudahnya kulit macam kena mandi air 4 kali. Tapi masalahnya Hada Labo Shiro-jyun Cream ni untuk malam jek. Nilah kelemahan di sebalik Hada Labo Brightening Series ni.

Jadi, untuk waktu siang. Apa pulak kita pakai sebagai langkah terakhir ya? Makanya untuk pada waktu siang, kita pakai:

5. Hada Labo Perfect UV-Gel SPF 50+ PA+++ (1.8 fl oz/50 g)
Perfect UV-Gel
Hada Labo Perfect Uv-Gel
Memandangkan siang ada matahari dan matahari ada sinar UV, makanya kita pun gunakan produk Hada Labo Perfect UV-Gel SPF 50+ PA+++ ni. Muahhaha...Dengan harapa kulit dilindungi daripada sinar lembayung dan lebih cerah dan menawan. Tekstur Krim ni lebih pekat daripada Shiro-jyun Krim selain lebih berminyak dan melekit.

Okay, jadi apakah kesimpulan saya setelah menggunakannya selama 1 tahun lebih?

Shiro Jyun
Aha, kesimpulan peroduk tersebut tapi, ni takde esen


Ulasan dan Kesimpulan:

Kebaikan:
Dalam lebih kurang seminggu pakai, memang kita dah berpuas hati sebab kulit kering tidak lagi merekah dan kulit juga rasa lebih lembap. Yang paling amazing sekali mengalahkan Amazing Nara, kulit juga kelihatan berseri-seri dan glowing gitu.

Kalau sebelum ni mekap nampak bercapuk sebab kulit kering. Tetapi lepas pakai rangkaian Hada Labo Brightening Shiro-jyun ni, memang mekap nampak cantik dan licin, malah ada glow pada bahagian-bahagian tertentu macam tulang pipi, dahi dan sebagainya. Jadi tak perlulah highlight lebih-lebih. Jimat duit highligter kita. Malah, mekap pun tahan lebih lama.

Dari segi kelembapan memang best. Tiada lagi masalah kulit kering dan merekah walaupun dok dalam bilik yang berpendingin hawa dengan dua blower di kiri dan kanan. Masa kita pergi Jepun pun, walaupun cuaca sejuk nak mampos sampai bersalji dan angin sejuk menyucuk, kulit tetap lembap je.

Sangat recommended!!

Kelemahan:
Yang kakak rasa mengecewakan, kita tak pun jadi shiro seshiro Shiro dalam cerita Shin Chan. Dengan erti kata lain, takde pun nampak kulit jadi putih satu tona dua tona mahupun tiga tona. Rasanya maintain macam biasa je. Cuma tak bertambah gelap je lah kot. Tapi secara keseluruhan, memang kulit nampak lebih berseri. Tapi kita rasa tu sebab kulit lembap kot.....

Kesimpulannya kita sukakan produk ni. Kalau tak, takdelah pakai sampai sekarang. Ye tak? Kalau dulu kita sering tertanya-tanya, cemana orang boleh mekap nampak kuit glowing-glowing macam ada lampu spotlight pancar kat kulit dia tu, sekarang kita tahu. Sesungguhnya, mekap yang glowing tu datang dari kulit yang semulajadi glowing. Gituuu.....

Hada Labo Shiro Jyun
Koleksi Shiro-jyun kita... Tepek gambar ni dulu sebagai bukti sebelum photo-shoot cecantik


Kelembapan : 5/5
Mencerahkan: 2/5
Seri               : 5/5

Sincerely,
Prettily Rare


Monday, 12 February 2018

Berbaloi Tak Jadi Pengguna Setia Maxis Postpaid?

February 12, 2018 28
Berbaloi Tak Jadi Pengguna Setia Maxis Postpaid?

Hai semua, ada sesiapa pakai Maxis Postpaid di sini?

Hotlink
Adakah Maxis Postpaid pilihan anda?

Kebelakangan ni kita banyak sikit entri tentang kepenggunaan gitu. Hahaha... Kira reviewlah ni. Mana taknya? Awal tahun ni banyak pulak dugaan berkenaan isu kepenggunaan. Antaranya Maxis  Postpaid nilah.

Nak dijadikan cerita, kita ni setia orangnya. Ecececeh... Ni bukan nak angkat bakul. Tapi salah satu nak tengok orang tu setia ke tidak, bermasalah ke tidak, boleh analisa berdasarkan berapa lama dia guna nombor telefon yang sama. Kenapa? Biasanya orang yang suka tukar-tukar nombor ni jenis ada masalah. Ada masalah hutanglah, masalah cintalah, masalah kerjalah. So nak lari dari masalah tu, paling senang adalah dengan cara menukar nombor. Eh, kalau korang tukar nombor bukan sebab ada masalah-masalah ni, tak usahlah melatah pulak ya?

Yang keduanya, orang yang setia ni biasanya jenis yang sangat pentingkan nilai sentimental (sentimental value). So kalau nak suruh dia tukar or lupakan saja nombor tu, memang susah. Kalau jenis yang suka tukar-tukar tu, maknanya orang tu nilai sentimental dia kurang sedikit. Sayangnya pun kuranglah. Eh, again. Kalau korang tak, taklah ya. Biasalah, setiap perkara ada kekecualiannya.

Ha, berbalik pada nombor telefon dan Maxis pula, kalau tak silap kita telah menggunakan nombor dan talian Maxis Postpaid ni sejak universiti lagi. Menginjak 14 tahun jugalah. Dengan Maxis Postpaid ni sebenarnya lagi banyak kenangan pahit daripada manis.

First sekali, sebelum data belum diperkenalkan, bil telefon selalu mencanak tinggi kalau selalu telefon. Maklumlah masa tu berjauhan dengan family. So selalulah telefon balik rumah. Jadinya tinggilah bil. Tapi masa tu tak rasa lagi. Sebab abang yang bayarkan bil telefon.

Lepas data diperkenalkan, selalu jadi masalah sewaktu ke luar negara pula. Ish, pantang lupa tutup data, terus bila mencanak-canak naik. Geram sungguhlah. Pulak tu Maxis Postpaid ni bukannya nak setup, gembira je dia terus-menerus caj pelanggan dia.

Yang paling tak suka sekali ada satu masa tu, kalau ada mesej-mesej mengarut macam promosi, on cinta on apa bagai, kekadang walaupun kita tak subscribe pun pada promosi dan perkhidmatan tu, cajnya kena pulak kat kita. Eh, mengarut sungguh. Bila telefon Maxis katanya tu bukan perkhidmatan daripada mereka. Tapi sebaliknya, tu dari syarikat luar. Eh, hairanlah kita. Dah tu ko biar je dia hantar mesej kat kita, tapi senang-senang caj kat kita eh? Yang peliknya, bil dicaj atas pelanggan. Patutnya cajlah orang yang hantar tu. Ni dah terbalik pulak. Caj kat orang yang terima. Ish ish ish... Masa tu extra ratus-ratus juglah kena bayar. Bila dah jadi isu seantero Malaysia, barulah masalah ni berkurangan.

Lagipun dulu ramai yang malas nak bertukar ke telco lain atau port out sebab kena tukar nombor. Tapi lepas polisi telco berubah di mana nombor tidak lagi terhad kepada sesetengah telco sahaja, hak kepenggunaan menjadi lebih berkuasa di mana kalau kita tak suka je dengan telco tu, kita boleh bertukar ke telco lain tanpa perlu menukar nombor.

Terbaru sekali ialah masalah beberapa tahun lepas iaitu sewaktu semua telco lain berlumba-lumba keluarkan pakej data murah dan panggilan serta sms percuma untuk talian domestik. Masa tulah Maxis paling banyak kena kecam. Mana taknya? Semua telco lain offer bawah seratus untuk data berpuluh Gig dengan talian dan sms percuma. Cuma Maxis je tetap dengan sombong dia. Bayar mahal nak mampos. Tapi data ciput jek. Kenalah sentiasa tambah data. Tu semua kena caj ekstra pulak tu. Choy!! Benci!

Masa tu jugaklah ramai yang port out dari Maxis dan beralih ke telco-telco lain seperti Digi, UMobile dan juga Celcom. Cuma kita yang setia bodoh je ni bertahan dengan kerenah Maxis. Tapi apa yang kita dapat? Nada! Wish birthday pun ilek you!

Senang kata macam-macamlah Maxis ni buat kat kita. Tapi kita tetap setia. Sampailah awal tahun ni bila kita semak dan audit semula perbelanjaan bersama-sama adik auditor kita tu, kita telah dihasut untuk tak payah jadi setia bodoh lagi dengan Maxis ni. Beralihlah kepada telco yang lebih jimat duit dalam poket.

Makanya pada hari itu jugalah kita pergi ke Digi untuk port out. Ambil pakej paling murah sekali untuk lebih penjimatan. Lagipun kat ofis ada Wifi, kat rumah pun ada Wifi. So, apa motif nak data banyak-banyak tak guna tu? Bukannya leh bawak mati pun. Eh!! Gitu.... Maka kita pun dah bersedialah nak ucap sayonara kepada Maxis forever. Helo Digi. Time tu jugalah kita dapat kad SIM Digi. Senang je cara nak port out atau beralih ke telco lain tanpa menukar nombor ni rupa-rupanya. Cuma pastikan bil terakhir dijelaskan tanpa sebarang tunggakan, pergi ke pusat perkhidmatan telco yang anda berkenaan, pilih pelan yang diminati, berikan kad pengenalan dan bayar deposit sahaja. Zas siap.

Selepas itu, just sit back dan relax dan akan menerima dua mesej. Mesej yang pertama tu abaikan. Mesej yang kedua dia akan tanya betul ke nak beralih talian? Jawab je ya. Lepas tu talian pun tak boleh digunakan, maka bolehlah anda menukar kad SIM dan beralih kepada telco lain dengan jayanya.

Now
Yezzaa... semua orang lebih mudah untuk port out sekarang ni.

Tup-tup petang tu, kita terima panggilan dari Maxis. Pujuk rayu macam balak yang nak kena tinggal sebab selama ni abaikan makwe dia tau. Katanya kenapa nak berubah hati? Kita pun katalah. Eh, selama ni punyalah abaikan kita. Tak wish birthday, tak sayang dan tak hargai pun kehadiran kita yang setia dah rajin bayar bil ni. Bila kita dah keraskan hati, baru sibuk nak cari balik. Sudahlah. Kita dah cekalkan hati nak ke pangkuan Digi.

Punyalah panjang sesi merajuk kita dengan Maxis Postpaid tu. Tup-tup Maxis offer henpon. Ish. Henpon murah. Takmolah kita. Last sekali dia tawarkan henpon Axus Zenfone 4 Max yang katanya harganya hampir RM800. Memula macam takmo. Tapi lepas fikir-fikir henpon kita hanyalah satu dan baru je lepas jatuh dalam jamban haritu. Terus cair kau!! Tapi masih main tarik-tarik tali lagi. Komplen pulak mahal pakej Maxis ni. RM100+ (RM98 sebelum GST) tapi dapat 30 Gig je. Eh, dia punya pujuk... Terus dia offer bagi RM88 untuk dua tahun bersama-sama tepon Axus tu.

Zenfone Max
Hai telefon baru.
Fikir punya fikir. Okaylah. Kita cuba lagi 2 tahun na! Hahaha... Maka begitulah kisah kita yang senang termakan pujuk ni.

Kesimpulannya? Maxis, anda bertuah sebab dapat pelanggan macam saya ni. Jenis setia tak bertempat ni. Kalau diikutkan kesetiaan dan pelaburan saya selama 14 tahun ni dekat awak, saya berhak dapat Iphone X tau. Awak jangan ingat lepas 2 tahun saya akan tetap setia bersama awak. Saya dah bosan jadi orang yang baik dan setia. Sebab tak berbaloi pun jadi setia. Tengoklah 2 tahun lagi nanti. Kalau awak tak wish birthday saya lagi, saya akan tinggalkan awak. Forever. Kalini saya serius tau. Jangan cuba nak sogok saya.

OXOXO
Prettily Rare

Baca juga:




Tuesday, 6 February 2018

Pentingnya Aduan dan Cara Menangani Aduan Dengan Baik

February 06, 2018 11
Pentingnya Aduan dan Cara Menangani Aduan Dengan Baik

Salam,

Harini nak buat entry berbentuk aduan lagi. Kita bukannya kaki komplen sebenarnya. Kalau boleh kita akan bersabar, tapi lepas 30 tahun hidup, kita dapati ada keperluan untuk buat aduan daripada hanya mendiamkan diri. Kenapa? Zas.. Mari kita lihat kenapakah anda perlu komplen atau membuat aduan daripada mendiamkan diri.

jom komplen
Kenapa perlu buat aduan?

Yang pertama sekali, memang lumrah dan kebiasaan orang Malaysia  terutamanya yang lebih suka bersabar dan mendiamkan diri sahaja bila ada ketidakpuashatian. Tak kisahlah sama ada dari segi perkhidmatan, dari segi hubungan ataupun lain-lain. Bersabar memang perkara baik, tetapi aduan merupakan satu saluran maklumbalas tentang sesuatu perkara supaya pihak yang terbabit sedar tentang ketidakpuashatian tentang sesuatu perkara atau menyedari kesilapan yang telah mereka lakukan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Kenapa perlu mengadu atau berikan maklum balas atau dalam bahasa Inggerisnya why do you need to lodge complaint?

1. Supaya pihak terbabit tahu apakah isu atau masalah yang wujud
Jangan tak tahu, ramai orang atau syarikat tak sedar langsung apa masalah dengan diri mereka. Yalah, kalau tak ada yang beritahu, macam mana nak tahu pulak? Bukannya semua orang ada kebolehan untuk baca apa yang terbuku di minda sesiapa. Jadik kalau ada maklum balas, gunakanlah saluran yang berkaitan untuk membuat maklum balas. Maklum balas ni tak semestinya aduan. Kalau positif pun boleh juga buat maklum balas, supaya tindakan positif tu akan terus dikekalkan.

2. Supaya isu dan masalah tersebut dapat diperbetulkan
Manusia biasanya mengadu bukannya kerana dia nak mengadu sahaja. Tapi sebaliknya dia nak ada tindakan yang diambil dan diperbetulkan. Tak ada sesiapa pun nak mengadu kosong sahaja. Tak dapat apa-apa. Sia-sialah gamaknya. In the first place sekali, aduan tu datang sebab ada isu atau masalah timbul. Jadinya, tentulah kita sebagai pengguna nak masalah tu diselesaikan. Ya tak?

3. Supaya tiada yang perlu mengalami masalah yang sama
Bagi saya, aduan sangat-sangat perlu dilakukan supaya pisang tak berbuah dua kali. Bukan sahaja pada orang yang sama, tetapi juga pada orang-orang yang lain. Kalau anda mengadu, mungkin anda dapat menyelamatkan orang seterusnya dan lebih ramai lagi orang ditimpa masalah yang sama. Makanya, jadilah seorang 'pengadu' untuk memastikan dunia ini lebih indah untuk semua orang.

4. Supaya aduan direkodkan  untuk rujukan atau keperluan akan datang
Point ni agak berkait dengan yang sebelumnya. Ingat, kita kena pastikan aduan perlu direkodkan kerana ada sahaja pihak yang akan sengaja berdolak-dalih tentang kesilapan mereka. Paling bagus sekali, pastikan aduan tersebut dibuat dalam bentuk bertulis dan simpan satu salinan bagi rujukan diri sendiri. Mana taknya? Dunia sekarang semua perlukan bukti. Tanpa bukti, mati teraniaya pun tak dapat nak bela diri.

punca aduan
Perkhidmatan Yang Menghampakan

Okay, jadinya para pengguna-pengguna sekalian. Marilah kita buat aduan secara berjemaah ya? Tapi ingat, pastikan anda menggunakan saluran yang betul. Aduan yang berkesan adalah aduan yang dibuat dengan menggunakan identiti sendiri. Bukannya jadi seperti pahlawan papan kekunci (keyboard warrior) bak kata Google Translate. Jangan bersembunyi di sebalik identiti palsu dan hanya mengomel jika ada tidak puas hati. Buatlah aduan rasmi.

Kita bukanlah pakar pun dalam bidang khidmat pelanggan ni. Tapi sebagai pengguna, kita yakin dan pasti mana-mana pengguna pun akan tahu apa yang penerima aduan tak patut lakukan. Ini adalah senarai yang sebuah syarikat atau pusat khidmat pelanggan tak patut buat apabila menerima aduan:

Apa Yang Penerima Aduan Tak Patut Buat?

1. Pandang Remeh Aduan
Ni merupakan satu masalah sikap yang selalu ada di kalangan penerima aduan. Aduan pengguna seringkali diabaikan dan dipandang enteng. Bila anda buat begitu, maknanya di mata anda, pengguna itu tak penting. Itukah sikap dan imej yang kamu mahu tonjolkan?

2. Bersikap Defensif dan Gagal Menunjukkan Sikap Empati
Kadangkala pengadu ni cuma nak meluah perasaan selain mahukan masalahnya diselesaikan dengan kadar segera. Kalau anda bersikap empati dan bertimbang rasa, tentunya mereka akan mudah lembut hati, memaafkan dan melupakan sahaja perkara tersebut. Tetapi kebanyakan masanya, penerima aduan terlalu bersikap defensif dan tidak mempunyai empati terhadap perasaan pengadu. Apa? Ingat kami ni saja-saja nak mengadu? Kalau bukan kerana ada masalah dari pihak kamu, kami pun tak perlu membazir masa untuk mencari dan memohon penyelesaian daripada anda.

3. Sambil Lewa dan Tiada Keikhlasan
Rata-rata pengguna selalu rasa diperkecilkan kerana sikap penerima aduan yang satu ini. Mentang-mentanglah pengguna itu hanya pengguna biasa, bukannya VVIP, makanya aduan kami pun dibuat sambil lewa, malah ada yang masih sempat bertepuk tampar dan gelak-gelak di kaunter sewaktu menguruskan aduan. Helo? Saya ada masalah tapi sempat pula kamu berseronok pada waktu kerja ya? Sewaktu terima aduan, sepatutnya kamu fokus dan serius. Barulah kami dapat rasa keikhlasan anda melaksanakan tugas.
Berjemaah
Pengguna Telefon dan Membuat Aduan Untuk Mendapatkan Penyelesaian

4. Memberikan Jawapan Yang Generik dan Terlalu Umum
Ni satu lagi yang paling pengguna benci. Seringkali jawapan yang kami terima sangat menghampakan dan mengecewakan kerana tiadanya personalisasi dalam menguruskan aduan. Semuanya jawapan generik dan tidak khusus kepada aduan yang kami laporkan. Setakat berikan jawapan mengikut templat atau format yang disediakan, baik kami bercakap dengan dinding sahaja.

5. Mengelak dan Menolak Tanggungjawab
Ni paling kerap berlaku. Dah bersalah tapi pandai-pandai pula tuding jari ataupun cuba mengelak diri. Biasalah, siapa mahu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan atas perkara negatif? Tapi tahukah anda kebanyakan perkara boleh selesai hanya dengan meminta maaf , mengakui kesilapan dan memperbetulkan keadaan? Masalahnya banyak pihak yang terlalu ego untuk berbuat demikian dan akibatnya kes tersebut berpanjangan. Inilah yang dikatakan you win the battle, but lose the war. Anda mungkin memang pada masa itu, tetapi kalah pada jangka masa panjang.

6. Tidak Sedikit Pun Merasa Kesal Dengan Apa Yang Berlaku
Yang ni paling menggeramkan. Ramai yang langsung tidak merasa kesal dengan apa yang dihadapi dan dilalui oleh pengguna walaupun pengguna telah meluahkan ketidakpuashatiannya. Malah ada yang seperti mempersendakan pula perasaan kecewa dan tidak puas hati pelanggan dan pengguna dan menganggap reaksi dan tindakan kami berlebihan.

7. Tidak Menghargai Aduan
Syarikat yang bijak adalah syarikat yang menghargai aduan. Mereka yang negatif hanya akan memandang aduan sebagai sesuatu yang negatif, tetapi mereka yang positif akan menganggap aduan sebagai satu peluang. Peluang untuk memperbaiki diri, menawan dan menambat hati pelanggan dan menuju kecemerlangan. Syarikat yang hebat adalah syarikat yang dapat menukar pengadu tentang servis dan perkhidmatan mereka menjadi penyokong tegar servis dan perkhidmatan mereka kerana rasa dihargai dengan cara mereka menangani aduan.

When Handling Complaint
Empati sewaktu menangani aduan adalah penting

Selalu kita tengok, sesebuah syarikat, kedai, restoran atau individu tak sedar langsung kenapa pelanggan lari, perniagaan tak laku, kawan menjauh. Contohnya Kedai A, mula-mula buka bukan main ramai lagi pelanggan. Tapi saban hari makin berkurangan pelanggannya. Sampai tauke pun naik hairan. Nak kata ada orang tak puas hati, tak ada pula complaint.

Eh, jangan tak tahu, kebanyakan rakyat Malaysian ni tak berapa out-spoken, suka memendam rasa dan tinggi kesabaran dan keimanannya. Jadinya, cara mereka buat aduan, bukannya dengan meluahkan kata-kata, tapi sebaliknya dengan cara berhenti menyokong atau berhenti datang ke sana. Nilah tahap protes yang paling tinggi sekalilah.  Yang paling teruk adalah impaknya jika mereka terus mengongsikan pengalaman buruk mereka dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Sebab itulah sebaik-baiknya sediakan saluran membuat aduan atau maklumbalas yang betul, serta tanganinya dengan baik. Kerana pada tahap ini, anda masih boleh lagi memenangi hati mereka. Tetapi kalau mereka telah mengambi keputusan untuk memboikot anda, maka tiada lagi peluang untuk berbuat demikian.

Jadinya, tentu anda tak nak pelanggan anda tahu-tahu saja hentikan perkhidmatan, terus boikot anda, betul tak? Makanya, hargailah setiap aduan yang diterima, dan pastikan aduan tersebut ditangani dengan baik. Sebabnya? Kan dah kata, rata-rata pelanggan ni lebih memendam rasa, tapi kalau dah bersuara tu, maknanya dia betul-betul tak boleh tahan, ataupun dia benar-benar kecewa dan harap akan ada tindakan yang dapat memperbetulkan situasi.

Ya, saya tahu bukannya mudah untuk menjadi pegawai khidmat pelanggan. Dan pegawai khidmat pelanggan merupakan kerja yang mempunyai kadar turnover yang paling tinggi. Tapi... bukankah itu cabaran yang sememangnya anda perlu hadapi?


Wednesday, 31 January 2018

Boat Noodle Lancar Tambahan Menu Lazat Sempena Tahun Baru

January 31, 2018 18
Boat Noodle Lancar Tambahan Menu Lazat Sempena Tahun Baru

Hai semua,

Harini kita nak buat food review tambahan menu Boat Noodle sempena tahun 2018. Kisahnya, kita berbesar hati kerana berkesempatan untuk menyertai Majlis Blogger Boat Noodle pada 20 Januari lepas. Oleh kerana terlalu banyak drama swasta yang telah berlaku selepas tu, antaranya Hariz masuk wad dan sebagainya, makanya entri ini telah lama tertangguh.

portion kecil
Mi sampan ni portionnya kecil je, tu leh makan bermangkuk-mangkuk

Oh ya, sebelum sambung tentang menu tambahan Boat Noodle, mari kita ceritakan sedikit sebanyak tentang Boat Noodle terlebih dahulu. Idea restoran Boat Noodle ni diinspirasikan daripada konsep makanan jalanan Thailand iaitu Kuey Teow Ruer atau mi sampan (boat noodle). Mi sampan /boat noodle atau kuey teow ruer dalam Bahasa Siamnya ini berasal dari Ayutthaya, iaitu pasar terapung di Thailand.
Ha, nilah pasar terapung yang kita maksudkan tu
Outlet pertama Boat Noodle yang pertama pula dibuka pada tahun 2014 di Empire Damansara dan pada mulanya hanya menghidangkan mi sampan semata-mata. Tetapi kemudiannya, lebih banyak menu makanan jalanan Thailand turut diperkenalkan kerana dapat sambutan orang ramai.

Ha, pada yang dah pernah makan kat Boat Noodle ni, janganlah marah yer baca pengenalan ni. Sebabnya, ramai je yang tak pernah makan lagi kat sini.

Majlis blogger kalini diadakan dengan ofis lama kita di Empire Damansara. Apa yang kita paling suka tentang menyertai majlis-majlis blogger ni adalah kerana kita dapat jumpa dengan rakan-rakan blogger dan kenal blogger-blogger baru. Ramai juga blogger-blogger yang datang event kali ini.
Semuanya bukan main berdedikasi lagi buat review, ada yang ambil gambar sampai berdiri atas kerusi, tertonggeng, terliuk, terlentok Semata-mata untuk menghasilkan gambar dan kandungan media sosial yang terbaik.

Restoran ditutup kepada orang ramai kerana ada majlis blogger ni

Zass!! Jom kita lihat apakah antara menu-menu tambahan tahun 2018 ini...

1. Prosperity Yum (Beef/Chicken) Springy Noodles


boat noodle
Yang dua belah atas tu yang Springy Noodlenya. Yang bawah tu bukan
Harga: RM1.99 / mangkuk
Komen: Springy noodles ni memang kenyal. Rupanya macam mi maggi tetapi jauh lebih kenyal. Kuah tomyamnya pada mulanya saya rasa kurang menyengat rasanya terutamanya bagi mereka yang sukakan makanan pedas macam saya. Tapi bila difikirkan kembali, mestilah diorang kena buat yang sedang-sedang sebab nak sajikan kepada pelanggan yang lain kehendak dan citarasanya. Sebab itulah diorang letak pelbagai bahan perasa supaya pelanggan boleh adjust sesedap rasa. Lepas tambah chili flakes, ternyata kuah tomyamnya sangat memikat kalbu. Yums!!

2. Prosperity Yum (Beef/Chicken) Thai Rice Noodle
Boat Noodle
Aha, yang ni semuanya rice noodle
Harga: RM1.99 / mangkuk
Komen: Saya lebih gemarkan rasa Thai Rice Noodle jika dibandingkan dengan Springy Noodle. Rasanya sedikit seperti suun tetapi lebih tebal dan warnanya juga agak jernih. Bab kuah tomyamnya. Sama sahajalah seperti komen di atas.

3. Thai Fried Chicken

Harga: RM12.90
Komen: Aha, inilah menu baru kegemaran saya dan saya pasti semua blogger lain pun turut bersetuju. Mana taknya? Setiap kali hidang je, terus licin. Hidang lagi, licin lagi. Memang rangup betul Thai Fried Chicken ni, rasanya yang berempah dan sedikit pedas lagilah menambah kejutan anak tekakku dan rasa macam nak makan lagi, dan lagi dan lagi. Biasanya kalau makanan bergoreng ni, kita akan rasa cepat muak. Tetapi Thai Fried Chicken ini tidak. Asyik rasa nak sumbat dalam mulut tanpa henti je. Walaupun digoreng, tapi tak rasa berminyak langsung. Memang super recommended.

4. Blue Butterfly
boat noodle
Sekejap biru... piring belah kiri tulah air perahan limau

boat noodle
Sekejap purple.. Aha, dah letak je air perahan limau, terus jadi purple


Harga: RM5.50
Komen:Bila dah makan makanan bergoreng, memang bestlah kalau dapat air manis yang sejuk-sejuk. Memang gandingan yang bagus. Magiknya minuman Blue Butterfly ni, ia boleh bertukar warna apabila minuman ini dicampur dengan perahan limau nipis yang disediakan. Daripada warna biru, terus tukar jadi warna ungu. Sungguh mempesona begitu. Rasanya macam minuman soda + air limau nipis, rasanya memang sangat menyegarkan sekali. Manis pula sedang-sedang sahaja. Kalau bukan kerana fikirkan faktor kalori minuman lebih tidak berbaloi, dah lama kita order dua tiga gelas lagi.

5. Mango Smoothie
Yummy, mango smoothie

Harga: RM5.50
Komen: Aha, pandai betul Boat Noodle kerana keluarkan smoothie berperisa mangga. Yalah, kalau kat Malayia ni, siapa mampu katakan tidak kepada mangga? Eh, gitu. Mangga ni memang dah macam buah-buahan yang malar segar kat Malaysia ni. Apa-apa sekalipun terutamanya pencuci mulut kalau letak mangga je terus nampak menariklah. Gitu! Tapi bagi kita minuman ni kalah kat Blue Butterfly sebab rasanya terlalu manis. Tapi lain orang lain citarasanya kan?

Jadi bagi mereka yang ada rancangan nak pergi makan tengah hari atau makan malam atau bila-bila masa sahajalah, jangan lupa untuk cuba menu baru dan menu tambahan Boat Noodle ni tau. Rugi weh kalau tak cuba.
Semuanya menyelerakan. Rasa nak telan semua je
Yumms... ada yang sudi belanja?

Semua menu ini adalah terhad sehingga hujung bulan Februari sahaja. Oh tidak! Makanya kenalah bertindak segera ya? Dan, kalau anda dah cuba dan suka, jangan lupa untuk  rekemenkan kepada rakan-rakan yang lain. Kenapa? Kerana kalau sambutan terhadap menu ini tinggi, maka pihak Boat Noodle akan mengekalkan menu-menu tersebut dalam menu mereka. Yeay!!!

Boat Noodle, tolonglah kekalkan menu kegemaran kita iaitu Blue Butterfly dan Thai Fried Chicken tu ya? Please~~~~

Thai Fried Chicken
Memang delicious dua-dua ni. Nak repeat!

Sekian ulasan ikhlas oleh
Prettily Rare

Baca juga:



Tuesday, 30 January 2018

Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel

January 30, 2018 8
Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel

Assalam semua,

Harini nak cerita sikit fasal pengalaman yang sangat baru berlaku. Pengalaman telinga anak bongsuku, Hariz Rizki tersumbat pensel. Secara spesifiknya, karbon pensel warna. Hijau pulak tu. Heshhh!!

Patah
Aha...hujung pensel tu lah yang masuk dalam telinga Hariz ya, tuan-tuan dan puan-puan.

Selama 6 tahun bergelar mak, tak pernah sangka satu hari nanti kena deal dengan perkara macam ni. Apalah budak-budak ni nakal sangat main pensel tersumbat telinga kan? Kita pun hairan wak... Kita dulu pun tak main sumbat-sumbat barang kat telinga. Kalau paling teruk pun tarik rambut sampai putus jek.

Kisahnya begini, hari Ahad biasanya memang hari untuk kita uruskan kerja-kerja rumah, baju, anak dan macam-macam lagi sebelum kena kerja keesokan harinya. So biasanya dari segi anak-anak, kita akan potong kuku dan korekkan telinga diorang malam Ahad, sebelum tidur. Yerlah, kan sunat potong kuku Hari Isnin, Khamis dan Jumaat gitu...

Biasanya kita jenis main korek je telinga anak-anak. Dah setiap kali tu memang puas hati lah tengok telinga dia yang kotor tu jadi bersih.Tapi kalini entah kenapa kita terdetik nak teropong tengok telinga Hariz tu. Dan bila kita teropong, kita terkejut bila tengok ada benda warna hijau tersumbat dalam telinga Hariz. Dua tiga kali jugalah kita tengok untuk pastikan kita tak tersilap tengok. Eh, betullah. Ada benda hijau menutupi keseluruhan telinga Hariz. Pelik ni....

So mulalah sesi interview dan soal siasat seorang mak kepada anaknya. Tanya apa dia buat kat telinganya, sakit ke tak dan macam-macam lagi. Hariz biasalah...Bulatkan mata dia buat muka tak bersalah, then cakap ,"Mia masukkan colour pencil dalam telinga Hariz. Warna Hijau." Aik? Mak tak cakap pun ko tau yer warna apa nak? Apa lagi? Terus I jeling tajam kat Mia. Malam tu juga pergi jumpa doktor kat klinik panel. Doktor klinik tu tak berani buat apa-apa. Dia bagi referral letter, rujuk hospital.

Memula nak pergi SALAM, tapi doktor suruh pergi hospital yang lebih besar. Terfikir juga nak pergi Hospital Shah Alam, tapi memandangkan fobia dengan pengalaman adik dan kawan yang tunggu berjam-jam tapi tak diambil tindakan, terus kensel niat. Pergi Klinik dan Surgeri pula, bila call dia kata boleh buat. Tapi lepas sampai, doktor check tak boleh buat apa-apa juga, disarankan rujuk Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Doktor sarankan pergi Kecemasan SJMC. Waktu tu dah pagi buta, esok nak kerja nak hantar Mia lagilah. So kita macam was-was ada ke doktor ENT pagi-pagi buta ni?
Tapi doktor yakinkan pergi juga sebab katanya biasanya ada doktor pakar ENT on-call.

Emergency Room
Dua kali wo datang sini dalam masa seminggu gara-gara karbon pensil tu

Makanya, kita pun usunglah Hariz pergi kecemasan. Mia dah mengantuk sangat. Sebelum pergi kecemasan, sempat hantar dia balik tidur dulu. Kesian pula kalau nak angkut dia sekali.  Sampai Emergency Room aka Bilik Kecemasan Subang Jaya Medical Centre (SJMC), ada standard procedure lah yang kena lalui. Lepas tu, masuk bilik doktor, doktor minta kita rujuk pakar ENT dan bagi kita appointment esok pagi. Dia kata keadaan telinga Hariz tu ada kemungkinan boleh menyebabkan infection tapi nothing to be worried.

Memandangkan doktor kata tak urgent, kita pun cadangnya nak bawa Hariz pergi Pakar ENT pada hari Sabtu. Lagipun kita baru tukar kerja, tak ada dan tak dapat minta cuti. Dah check siap-siap mana pakar yang paling dekat. Menghampakan sungguh bila tahu kat Shah Alam ni tak ada Klinik Pakar ENT okay? Yang paling dekat pun dekat Subang Jaya. Alternatif lain, Klang dan Puchong. Haish....
ENT
Nilah Doktor Puravi nya, gambar ihsan Google

Memandangkan appointment yang boleh slot in hanyalah pukul 2, dan kebetulan kita ada hal pukul 2 tu, kita pun mintalah kawan untuk hantar Hariz ke Subang Ear, Nose and Throat Specialist, Subang Jaya. Dalam pukul 3 lebih, kawan telefon, doktor dah hampir berjaya keluarkan tapi bila dah hampir je, Hariz jerit-jerit tak nak berikan kerjasama. Makanya kita pun bergegaslah pergi ke klinik pakar tu untuk teman Hariz. Adik kita pun ikut sekaki sebab Hariz ni lagi takut dengan mak cik dia berbanding maknya.

Sampai klinik, Hariz still tak mahu beri kerjasama. Setiap kali dah hampir dengan bendasing dalam telinga Hariz aka karbon pensel tu je, Hariz gerak dan tak mahu duduk diam. Lepas 4-5 kali cubaan. Doktor menyerah kalah. Dia kata Hariz jenis tak boleh duduk diam dan disarankan masuk wad untuk buat prosedur keluarkan bendasing (foreign object) dalam telinga Hariz. Doktor kata kalau nak masuk wad, tak perlu buat hari yang sama pun tak apa sebab tak urgent. Tapi kita fikir-fikir balik, malas nak hal ni berpanjangan, dan kita pun setuju untuk dimasukkan ke wad. Makanya, Dr Puraviappan Periyannan, selaku doktor pakar ENT pun laju-laju menghubungi SJMC untuk book bilik pembedahan (operating theatre). Kita pula, dengan sehelai sepinggang tak bawak apa-apa dari rumah, pasrah je lah pergi Wad Kecemasan SJMC.

Untuk tujuan pembedahan, Hariz kena puasa sekurang-kurangnya 6 jam. Jadi oleh kerana Hariz last makan pada pukul 1 petang. Paling awal pun pukul 7 malam baru boleh lakukan prosedur keluarkan karbon pensel tu. Tapi operating theatre hanya kosong pada pukul 9 malam. Kita laju-laju je kata okay kerana tak mahu igauan berpanjangan. Then doktor suruh laju-laju pergi Bilik Kecemasan SJMC untuk dimasukkan ke wad dan seterusnya dibedah.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 7.30 berjayalah masuk wad. Then dalam pukul 8 misi dah suruh masuk ke bilik pembedahan.
warded
Prosedur biasa, check tekanan darah bagai

coz he's going to be admitted
Dia tak tahu lagi nasib dia masa ni.

ditolak ke wad pesakit
Menuju ke wad pesakit

Dalam 8.45 doktor bius datang explain kaedah bius Hariz. Katanya Hariz takkan disuntik dengan jarum, sebaliknya akan gunakan sejenis gas yang akan membuatkan dia tidur. Magic gas katanya. Terus terfikir, adakah gas ini gas yang sama masa kita bersalin dulu? Dia pun cakap, efek gas tu berlainan mengikut individu. Ada yang akan tertawa, ada yang akan menangis, tapi yang penting, penjaga atau mak bapak kena bertenang, barulah anak pun akan bertenang.

SJMC
Memasuki Dewan Pembedahan

Operating Theatre, SJMC
Hariz sementara menunggu giliran

Tepat pukul 9, Hariz dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan untuk prosedur keluarkan karbon yang tersumbat dalam telinga dia. Kita pula tunggu luar sambil mengisi perut yang lapar. Dalam masa 10 minit macam tu, Doktor Puravi dah keluar kata semuanya okay, foreign object dah berjaya dikeluarkan. Dia juga explain karbon pensil tu dah kena kat gegendang Hariz, tu yang dia menjerit masa nak keluarkan kat klinik. Katanya lagi, mujurlah prosedur tak dilakukan di klinik kerana risiko gegendang telinga Hariz akan luka atau cedera memang sangat tinggi. Dengar je doktor cakap camtu, terus rasa bersalah sebab ingatkan Hariz ngada-ngada jerit sakit. Sob sob sob, sori sayang.
in the ear
Bendasing aka foreign body yang dikeluarkan dari telinga Hariz

Dalam masa 5 minit camtu, dah boleh masuk tengok Hariz. Hariz mamai-mamai lagi. Kita pun tanya doktor adakah Hariz dah boleh makan sebab kesian si gemok tu lapar sangat dah  8 jam tak makan. Misi and doktor kata minum air and dah boleh makan sikit-sikit. Kalau Hariz muntah, kena maklumkan pada diorang.

So, balik je bilik, kita terus ajak Hariz makan kat FamilyMart, SJMC. Bahagia je mamat tu. Malam tu kita bermalam kat wad dengan senyum di muka sebab satu masalah dah selesai.
Family Mart
Memula Hariz makan aiskrim

Family Mart, SJMC
Lepast tu Hariz melantak Oden pulak

Family Mart
Last sekali, Hariz minum minuman yogurst

SJMC
Lepas tu balik dah wad, rehat pulak

Esoknya, doktor datang lagi untuk tengok Hariz. Bila check keadaan Hariz semua normal, dia kata Hariz dah boleh discharge. Tak ada rawatan susulan dan tak ada ubat. Doktor tekankan sekali lagi mujur prosedur dilakukan dengan segera dan dilakukan di hospital kerana dah kena kat gegendang.

Bagi yang berhajat nak jumpa doktor ENT, kita memang sarankan sangat Dr Puravi sebab sangat profesional. Walaupun berkali-kali cuba untuk keluarkan karbon pensel tu daripada telinga Hariz tapi tak berjaya, dia tetap sabar dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan konsultasi yang terbaik.

Maklumat Dr Puravi adalah seperti berikut:

Dr Puraviappan Periyannan
Board-certified ENT specialist and Head and Neck Surgeon
Subang JayaSubang Ear, Nose & Throat Specialist Clinic (691321-P)
29B, Second Floor, Jalan SS15/5A, Subang jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor
No Tel: 03-5621 1909
Working Days: Monday to Saturday
Working Hours: 9.30 - 6pm (Mon-Fri)
                           9.30 - 3pm (Sat)
*Please call and make appointment before coming.


Da~~~


Sunday, 21 January 2018

Mudahnya Rancang Penerbangan Dengan Traveloka

January 21, 2018 24
Mudahnya Rancang Penerbangan Dengan Traveloka

Salam hujung minggu semua,

Apa khabar? Tengah buat apa tu? Rentetan kerja yang teramat sibuk, hujung minggu macam ni barulah kita ada masa nak berangan sekejap. Tu pun sambil-sambil nak tunggu mesin basuh cuci baju.

Alkisahnya tahun lepas target kita untuk ke Hong Kong tak kesampaian. Mana taknya? Hujung tahun lepas, satu-satu masanya yang kita ada kelapangan, ada pula kursus terjemahan selama 2 minggu. Jadi, terpaksalah batalkan niat untuk pergi ke Hong Kong. Makanya 'travel wishlist' tahun lepas pun tak completelah dan terpaksa ditunda ke tahun ini.

Hujung-hujung minggu macam ni banyak perkara yang kena diselesaikan. Memang stressful. Sekarang kita faham kenapa mak-mak cepat sangat tua berbanding bapak-bapak. Sob sob... Jadi, di waktu kelapangan ni, kita pun nak acah-acah plan percutian kita ke Hong Kong sempena hari jadi kita nanti. Konon-kononnya self-rewardlah ni. Kih kih kih...

Then The World
Travelokalah ke seluruh dunia... Gitu!


Mudahkan Rancangan Penerbangan
Bagus betul Traveloka ni, mudah nak rancang penerbangan


Destinasi kali ini
Destinasi sasaran kita kali ini - Hong Kong

Kalau planning cuti, memang banyak platform online yang boleh memudahkan kerja-kerja. Kalini kita nak cuba tempah penerbangan ke Hong Kong dengan Traveloka. Kenapa Traveloka? Sebab Traveloka menawarkan ciri-ciri online flights booking dengan senang. Mana taknya? Dengan merancang perjalanan menggunakan Traveloka, kita dapat membuat perbandingan harga-harga penerbangan pelbagai syarikat penerbangan dalam masa yang sama. Tak perlulah susah-susah buka 2-3 windows atau tab syarikat penerbangan yang sama semata-mata nak tengok mana satu harganya lebih murah dan berbaloi. Hahaha.... Siapa pernah buat macam tu? Tak  yah segan nak mengaku. Sebab dulu kita pun tergolong dalam senarai tu juga. Tapi sekarang, lepas dah jadi bijak, kita gunakan Traveloka je.

Ha, jom tengok macam mana caranya nak rancang penerbangan ke Hong Kong.... Mula-mula sekali, mestilah kena buka laman sesawang Traveloka. Lepas tu kita taiplah Hong Kong. Tarikh? On my birthday iaitu 9/9/2018 sampailah 16/99/2018. Betul-betul self-reward ni, sampai seminggu nak bercuti!

Trip to Hong Kong
Ahad sampai Ahad gitu plannya


Kemudian list penerbangan yang ada akan keluar. Traveloka ini partner dengan kebanyakkan syarikat penerbangan yang ada jadi info yang ada nanti adalah tepat. Jangan risau kena tipu kerana diorang sudah establish, mempunyai perkhidmatan pelanggan 24 jam, sangat professional dan sangat menyokong kehidupan travellers. List yang keluar nanti akan beri flight info yang detail, masa dan juga harga. Dalam contoh rancangan penerbangan kita ni, banyak jugalah syarikat penerbangan yang keluar, antaranya Vietnam Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia dan banyak lagi.

Flight Comparison
Scoot tu apa? Murahnya.. Klik, jangan tak klik

Lepas difikir-fikirkan, kita ni memang jenis dah tua kerepot, so, mana-mana penerbangan yang lebih daripada 4 jam, kita lagi suka naik national carrier. Dan walau jimat naik penerbangan yang ada flight transfer, kita tak larat, kita lagi suka naik direct flight. Makanya, Malaysia Airlines telah menjadi pilihan hati.

Using Traveloka
Boleh tahan murah juga dah ni.

Malaysia Airlines
Mestilah round trip. Tak sampai 900. Murah lagi ni

Terharu sekejap boleh book round trip flight to Hong Kong, naik Malaysia Airlines tapi harganya tak sampai RM900 pun. Maka nikmat apa lagi yang kau dustakan? Eh, gitu! Rezeki ni. Alhamdulillah.

Malaysia Airlines
Kalau dah confirm nak yang ni, bolehlah tekan continue to booking

Lepas fikir masak-masak dan congak segala bajet serta kemungkinan, bolehlah korang terus continue to booking tanpa berpaling lagi. Hahaha..

Sebaik sahaja korang tekan continue to booking, inilah masanya untuk isikan maklumat peribadi korang. Kalau rasa-rasa nanti nak book pakai Traveloka lagi, terus jelah sign up supaya lepas-lepas ni, tak payah lagi susah-susah isi maklumat peribadi sebab semua maklumat akan tersimpan dengan selamatnya.

Traveloka
Lepas tu kena la log in or register.. Kalau tak nak, boleh isi je contact details.

Biasalah, kalau semua dan yakin. Apa lagi? Dah tiba masanya untuk buat bayaran. Masa nilah korang akan rasa separuh hati ku pergi bersama-sama duit bayaran yang korang bayar tu...sob sob sob. Biasalah tu, nak sesuatu, kenalah korbankan sesuatu yang lain. Dalam kisah ini, nak travel, kenalah korbankan duit titik peluh korang tu...Uwa!!

Payment for flight booking
Babai RM900 ringgit....
Traveloka
Debaran proses menempah tiket terbang...
Selesai semuanya, emel pengesahan dan resit akan dihantar ke dalam inbox email korang. Makanya bolehlah mula plan itinerary di Hong Kong pulak. Dalam kes kita ni, kita dah ada dah pun itnerarynya. Flight dan Hotel saja yang takde.

Aiyoyoyoyo! Kenapalah kita blur sangat? Traveloka bukan sahaja menawarkan perkhidmatan untuk menempah penerbangan, malah nak tempah penginapan pun boleh jugak. Makanya, laluilah langkah-langkah yang tadi tu sekali lagi tapi kali ini untuk hotel pulak....

Bila siap dan selesai semua ni, langkah terakhir cumalah tunggu hari tersebut untuk menjelma. Bagi kita, tulah langkah yang paling susah untuk dilalui oleh semua traveler. Sob sob sob....
Percutian
Hai Hong Kong, tunggu daku datang
Maka sekian perkongsian kita kali ini, baju dalam mesin basuh pun dah fed up kita tak datang-datang untuk menyidainya. Kita nak pergi sidai baju dulu.

Bagi korang-korang yang nak travel, jangan lupa bandingkan harga penerbangan dan tempah sahaja di Traveloka ya?

Da~~~~


OXOXO
Prettily Rare