Monday 19 February 2018

Review: Hada Labo Brightening Shiro-jyun Series


Hai semua,

Lama dah kita tak buat entri tentang kecantikan. Mana taknya? Kita jenis yang jarang-jarang tukar produk. Then kalau nak tulis ulasan produk (product review) pun, kena pastikan dah pakai sekurang-kurangnya 3 bulan. Kalau setakat pakai one-off, cemana nak ulas kebaikan dan keburukan produk tu? Ye dok? Kecuali produk tu sangat teruk. Sekali pakai je dah merengsa kulit, takkanlah masih nak teruskan penggunaan pula? Takut....

Macam biasa, di sebalik setiap produk yang kita gunakan, pasti ada kisah di sebaliknya. Kisah tentang Hada Labo Brightening Shiro-jyun ini bermula pada Januari 2017 di mana pada hujung tahun 2016, kita dah start aktif bersiar-siar di taman rekreasi selepas waktu bekerja. Dalam pukul 5 camtu, kita akan pergi ke TTDI Park untuk berjalan dua-tiga kali pusingan sampailah pukul 7. Efeknya? Berat turun tu memanglah turun, tapi masalah baru pulak timbul. Kulit gelap. Uwaaaaa!! Pada waktu tu pula, kita tak pakai apa-apa produk sebab tengah rehatkan kulit.

Jadi, ni kira gali lubang tutup lubanglah ni ceritanya. Masalah kebulatan dah surut, masalah kekusaman dan kegelapan kulit pula yang timbul. Eh, mana leh! Kita takmo lah dah kurus tapi kusam pulak. Kah kah kah... Nak kurus dan berseri-seri. Makanya pulalah pencarian produk yang mampu mencerahkan kulit, melembapkan kulit dan mencantikkan kulit gitu. Mencerahkan kulit tu untuk aktiviti bersidai kita petang-petang. Kulit pun kena pastikan lembap sebab lepas bersidai, esoknya keja dalam suasana berpendingin hawa yang sejuk nak mampos sampai merekah kulit. Cantik kulit, eh! Siapa tak mo kulit cantik? Ye dak?

Makanya banyak jugalah research yang dilakukan. Pastu memandangkan cleansing oil yang kita gunakan untuk mencuci mekap sebelum ini memang daripada jenama Hada Labo. Kita pun ambil keputusan untuk cuba Hada Labo Brightening Shiro-jyun. Shiro ni dalam bahasa Jepun maksudnya putih. Tu anjing Shin Chan nama dia Shiro. Si putih la tu maknanya. Jyun tu pula atau dalam bahasa Cinanya Run4 tu maksudnya lembap. Aha, cuba jelah. Dah la putih, lembap pulak tu. Kotlah kena dengan kita.

Brightening Series
Tepek sikit iklan dalam bahasa Jepun 
Meh kita lihat apa yang ada dalam rangkaian produk Hada Labo Brightening Shiro-jyun ni.


1. Hada Labo Shiro-jyun Clear Lotion  (5.7 fl oz/170 mL)
Shiro-jyun Clear Lotion
Shiro-jyun Clear Lotion
Memperkenalkan produk langkah pertama dalam rangkaian produk Hada Labo Brightenign Series ni iaitu Hada Labo Shiro-jyun Clear Lotion. Ala, nama je Clear Lotion. Padahal struktur dia macam air dan fungsinya macam toner je you.... Tak pekat pun. Makanya lepas cuci muka, tepeklah clear lotion yang macam toner ni. Walaupun struktur dia macam air atau toner, tetapi fungsinya untuk melembap amatlah vavavoom. Memang rasa lembaplah muka.


2. Hada Labo Shiro-jyun Milk  (4.7 fl oz/140 mL)
Shiro Jyun Milk
Shiro-jyun Milk
Lepas dah tepek toner tadi tu, maka bolehlah korang tepek Shiro-jyum Milk ni pulak. Yang ni memang macam losyenlah. Tak payah letak banyak-banyak. Sikit je. Sebab toner tadi pun dah cukup melembap, kalau ni tepek banyak-banyak nanti rasa macam berat pula tepekan produk pada muka anda. Tapi serius dalam banyak-banyak produk, produk ni paling jimat sekali sebab yang lain semua dah habis pakai, Shiro-jyun Milk ni je tak habis-habis. Jimat duit I.

3. Hada Labo Shiro-jyun Serum  (1.1 oz/30 g)
Shiro-Jyun Serum
Shiro Jyun Serum
Ha, kalau Shiro-jyun Milk tu produk paling menjimatkan, nilah produk yang paling cepat habis dalam rangkaian Hada Labo Brightening ni. Dah la mahal. Kecik je pulak tu. Harganya lebih kurang dalam RM80 sebotol. Kalau Milk tu boleh bertahan dalam tiga bulan. Yang ni dalam sebulan je dah habis. Serum ni fungsinya untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan dan merawat kerosakan yang berlaku akibat pancaran matahari. Tekstur dia lebih ringan daripada Shiro-jyun Milk tetapi lebih pekat daripada Shiro-jyun Clear Lotion. Bila pakai rasa licin dan lembap juga kulit.

4. Hada Labo Shiro-jyun Cream (1.8 fl oz/50 g)
Shiro Jyun Cream
Cream
Ni pulak langkah terakhir bagi rangkaian ini. Dimana ia dimulakan dengan toner dan diakhiri dengan krim. Krim ni lebih kurang macam jel aqua dan bersifat lembap jugak. Memang 4 kali sapu, 4 kali lembap betullah. Sudahnya kulit macam kena mandi air 4 kali. Tapi masalahnya Hada Labo Shiro-jyun Cream ni untuk malam jek. Nilah kelemahan di sebalik Hada Labo Brightening Series ni.

Jadi, untuk waktu siang. Apa pulak kita pakai sebagai langkah terakhir ya? Makanya untuk pada waktu siang, kita pakai:

5. Hada Labo Perfect UV-Gel SPF 50+ PA+++ (1.8 fl oz/50 g)
Perfect UV-Gel
Hada Labo Perfect Uv-Gel
Memandangkan siang ada matahari dan matahari ada sinar UV, makanya kita pun gunakan produk Hada Labo Perfect UV-Gel SPF 50+ PA+++ ni. Muahhaha...Dengan harapa kulit dilindungi daripada sinar lembayung dan lebih cerah dan menawan. Tekstur Krim ni lebih pekat daripada Shiro-jyun Krim selain lebih berminyak dan melekit.

Okay, jadi apakah kesimpulan saya setelah menggunakannya selama 1 tahun lebih?

Shiro Jyun
Aha, kesimpulan peroduk tersebut tapi, ni takde esen


Ulasan dan Kesimpulan:

Kebaikan:
Dalam lebih kurang seminggu pakai, memang kita dah berpuas hati sebab kulit kering tidak lagi merekah dan kulit juga rasa lebih lembap. Yang paling amazing sekali mengalahkan Amazing Nara, kulit juga kelihatan berseri-seri dan glowing gitu.

Kalau sebelum ni mekap nampak bercapuk sebab kulit kering. Tetapi lepas pakai rangkaian Hada Labo Brightening Shiro-jyun ni, memang mekap nampak cantik dan licin, malah ada glow pada bahagian-bahagian tertentu macam tulang pipi, dahi dan sebagainya. Jadi tak perlulah highlight lebih-lebih. Jimat duit highligter kita. Malah, mekap pun tahan lebih lama.

Dari segi kelembapan memang best. Tiada lagi masalah kulit kering dan merekah walaupun dok dalam bilik yang berpendingin hawa dengan dua blower di kiri dan kanan. Masa kita pergi Jepun pun, walaupun cuaca sejuk nak mampos sampai bersalji dan angin sejuk menyucuk, kulit tetap lembap je.

Sangat recommended!!

Kelemahan:
Yang kakak rasa mengecewakan, kita tak pun jadi shiro seshiro Shiro dalam cerita Shin Chan. Dengan erti kata lain, takde pun nampak kulit jadi putih satu tona dua tona mahupun tiga tona. Rasanya maintain macam biasa je. Cuma tak bertambah gelap je lah kot. Tapi secara keseluruhan, memang kulit nampak lebih berseri. Tapi kita rasa tu sebab kulit lembap kot.....

Kesimpulannya kita sukakan produk ni. Kalau tak, takdelah pakai sampai sekarang. Ye tak? Kalau dulu kita sering tertanya-tanya, cemana orang boleh mekap nampak kuit glowing-glowing macam ada lampu spotlight pancar kat kulit dia tu, sekarang kita tahu. Sesungguhnya, mekap yang glowing tu datang dari kulit yang semulajadi glowing. Gituuu.....

Hada Labo Shiro Jyun
Koleksi Shiro-jyun kita... Tepek gambar ni dulu sebagai bukti sebelum photo-shoot cecantik


Kelembapan : 5/5
Mencerahkan: 2/5
Seri               : 5/5

Sincerely,
Prettily Rare


17 comments:

  1. I belum pernah cuba Hada Labo tapi selepas baca review Maya, I nak cuba juga. I'm still looking for that glow to my skin. This could be the solution.

    ReplyDelete
  2. Selalu dengar brand Hada Labo ni tapi belum pernah cuba. Harga dia pun bleh tahan kan?

    ReplyDelete
  3. dah lama dgr Hada Labo ni... nak cuba tapi macam was-was je. tapi dah baca review ni boleh la g cari nanti

    ReplyDelete
  4. This brand is getting stronger now and then. Their product kinda proposing to those having mild type skin.

    Racheal

    ReplyDelete
  5. Meletup juga review hado Labo nie. Nie yang buat hati ini gatal nak membeli gak hahaha.

    ReplyDelete
  6. Kulit saya sensitif dan tak sesuai untuk guna produk "brightening", tapi saya nak cuba Hada Labo Perfect UV-Gel SPF 50+ PA+++, tak tahu pula ada produk ini di pasaran, tapi sekarang sudah tahu, boleh cuba :)

    ReplyDelete
  7. Kat twitter glmer jugak topik beauty Hada Labo ni , ramain jugak kata best ..

    ReplyDelete
  8. Dah penah cuba sebelum ni produk Habo Lado..memang best & terbaik.

    ReplyDelete
  9. Ohh i saw this recently at our local Watson store. Glad you made a review. I will check and but, and try it myself :) Thanks babe!

    ReplyDelete
  10. I find this products quite Hydration.

    ReplyDelete
  11. ada terfikir nak try hada labo ni

    ReplyDelete
  12. Ok next cari serum pulak. sbb skrg dh guna cleanser dia je.

    ReplyDelete
  13. Semua produk HL ni ade paraben ke ?

    ReplyDelete
  14. Dah try..almost 1yr..mmg btul pn..glowing from our own skin..xde la mncerahkan..glowing sbb kulit sihat..👍🏻

    ReplyDelete