Wednesday 28 October 2020

Siapa Yang Tak Suka Dengan Sate Ayam Segar Buatan Sendiri!


Duduk rumah dalam tempoh ini, semakin ramai yang rajin masak di rumah. Menu itu, menu ini, masing-masing cuba masak resepi baru hari demi hari. Sekurang-kurangnya, dapat nikmati bersama keluarga dan insan tersayang. Lagipun untuk keluar makan di luar macam dulu sudah agak tidak releven dan dalam masa yang sama bila dapat masak sendiri begini, sedikit sebanyak kos belanja rumah boleh dijimatkan.

Antara sate yang terkenal di Malaysia adalah Sate Kajang Hj. Samuri, dah lama benar sate ini dan hingga kini masih popular dengan keenakan rasanya. Sate ayam yang enak selalunya bergantung pada rempah perapan dan juga rasa sos kuah kacangnya.

Resepi Sate Ayam

Terdapat banyak jenis sate untuk dinikmati seperti sate daging, sate kambing, sate arnab, sate perut, sate rusa, sate landak dan banyak lagi, tetapi dalam banyak-banyak pilihan sememangnya sate ayam adalah yang paling terbaik sekali dan mudah untuk diterima oleh semua. Harganya juga lebih murah dan berbaloi.

Sate ayam boleh dianggap sebagai salah satu menu pembuka selera sebelum menikmati hidangan utama yang lain. Jika nak rasa lebih kenyang, ada baiknya order sate ayam bersama dengan nasi himpit.


Sate Ayam Malaysia Is The Best!
!

Terdapat banyak versi resepi sate ayam di Asia, tetapi sudah semestinya sate ayam di Malaysia paling terbaik dan menepati citarasa diri ini. Sudah namapun anak Malaysia kan!

Bagi yang ingin cuba membuat sate ayam homemade dengan menggunakan bahan-bahan segar yang dibeli sendiri, di sini turut dikongsikan resepi sate ayam buatan sendiri yang sedap dan mudah.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Ayam 2 kilo
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji
Halia 2 1/2 inci
Serai 6 batang
Lengkuas 2 inci
Ketumbar 10 gram
Jintan Manis 50 gram
Jintan Putih 20 gram
Kunyit serbuk 50 gram
Kunyit hidup 3 inci
Gula melaka 1 cawan
Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis)
Garam 3 sudu kecil

Cara-cara untuk memasaknya :

1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.
2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.
3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.


Resepi Sate Ayam


Bahan Untuk Kuah Kacang

Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan blend setelah sejuk.
Lada kering, blend.
Gula melaka
Garam
Gula
Halia
Serai
Asam keping
Bawang besar dan bawang putih

Cara Membuat Kuah Kacang

1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.
2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
3. Akhir sekali masukkan air.


Resepi Sate Ayam


Untuk rasa terbaik yang lebih padu, boleh ikuti rahsia atau teknik ketika membuat sate seperti ini :

- Gunakan gabungan isi daripada bahagian dada ayam, paha ayam dan lain-lain.
- Potong setiap bahagian daging ayam menjadi kepingan yang seragam saiznya.
- Perap ayam semalaman dengan bahan perapan untuk rasa yang lebih dalam.
- Rendam lidi buluh di dalam air sekurang-kurangnya selama dua jam. Ini akan mengelakkan lidi buluh terbakar di atas bara semasa proses membakar nanti
- Sediakan juga gunting untuk memotong kepingan daging yang hangus dan terbakar ketika proses membakar sate itu nanti.

Terdapat juga soalan yang sering ditanya tentang sate ayam ini. Sebagai contoh adakah sate ayam ini tergolong sebagai salah satu menu sihat?

Jawapannya sudah tentu adalah YA! Ia adalah salah satu jenis makanan sihat kerana menggunakan rempah ratus sebagai perapan dan proses memasaknya menggunakan cara bakar.

Bolehkah masak sate menggunakan oven? Oh tentu saja boleh! Sate juga boleh di bakar di dalam ketuhar, atau digoreng dengan kuali tetapi sudah tentulah hasil pada rasa dan baunya tidak sama dengan sate ayam yang dipanggang di atas bara api.

Mahu Masak Sate, Mahu Beli Bahan Yang Berkaitan? Boleh Terus Beli Secara Online Melalui Pandamart!

Untuk membeli barangan runcit, tanpa perlu melangkah keluar dari rumah juga boleh. Caranya adalah dengan membuat belian secara atas talian dan salah satu pihak yang ada menawarkan servis grocery delivery ini adalah Pandamart.

Pandamart ini dimiliki oleh Foodpanda, dan ini bermakna Foodpanda bukan saja ada servis pesanan dan hantaran makanan malah turut ada servis pesanan dan penghantaran untuk barang keperluan rumah juga.

Resepi Sate Ayam

Melalui Pandamart, pengguna boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti susu bayi, sabun, minuman kegemaran, ubat-ubatan dan sebagainya. Kiranya Pandamart ini membolehkan kita mendapatkan barangan yang penting dan perlu tanpa melangkah keluar dari rumah sama sekali.

Ini sangat sesuai dengan keadaan kita semua dalam usaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19 yang sedang menyerang negara. Harga barangan melalui pesanan di Pandamart Foodpanda ini juga sangat berbaloi dan berpatutan.

Sekian perkongsian sis hari ini.

Da~~~

Baca juga:


No comments:

Post a Comment