Tuesday 12 June 2018

Sunfeet: Jenis Tapak Kaki Punca Sakit Kaki, Badan dan Pinggang


Hai semua,

Sunfeet - Your Orthotics & Prosthetics Expert


Hari ni nak cerita sedikit fasal masalah lazim yang dialami semua orang iaitu sakit kaki, badan dan pinggang. Contohnya lenguh-lenguh, rasa mencucuk di bahagian tumit dan sebagainya. Selama ni, mungkin kita rasa puncanya hanyalah kerana berdiri terlalu lama, jalan terlalu jauh, keletihan dan sebagainya. Tapi selama ni, kita tak pernah sangka pula, punca sebenarnya ialah disebabkan tapak kaki yang tidak normal.

Apa? Tapak kaki pun ada kira normal atau tak normal juga ke? Yep! Tepat sekali. Rupa-rupanya, tapak kaki pun ada jenis-jenisnya juga. Antaranya tapak kaki leper (flat feet), tapak kaki dengan lengkungan tinggi (high arch), serta yang bersifat pronasi (pronated feet).

Aiyo... macam-macam jenis kaki betul

Pening pula tengok macam-macam jenis kaki
Sebenarnya dari dulu lagi kesedaran tentang kesihatan kaki dan tapak kaki ni wujud sejak-sejak adik saya didapati mempunyai tapak kaki leper. Biasanya orang yang bertapak kaki leper ni dianggap sebagai tidak normal dan tidak mempunyai imbangan badan yang stabil dan dikecualikan daripada latihan ketenteraan di negara seperti Singapura, Taiwan dan sebagainya. Waktu tu, saya masih lagi ambil remeh isu kesihatan kaki sebab tak pernah sangka kaki dan tapak kaki sendiri mungkin bermasalah. Sehinggalah Sunfeet International Rehabilitation Centre mengadakan sesi taklimat di pusat rehabilitasinya beberapa hari lepas.

Kaunter di Sunfeet


Khusyuk betul doktor berikan penerangan

Memang saya akui dah lama saya mengalami sakit tumit dan tapak kaki terutamanya selepas seharian bertugas di pejabat tetapi saya cuma menganggapnya sebagai satu simptom yang normal memandangkan saya perlu memakai kasut tinggi ke tempat kerja dek kerana tuntutan kerja dan selalu perlu berjalan ke sana sini dengan kerap terutamnya sewaktu mempunyai majlis. Namun, tak sangka pula faktor tapak kaki dan jenis kaki saya merupakan punca utama kesakitan kaki yang saya alami.

Mujurlah Sunfeet International Rehabilitation Centre ini menawarkan perkhidmatan pemeriksaan percuma di mana pusat rehabilitatsi ini akan membuat imbasan pada kedua-dua belah kaki bagi mengenal pasti masalah kaki dan tapak kaki yang dihadapi. Selain itu, kakitangan di pusat rehabilitatsi ini juga akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang jenis kaki dan tapak kaki anda dan seterusnya menawarkan solusi atau jalan penyelesaian bagi mengurangkan, meredakan mahupun merawat masalah kaki dan tapak kaki.
Check kaki Mia sat

Mia konon jadi model sat

Posing jangan tak posing

Aiyak, kenapala kaki kita ni pronated

Menurut Dato Dr Edmund LeePakar Ortotik & Prostetik di Sunfeet International Rehabilitation Centre, sekiranya yang mengalami masalah kaki dan tapak kaki ialah orang dewasa, maka penyelesaiannya ialah untuk mendapatkan kasut ataupun lapik dalaman kasut (insole) yang bersesuaian bagi menyokong kaki dan tapak kaki yang bermasalah. Namun, jika pesakit masih lagi kecil, maka mereka boleh menjalani rawatan dan terapi dan kebiasaannya 70% daripada masalah yang dialami dapat diperbetulkan.
Antara kasut-kasut yang ada di Sunfeet

Ha, nilah antara tapak insole yang boleh dipilih

Memandangkan anak saya yang berusia 7 tahun sering mengalami masalah sakit pinggang, saya pun turut membawanya untuk menerima pemeriksaan percuma. Hasilnya saya dapati Mia mempunyai tapak kaki leper. Patutlah Mia ni asyik mengadu penat kalau bawa dia berjalan jauh. Tapak kaki leper rupa-rupanya.

Menyentuh tentang lapik dalam kasut ataupun insole, mereka yang mempunyai tapak kaki dan kaki bermasalah boleh memilih untuk membeli insole sedia ada (ready-made) ataupun menempah khas (custom-made). Namun sudah semestinya tempahan khas lapik dalam kasut tersebut akan berharga lebih mahal. Tapi pernah dengar tak ayat 'sepasang kasut yang bagus boleh membawa anda pergi lebih jauh'? Rasanya kata-kata ni dipetik dari skrip watak Shizuka Todo dalam drama/novel Meteor Garden.

Sebenarnya dah lama dengar ayat ni, tapi bila sudah dewasa ni barulah saya tahu betapa pentingnya sepasang kasut yang bagus dan berkualiti. Mana taknya? Kalau kita pakai kasut yang tak selesa, nak jalan jauh pun rasa tak seronok. Sebab tulah bila dewasa ni saya lebih terbuka untuk membelanjakan duit untuk kasut yang berkualiti. Kalau tak dulu, kasut sekolah saya dah ketat pun tetap pakai juga sampai tak boleh pakai. Lagipun, kaki kita ni sepasang tu je. Kalau sendiri tak sayang, siapa lagi kan?

Di sebelah kiri tu custom made manakala yang di sebelah kanan tu ready-made.

Oh ya, sempena Hari Raya Aidilfitri ni, Dato' Dr Edmund Lee dan Sunfeet International Rehabilitation Centre menawarkan 10% diskaun bagi pembelian kasut-kasut yang direka khas untuk keselesaan dan kesihatan kaki penggunanya. Bolehlah kita semua beraya dengan lebih jauh dan selesa tahun ni kan?

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan kaki dan tapak kaki percuma ni, bolehlah singgah dan mendapatkah khdimat konsultasi daripada Dato' Dr Edmund Lee ya?

Sunfeet International Rehab Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
46300 Petaling Jaya, Sel.
Tel: 013-5283939/013-9122939
Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/sunfeetinternational/
Instagram: @Sunfeet

Sekian, perkongsian ikhlas daripada

Prettily Rare


Baca juga:
Mandian Kanak-kanak untuk Kulit Sensitif
Apa Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Hair Perming
Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik
Koleksi Lip Tint Wajib Cuba dan Beli
Rawatan Kolagen Beaute Library
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
La Biosthetique Jamin Rambut Kuat dan Sihat

1 comment:

  1. Baru tahu ada macam-macam jenis tumit. Patut kadang-kadang tak larat nak jalan je rasa. Lepas ni nak buat pemeriksaan juga.. Kita sayang kaki Kita jugak.. 😘

    ReplyDelete