Tuesday 28 January 2020

Review: MSU Medical Centre, Shah Alam


Hai semua,

Harini nak cerita fasal pengalaman mendapatkan khidmat perubatan di MSU Medical Centre pulak. Kisahnya, sis masuk hospital lagi. Ni lanjutan daripada kes kemasukan hospital kat KPJ tahun lepas.
Apa? Tak tau. Kalau nak tau, boleh baca di SINI.

Sebenarnya kalau mengikut pilihan hati, langsung tak pernah terfikir pun nak berkunjung kat sini. Tapi oleh kerana pihak syarikat dah batalkan KPJ Selangor sebagai salah satu panel hospital, sis punya rawatan susulan pun terpaksalah diteruskan di tempat lain. Oleh kerana hospital yang sis suka dan dekat semuanya bukan panel, sis malas nak fikir. Terus minta pihak syarikat je yang syorkan hospital yang paling dekat kat rumah. Tau-tau disyorkannya MSU Medical Centre ni. Hmm....





Memula macam biar betul nak pergi MSU Medical Centre ni. Dekat memanglah dekat ngan rumah. Tapi.... Tapi.... ekekekkee... Al maklumlah hospital baharu. Seram pulak. Rasa ala-ala lab rat atau tikus makmal pula diri ini. Malah sis juga terdetik, erm...selamat tak ni? kah kah kah! Gitulah kalau imaginasi terlampau. Seperti biasa. Sebelum pergi, Google lah dulu apa yang patut bagi menjamin kemaslahatan diri gitu.

1. Infrastruktur Luaran

So kali pertama pergi jumpa doktor, memang menyumpah juga lah nak cari tempat letak kereta kat situ. Punyalah pusing 4-5 kali cari tempat letak kereta pelawat yang pak guard tu cakap tapi tak jumpa-jumpa. Lepas gaduh ngan pak guard barulah tahu, ohhh....kat sini rupa-rupanya. Terus hospital ni termasuk dalam senarai bangunan dengan rekaan architecture yang agak fail sis.

Pastu tempat letak kereta dia serius macam bangunan tak siap, pastu tergesa-gesa pindah masuk. Apa taknya? Dengan tak cat, bersimen je gitu. Tanda arah hampeh. First impression memang teruklah. Lagilah bila masuk jamban, skali takde sabun. Apara! Nama je hospital. Tapi satu hospital punya jamban takde sabun. Bukankah tak hygienic gitu? Ish ish ish...

2. Infrastruktr Dalaman & Kemudahan

Tapi bila masuk dalam bangunan hospital, sebenarnya impressionnya, still okaylah. Terubat jugak hati. Doktor dan staf pun alhamdulillah ramah dan membantu. Proses pun boleh tahan cepat mungkin sebab tak ramai orang. Beberapa kali jugaklah buat rawatan susulan kat sini. Bila dah beberapa kali tu, nampak ada ibu baru bersalin discaj kat sini. Dalam hati fikir, ada juga yang berani warded sini rupa-rupanya. Bila tau ada je yang yakin di sini, maka keyakinan kita pun bertambah. Gitu...

Cumanya, kat sini boleh dikira agak sendu. Sebab kalau kat SJMC atau KPJ at least adalah restoran, kedai bunga, kedai ubat, kedai jual majalah dan sebagainya. Tapi sini nada ya.... Nada tu takde dalam bahasa Sepanyol. Jadi kalau nak melawat orang kat sini, belilah buah tangan siap-siap. Jangan harap boleh beli kat dalam ni

3. Harga Bilik

Makanya awal tahun lepas, kita pun dimasukkan ke wad bagi rawatan susulan dan prosedur perubatan. Nilah kali pertama masuk wad kat MSU Medical Centre. Kalau ikut rekod, nilah hospital ketujuh yang sis dah pernah daftar masuk selepas HUKM, UKM Specialist, Assunta, PPUM, Ara Damansara Medical Centre dan KPJ Shah Alam.

Kalau diikut harga bilik, harga bilik kat MSU Medical Centre ni dikira agak mahal berbanding KPJ Shah Alam. Mana taknya, masa kat KPJ Shah Alam, peruntukan yang syarikat berikan tu dah boleh duduk wad 1 bilik. (RM190 untuk Single Standard) Tapi kat MSU Medical Centre, bilik Single harganya RM300. Makanya sis hanya layak untuk twin sharing sahaja. Kalau nak bilik sorang, kena tambah sendiri. Erm...memang takmolah sis. Ngehehehehe... Jimat. Lagipun dah boleh agak dah, dapat bilik twin sharing pun, mestilah tinggal sorang-sorang je. Jadi kalau boleh jimat duit, buat apa bayar lebih? Konsepnya begitulah.

4. Bilik Wad

Ha, apa yang sis suka bilik wad kat sini memang boleh tahanlah jelitanya. Bila check in je, diorang bagi starter kit jugak macam kat KPJ Shah Alam dulu. Dalam beg starter kit tu, samalah, ada berus gigi, ubat gigi, sabun dan sebagainya. Ala-ala daftar masuk hotellah. Terus sis terfikir, sekarang semua hospital konsepnya memang begitukah? Dulu macam takde pulak camtu. Oh ya, sis suka sangat baju pesakit kat sini. Rasanya MSU Medical Centre punya baju pesakit boleh menang award sebab bukan sahaja ada butang di depan, tak terlalu besar, malah juga dalam bentuk seluar ya! Diulangi. Dalam bentuk seluar. Dah berapa spital dah sis pergi, semuanya bagi kain ala-ala kain batik pasang tu. Dah la kita tak pandai pakai kain batik pasang, eish, menci tau setiap kali jalan nak kena betulkan kain sebab takut terlondeh. Jadi biasanya kat hospital, memang sis tak pakai baju pesakit pun. Kat sini, sis pakai dengan bangganya sambil feeling-feeling pesakit wad gila hokey!

Tada, inilah bilik sis

Kasi besar sikit

Bilik Air

Pemandangan di luar

Admission Kit
Baju pesakit
Lepas tu, antara perkara yang tak menggembiraan ialah, walaupun diorang ada sediakan robok seperti mana-mana wad lain, tapi sis dapati, takde peti besi pun yang disediakan di dalamnya. Bila sis tanya, katanya bilik single saja ada. Aiyo, bilik single lah tak memerlukan sangat peti besi sebab bukannya ada orang kongsi bilik ngan dia pon. Yang kongsi biliklah kena ada peti besi. Apalah! Terus sis buka balik review KPJ Shah Alam haritu. Ha, kan betul. Bilik kongsi dulu pun ada peti besi. Memetik balik ulasan sis tempoh hari:

"Yerlah, tak semua pesakit ada orang temankan. Kotnya nak buat pemeriksaan atau ujian apa-apa, siapa pula nak jaga barang kan? Itulah gunanya peti besi" 

Nak-nak orang macam sis ni, siapa pulak rajin sangat nak temankan. Ye tak? Mujurlah semua barangan harga masih dalam keadaan selamat walaupun sis tinggalkan aje sewaktu menjalani medical procedure.

4. Makanan & Minuman/Menu di Wad

Masa hari pertama masuk tu, sedihlah jugak bila diberikan makanan segera yang dipanaskan tu je. Ala-ala makanan kat atas kapal terbang tu. Masin nak mati pulak tu. Esok paginya, orang yang datang serve makanan pun tanya ada apa-apa komen tak? Sebagai manusia yang mahu melihat orang lain sentiasa improve (ni serius, bukan main-main), sis pun memberikan komen jujur fasal makanan. Alhamdulilah, lepas tu, makanan semua diorang serve makan segar dari dapur dan tidak lagi masin. Barulah sihat. Nama pun hospital, mana leh bagi makan masin-masin. Tak hospital la namanya. Lagipun garam dalam makanan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi tau!

First Dinner sis. Apa ni? Packed Food
Masin-masin belaka
Makanan seterusnya semua okey

Telur dia sedap!

Nampak je tak jelita, tak menyelerakan

Boleh tahanlah.

Sampel menu untuk pesakit di wad
Keesokan harinya, doktor pun datang melawat dan menasihatkan sis untuk berpuasa sebab esoknya dah kena buat prosedur perubatan. Berdebar gak, almaklumlah nak masuk bilik pembedahan gitu. Sewaktu tunggu doktor datang, sempatlah berbual-bual dengan ketua misi kat situ (kot). Katanya dia dulu dari PPUM. Oh, baguslah. Mujurlah korang ambil staf yang bagus-bagus. Make sure bayar lebat sikit tau. Barulah diorang layan kami pesakit dengan baik. Ngehehehhee....

Penginapan sis kat MSU Medical Centre hanyalah 3 hari 2 malam. Diakhiri dengan keputusan kesihatan yang tak berapa menggembirakan. Doktor kata makin teruk. Gitu. Makanya, terpaksalah teruskan rawatan susulan dengan doktor lagi ya. So, doktor kata sementara itu, pulanglah kamu.


5. Tempat Letak Kereta

Oh ya, terlupa pulak ada pengalaman yang tak menggembirakan kat tempat letak kereta ni. Kalau ikut rate, rate untuk pesakit kat sini sebenarnya agak murah. Bolehlah mereka yang seperti saya ni letak kereta sementara check in kat hospital. Bila keluar boleh balik sendiri, takyah orang jemput.

Harga parking sehari kat sini hanyalah RM3 untuk pesakit.  Untuk yang lain, sila rujuk gambar:



Cumanya, tempat kat mana nak validate kad parking ni susah betul nak cari! Guard pun tak membantu. Orang yang uruskan validation ni pun macam nak cari gaduh. Tanya pulak siapa yang sakit sebenarnya ni. Eh, walaupun sis nampak jelita tapi sis sakit tak boleh ke? Dah la peluh-peluh bawa beg berat cari pejabat korang yang langsung takde tanda arah dan tingkap tu. Ish!

6. Kos Perubatan

Dari segi kos perubatan kat MSU Medical Centre ni, bagi sis ia agak murah. Nampak sangat takde apa-apa yang di over-charged walaupun kadar bilik kat sini memang mahal. Secara keseluruhan, penginapan dan layanan kat sini memang agak memuaskan. Cumanya, sis tetap rasa kena letak peti besi di setiap almari. Barulah boleh bersaing dengan hospital lain. Pastu letaklah sabun di setiap bilik jamban. Selain itu, spendlah sikit untuk buat tanda arah dan catlah tempat letak kereta yang dodgy tu. Oh ya, pesan sikit kat orang yang jaga parking, silalah bertatasusila. Walaupun kitorang sakit, kitorang bayar yer... Bukannya datang kat rumah kebajikan percuma. Rumah kebajikan percuma pun tak garang-garang kat orang.

Sekian ulasan kali ini daripada sis yang jujur.

Baca juga:









No comments:

Post a Comment