Tuesday 16 August 2016

8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga : Tips Mohon Kerja dan Dapatkan Interview


Salam semua,

Harini nak bagi tips lain daripada yang lain daripada topik kebiasaan. Kalau topik biasa pasal kecantikan la, pasal travel la, pasal hiking la, harini ada kelainan sikit. Topik harini ada berkaitan dengan periuk nasi kita dan peratusan untuk berjaya dalam mendapatkan peluang temuduga sekaligus peluang pekerjaan yang lebih baik.

Motif utama kakak tulis tak lain dan tak bukan sebab nak tolong orang dan juga tolong sendiri. Mana taknya, kita ni kerja dalam bidang HR, buat recruitment. Tapi setiap kali nampak permohonan kerja orang je rasa nak muntah darah. Bukan hakak tak nak bantu dik. Tapi kalau korang tak nak bantu diri sendiri, camner lah orang lain nak bantu awak oi!! Zas!!


Ramai yang terpaksa direject kerana tersenarai dalam golongan di bawah



Jadi mari kita tengok apakah tips-tips itu:

1. Pastikan resume anda spelling error free ataupun dengan kata lain, tiada kesilapan ejaan.
Untuk makluman hadek-hadek sekalian, setiap kali HR post satu advertisement kerja kosong je, berduyun-duyun manusia apply. Tapi keje HR bukan sekadar buat recruitment je dik. Bertimbun lagi keje-keje lain. So, biasanya HR akan scan dengan kelajuan 120km/hour resume yang diterima. Kalau kureng pastu ada pula spelling mistake, memang babailah jawabnya. Why? Sebab bagi HR, orang camni careless dan malas. Resume setakat dua helai tu pun tak check betol2. Kalau hire, mau lagi bersepah error.

2. Pastikan job description atau tanggungjawab dan tugas kerja anda disenaraikan
Ni lagi satu hal yang sering buat HR sakit jantung sakit jiwa sakit kepala. Kepala pusing bak kata orang Indonesia. Alang-alang dah ada pengalaman kerja tu, senaraikanlah sikit apa yang korang buat kat company tu. Barulah HR dapat tahu relevant atau tidak. Setakat tulis tahun sekian kerja kat mana sebagai apa, HR tak dapat nak nilai sama ada pemohon ada pengalaman atau kemahiran yang diperlukan. Sudahnya, orang yang tulis semua dengan details je yang dapat peluang temuduga.

Korang kena ingat, resume ni untuk buat HR berminat dengan kemahiran dan apa yang kita boleh tawarkan pada majikan. Jadi kenalah pancing-pancing sikit apa kemahiran uol.. Kalau takde job description atau senarai tugas untuk jawatan yang pernah korang sandang, kitorang pun tak tahu berbaloi ke tidak nak interview awak. So, alamatnya sekali lagi resume anda akan ke tong sampah.

Setakat tulis pengalaman kerja macam ni, camaner nak tahu whether candidate tu sesuai atau tak?


3. Pastikan resume anda bergambar
Yang ni simple, sila letak gambar. Sebab ada sesetengah yang majikan yang memang buang tros resume kalau resume tak bergambar. Kan dah hilang can untuk dapat kerja! Sebab bagi sesetengah majikan, bukannya dia nak tengok pun uol cun atau hensem ke idak. Tapi nak tengok, awak tu ada keyakinan diri ke tidak. And yes, tolonglah letak gambar skema. Diulangi! Gambar skema. Janganlah letak gambar selfie, gambo gedik2, gambar posing. Ni resume dik, bukan profile picture Whatsapp atau Facebook. Tolonglah serius. Kalau uol tak ambil serius dengan resume sendiri, kenapa kitorang nak pandang serius permohonan kerja awak?

Aiyo, tolonglah jangan pakai gambo camni untuk apply kerja

4. Mohon kerja yang bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman anda
Ni satu lagi. Speechless kakak. Ya, mungkin anda berminat nak tukar bidang sebab boring dengan anda buat sekarang. Tapi kalau ya pun berminat nak masuk bidang lain, tolonglah pastikan permohonan uol tu make sense. Tak payah nak cuba nasib sangat.

Contohnya, kalau uol doktor, tapi boring nak jadi doktor. Uol rasa nak keje pejabat je jadi HR ke Admin ke. Boleh, dipersilakan. Tapi ni ijazah dalam bisnes, tapi ada hati plak nak jadi doktor. Ko kenapa dik? Tak makan ubat lagi ke per? Nanges!

Jangan gelak ya. Selalu kakak dapat resume mengarut-ngarut ni. Keje sales, belajar diploma seni persembahan. Tapi apply jadi lawyer. Adeh!! Sila amik course perundangan dulu ya? Keje cikgu seni, belajar kulinari, tapi nak jadi engineer/pharmacist/arkitek. Kakak tak tau nak nanges ke nak gelak.

Kekadang kita terfikir, diorang ni betul2 cari kerja ke saja je semua iklan kerja kosong diorang tekan apply?

5. Mohon kerja seiring dengan gaji dan jawatan yang ditawarkan
Ni kakak pelik. Kerja sekarang gaji RM8k tapi apply pula kat jawatan kosong yang gaji maksimum cuma RM5k. Uol nak ke downgrade gaji uol tu jadi RM5k?

Ada juga orang yang katanya current position CEO bergaji RM10k tapi apply jadi Finance Exec dengan gaji RM3k. Sangat tak logik. Senior General Manager nak jadi intern pun ada.

So biasanya orang camni pun kitorang akan terus reject. Yang diinterview pun last2 buang masa je sebab kalau dah tu je budget company tu untuk sesuatu jawatan tu. Korang takkan dapat lebih. Jadi, kalau gaji yang ditawarkan tu tak menepati kriteria korang, takyah lah apply. Jangan buang masa yang berharga HR dan juga masa berharga anda.

Adakah anda terlalu banyak duit sampai tak nak gaji tinggi?


6. Senaraikan pengalaman kerja mengikut pengalaman yang paling terkini
Oh ya, ni pun penting. Pengalaman korang sebagai guru tuisyen 16 tahun yang lalu tu, kitorang tak berminat pun nak tahu. Kitorang nak tahu pengalaman terkini dan the recent ones. Susun ikut paling latest. Kalau dah fix career route tu, contohnya memang nak jadi HR je takmo keje bidang lain dah, and apply pun bidang HR je, boleh take out dah pengalaman yang tak berkenaan. Contohnya pengalaman tolong mak jaga gerai sebelum masuk U. Tak perlu pun letak. Barulah HR nampak kita ni seorang yang fokus dan tahu apa yang kita nak dalam hidup.

Oh ya, kalau pengalaman stakat 2 bulan sana 3 bulan sini kalau boleh pun takyah include. Sebab possibility orang tu seorang job hopper/ takde matlamat hidup/ tak kental/ kuat merungut/ anak mak/ difficult employee adalah sangat tinggi sekali. And kalau jenis lompat-lompat keje semua tak sampai setahun. Setahun tukar 3-4 kali kerja tu memang lagilah HR tak yakin nak interview.

Sebab tulah disarankan kalau nak kerja, pilih betul2 and stay at least one year barulah jump. Susah macam mana pun tahankan je lah! Hadap je.

7. Custom made resume/cover letter mengikut permohonan kerja
Ni ramai tak tahu. Dia main pakai je resume dan cover letter yang sama untuk semua permohonan. Sebenarnya ni kesilapan biasa yang ramai buat. Sebenarnya, resume ni kenalah alter ikut kerja yang korang mohon. Tambah dan kurangkan ikut kriteria yang dikehaendaki majikan.

Sebagai contoh: kerja sekarang admin, tapi nak apply bidang sales. Boleh je citer pengalaman pasal pernah buat sales sampingan walaupun sebelum ni takde dalam resume

8. Pastikan resume sentiasa dikemas kini
Kalau nak apply kerja, pastikan resume tu dah dikemas kini. Bukan resume yang uol buat dalam word tu je. Dalam apa-apa platform mohon kerja pun kena kemas kini sebelum apply mana-mana kerja. Contohnya yang paling selalu berlaku, applicant apply keje melalui jobstreeet, dia kemas kini resume yang dia upload je, yang kat jobstreet tak update. HR pula tengok jobstreet je. Dah sah-sahlah kurang peluang untuk disenarai pendek untuk temuduga.


Sekian tips untuk kalini (ni tips ke membebel??) Maaf kalau uol rasa sentap. Tapi ni untuk kebaikan bersama. Ya, memang rezeki tu di tangan yag maha Esa. Tapi bukankah kita perlu usaha untuk dapatkan rezeki?

Jadi nak mohon kerja jangan takut susah, takut leceh takut payah.  Lagi banyak usaha, lagi tinggi kemungkinan kita dapat pulangan.

Semoga berjaya!

Baca juga:
Tips Pilih Kerja : Pertimbangkan 13 Faktor Ini Kalau Nak Tukar Kerja
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

1 comment:

  1. Bagus betul tips yang dikongsikan. Terima kasih :)

    ReplyDelete