Wednesday 3 February 2021

Google Family Link Bantu Pantau Penggunaan Gajet Anak-anak


Hai semua,

Harini nak mengulas sedikit fasal Google Family Link iaitu sebuah aplikasi telefon pintar yang boleh membantu korang semua untuk pantau penggunaan gajet anak-anak.

Best tau aplikasi ni


Yer, seperti yang kita ketahui, memang mencabar jadi ibu bapa masa kini. Kalau ikutkan hati, memanglah tak berikan anak-anak gajet. Almaklumlah bebudak bukannya ada kawalan kendiri sangat. Selagi dia nak main, dia main je. Sampaikan tidur tak lena mandi tak basah gitu lah gamaknya. Selagi mata tak ngantuk, perut tak lapar, selagi tak disuruh, selagi tulah dia melekat je depan gajet.


Tapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dah berlanjutan dari Mac 2020 hingga sekarang, nak tak nak kena juga dedahkan anak-anak dengan penggunaan teknologi seperti gajet, telefon pintar, tab, iPad, komputer, komputer riba dan sebagainya. Seiring dengan pelaksanaan PDPR dan pembelajaran secara maya, terpaksalah pupuk dan didik anak kaedah penggunaan teknologi supaya diorang boleh lebih berdikari. Sampai bila nak aturkan A-Z setiap kali ada kelas dan sebagainya kan? Lagipun, cepat atau lambat, dia tetap kena pakai juga. Jadi tak salahlah kalau kita beri pendedahan tentang cara penggunaannya.


Tapi, bukanlah bermakna kita boleh lepas tangan begitu sahaja. Sebagai ibu bapa, kawalan dan pantauan yang patut ada, kena juga dilakukan. Tak boleh serah bulat-bulat atas dasar percaya ataupun takdir. Makanya, pendekatan yang kita boleh lakukan ialah dengan memasang aplikasi pemantauan yang sepatutnya.


Dalam hal ini, saya pilih Google Family Link. Sejak tahun lepas lagi, saya dah sedar memang trend pengajaran dalam talian ni akan berlanjutan. Sebagai seorang ibu tunggal yang sangat sibuk, saya memang tak ada masa nak pantau anak 24 jam dan tak mampu uruskan kelas dalam talian mereka setiap hari. Yang boleh saya buat hanyalah ajar mereka berdikari sambil ambil usaha untuk pantau penggunaan fonnya.


Cara-cara Memasang Google Family Link:

Untuk pasang Family link, kenalah ada dua peranti. Yang memantau dan yang dipantau. Jadi aplikasi ini juga perlu dipasang kedua-dua telefon.

Untuk peranti memantau (ibubapa/penjaga): Muat turun Google Family Link for Parents
Untuk peranti dipantau (anak): Muat turun Google Family Link for children and teenager 

Pilih aplikasi yang betul di setiap peranti ya


Selepas kedua-dua aplikasi ni dah siap pasang di kedua-dua peranti, maka bolehlah mulakan kerja-kerja tetapan (setting) pada kedua-dua perant ini.


Oh ya, sedikit tips bagi ibu-bapa yang anaknya sudah bersekolah, pastikan Google Account utama yang didaftarkan untuk gajet/peranti anak-anak adalah Google Account anda sendiri (pastikan anda tahu username dan passwordnya juga). Jangan gunakan Google Account MOE yang dibekalkan oleh pihak sekolah ya?


Kemudian bagi Google Account MOE itu pula, boleh settingkan dengan menambah akaun sekolah menerusi 'Add School Account' daripada Aplikasi Family Link.


Akaun MOE sila daftarkan bawah 'Add School Account' ya

Apa yang menarik tentang Family Link?

Memang banyak kelebihan pasang Family Link untuk pantau bebudak ni. Sis memang pengguna tegar fungsi-fungsi yang ditawarkan. Kalau anak kita advance, kita kena lagi advanced daripada anak-anak kita supaya dia tak lawan tokey. Gitu!!

Antaranya:


1. Pantau Semua Peranti/Gajet Dalam Satu Aplikasi Sahaja (Multiple Account Surveillance)
Yelah. Tak semua mak bapak ada seorang anak intan payung je. Lagi ramai anak, lagi banyak usaha, tenaga dan masa kita perlu curahkan untuk pastikan diorang tak terjerumus dengan kandungan yang tak elok. Jadi, dengan Family Link, kita tak perlu risau. Leh je pantau reramai dan bebanyak gajet. Muahahaha! Nak buat apa pada fon mereka semuanya boleh dengan hanya di hujung jari. Tak perlu pon rampas atau ambil telefon mereka. Hehehe.
Ada 3 gajet? 3 anak? semua kita pantau je


2. Pantau Tetapan Akaun serta Aplikasi yang Dimuat Turun

Dengan adanya Family Link, mak bapak bolehlah buat tetapan sepatutnya bagi akses telefon anak-anak. Contohnya, tak nak dia layari internet ataupun Youtube yang tak sesuai bagi 7 tahun ke atas. Maka bolehlah letak had umur bagi kandungan yang akan dipaparkan. Begitu juga dengan aplikasi, kalau dah tahu aplikasi tu cuma tak sesuai untuk 12 tahun ke bawah, tetapkanlah had yang sepatutnya. Tidaklah tetiba anak kita tertengok apa yang tak patut. Kita ni bukannya banyak sangat masa lapang untuk periksa dan pantau semua kandungan yang anak-anak kita layari pun.


3. Jejak Lokasi Anak Melalui Family Link
Oleh kerana anak-anak sekarang terutamanya remaja memang pantang tak melekat dengan fon, makanya aplikasi Family Link juga sesuai untuk digunakan untuk jejak lokasi mereka. Asalkan fon mereka ada capaian internet dan beteri, maka kita juga dapat kenal pasti di manakah lokasi mereka berada. Diorang pon tak boleh kelentong ke mana mereka pergi. Senang dan berkesan!

Pilih find location untuk tahu di mana anak berada

4. Letakkan had waktu skrin (screen time) dan waktu tidur mereka
Dengan fungsi ini, kita boleh hadkan berapa hari dia boleh mengadap telefon atau gajet mereka sehari. Katakan kita hadkan 4 jam sehari je, makanya lepas 4 jam, fon mereka akan dikunci secara automatik. Fungsi ni juga boleh mengajar mereka untuk lebih berdisiplin. Tak perlu lagi drama rampas-merampas telefon. Gitu!!

Anak anda suka tengok fon sehingga lewat malam? Anak anda bangun tengah malam untuk curi-curi main fon? Jangan risau, tiada lagi masalah dengan tetapan had harian serta waktu tidur mereka. Kalau dah masuk waktu tidur, jangan harap dia boleh buka lagi. Heheheheh....

Antara fungsi kegemaran sis. Dah cukup masa, tiada lagi fon ya anak-anak


5. Tambah/Ubah Suai Waktu Skrin Mereka Mengikut Keperluan
Kalau waktu skrin mereka telah mencapai hadnya, anda juga boleh tambah/ubah suai waktu skrin yang ditetapkan mengikut keperluan. Yalah, kekadang kita setkan had yang terlalu pendek. Anak habis pembelajaran dalam talian sahaja, waktu skrin mereka dah pun habis, tak sempat nak bermain. Jangan risau, boleh je ubah suai atau tambah mengikut keperluan. Semuanya bisa dong! Usah khuatir.

6. Sekat atau Buka Sekatan Telefon di Hujung Jari
Ni lagi satu fungsi yang sistur suka nak mati. Terutamanya kalau anak korang memang jenis tak berapa mendengar kata. Jenis yang cakap berulang-ulang kali pun tak jalan. Ubatnya satu, je, kita sekat atau kunci Anak sis contohnya suka sangat lengahkan solat selagi telefon melekat pada tangan. Bila disuruh je, dia jawab kejap. Kejap, kejap sampai ke sudah. 

Sebagai mak yang bijak, kita takyah ngamuk, takyah rampas fon bagai. Kita sekat/kunci je fon dia dari telefon kita. Dia tau telefon kena kunci, terus dia jadi proaktif melaksanakan tugas-tugasan dia. Lepas tu pandailah dia minta kita buka kunci/sekatan kat telefon. Hahahaha.

Tapi samalah, ni pun berfungi kalau ada sambunga internet sahaja ya. Kalau tak jangan harap anda boleh kawal gajet anak anda di hujung jari.

Anak sis nampak je skrin ni, dia taulah dia dah kena sekat



7. Sekat Sesetengah Aplikasi yang Membuat Anak Anda Khayal/Taksub
Bayangkan situasi di mana anak anda asyik main game, tapi anda tak boleh sekat keseluruhan fon dia sebab dia kena masuk kelas dalam talian. Tapi kalau tak sekat, nanti patut masuk kelas, dia main game la plak. 

Ha, takyah risau. Block je game tu. Tinggalkan aplikasi yang berfaedah dan berguna untuk tujuan pembelajaran dia je.  Kita guna cara halus je, tak payah berkasar dengan mereka gitu.

Sekali lagi perlu diingatkan, kena ada capaian internet ya mak bapak.

Asyik main Free Fire je. Meh mak ko block

Aplikasi yang disekat ni biasanya dia takkan uninstall atau hilang dari fon. Dia cuma sembunyikan sahaja. Kalau dia dah siap tugasan dia, bolehlah unblock balik sebagai ganjaran. Ha gitu.

8. Pantau Aplikasi Yang Sering Digunakan/Jangka Masa Aplikasi Digunakan
Ni biasanya penghujung hari sis akan semak. Yalah, kenalah tahu kalau anak asyik mengadap fon je, dia sebenarnya mengadap apa? Kang tengok benda bukan-bukan karang. Tak ke naya? 

Kalau 8 jam asyik main game je, sis pun akan pertimbangkan untuk sekat game tu keesokan harinya. Dikhuatiri nanti lupa daratan plak kalau asyik main game.

Apalah awak buat kat Gmail tu lelama nak?

Okay, sebenarnya banyak lagi fungsi menarik yang boleh dimanfaatkan menerusi Google Family Link ni. Cuma kena rajin teroka dan kena kreatif dalam menggunakannya sahaja. Nama pun mak bapak alaf baharu kan, kenalah mengikut peredaran dan trend semasa dalam mendidik anak jugak. Teknologi yang ada ni kalau dimanfaatkan dengan betul, insyallah semuanya akan baik-baik sahaja. Yang penting, kita dah usaha.

Baiklah, sekian perkongsian sis kali ini.

Da~~~

No comments:

Post a Comment