Mudahnya Rancang Penerbangan Dengan Traveloka - Prettily Rare

Saturday, 20 January 2018

Mudahnya Rancang Penerbangan Dengan Traveloka

Salam hujung minggu semua,

Apa khabar? Tengah buat apa tu? Rentetan kerja yang teramat sibuk, hujung minggu macam ni barulah kita ada masa nak berangan sekejap. Tu pun sambil-sambil nak tunggu mesin basuh cuci baju.

Alkisahnya tahun lepas target kita untuk ke Hong Kong tak kesampaian. Mana taknya? Hujung tahun lepas, satu-satu masanya yang kita ada kelapangan, ada pula kursus terjemahan selama 2 minggu. Jadi, terpaksalah batalkan niat untuk pergi ke Hong Kong. Makanya 'travel wishlist' tahun lepas pun tak completelah dan terpaksa ditunda ke tahun ini.

Hujung-hujung minggu macam ni banyak perkara yang kena diselesaikan. Memang stressful. Sekarang kita faham kenapa mak-mak cepat sangat tua berbanding bapak-bapak. Sob sob... Jadi, di waktu kelapangan ni, kita pun nak acah-acah plan percutian kita ke Hong Kong sempena hari jadi kita nanti. Konon-kononnya self-rewardlah ni. Kih kih kih...

Then The World
Travelokalah ke seluruh dunia... Gitu!


Mudahkan Rancangan Penerbangan
Bagus betul Traveloka ni, mudah nak rancang penerbangan


Destinasi kali ini
Destinasi sasaran kita kali ini - Hong Kong

Kalau planning cuti, memang banyak platform online yang boleh memudahkan kerja-kerja. Kalini kita nak cuba tempah penerbangan ke Hong Kong dengan Traveloka. Kenapa Traveloka? Sebab Traveloka menawarkan ciri-ciri online flights booking dengan senang. Mana taknya? Dengan merancang perjalanan menggunakan Traveloka, kita dapat membuat perbandingan harga-harga penerbangan pelbagai syarikat penerbangan dalam masa yang sama. Tak perlulah susah-susah buka 2-3 windows atau tab syarikat penerbangan yang sama semata-mata nak tengok mana satu harganya lebih murah dan berbaloi. Hahaha.... Siapa pernah buat macam tu? Tak  yah segan nak mengaku. Sebab dulu kita pun tergolong dalam senarai tu juga. Tapi sekarang, lepas dah jadi bijak, kita gunakan Traveloka je.

Ha, jom tengok macam mana caranya nak rancang penerbangan ke Hong Kong.... Mula-mula sekali, mestilah kena buka laman sesawang Traveloka. Lepas tu kita taiplah Hong Kong. Tarikh? On my birthday iaitu 9/9/2018 sampailah 16/99/2018. Betul-betul self-reward ni, sampai seminggu nak bercuti!

Trip to Hong Kong
Ahad sampai Ahad gitu plannya


Kemudian list penerbangan yang ada akan keluar. Traveloka ini partner dengan kebanyakkan syarikat penerbangan yang ada jadi info yang ada nanti adalah tepat. Jangan risau kena tipu kerana diorang sudah establish, mempunyai perkhidmatan pelanggan 24 jam, sangat professional dan sangat menyokong kehidupan travellers. List yang keluar nanti akan beri flight info yang detail, masa dan juga harga. Dalam contoh rancangan penerbangan kita ni, banyak jugalah syarikat penerbangan yang keluar, antaranya Vietnam Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia dan banyak lagi.

Flight Comparison
Scoot tu apa? Murahnya.. Klik, jangan tak klik

Lepas difikir-fikirkan, kita ni memang jenis dah tua kerepot, so, mana-mana penerbangan yang lebih daripada 4 jam, kita lagi suka naik national carrier. Dan walau jimat naik penerbangan yang ada flight transfer, kita tak larat, kita lagi suka naik direct flight. Makanya, Malaysia Airlines telah menjadi pilihan hati.

Using Traveloka
Boleh tahan murah juga dah ni.

Malaysia Airlines
Mestilah round trip. Tak sampai 900. Murah lagi ni

Terharu sekejap boleh book round trip flight to Hong Kong, naik Malaysia Airlines tapi harganya tak sampai RM900 pun. Maka nikmat apa lagi yang kau dustakan? Eh, gitu! Rezeki ni. Alhamdulillah.

Malaysia Airlines
Kalau dah confirm nak yang ni, bolehlah tekan continue to booking

Lepas fikir masak-masak dan congak segala bajet serta kemungkinan, bolehlah korang terus continue to booking tanpa berpaling lagi. Hahaha..

Sebaik sahaja korang tekan continue to booking, inilah masanya untuk isikan maklumat peribadi korang. Kalau rasa-rasa nanti nak book pakai Traveloka lagi, terus jelah sign up supaya lepas-lepas ni, tak payah lagi susah-susah isi maklumat peribadi sebab semua maklumat akan tersimpan dengan selamatnya.

Traveloka
Lepas tu kena la log in or register.. Kalau tak nak, boleh isi je contact details.

Biasalah, kalau semua dan yakin. Apa lagi? Dah tiba masanya untuk buat bayaran. Masa nilah korang akan rasa separuh hati ku pergi bersama-sama duit bayaran yang korang bayar tu...sob sob sob. Biasalah tu, nak sesuatu, kenalah korbankan sesuatu yang lain. Dalam kisah ini, nak travel, kenalah korbankan duit titik peluh korang tu...Uwa!!

Payment for flight booking
Babai RM900 ringgit....
Traveloka
Debaran proses menempah tiket terbang...
Selesai semuanya, emel pengesahan dan resit akan dihantar ke dalam inbox email korang. Makanya bolehlah mula plan itinerary di Hong Kong pulak. Dalam kes kita ni, kita dah ada dah pun itnerarynya. Flight dan Hotel saja yang takde.

Aiyoyoyoyo! Kenapalah kita blur sangat? Traveloka bukan sahaja menawarkan perkhidmatan untuk menempah penerbangan, malah nak tempah penginapan pun boleh jugak. Makanya, laluilah langkah-langkah yang tadi tu sekali lagi tapi kali ini untuk hotel pulak....

Bila siap dan selesai semua ni, langkah terakhir cumalah tunggu hari tersebut untuk menjelma. Bagi kita, tulah langkah yang paling susah untuk dilalui oleh semua traveler. Sob sob sob....
Percutian
Hai Hong Kong, tunggu daku datang
Maka sekian perkongsian kita kali ini, baju dalam mesin basuh pun dah fed up kita tak datang-datang untuk menyidainya. Kita nak pergi sidai baju dulu.

Bagi korang-korang yang nak travel, jangan lupa bandingkan harga penerbangan dan tempah sahaja di Traveloka ya?

Da~~~~


OXOXO
Prettily Rare

22 comments:

  1. Traveloka memang apps sempoi! Boleh compare harga tau rancang budget gak kalo nk p bercuti..

    ReplyDelete
  2. famous sekarang traveloka.. marketing pun besar..semoga memudahkan urusan mereka yang ingin bercuti.

    ReplyDelete
  3. pegi sidai baju. Nanti sambung hahaha...traveloka memang convenient pun especially yg utk connecting flight dan juga price alert utk promo murah. Vacation is affordable for everyone if you know how to prioritize the expenses. Travel smart!

    ReplyDelete
  4. Dengan traveloka semua perancangan kita jadi mudah kan

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau nak melancong ke mana-mana ada traveloka ni semua jadi mudah je.. klik klik klik dah settle urusan booking segala kan..

    ReplyDelete
  6. Ada rezeki nanti nak bercuti nak try guna traveloka pulak.. Dh usha tgk web dia..

    ReplyDelete
  7. Berjalan..berjalan...ramai orang cakap takde duit nak travel...takut nak travel..tak reti nak travel tapi teringin...

    Sebenarnya nak travel bukannya kena ada duit berkepuk kepuk dalam poket, ada emas bertan-tan dalam bank tapi kena bijak.. kan?

    ReplyDelete
  8. Saya ada survey dalam website traveloka ni. Kalau kita sign up dengan diaorang banyak diskaun yang kita boleh dapat. Traveloka apps lagi banyak diskaun tapi say abaru download. Tak godek lagi

    ReplyDelete
  9. Emi mmg pengguna traveloka sejak dulu. Best guna traveloka ni sbb dorg selalu bg promo code. Lagi byk discount blh dpt klu booking melalui apps dia.

    ReplyDelete
  10. Traveloka memang memudahkan para travel lovers untuk menjelajah ke mana. Betul2 satu pltform yg berguna. Terima kasih Maya atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi guna traveloka..ingat nak cuba gak la..jharga murah kat diorang yang dh guna

    ReplyDelete
  12. Rami yang share pasal traveloka tengah promo sekarang ni. Malangnya tak dapat nak grab promo. 😢 anyway thanks for sharing. Next time boleh la try traveloka ni

    ReplyDelete
  13. Yes. Rawlins gunakan Traveloka sebab nak rancang trip ke Singapore bulan Mac kelak. Di samping nak menang hadiah haha

    ReplyDelete
  14. Suka pakai Traveloka.. kurangkan sakit kepala dan tambah banyak kemudahan dengan Traveloka

    ReplyDelete
  15. Nak target pg bercuti dengan travelokabyk pakej berbaloi ditawarkan

    ReplyDelete
  16. Traveloka is really easy and simple to use! I've use it a few times can't wait to try flying overseas.

    ReplyDelete
  17. Mmg mudah sgt2.. xyah kelam kabut nak booking web lain... semua ada dkt traveloka

    ReplyDelete
  18. I suka travel mmg pilih traveloka klik jer dekat apps dia... mudah kerja

    ReplyDelete
  19. Mudah dengan traveloka. Saya suka guna traveloka.

    ReplyDelete
  20. Best tau Traveloka ni. Senang nak pakai dan boleh plan percutian ala-ala travel agency.

    ReplyDelete
  21. nak travel, memang kena guna Traveloka ni. mudah sangat

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  22. wah traveloka sangat terkenal juga di malaysia , syaa di indonesia memesan tiket sellau dengan traveloka

    ReplyDelete