Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - Prettily Rare

Wednesday, 22 November 2017

Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Assalamualaikm semua,

Credit photo from Newborn Photography Australia

Seperti yang dijanjikan. Kalini kita nak cerita pengalaman bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang juga dikenali sebagai PPUM atau UMMC (University Malaya Medical Centre).

Alkisahnya, genap dua bulan kita bersalin secara ceasarean dan selesai berpantang. Kita telah diuji dengan rezeki kurniaan Allah s.w.t. Orang kata ibu-ibu yang menyusu penuh ni biasanya susah nak lekat dan kadangkala lambat datang haidnya. So bila kita tak datang haid lepas habis berpantang, kita tak terfikir pun akan mengandung lagi. Tapi tulah orang kata, rezeki biasanya datang tak dijangka-jangka. Kita telah disahkah pregnant masa Mia berusia 2 bulan.

Baju Melayu
Dah 5 tahun dah Hariz tahun ni, semoga jadi anak yang soleh.


Sejujurnya, memandangkan Mia dilahirkan secara caesarean, berita kehamilan tu bagaikan satu berita yang agak menakutkan. Mana taknya? Caesaren dulu dahlah dilapah hidup-hidup sebab bius tak berfungsi pada kita. Ni belum habis trauma lagi, dah mengandung semula. Macam-macam dah timbul dalam fikiran kita. Ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan biasanya dinasihatkan untuk berehat selama 2 tahun sebelum mengandung semula. Kita pula? Lepas 2 bulan caesar dah pregnant. Aiyoyoyoyo!

Tu belum tekanan dari segi kerja, kewangan dan keluarga lagi. Pertamanya, Mia kecil lagi, tapi dah kena berbahagi kasih dengan si kecil. Dari segi kerja, kita baru sahaja cuti bersalin 2 bulan. Tup-tup pregnant lagi. Biasalah, tentu macam-macam pandangan orang. Tak menyabarlah. Tak reti merancanglah. Dari segi kewangan, bersalin Mia je dah 5k dihabiskan. Tu baru bab bersalin. Belum lagi yuran asuhan bulan-bulan, pakai, minum dan macam-macam lagi. Masa tu memang terlalu stress kita rasa. Lagi-lagi bila pregnant je, susu badan tak mencukupi disebabkan faktor hormon dan Mia pulak tak nak minum mana-mana susu formula. Semua brand dah try bagi, tapi semua dia tak nak minum. Memang keras kepalalah. Sampai skarang terbawa-bawa keras kepala dia tu. Sanggup berlapar daripada minum susu formula.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan Hariz ni, macam biasa, kita takde alahan, takde komplikasi. Tapi disebabkan kita nak mengurangkan risiko untuk bersalin secara pembedahan buat kali kedua, terpaksalah kita kawal pemakanan dan monitor kenaikan berat diri sendiri dan juga kenaikan berat baby. Biasalah, kalau mak berat, senang ada komplikasi. Kalau baby pulak berat dan besar, mestilah susah nak teran nanti. Lagilah kita anak pertama bersalin caesar. Takde lagi pengalaman teran-meneran ni. Umpamanya bersalin anak pertama kata orang, sebab takde laluan lagi. Tapi lazimnya orang kata baby kalau besar, susah sikit nak teran... Kalau susah, maka tinggilah risiko untuk bersalin caesar atau pembedahan buat kali kedua.

Satu lagi orang kata, kalau dah dua kali caesarean, memang alamatnya, lepas-lepas tu memang dah tak boleh bersalin normal dah. Jadi bagi mengelakkan perkara itu berlaku kita, tu yang kita lakukan semua usaha yang mampu untuk pastikan kali ni kita boleh bersalin normal. Bila hanya sekali je caesarean, bilangan anak boleh ramai lagi. Kalau tak, mesti terhad pada 3 orang je. Tak nak, tak nak. Better leave the options open. Mungkin skarang tak nak anak, tapi siapa tahu, akan datang, teringin lagi nak timang baby. So taknaklah awal-awal lagi dah limitkan bilangan kelahiran kan....

So oleh kerana pernah caesar dan mengandung rapat, setiap kali pemeriksaan je, doktor akan tanya dengan luka pembedahan kita. Ada rasa sakit tak? Ada rasa mencucuk tak? Sebabnya diorang khuatir bila baby membesar, berat baby akan membuatkan luka pembedahan tak mampu menampung  tekanan berat baby. Nasihat doktor, kalau bila-bila sakit, berkemungkinan kita akan perlu dibedah lagi bagi menyelamatkan nyawa kita dan juga baby.

Alhamdulillah....sampai ke 39 minggu, tempat pembedahan tak rasa sakit, takde sebarang komplikasi semua... Pengalaman mengandung kali ni, doktor dah terang-terang bagi amaran yang kita tak bleh diinduce atau tak boleh percepatkan kelahiran kerana takut akan berikan stress pada bekas luka pembedahan. Sudahnya, sampai minggu yang ke 39 kita kena ulang-alik check ngan doktor.

Sampailah pemeriksaan pada minggu ke-39 tu, kita dah rasa sengal-sengal badan, sakit dari pinggang sampai ke punggung. Sebelum ni masa pregnant Mia, tak pernahlah rasa camtu. Bila jumpa doktor rupa-rupanya dah mula contraction. Loh... camtu ke rasa contraction? Tak pernah tau pon. Al-maklumlah masa Mia dulu tu tak pernah pun rasa sakit camni. Then bila doktor seluk, alamak! Dah 4cm katanya, dah in labour process... Terus muka kita jadi biru-biru sebab trauma... Keadaan yang berlaku ni macam sama je ngan Mia dulu. Dejavu. bila seluk dah 4cm....Jangan cakap kalini pun kena caesar sudeh!! Seram I.

Jadinya masa pemeriksaan tu lagi kita dah kena tahan masuk wad. Kita nak balik, doktor tak bagi. Dia kata awak dah in labour process, mana boleh jalan sana sini? Nanti terberanak cemana? Lol...
Jadi kita pun minta adik datang bawa barang-barang bersalin, and minta kebenaran dari doktor untuk pergi makan dulu. Al-maklumlah, masa tu bulan puasa. Kita pun rajin je puasa. Tak makan pun. Bila doktor nak tahan, haruslah kita p makan kenyang-kenyang dulu. Kalau tak, tak daya nak teran nanti cemana?

Maka dengan muka tak malunya, masa tengah-tengah bulan puasa tu kita p je kat foodcourt PPUM untuk makan. Tak pedulilah orang nak kata apa, yang penting kita nak bersalin dengan aman nanti.
Takkanlah nak meneran dengan takde tenaga plak?

Lepas siap makan, kita terus dibawa masuk ke bilik bersalin. Tukar pakaian, makan ubat berak semua. Pastu doktor check, eh still 4 cm, takde peningkatan pun. Tapi dia kata kita takleh induce, so memang kena bagi laluan buka sendiri. Then dia decide untuk pecahkan air ketuban untuk pastikan laluan dibuka dengan lebih cepat.

Adoi...dejavu lagi. Dua-dua kali bersalin, dua-dua doktor yang pecahkan air ketuban. Takde pun scene tengah jalan-jalan tetiba air ketuban pecah dalam kat televisyen tu. Masa doktor nak pecahkan air ketuban tu, doktor amik jarum yang panjang ya amat, pastu dapatlah rasa doktor tangkap baby tu, ngelak-ngelak Hariz dalam perut, tak nak kena tangkap ngan doktor. Tapi last-last kena tangkap gak, then dia cucuklah air ketuban tu. Rasalah air mengalir cam terkencing... Hishh....

Sebelum tu doktor ada tanya, nak ambik epidural tak? Memandangkan kita dah tahu epidural tu tak lut langsung kat badan kita, kita terus-terang je cakap tak nak... Bazir duit i jekk...

Kita masuk labour room dalam kol 12. Dah maghrib, semua orang dah buka pun tak bersalin lagi. Bila nurse check, baru 5cm.. Apakah??? Pastu yang kelakarnya, misi tengok kita dok relaks je lagi. Then dia tengok graph.... "Oh, patutlah diam je relaks je," tegur misi. "Tengok graph awak ni takdelah tinggi mana, kalau orang lain dah menjerit-jerit dah" Perghhh! Tak tinggi dia kata? Kita dah rasa sakit cam nak sepak semua orang jek tau.

Sampai kol 10 malam, baru buka dalam 6-7cm. Doktor dah banyak kali warning, kalau baby tak bersalin lagi, dia nak caesar je. Tapi kita buat bodoh je. Malas nak layan. Sebabnya, setiap 2 jam dia warning camtu. Dahlah kita tengah sakit. Contraction ni memang geram sebenarnya, sebab dia takdelah sakit yang amat. Tapi kesakitan tu mengganggu dan kerap. Baru nak lelap, datang lagi sakit dia. Giler mengganggu lah, sebab tak boleh nak rehat langsung.

Susah nak citer cemana sakitnya contraction ni. Tapi memang trauma lah kalau nak kena lalui lagi sekali. Sampaikan sepanjang contraction yang berjam-jam tu, kita terfikir juga, kalau aku caesar je, lagi senang. Tak payah nak tahan sakit lama-lama. Kalau caesar je, mesti dah lama siap.

Dalam kol 11 lebih malam, kita dah rasa nak terberak dah. Orang kata kalau dah rasa camtu, maknanya dah bersedia nak push dah. Bila kita cakap kat nurse tu, boleh plak dia kata, lambatlah lagi lah wak... lama lagi... tak buka lagi ni.... jangan teran tau...nanti koyak.

Durghh...cemana nak tak teran? Nak paksa diri sendiri tak teran, lagi seksa rasanya daripada menahan contraction. Dalam kol 12, doktor masuk, dia kata eh, dah 10cm.. Dalam hati kita, entah-entah kol 11 tadi lagi dah 10cm kot... Korang je tak check....

Maka doktor pun suruhlah push... Lol... bagi kita nak teran tu tak sakit pun. Contraction lagi sakit kot. Tapi dua tiga kali teran jugalah. Kalau ikutkan baby kecik, takyah gunting pun boleh je teran. Tapi masa kita push kali ketiga tu, doktor pelatih tu tak reti nak sabar, dia pergi gunting sikit, dan automatik, terkeluarlah Hariz yang kurus kering sebab maknya saja kawal pemakanan tak bagi dia gemuk.

Lepas dah bersalin je. Hariz tu nangis macam syahdu gila. Anak orang lain bila lahir semuanya teriak macam kena sepak. Mia pun teriak macam kena penampo. Hariz je nanges tah syahdu apanya, perlahan jek. Sampai doktor pun tegur, alahai...syahdunya nangis.

Yang geramnya, masa jahit tu, tengah kita dok sedut-sedut laughing gas yang sangat-sangat memberikan kebahagiaan kepada kita tu, bleh lak misi tu ambik balik topeng gas tu. Katanya, takyah sedut lagi dik, nah baby, tengok muka anak nanti hilanglah rasa sakitnya.

Perghhhh!! Memang rasa nak ngamuk lah dengan misi tu. Pejadah tengok muka anak je ilang sakit? Siapa tah ajar. Rasanya masa tu kena jahit idup-idup lagi rasa sakit daripada contraction kot. Sampai berapa kali kita sepak doktor. Cuma doktor tu baik je, tepis-tepis kaki kita sambil cakap, eish, jangan, nanti tak cantik. Pffft..

Keseluruhannya, pengalaman bersalin di PPUM ni agak positif, cumanya apa yang kita tak suka, banyak lak doktor pelatih yang datang raba sana sini... tanya tu tanya ni. Tapi kalau korang tak nak, boleh je beritahu korang tak nak. Sebab tu adalah hak pesakit. Layanan pun boleh tahan untuk price ciput yang dibayar tu. Cumanya, memang geram betullah ngan nurse yang amik laughing gas kita masa tengah kena jahit tu. Grrrr....

Sekian pengalaman kita bersalin di PPUM. Kalau ada masa, kita share plak perbandingan bersalin secara normal dan pembedahan. Yerlah, kita dah lalui dua-duanya. Mestilah kita tahu apa pros and cons normal delivery versus caesarean delivery.

Da~~~

Newborn
Hariz 5 years ago
2 bulan
Hariz, 2 months

Disclaimer: Ini pengalaman saya. Pengalaman anda mungkin berbeza. Kalau anda nasib baik, Alhamdulillah. Tapi inilah yang berlaku pada saya. Semua orang nasib lain-lain. Harap takde yang emo nak kondem. Sekian, terima kasih.


Baca juga:

Pengalaman Bersalin Caesar di PPUKM/HUKM/UKM Specialist
Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

7 comments:

  1. Besar pengorbanan seorang ibu melahirkan anak walaupun bermacam pengalaman.. Semoga Mia & Hariz menjadi anak yang beriman, soleh, cemerlang, gemilang & terbilang.. Aamiin.. 😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Mak aih panjang entri bila bab pasal pregnancy kelahiran kan heee rasa macam nak pregnant lagi ke tak hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Entry kita memang panjang-panjang... Erkkkk!!!

      Delete
  3. Comel sungguh anak u. Saya pun lepas bersalin jer dalam pantang nie

    ReplyDelete
  4. Such a detailed and real experience, and a bit funny too! Glad your child is growing up healthy.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. But also quite traumatic to me. Yep, glad that they are growing up healthy

      Delete