Dinasour Alive! Kuala Lumpur Hidupkan Semula Zaman Jurassic - Prettily Rare

Tuesday, 7 November 2017

Dinasour Alive! Kuala Lumpur Hidupkan Semula Zaman Jurassic

Hai semua,

Harini kita nak cerita fasal pengalaman santai hujung minggu kita bersama Mia dan Hariz, my beloved kids yang tak reti duduk diam tu. Sebenarnya, bila hujung minggu, kita lebih suka tinggal di rumah sebab dah tahu budak dua orang ni memang susah nak dikawal apabila dibawa keluar rumah. Terloncat-loncat sana sini, menghilang dalam sekelip mata dan macam-macam nak dicapainya. Sebagai mak yang sibuk, kita memang rasa penat betul nak layan kalau bawa jalan-jalan hujung minggu.

Tapi kadang-kadang kesian juga bila budak-budak tu terperuk di rumah. Lagilah sejak-sejak bawa budak-budak tu tengok dinasour di De Centrum Mall, diorang ni macam angau pulak dengan dinasour. Kita pun tak fahamlah. Bukannya comel pun dinasour tu, bagi kita agak hodoh dan menyeramkan juga. Tapi yang hairannya, budak-budak ni suka. Layankan jela. Kebetulan pula kita telah disapa oleh seseorang yang mengajak kita ke Dinasour Alive menerusi LinkedIn. Kita pun macam, eh, okay juga bawa budak-budak ni. Lagipun, menerusi maklumat yang kita cari, dinasour yang ditawarkan di Dinasour Alive Kuala Lumpur ni, lebih pelbagai dan lebih besar. Kebetulan pula kita tengah berbaik hati nak layan budak-budak tu, jadi kita gigihkanlah diri bawa Mia and Hariz ke tengah-tengah KL pada Ahad lepas.

Amboi, bukan main lagi T-rex ni mengganas kat Petronas Twin Tower ni eh?
Memandangkan Dinasour Alive! ada menawarkan promosi pra-cuti sekolah sepanjang November ni, makanya, tiket yang sebelum ini berharga RM50 untuk dewasa (dengan MyKad) dan RM30 (dengan Mykid) kini dijual hanya pada harga RM30 untuk dewasa (MyKad) dan RM25 untuk kanak-kanak (MyKid). Uish... best ni... Sangat berbaloi-baloi. Tapi promosi ni cuma sehingga 30 November 2017 tau. Lepas 30 November nanti, semuanya akan kembali ke harga asal. Jadi, kenalah cepat-cepat grab peluang dan promosi ni.

Apa yang ada di Dinasour Alive! ni? Dinasour Alive ni sebenarnya sebuah pameran jenis 'pop-up' yang bertemakan Jurassic. Kalau korang amati, terdapat 40 jenis dinasour animatronik yang mana ia dibuat mengikut skala sebenar dinasour tersebut pada zaman Jurassic dahulu.

Dinasourous1
Uish, ganasnya dia!

dinasarous
Yang ni dinsaour baik kot

Dinasour
Macam-macam dinasour ada

Dinasour Alive
Jangan tanya kita apa nama Dinasour ni
Dinasour Alive KL
Macam dalam filem Jurassic Park pulak

Secara peribadi, kita suka konsep santai keluarga di Dinasour Alive! ni sebab ada aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau hubungan ibu bapa dan anak, sebagai contohnya di zon mewarna & pemasangan rangka tulang serta zon kraf pasir di mana ia semua aktiviti ini adalah PERCUMA. Kalau mak bapak rasa penat pun, boleh je biarkan anak-anak beba bermain di jumping castle dan taman permainan mini yang disedikan sementara berehat di zon makanan di minuman.

Dinasour Alive
Khusyuknya mewarna

Dinasour Alive Kuala Lumpur
Pasang tulan dinasour bersama-sama

Dinasour Alive
Ada aktiviti camni baru diorang tahu duduk diam

Dinasour Alive KL
Dah sama dah muka Hariz dengan Dinasour tu kita rasa

Selain itu, ada juga aktiviti berbayar seperti permainan tebus hadiah dan juga aktiviti role-play sebagai paleontologist dengan harga RM10. Bagi kita aktiviti paleontologist ni sangat menarik kerana kanak-kanak akan diberikan uniform dan peralatan khas untuk aktiviti-aktiviti mengorek fosil dinasour. Fosil mini tersebut pula boleh dibawa pulang ke rumah sebagai kenang-kenangan.

Bagi peminat dinasour pula, ada banyak permainanan dan barangan yang bertema dinasour atau Jurassic yang dijual di ruangan khas di Dinasour Alive. Ada juga mainan yang mengembalikan nostalgia sewaktu kita masih kecil lagi.

Walaupun hanya menyertai aktiviti tidak berbayar sahaja, kita, Mia dan Hariz habiskan lebih kurang 4 jam juga di Dinasour Alive! ni. Secara keseluruhannya, pengalaman di sini bersama anak-anak tersayang adalah amat menyeronokkan, bukan sahaja untuk maknya, tapi juga untuk budak-budak ni.

Bagi sesiapa yang berminat untuk bawa ahli keluarga ke sini, berikut adalah maklumatnya:

Dinasour Alive!
Tempat: MaTiC Lanai, 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Hari: Setiap hari sehingga Januari 2018
Waktu: 10 pagi sehingga 8 malam.
Website: Dinasour Alive
Facebook: Dinasour Alive KL










44 comments:

  1. Dinosaurs Alive is great for kids and the young at heart... I myself enjoyed my trip there also with my kiddo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's fun and educational too! Really had fun with my kids at Dinasour Alive

      Delete
  2. I wan to go with my cousins during next weekend!
    their will definitely love it for sure!

    ReplyDelete
  3. Wajib datang, rugi kalau promosi abis nanti

    ReplyDelete
  4. My children would love to see these dinosaurs. They look so real and alive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, they do. A chance not to be missed

      Delete
  5. Replies
    1. Cepat sementara masih ada promosi

      Delete
  6. Looks fun! Kids will definitely love the place!

    ReplyDelete
  7. OMG bestnya. kalau ada anak boleh la bawak. kalau dewasa pergi, mcm pelik je T.T

    ReplyDelete
  8. Takde anak pun boleh pergi juga

    ReplyDelete
  9. Interesting to see dinosaurs that look so real! Too bad the exhibition is too far for me to go in person but thank you for bringing it to me with your post.

    ReplyDelete
  10. Awesome activity for the kids! I remember that sand coloring(is that what it's called? hehe), I used to do that when I was a kid! :D

    ReplyDelete
  11. Budak-budak lah paling suka bila dapat pergi tempat macam ni. Dinosur tu interaktif ker hehehe sebab kita pernah pergi kat Thai dinousur tu bergerak lagi berjalan semua orang lari wakakakakaka..

    ReplyDelete
  12. wah bestnya, kita yang dh berusia ni pon teruja huhu

    ReplyDelete
  13. wah..mesti seronok kalau bawa anak2 datang situ

    ReplyDelete
  14. wow! This looks like fun! Hope I could see it too

    ReplyDelete
  15. wah! salah satu tempat menarik nak bawa budak-budak cuti ni.. thanks share info!

    ReplyDelete
  16. Wow!! Impressive dinasour fun fun outing!! Love the kids art & craft activity, your kids so enhjoyed & happy : D Cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  17. Teringat zaman budak2 dulu teruja tgk Jurassic Park

    ReplyDelete
  18. Baby Bing is sure to feel excited seeing dinosaurs! Next to do list :)

    ReplyDelete
  19. Looks so fun, sure place to visit for kids

    ReplyDelete
  20. I was really hoping to visit Dinosaurs Alive but then got scared after finding out its ticket price. Thank god for this promotion. And good timing too since I will be in KL next week!

    ReplyDelete
  21. Haritu sempat juga siggah sini. Memang best betul sebab banyak aktiviti, budak mesti lagi best.

    ReplyDelete
  22. Terpancar kegembiraan dorang hehe

    ReplyDelete
  23. Wow! I want to visit this too! Maybe soon. =D

    ReplyDelete
  24. I would love to bring my kids there.my son would love it!

    ReplyDelete
  25. My nephew will love this place. He kind of fanatic when come to dinosaur.

    ReplyDelete
  26. wow, both the kids will love this place. They like dinasours so much. There's a similar one like this at The Top Penang .

    ReplyDelete
  27. Bersesuaian dengan cuti sekolah kali ini.

    ReplyDelete
  28. Wah! This one looks so fun! I dont have a kid but i will try it out myself!!!

    ReplyDelete
  29. I don't mind visiting this exhibition as I am a dino-lover too. Haha. Still has that little kd inside me.

    ReplyDelete
  30. Too bad my nephew is still so small, if not I will bring him to learn about dinasours here :)

    ReplyDelete
  31. eeee best nyer kalau nak bawak anak i kat sini...

    ReplyDelete
  32. Hujung nov ni nak naik KL boleh singgah bawa anak anak

    ReplyDelete
  33. My son will love to learn about the different dinosaur here! I should bring him here.

    ReplyDelete
  34. This is one good event for children to know about zaman2 dino

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete