Review: Kingsman The Golden Circle dan TGV Indulge, One Utama - Prettily Rare

Sunday, 8 October 2017

Review: Kingsman The Golden Circle dan TGV Indulge, One Utama

Salam,


Harini nak buat review dua benda sekaligus macam last time kita buat. Satu fasal filemnya, satu lagi fasal panggung wayangnya. Dulu pernah review fasal tontonan filem Annabelle kat MM Cineplex Platinum Movie Suites, eCurve. Kalini Kingsman The Golden Circle di TGV Indulge, One utama pula.


Okay, sebenarnya di sebalik review ni ada citer sedeh. Apa citer sedehnya? My favorite boss of all time aka CEO, Johan Ishak dah resign. Dia nak tinggalkan kitorang sumer ni, sob sob sob... Sampai hati dia kan? Kita salah seorang yang sangat-sangat terasa dek kehilangan dia sebab ada sesetengah perkara yang kita report directly to CEO. Lepas ni, hmmm... hmmmm... Sedih.

Babai Johan

Okay enough citer sedih. So kita pun ditugaskan untuk plan farewell party untuk Johan. Sob sob.... Lagi la mak sedih... Sambil tulis entry ni pun kita sambil kesat airmata pakai tisu lagi tau, sedih....

Sebelum ni memang banyak juga mini company event yang kita pernah anjurkan. And perangai kita ni, kita tak suka repeat tempat yang sama. Saja je, nak rasa pengalaman yang berbeza. Barulah kita boleh compare dan contrast gitu!!! Kalau tak cuba tak tahu kan?

Jadi kita pun telah memilih untuk buat farewell party kat TGV Indulge, One Utama. Kenapa? Sebab Johan ni rajin belanja kitorang tengok wayang. Satu opislah dia belanja. Punyalah murah hati. So, kita pun buatlah farewell ala-ala kesukaan dia, menonton wayang. Tapi yang ni special, yelah...Dah farewell dia kan, mesti ada adegan-adegan menyentuh hati, emo, nangis (eh, kitalah tu) dan macam-macam lagi. So, kena wat private sikit. Sob sob.. (sambung nangis)

TGV Indulge ni kitorang amik pakej buffet tengah hari + tiket wayang di Indulge Hall untuk 40 orang + popcorn dan air soda/air mineral. Yang kita suka sekali kat TGV Indulge ni, diorang bagi complimentary function hall + mikrofon + projcetor untuk kitorang adakan sesi mingling dan makan tengah hari buffet. Weee!! Kita suka kita suka!

TGV Indulge ni bukan sahaja available untuk private function, tapi juga untuk walk in customer. Rasanya bab ni diorang berbeza dengan MMCineplex di mana MMCineplex hanya untuk special booking/function sahaja. Tapi TGV Indulge juga mensasarkan mereka-mereka yang nak pamper diri sendiri dan pasangan di panggung wayang yang lebih eksklusif dan selesa tanpa perlu bersesak-sesak.

Malah, makanan juga boleh dipesan menerusi skrin khas yang disediakan. Berbeza dengan menu-menu TGV Cinema biasa, menu-menu TGV Indulge adalah ala-ala Gourmet iaitu hidangan istimewa Cef. Cef tau, bukan tukang masak biasa. Ha, camtulah gamaknya. Jadi, sesuailah untuk berdating ka, anniversary ka, birthday ka... Ala, sekati koranglah. Rasa-rasa ada banyak duit, dan nak manja-manjakan diri atau nak belanja diri sendiri boleh je. Gitu! Contohnya kawan kita, dia celebrate birthday sendiri dengan belanja diri sendiri tengok wayang kat TGV Indulge. Katanya, nak tunggu orang belanja berjanggut ler... Okay betul. Siapa lagi yang nak manjakan diri sendiri kalau bukan kita sendiri kannnn? Takyah berangan sangat ada Prince Charming datang nak belanja korang. Harap diri sendiri lagi bagus.

Harga TGV Indulge?

Beginilah harganya...kalau nak murah beli pakai Maybank

Selain di One Utama, TGV Indulge ni juga terdapat di Sunway Velocity Mall.

Aha, tadi kita dah janji nak compare dan contrast kan? Jom kita lihat apakah perbezaan antara TGV Indulge dan MMCineplex Platinum Hall, eCurve:

TGV Indulge Versus MMCineplex Platinum Hall

Oleh kerana TGV Indulge dibuka kepada orang ramai untuk tempahan, booking hours yang telah ditempah tak boleh tukar bila dah masuk sistem. Jadi, make sure korang plan timing betul-betul ya?

SYABAS kepada TGV kerana memberi pilihan kepada orang ramai untuk merasai pengalaman untuk menonton wayang dengan suasana yang lebih eksklusif. Insyallah kalau ada rezeki, kita nak try yang TGV Beanie Hall pulak.

Entrance to TGV Indulge 1

Lounge TGV Indulge yang cantik sekali. Leh lepak sini dulu sebelum movie.

Ha cepat. Nak order air apa?

sambil-sambil tu boleh tengok tv... Kalau tiket biasa kenala tunggu sambil berdiri


Tempat jual popcorn pon comel. Ada juga backdrop untuk korang feeling-feeling artis

Ni buffet line kat function hall. Function hallnya besar. Cantik.

Serving counter untuk minuman

Lihatlah selimutnya yang gebu itu. Memang gebus-gebas

Boleh order makanan dari skrin. Macam Sushi King. Hihihi...

Hahaha...scary giler gambo ni... Patut letak kat review movie annable bagus ni


Aha..sori sepah. Ni dah time abis wayang

Okay, kita citer lak fasal Kingsman pulak. Kalau ikutkan rancangan asal, nak tengok citer The Foreigner. Tapi dalam seminggu sebelum event kitorang dimaklumkan bahawa premier The Foreigner telahpun dipostpone 2 hari selepas event kitorang. Cis! So, gumbiralah budak-budak ofis sebab dapat tengok cerita Kingsman The Golder Circle ni.

Okay, kita ngaku, kita lagi suka laki pakai suit

Kita memang tengok cerita Kingsman The Secret Service yang disiarkan 3 tahun lalu iaitu pada tahun 2014. Masa tu tengok ngan Kak Mira kalau tak silap. Uhuhuhu... Kak Mira is my favorite buddy. Bagi kita Kingsman The Secret Service dari segi aksi dan jalan ceritanya memang mantap. Cuma ada yang tak masuk akal dan babak-babak yang agak sadis. Tak masuk akal sebab ada juga orang yang nak bunuh satu dunia dan tinggalkan golongan yang kononnya elitis sahaja. Dah tu siapa nak masak untuk ko nanti? Siapa nak cuci jamban mop lantai? Apalah! Bab sadis pulak? Eish... Kepala meletup-letup tu walaupun disampaikan dengan pendekatan lawak atau humour, tetap sadis bagi kita.

Dan... dan.... Kingsman The Golder Circle memang berjaya mewarisi semua ciri-ciri utama yang kita ceritakan pada filem sebelum ini. ... Memang ternyata unsur-unsur sadisnya masih lagi diselitkan dalam sesetengah babak, antaranya, babak orang dimasukkan ke dalam mesin pengisar daging. Elemen tak masuk akal pula tetap pada watak antagonisnya. Tapi kali ini, watak ini dimainkan oleh seorang wanita yang bernama Poppy. Poppy ni juga tokan dadah terbesar dunia. Uiyooo.... Sebenarnya suka gak ngan lakonan Julianne Moore. Dia nampak elegan je dalam lakonannya. Psiko yang elegan.

Patutlah tak masuk akal. Masterpiece of insanity katanya.

Okey, sambung balik fasal Poppy. Poppy ni katanya tokan terbesar dadah, tapi berikutan pengharaman dadah di seluruh dunia, terpaksalah dia bersembunyi di sebuah pulau kecil tanpa dikenali. Poppy tak puas hati sebab dia adalah wanita yang paling berjaya dalam dunia,tapi takde orang kenal dia. Jadi, dia pun rasa benganglah. Sebab dia tak dapat shopping sana sini, takde orang nak interview dia, dia takleh nak bersosial. Uish... Ada ke orang sanggup jadi camtu semata-mata sebab nak duit .Kita tak sanggup.

Okay, obviously Poppy ni pun dah tak sanggup, dah bosan dan bengang, jadi dia pun  fikirkan cara untuk keluar dari kemelut ni. Dia fikirlah, cemana ek aku nak kaya dan berjaya tapi tak kena tangkap? Otak psiko dia pun buat kesimpulan: ha memandangka aku  yang kontrol dadah seluruh dunia, apa kata aku racun semua dadah ni? Then kalau pemimpin seluruh dunia nakkan penawar untuk selamatkan rakyat diorang, diorang kena mansuhkan pengharaman dadah dan berikan dia kekebalan. Uish... genius juga psycho pompuan ni.

Jadi, macam biasa, Kingsman lah jadi hero untuk menyelamat dunia walaupun HQ diorang semua dah kena bom. Cian.... Eggsy pulak jadi lebih beriya untuk rampas penawar tu dari Poppy sebab dia tau girlfriend dia aka Tuanku Princess pun terkena racun tu. Ha... apalah princess tu amik kan? Sampai leh terkena racun tu jugak.... Hisap dadah ke princess? Hmmm....

Secara keseluruhannya, kisah Kingsman The Golder Circle ni sebenarnya banyak mesej dan agenda-agenda tersembunyi yang memaksa kita berfikir sebenarnya. Tu antara salah satu sebab kenapa kita suka tengok citer Kingsman ni. Kalau cerita-cerita takde mesej ni, memang menyampah kita.

Okay, antara isu-isu menjana minda dalam kisah ini adalah:

1. Isu gula: Gula mempunyai kesan ketagihan 10 kali ganda lebih teruk daripada dadah, tapi kenapa ia tak diharamkan? Malah kalau korang kaji, gula ni adalah salah satu faktor kegemukan , diabetes dan macam-macam penyakit lagi.  Kalau korang berminat nak tahu tentang bahaya gula, korang boleh cari artikel Sugar Conspiracy (Konspirasi Gula) yang tentang macam mana bisnesman-bisnesman berkonspirasi dengan pengamal kesihatan dalam menyalahkan lemak/minyak/butter sebagai penyebab kegemukan, sakit jantung dan sebagainya. Kalau ikut apa yang kita baca, diorang buat camtu supaya diorang senang nak lariskan produk makanan. Macam mana nak lariskan produk makanan? Senang je, buat orang ketagih makanan tersebut. Caranya? Tambah je gula. Wow weee!!

2. Isu dadah: Adakah korang bersetuju dengan tindakan Amerika Syarikat dan Whiskey di mana mereka mempunyai kebencian yang mendalam terhadap penagih dadah.  Diorang kalau ikutkan suka je tindakan Poppy tu sebab boleh hapuskan semua penagih dadah sekaligus. Jimat sikit dana kerajaan untuk tolong penagih dadah, kurang sikit masalah dunia. Tapi pada masa yang sama, ini juga isu kemanusiaan. Penagih dadah juga manusia.

Apa-apa sekalipun, tahniah kepada penerbit Kingsman kerana ia adalah antara filem-filem keluaran United Kingdom yang berjaya menonjol dan seterusnya memecahkan dominasi filem barat yang lebih banyak dipelopori Amerika Syarikat.

Bagi kita, kita bagi 8.5/10 untuk cerita Kingsman The Golder Circle atas mesej-mesej yang berjaya diselitkan dengan penuh jayanya berbanding Kingsman The Secret Sevice. Memang cerita yang menghiburkan dengan kesan-kesan aksi yang sangat menarik dan memukau. Apa yang kakak tak suka? Kenapalah Princess tu macam kureng? Takleh ke cast orang yang lebih menawan jiwa? Kih kih kih....

Da~~~


Baca juga:

Review Annabelle Creation di MMCineplex Platinum Movie Suites

23 comments:

  1. Wah bestnya..dapat buat private function macam nih! btw kingsman yang latest nih belum tgk lagi..nanti la tengok..hehe

    ReplyDelete
  2. ramai bagi review best untuk movie ni T_T

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. Tak tahu pun boleh buat private event dalam dalam panggung wayang. Bestnye. Nampal eksklusif juga.

    Dan utk kingsman tu ramai kata yang best cerita dia. Mmg kena tgk juga ni.

    ReplyDelete
  4. wow!!!Look like very best woh!!!i think i need to try it!!

    ReplyDelete
  5. omg, watch in style.. so posh. :) I want too! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhe.. Thanks... Plan it now.. Dont wait

      Delete
  6. I wanna see movie, long time no see. I follow your blog too, my blog hehe.. www.mymumbest.com

    ReplyDelete
  7. woo hoo.. I do so want to watch this also if possible.... I need some respite in my life...

    ReplyDelete
  8. Harga dia boleh tahan jugak kan. Thanks for the review!

    ReplyDelete
  9. Wah, sedih dengan farewell party tapi dapat buat di tempat cantik dan classy. Thanks for the Kingsman review. Rasa macam nak tonton juga.

    ReplyDelete
  10. Wow, that is one fancy cinema haha I have been wanting to watch the Kingsman but never got to. I will have to make so time to watch it soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Should really experience this cinema... Splendid

      Delete
  11. Wow this is a cool cinema, and with blanket! They are so thoughtful :)

    ReplyDelete